Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-07-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: rainerjons
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13713

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
nuarii-

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu
rainerjons: 17 hari yang lalu
rainersmith: 28 hari yang lalu


Muslimah Pelajar
Topik: motivasi: kehebatan diri dalam pergaulan


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» motivasi: kehebatan diri dalam pergaulan

Please Mendaftar To Post


Oleh motivasi: kehebatan diri dalam pergaulan

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-05 01:42


Orang yang cemerlang ialah orang yang
hebat dalam pergaulan dan ramai kawan.
Tiada kejayaan sebenar tercetus secara
bersendirian. Kita amat memerlukan
bantuan, teguran dan penglibatan orang lain
untuk mengorak langkah menuju kejayaan.
Pakar motivasi tanah air, Dato Dr. Haji Mohd
Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan
faktor-faktor yang boleh meransang
kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang
lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus
dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua
orang (walaupun kita perlu berwaspada
setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam
bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,
masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan
moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi
pernah berpesan supaya mencari 144
sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan
orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang
positif setiap masa. Peribadi yang kurang
sopan akan membuatkan orang lain mual
terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap
masa dan insya-Allah orang lain akan
tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan
sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita
mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila
diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas
pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap
selamat kepada orang lain. Pemberian
salam akan mengukuhkan hubungan
sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-
individu yang memerlukan simpati dan
perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain
dan sembunyikan keburukan dan
kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum
berpisah dengan seseorang dan iringi
perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk
mendekati kita, maka kita sendiri perlu
memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang
yang mengasihi dirinya tidak akan
melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj
serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak
tanduknya akan dilakukan secara berhikmah
dan memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu
(berilmu), sehinggalah mereka tahu yang
anda kisah terhadap mereka.
:roll: :lol: :-P

“ Nikmat kehidupan adalah perjuangan.
Nikmat perjuangan adalah kemenangan ” >> hamka



-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-05 16:34


Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu'minun :1-3 )


Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)


Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)


Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang ana tidak tahu
(Iman Syafie 767 - 820 m )


Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 - 1970)


Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 - 256 H)


Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 - 820 M)


Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat
(Tun Hussein Onn 1922 - 1990 )


Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan
(Benjamin Disraeli 1804 - 1881)


Take a moment now to dream and to think what you really want for your life
(Anthony Robbins 1986 - )


Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba
(Iskandar Zulkarnain 356 - 323 sm)


Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
(Lao Tzu 604 - 531 sm)


Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya
(Confucius 551-479 sm)


Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan
(Aristotle)


Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik
(Rene Descartes 1596 - 1650)


Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja
( Seneca Pujangga Rom )


Reading to the mind what exercise is to the body
(Sir Richard Steele 1672 - 1729)


Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan
( Aminuddin Baki )


Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai
(Marcus Tullius Cicero 106 - 42 sm)


Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil
(Thomas Carlyle)


Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia (Napoleon Bonaparte 1769 - 1821)
Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )


Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan
(Peribahasa Cina)


Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 - 1915)


Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )


Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat
(H.W. Longfellow 1807 - 1882 )


Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis
(Aristotle 384 - 322 sm)


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
(Pepatah Melayu )

'supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan untuk menjadi sahabat orang'
-hamka-


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wasilah15
WARGA RASMI
Menyertai: 14.06.2005
Ahli No: 5386
Posting: 8

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 13:24


ruginyer orang yang beramal tanpa ilmu..

namun rugi lagi yang ilmu tanpa amal..

syukran simpLe_sHida
& ummimq untuk artikel di atas..


Bookmark and Share




  Member Information For wasilah15Profil   Hantar PM kepada wasilah15   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 13:49


!!! QUOTE !!!

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
kepada orang di sekeliling kita.



sering buat orang salah faham...
Ya Allah Ampunilah Diri ku


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 12:26


Assalamu'alaikum..

Ana nak tambah satu boleh?

-> Jangan meninggi diri di depan orang walaupun kita tahu diri kita lebih bagus dari yang lain. Memandang rendah untuk memberi satu cabaran kepada diri tidak salah, asalkan kita tidak memperlekehkan orang lain di depan mata..

Maafkan ana andai tersilap bicara..

wassalam :-)


Bookmark and Share




  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7247
Posting: 54
Dari: PaHAnG dArUL MakMuR

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-07-07 13:05


ASSALAMUALAIKUM...
MAAF nak TANYA NI..Kenapa PORTAL UKHWAH tak BOLEH ONLINE ye??


