Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
Inilah saya dan beberapa akhwat ukhwah.com...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Kenapa bertudung?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Kenapa bertudung?

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa bertudung?

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 03:43


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."


Sebagai panduan hidup
Astargfirullah

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa
menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi
bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang
mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita
tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup
aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah
memandang serong terhadap syariat menutup aurat.
Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu
itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham
bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi
tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang
wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah
lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat &
peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau
dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi
bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali,
tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada
percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak
& tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka
menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum
sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia,
tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang untuk
mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama
menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka
orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun
masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau
wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama.
Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al
Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini
disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai
pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang
sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang
ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi
kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan orang bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang
bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen
bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah
beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah
memakai tudung. Alhamdulillah

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung
tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-
tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung
bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi
kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat
sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen
sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang
pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.
Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup
& hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah
kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai
tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej
wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang
menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai
kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita
itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung
wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat
hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak
mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus
ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini
jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung.
Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana
terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik,
teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka
sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati
tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung.
Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang
hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang
hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai
tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak
memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa
mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai
tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu
menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap
buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari
ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang
bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah
yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau
di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama
dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung
diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar
ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan
nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat
bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat
tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk
menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah
walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata
manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.
Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yang ada di
dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh
Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat
manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup
aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga
menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni
bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna
dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin
berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu
menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan
menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk
berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan
menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi
kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman.
Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh
sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi
dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia
terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak
mampu bertahan & turut hanyut dengan masyarakat di
sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat
keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu
dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu
adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu.
Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita &
mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah
tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan
dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar
sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut
fesyen semata-mata.
Wallah hu aklam

P/s: sebarkanlah walaupun satu ayat


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ai
WARGA RASMI
Menyertai: 06.12.2003
Ahli No: 2906
Posting: 8
Dari: sg petani

malaysia  


posticon Posting pada: 24-08-05 12:52


adakah salah saya memakai tudung berfeyen seperti waheeda atau wardina???adakah saya dikategorikan berfeyen menarik perhatian lelaki??niat saya masih kerana Allah,menjaga aurat..saya msih menutup paras2 yang sepatutnya...adakah kurang sesuai juga imej itu??


Bookmark and Share




  Member Information For aiProfil   Hantar PM kepada ai   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 12:20


assalamualaikum wbt...

bertudung biarlah dari hati yang ikhlas... jangan hanya kerana mengikuti perkembangan fesyen atau kerana disuruh oleh sesiapa...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 23:17


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah Islam itu indah dan menutup aurat itu wajib. Maka sebagai wanita yang terdedah dengan segala fesyen dan keanggunan disekelilingnya akan terdetik di hati untuk mengikuti perkembangan tersebut.

Jadi sekiranya tidak mendatangkan fitnah tutup auratlah dengan secara mengambil jalan tengah antara fesyen dan jangan sampai susuk badan kelihatan. Sekiranya ingin memakai tudung wardina atau waheeda maka baju hendaklah longgar dan seperti berjubah begitu. Tetapi sekiranya memakai tudung labuh atau tiga segi labuh maka baju bolehlah yang gemalai seperti baju kurung melayu hari ini.

wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sekiranya ingin kelihatan anggun dan cantik maka cantikkan dulu hati di dalam itu dengan iman dan keikhlasan insyaAllah cahayanya akan kelihatan oleh mereka yang arif.


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055223 saat. Lajunya....