Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
masa graduasi kat Sek Berasrama Penuh Integrasi Rawang

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 50 langkah ISTERI mithali..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 50 langkah ISTERI mithali..

Please Mendaftar To Post


Oleh 50 langkah ISTERI mithali..

ifti_hanan
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.01.2005
Ahli No: 4866
Posting: 30
Dari: 'sintok' indah permai

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 20:25


LANGKAH BISTARI ISTERI MITHALI

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.

15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.

16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.

17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.

18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.

19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.

20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.

21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.

22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.

25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.

26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.

27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 'Qul'.

29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.

30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.

31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.

32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.

33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.

34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.

35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.

36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.

37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.

39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.

40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.

42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.

43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.

44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.

46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.

47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.

49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.

50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin.


-----------------
'Dalam Kerendahan Diri
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa....'


Bookmark and Share




  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

faqihah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.02.2002
Ahli No: 5474
Posting: 29
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 23:05


Alhamdulillah.. tips2 yang sangat berguna. Insya-Allah kalau dapat diamalkan bahagia rumah tangga.

Syukran ukhti :-)


Bookmark and Share




  Member Information For faqihahProfil   Hantar PM kepada faqihah   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 00:35


jazakillahu khairan...

sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi isteri yang solehah. oleh kerana ganjaran bagi isteri yang solehah itu sangat besar, maka pengorbanan yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran itu juga cukup besar dan hebat. namun, bersabarlah....


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 5318
Posting: 16
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-07-05 06:14


semoga kita semua tergolong dalam isteri mithali...


Bookmark and Share




  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 02:24


Ini yang dicari-cari..dah jumpa ! terima kasih banyak-banyak kepada ifti_hanan


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-01-09 13:23


Menggapai keluarga bahagia yang diredhai…

Petikan dr majalah I edisi- januari 2006. m/s 47
Ana tidak taip semua.. ayat dalam majalah tersebut..
kerna ana telah edit sedikit ayatnya..
Wallahualam’…

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, inginkan kebahagiaan. Malangnya, ramai orang yang gagal mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Kadangkala kehidupan mereka disaluti dengan kemewahan, tetapi rumah tangga yang dibina diakhiri dengan penceraian.

Tip di bawah untuk undang keberkatan berusaha dan kebahagiaan dalam rumah tangga..

1.Suami menjadi imam
Suami perlu berusaha sedaya upaya menjadi Imam kepada ahli keluarga. Apabila solat berjemaah didirikan did lama rumah, jiwa akan rasa tenang dan bahagia.
Nabi menceritakan, ketika manusia dibangkitkan kelak, terdapat tiga kumpulan manusia yang wajah mereka bercahaya. Mereka ialah:

•wajah bercahaya seperti bintang- org yang segera mendirikan soalt apabila mendengar laungan azan
•wajah bercahaya seperti bulan- org yang suka mendirikan solat jemaah
•wajah bercahaya seperti matahari- org yang istiqamah mendirikan solat berjemaah.

2.Rumah dihiasi dengan bacaan Al Quran
Pada hari kebangkitan, AL Quran akan memberi syafaat kepada org yang rajin membacanya dan dapat menyelamatkan dari azab kubur.

3.Memberi salam
Anggota rumah memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan keluar rumah.Rasul pernah berkata kepada Anas, “ Wahai Anas, berilah salam kepada ahli keluarga rumahmu, nescaya engkau juga mendapat keberkatan daripada Allah, dan ahli keluargamu mendapat keberkatan dari Allah ”.

4.Selalu makan bersama
Nabi pernah bersabda “ Berkumpullah kamu ketika makan, kerana Allah akan menurunkan keberkatan ke atas kamu seisi keluarga ”.
Ketika makan hendaklah saling tegur-menegur dan berbual satu sama lain. Inilah waktu penting untuk bertanya khabar sekeluarga.

5.Selalu menerima tetamu.
Tetamu yang datang ke rumah akan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

6.Membawa masuk rezeki yang halal dan diredhai.
Rasul bersabda “ Setiap darah daging yang tumbuh dari sumber pendapatan yang haram, maka neraka adalah lebih baik bagi org itu ”.

7.Sentiasa menghidupkan sunnah.
ANtara sunnah yang mesti dihidupkan seperti mambaca doa ketika melihat cermin, minum air dengan tangan kanan dan sambil duduk, tidak minum dalam bekas sumbing, membaca Al Fatihah dan 3 Qul sewaktu hendak tidur.

8.Rajin berdoa
Firman ALLAH: “ Dan apabila hambaKU bertanya tentangKU, katakan bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa org yang berdoa kepadaKU. ”

Antara doa-doa yang baik diamalkan ialah surah ALI IMRAN ayat 31
Surah AL HASYRU ayat 21, surah ASY SYURA ayat 19.

9.Wujudkan majlis ilmu dalam kelurga.
Wujudkan perpustakaan kecil di rumah, bawa anak-anak ke surau dan masjid untuk bersama-sama mengikuti kuliah agama.

Sekiranya kesemua tip ini diamalkan, insyaALLAh kita mendapat rumah tangga yang bahagia dan diredhai..

*** sumber panduan keluarga bahagia dan diredhai terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd…artikel ::bersama Ustazah Siti Norbahyah Mahamood


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.056362 saat. Lajunya....