Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
--
Saidina Umar Ibnul Khattab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Dari Galeri
a'kum...salam ukhuwah dr ana...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 474 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: kalaulah mayat berkata-kata.............


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» kalaulah mayat berkata-kata.............

Please Mendaftar To Post


Oleh kalaulah mayat berkata-kata.............

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-08-05 21:17


Assalamualaikum w.b.t..
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang ana sendiri tidak tahu mengapa ana ditempatkan di sini.
Sebelum tu?, yang ana ingat ana sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung
> dengan lori balak.Tapi selepas itu ana tidak ingat apa-apa. Pandanganku
> kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di
> sekelilingku. ana terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku
> sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
>
>
> Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap........
> Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku
> disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan
> daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,
> manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana
> degil.
>
>
> "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" ana amati suara itu. Pasti itu suara
> abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas.
> "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu
> usaha."
>
>
> Sudah seminggu ana terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang abang
> menjengah? Datanglah ke sini, ana ingin berbicara denganmu. datanglah.....
> Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah ana sudah buta? Tidak!!!! ana
> tidak mahu buta. ana masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,
> banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang ana
> tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.
> Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap
> kedengaran suara doktor.!
>
>
> Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis
> saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....ana tidak
> mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......"
> .bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. ana tahu itu suara abang.
> Tetapi Kenapa ana diperdengarkan dengan suara itu???
>
>
> Apakah ana sudah menghampiri maut??????? ana takut!!!!!!! Sedetik lagi
> sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat
> maut datang. ana di ambang sakaratul maut...... ana semakin tegang dan
> semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,ana tidak ingat apa-apa lagi. ana
> tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, ana
> berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah ana, ana takut".
>
>
> Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? ana
> dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas,
> dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.
>
>
> Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu
> air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
>
>
> "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air
> susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
>
>
> "Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku.
> Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke
> syurga". "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".
> Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku
> sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut
> kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
> hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.
>
>
> Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa
> ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
>
>
> Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
> rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah
> malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari
> kemurkaan Allah......." ana tersentak. Roh kuberselerak di dalam
> tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....
>
>
> Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah
> bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,
> seperti bau sampah yang amat busuk.
>
>
> "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,
> busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......" "Siapa
> yang memberi salam itu?" "ana" "Kau siapa wahai pemuda???"
>
>
> Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. ana tidak pernah melihat orang
> yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak
> terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah
> apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat
> nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, ana
> rasa........teramat loya melihatnya.
>
>
> "Kau tak kenal ana?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin ana kenal kau
> sehodoh dan sejijik ini. "ana sahabatmu, kau yang membuat ana hari-hari."
> "Bohong!" ana menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini
> mendengarnya. "ana tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
> "Akulah amalanmu yang keji.........."
>
>
> ana terdiam. ana tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! ana teringat kini,
> semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan
> keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu
> makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
> Oh..Tuhan,ana banyak dosa. ana memang lalai, cuai dan lupa dengan segala
> nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas
> kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu
> semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang ana
> harus lakukan!!!!!
>
>
> Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. ana melihat kak
> long dan kak ngah menangis. ana juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba
> badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!Kenapa air ini
> berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,
> sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat ana??? "ana
> malu.....malu.....malu......!!!!!!". ana diusung ke suatu ruang. ana lihat
> kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya ana di atas kain putih itu.
> Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu ana dibungkus satu demi satu
> dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus ana. Kenapa kalian semua
> buat ana macam ini? Tolong... rimas.... panas........"
>
>
> Kemudian ana diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam
> menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.
> Tapi Kenapa ana disembahyangkan? Bukankah ana boleh sembahyang sendiri?
> ana teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu
> disembahyangkan". Dan kini baru ana sedar ana sudah tidak mampu lagi untuk
> mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
>
>
> ana diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.
> "Kotak apa ini?" ana diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. ana
> diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam.
> Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi
> ke mana dibawanya ana?..
>
>
> Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah ana
> dibawanya? Tolong turunkan ana,ana takut!!!!!!". Setibanya di tanah
> perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa
> tangan memegangku dan ana diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",
> ana terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan ana dari sini!
> ana seram!!!"
>
>
> Kini ana berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit
> pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku
> ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita
> datang dan kepada Allah jualah kita kembali".
>
>
> Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam
> barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga
> benar........".
Sayup sayap ana terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama
> makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak
> kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan
> tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......ana kini keseorangan.......


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 10:39


Assalamualaikum

sebelum mata terpejam..
sebelum nafas terhenti..

rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Hudna
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10011
Posting: 8
Dari: Di Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 11:54


Assalamualaikum


Teringat balik kuliah dari ustaz Azhar Idrus, hampir semua mayat dalam kubur itu lemas dalam seksaan kubur menanti doa-doa orang hidup . Apabila dengar kuliah ni sebak rasanya sebab barulah sedar ujian alam di kubur bukanlah seperti kita hadapi ujian dalam kehidupan dibumi ini...
[ Telah diedit oleh: Hudna pada 23-03-09 11:57 ]


Bookmark and Share




  Member Information For HudnaProfil   Hantar PM kepada Hudna   Quote dan BalasQuote

dee_nadya
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.04.2009
Ahli No: 10306
Posting: 61
Dari: pantai dalam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-09 09:10


uerm...gerunnyer..,meremang bulu roma..takut..semua ada..YA ALLAH peliharalah diri kami da siksaanMU Di dunia dan akhirat.....AAMIIN


-----------------
luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..


Bookmark and Share




  Member Information For dee_nadyaProfil   Hantar PM kepada dee_nadya   Quote dan BalasQuote

faridah_halim79
WARGA RASMI
Menyertai: 01.12.2009
Ahli No: 11658
Posting: 4
Dari: putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 11:29


ya Allah...betapa kerdilnya diri ini...ya allah berikan lah aku kesudahan yang baik bukan kesudahan yang buruk....


Bookmark and Share




  Member Information For faridah_halim79Profil   Hantar PM kepada faridah_halim79   Quote dan BalasQuote

assiddiq
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.08.2009
Ahli No: 11167
Posting: 25
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 16:12


Kalau mayat berkata2.. tentu org akan lari..

Hihi.. Gurau saja..

Moga dimatikan kita dalam Iman,Islam dan Ihsan..

Tiada lain dipinta kecuali redhaNya~


-----------------
"Dengan Kehendak dan kuasaMu"


Bookmark and Share




  Member Information For assiddiqProfil   Hantar PM kepada assiddiq   Pergi ke assiddiq's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 19:21


menginsafkan.. leleh air mata... adakah dosa kita terampun?? adakah sempat untuk kita bertaubat?? adakah sudah selesai berbakti kpeada orang tua???

astaghfirullah hal a'zim


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055843 saat. Lajunya....