Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
ni gambar ana kat rumah :)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Dari Dapur
Topik: Beraneka jenis kuih talam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» Beraneka jenis kuih talam

Please Mendaftar To Post


Oleh Beraneka jenis kuih talam

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 10:38


Sebagai panduan ini adalah rujukkan menimbang..

1 oz (cecair) = 29.5735297 ml = 2 sudu besar
1 oz (bahan kering) = 28.3 gram
mangkuk = mangkuk acropal
gelas = gelas yang dasarnya berbintang (gelas dulu-dulu)


TALAM JIWA MELAYANG

Lapisan Bawah
600 gram beras pulut (direndam)
2 cawan santan cair (dari 1 biji kelapa)
1 cawan kelapa (dibuang kulit arinya dan diwarnakan ungu)
2 sudu teh pewarna ungu
2 sudu teh garam

Lapisan Atas
6 biji telur
2 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa tadi)
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna kuning
sedikit garam

Cara untuk Lapisan Bawah
Kukus pulut bersama santan cair dan garam. Apabila masak, gaulkan kelapa yang berwarna ungu tadi. Gaul rata-rata dan ditekan-tekan sedikit adunan itu supaya mampat dan dikukus sekali lagi.

Cara untuk Lapisan Atas
Telur dipukul dan masukkan tepung gandum, santan, vanilla dan pewarna kuning. Masak diatas api sehingga berwap dan tuangkan adunan ini kedalam loyang dan kukus. Apabila masak, masukkan loyang itu kedalam oven sehingga atasnya berwarna kekuningan.


TALAM TOKYO

Lapisan Bawah
300 gram sagu biji (berwarna putih, merah, hijau)
1/2 biji kelapa parut
50 ml santan
sedikit garam

Lapisan Tengah
3 biji telur
150 gram gula melaka
50 gram gula
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan

Lapisan Atas
3 biji telur
200 gram gula
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan
sedikit pewarna kuning

Cara untuk Lapisan Bawah
Campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit didalam loyang 7" persegi.

Cara untuk Lapisan Tengah
Campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit supaya sebati. Tapis diatas lapisan bawah dan kukus selama 15 minit.

Cara untuk Lapisan Atas
Campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit supaya sebati. Tapis adunan diatas lapisan tengah dan kukus selama 20 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


TALAM SUJI

Adunan Pertama
1 1/2 cawan tepung suji (direndam selama 15 minit)
1 1/2 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa parut putih)
3/4 mangkok santan cair
1 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
1 biji telur

Aduanan Kedua
5 oz gula melaka (atau 1/4 kati)
5 biji telur
1 cawan gula pasir
1 mangkok santan pekat
2 1/2 sendok nasi tepong gandum
3 sudu makan tepung kanji

Cara-caranya

Adunan Pertama
1. Campuran tepung suji, gula, pewarna kuning, telur dan santan. Kemudian dimasak dan dikacau rata-rata.
2. Apabila adunan tadi menjadi 1/2 masak, tuangkan kedalam loyang dan kukus.

Adunan Kedua
3. Pukul 5 biji telur hingga kembang bersama dengan gula pasir dan gula melaka.
4. Masukkan 1 mangkok santan pekat dan tepung gandum, tepung kanji dan kacau adunan ini diatas api hingga keluar wap.
5. Tuangkan adunan ini keatas adunan pertama dikukusan dan kukus sehingga masak.



TALAM PULUT HITAM

Lapisan Bawah
14 oz pulut hitam
16 oz pulut putih
24 oz santan pekat
sedikit garam
20 sen daun pandan

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
6 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kanji
6 biji telur
2 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau

Cara membuat Lapisan Bawah
Pulut hitam dan pulut putih dicampurkan, dicuci dan direndam selama 1 jam.Kemudian toskan airnya, masukkan pulut tadi kedalam loyang, tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan garam dan kukus selama 1 jam.

Cara membuat Lapisan Atas
Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul hingga rata. Bubuh sedikit pewarna hijau dan masak sehingga berwap. Tuangkan adunan ini keatas adunan yang pertama didalam loyang dan kukus sehingga masak.



TALAM KACANG HIJAU NONA MANIS

Bahan-bahannya
43 oz santan pekat
48 oz santan cair
12 oz gula pasir
12 oz gula melaka
8 oz tepung kacang hijau
1 paket tepung kanji
1 paket tepung Hong Kwee
sedikit garam
daun pandan
pewarna hijau dan kuning

Cara-caranya
1. Santan pekat dan cair, gula melaka, gula pasir dan daun pandan dimasak sehingga mendidih dan kemudian disejukkan.
2. 3 macam tepung dicampurkan. Tuangkan adunan yang telah sejuk tadi dan gaul hingga rata.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan warna hijau dan 1 lagi dengan warna kuning.
4. Kukus berlapis-lapis (2 cawan bagi setiap lapis).



TALAM NYONYA

Bahan-bahannya
3 gelas tepung beras (gelas dasarnya berbintang)
4 gelas tepung kanji
9 gelas santan pekat
4 gelas gula pasir
20 sen daun pandan
sedikit garam
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-caranya
1. 2 gelas santan pekat dimasak bersama gula pasir, daun pandan dan garam.
2. Tepung beras dan tepung kanji dijadikan satu dan digaul dengan 7 gelas santan. Gaul rata-rata dan tuangkan adunan pertama kepada adunan tepung dan kacau.
3. Tapis adunan tadi dan bahagikan 3 dan warnakan pewarna merah, hijau dan kuning.
4. Kukus selapis demi selapis sehingga masak.


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_annur
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2005
Ahli No: 5417
Posting: 26
Dari: seoul

jamaica  


posticon Posting pada: 13-07-05 21:25


tepung kanji tu? tepung apa? tepung ubi ke?


Bookmark and Share




  Member Information For nur_annurProfil   Hantar PM kepada nur_annur   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 22:38


Banyaknya kuih talam. kak su dah try buat ke, boleh bawa ke JK.. hehe


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 08:59


tepung kanji adalah tepung ubi...


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_annur
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2005
Ahli No: 5417
Posting: 26
Dari: seoul

jamaica  


posticon Posting pada: 14-07-05 15:44


nak try lah talam nyonya..macam sedap..erm..kukus selapi selapis tu? maksud nya kukus satu satu ke atau kukus warna kuning dulu lepas itu bila dah kesar, taruk pula warna hijau kat atas nya lepas itu..taruk pula warna merah ..macam tu? ke?


Bookmark and Share




  Member Information For nur_annurProfil   Hantar PM kepada nur_annur   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 17:28


TALAM JIWA MELAYANG..
uittt....pelik tapi benar ar..namenye..ok.sue..heheh..

Kalau nak atasi TALAM 8 muka bagaimana ekk...
heheheh..

dah lama xmasak kuih..kek..ni..
dolu..suka juga buat kek batik dan buah melaka..
al na.. dah jarang yang amat laa..
Kalau cuti pun.. mls sikit nak masak kuih ni..
masak untuk lunch saja..
kekadang buat juga jemput..jemput...hehehe..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055208 saat. Lajunya....