Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Assalamualaikum..nih la koi..gambo nih mase koi konvo diploma dulu..tak tau la sempat tak nak konvo degree lak...erm doakan ler yek

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak..

Please Mendaftar To Post


Oleh Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak..

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 09:28


Assalamualaikum..
Dalam bulan Ramadhan yang berkah ini, saya direzekikan mendengar cerita yang penuh menginsafkan ini..

Ringkas..
Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15 tahun. Anak itu tidak pulang - pulang dari sekolah setelah 3 hari berlalu. Setelah penduduk kampung mencari, mereka hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit di pedalaman kampong, bersekali dengan basikal anak tersebut...

Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yang dilakukan 2 - 3 kali selepas itu, adik - adik arwah yang masih kecil yang berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama - sama dalam majlis tersebut..

Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak - anak itu hanya bermain - main dan terbayang - bayang abang mereka..

Suatu hari semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah.. memang arwah betul - betul datang kepadanya... Dengan muka yang sedikit sugul..arwah bercakap kepada kakaknya.. " Wahai kakakku...Mengapalah kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"...................

*****************************************************
Seperti kebiasaan anak - anak sekarang memang tahu bersolat, namun sesetengahnya tidak istiqamah... arwah itu baru berumur 15 tahun..bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh.. dalam waktu yang sesingkat itu pun... dosa pahala sudah di catat malaikat.. dan kesannya dialami di kubur... Cuba kita tinjau diri kita.. sudah 10, 20 atau 30 tahun amalan kita dicatat malaikat... Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan.. dalam hidup mengejar dunia ini..kita punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam - jam, mengadap internet atau bersembang - sembang dengan kawan - kawan tak tentu hala..

Namun pernahkah kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu - waktu lapang lain untuk menqada solat - solat kita yang lepas - lepas? Jika 40 tahun selepas baligh dan kita hanya mula bersholat 10 tahun lepas..? Atau baru mula bersolat secara istiqamah.. Itupun tiada jaminan solat kita sekarang diterima Allah SWT.. Hutang dengan Allah tetap hutang..

Sebaiknya contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh, begitu juga dengan waktu - waktu solat lain...selepas maghrib, at least 1 solat maghrib.. Begitu juga dengan ibadah puasa ..

Sebab itu kadang - kadang kita makin banyak berusaha.. semakin tidak menjadi..makin banyak hutang bank.. memang kita sering dengar orang - orang yang tak sembahyang dan lalai beragama tapi business flourish.. malah semakin kaya.. namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..dengan kata lain 'istidraj'.. nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman...

Lebih baik menjadi orang Islam yang diuji.. bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan,
rasa keterbergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita.. serta meningkatkan rasa kehambaan.. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurangnya bersolat 5 waktu.. namun hidup kita masih tidak tenang.. serta silih berganti ujian kecil mahupun besar...

Mungkin antara sebabnya adalah hutang2 kita kepada Allah yang masih belum beres..Solat tentunya... bagaimana pula dengan zakat pendapatan.. dan haji

Semoga bermanfaat, Wassalam.
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-11-05 15:59


terasa insafnya diri zura..bila baca cerita di atas...sama2lah kita ingat mengingati antara satu sama lain..thank you akak istisafa


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 02:05


Terima kasih atas peringatan di atas..


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 08-05-09 18:12


saling mengingati memang di tuntut oleh agama kita... walaupun kita sudah tau perkara yang di tegurkan itu


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.06657 saat. Lajunya....