Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
assalamualaikum ...
semoga kita semua jadi muslimah solehah ... insya Allah ....
let's fren ....

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Cerpen~Isteri Tersayang


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Cerpen~Isteri Tersayang

Please Mendaftar To Post


Oleh Cerpen~Isteri Tersayang

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-08-05 20:24


ISTERI TERSAYANG Tarikh: 9/20/2002 2:35:17 PM

PENDAHULUAN

Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat baik saya) yang ceritakan dari email. Nama,watak serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.

----------------------------------------

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Zubir,

Salam buat rafikku yang ana kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, ana muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. ana sebenarnya ketandusan kata-kata. ana sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus ana lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. ana pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah ana terlerai akhirnya. ana persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian ana ini tidak akan ada hentinya kerana ana tahu, ana hanya mengejar bayang-bayang semalam. ana terlalu merindui dia, Zubir!

Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Zubir,

Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. ana mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk ana menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang ana melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. ana jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada ana bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

Detik itulah ana berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta ana pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

Zubir,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. ana kepingin anak yang biasa panggil ana ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. ana jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. ana jadi kalut. ana jadi tidak sabar. ana jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran ana mula teruji. Api kemarahan ana marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta ana mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, ana terima.Namun, Natasya tetap setia dengan ana. Sungguh ana tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

Zubir,

ana mula abaikan Natasya. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya, jarang sekali ana jenguk. Mual rasanya ana bila memandang wajahnya. ana jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. ana pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, ana kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi ana bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya ana tidak pernah ambil peduli. ana kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera ana dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah Kenapa? rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. ana semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

Zubir,

Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh ana pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat ana sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan ana. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan ana bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Zubir, ana terpaksa menjilat nanah yang ana cipta sendiri selepas peninggalan Farah. ana ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. ana rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. ana bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan ana, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. ana langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan ana. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan ana. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

Zubir,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. ana sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. ana jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah ana take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan ana tidak menyayanginya, Zubir. Cuma ana kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak ku ucapkan.

Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. ana terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. ana terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan ana mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang ana pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak ana terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah ana lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. ana rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah ana tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. ana ini terlalu kejam pada Natasya. ana sungguh kejam.

Tika itu, baru ana sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. ana ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. ana terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru ana sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. ana ikhlas mengaku Zubir, jika ana diberi pilihan, ana lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri!

Kesihatan Natasya semakin menyusut. ana diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. ana jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja ana begitu takut kehilangannya. Walaupun ana telah ketahui saat seperti ini akan tiba, ana seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang ana kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya ana riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. ana tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya ana! Natasya semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natasya pohon agar ana halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,

Tangannya kupegang erat. ana tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! ana masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. ana masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, ana amat merinduinya. Sungguh juga, ana terlalu menyayanginya. Zubir!

Megat Iskandar,
23 January 2002. Malaysia.

Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

TAMAT

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 00:35


assalamualaikum wbt...

sedihnyer cerita ini, tapi banyak teladannya...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-08-05 15:22


waalaikumsalam wb..
memang cerita ini sedih sgt2.menyesal pun tiada gunanya lagi kerna orang itu telah meninggalkannya buat selama-lamanya..:(


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

nurun_najah
WARGA RASMI
Menyertai: 30.07.2005
Ahli No: 5536
Posting: 18
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 20:36


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

MasyaAllah,agungnya kuasa ALLAH...
JANJINYA TAKKAN MUNGKIRI...wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For nurun_najahProfil   Hantar PM kepada nurun_najah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.044788 saat. Lajunya....