Oleh |
Saat2 Terakhir Dalam Kehidupan Rasulullah |
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 27-04-03 15:48
Dari Aisyah ra katanya; di antara nikmat Allah kepada saya, Rasulullah saw wafat dirumah saya, di hari giliran saya, antara dada dan leher saya (bersandar kepadanya). Dan tuhan mempercampurkan air liur saya dengan air liur beliau kerana sugi waktu beliau akan wafat. Abdul rahman datang ke rumah saya , di tangannya ada sugi (pembersih gigi) sedang Rasulullah saw bersandar kepada saya. Saya lihat beliau memandang kepadanya. Saya ketahui bahawa beliau ingin bersugi. Saya tanyakan; "akan saya pakaikan sugi itu untuk tuan?" lalu beliau isyaratkan dengan kepala beliau (mengatakan setuju). lalu saya berikan kepada beliau dan terasa keras oleh beliau. lalu saya berkata:"akan saya lunakkan untuk tuan?"Beliau isyaratkan dengan kepala (tanda setuju) lalu saya lunakkan dengan gigi. dan di hadapan beliau ada bejana kecil atau bejana besar yang berisi air. lalu beliau masukkan kedua tangan beliau ke dalam air itu dan beliau sapukan ke muka beliau sambil bersabda:"Tiada Tuhan selain Allah! Sesungguhnya bagi kematian itu ada sakaratul maut". lalu beliau mengangkat tangannya sambil mengucapkan:"Teman Yang Maha Tinggi". lalu beliau wafat dan rebahlah tangan beliau. -sahih bukhari- ----------------- "http://www.hanan.com.my/images/signaddin.gif"> [ Posting ini telah di edit oleh: hub_addin pada 2003-04-27 15:49 ]
|
aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman
|
Posting pada: 28-04-03 01:12
Ya Allah... sesungguhnya Muhammad al-Amin adalah pesuruhMu yang adil...betapa rindunya hati ini pada al-amin....subhanallah -----------------
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 04-05-03 00:16
|