Bookmark and Share




  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

zinnera
WARGA RASMI
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 8067
Posting: 13
Dari: kuching, sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 25-01-08 15:34


sutera kasih85...

ana pun selalu disalah erti kan... ramai yang sangka ana ni org yang sombong dan lain-lain... sebab ana ni susah sikit kalau bab2 senyum ni.... ya Allah, ampunilah dose hambe Mu ini!!!


Bookmark and Share




  Member Information For zinneraProfil   Hantar PM kepada zinnera   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 18:16


Pada 25-01-08 15:34 , zinnera posting:

!!! QUOTE !!!

sutera kasih85...

ana pun selalu disalah erti kan... ramai yang sangka ana ni org yang sombong dan lain-lain... sebab ana ni susah sikit kalau bab2 senyum ni.... ya Allah, ampunilah dose hambe Mu ini!!!


tak mengapa..kita senyum dalam hati..
bak kata org "tak kenal maka tak tau"
Senyum Biarlah berpada nanti buruk padahnya..(mendalam pula maksudnya) hehe
wassalam...
Senyum sokmo...


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

zinnera
WARGA RASMI
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 8067
Posting: 13
Dari: kuching, sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 15:59


Pada 06-02-08 18:16 , suterakasih85 posting:

!!! QUOTE !!!


tak mengapa..kita senyum dalam hati..
bak kata org "tak kenal maka tak tau"

memang betul kata saudari tu.... sahabat yang dah kenal ana saja tau siapa sebenar nya diri ana ni. walaupun pada pandangan pertama mereka sangka ana ni sombong, setelh persahabatan mula terjalin, barulah mereka sedar ana tak begitu sebenarnya. tapi tak semua berpeluang mengenali diri ana ni. hal inilah yang buat ana bimbang!

Ya Allah.... hanya redhaMu yang ku pinta!!!!!



-----------------
~HaNya ReDhA AllaH yAnG Ku PiNTa~


Bookmark and Share




  Member Information For zinneraProfil   Hantar PM kepada zinnera   Quote dan BalasQuote

nur_raihan
WARGA RASMI
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 8344
Posting: 6
Dari: malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 06-03-08 19:26


Pada 25-01-08 15:34 , zinnera posting:

!!! QUOTE !!!

sutera kasih85...

ana pun selalu disalah erti kan... ramai yang sangka ana ni org yang sombong dan lain-lain... sebab ana ni susah sikit kalau bab2 senyum ni.... ya Allah, ampunilah dose hambe Mu ini!!!


tak mengapa..selalulah berlatih senyum,dulu nur macam tu jugak.nak balas senyuman orang susah sebab muka belum bersedia nak senyum,jadi..biasakan diri berlatih senyum seorang-seorang(senaman muka).bila ada org senyum kat kita nanti senang kita nak balas.lepas tu tengok cermin macam mana rupa seyuman yang sesuai untuk muka kita. :-P :-P


Bookmark and Share




  Member Information For nur_raihanProfil   Hantar PM kepada nur_raihan   Pergi ke nur_raihan's Website   Quote dan BalasQuote

hidayah_saibi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 7909
Posting: 75
Dari: UUM/PERAK BUMI BERTUAH

Perak  


posticon Posting pada: 10-03-08 11:25


salam...
terima kasih ya UMMIMQ & akak Simple_sHida...
kata-kata yang sangat bagus! memotivasikan saya...
ingatan kepada semua juga... :lol: :-D


-----------------
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaian..."
[ Telah diedit oleh: hidayah_saibi pada 10-03-08 11:27 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah_saibiProfil   Hantar PM kepada hidayah_saibi   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-03-08 16:26


Manusia yang berjaya percaya bahawa kejayaan itu bukan hanya sesuatu yang boleh mereka capai, tetapi kejayaan itu adalah sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang bernilai kepada mereka..

Winners don’t do different things, they just do things different..


Sikap adalah ibarat jendela,
Melalui jendela inilah yang akan menentukan bagaimana
anda akan melihat dunia di sekeliling anda…    

berjaya adalah 1 pilihan & gagal juga adalah 1 pilihan..
apabila seseorang itu berkata bahawa dia tiada pilihan..
maka ini juga 1 bentuk pilihan..Pilihan ini terletak pada sikap anda!!

Kegagalan itu adalah lebuh raya kepada kejayaan…


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

hawaniswah
WARGA RASMI
Menyertai: 24.02.2009
Ahli No: 9895
Posting: 20
Dari: Kedah

Sarawak  


posticon Posting pada: 24-02-09 20:13


Lawati hawaniswah.blogspot.com. Anda dialu-alukan hadir ke blog saya..


Bookmark and Share




  Member Information For hawaniswahProfil   Hantar PM kepada hawaniswah   Pergi ke hawaniswah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.076119 saat. Lajunya....