Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI...
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
bergambar kenangan diatas feri...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: alcohol dalam ubat


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» alcohol dalam ubat

Please Mendaftar To Post


Oleh alcohol dalam ubat

tetamu_senja
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.04.2003
Ahli No: 532
Posting: 29

Perak  


posticon Posting pada: 27-04-03 15:14


Berubat Menggunakan Arak

Para imam daripada empat Mazhab berpendapat adalah haram menggunakan arak atau sebarang bahan yang memabukkan bagi tujuan perubatan dan tujuan lain. Contohnya menggunakannya dalam minyak, atau campuran makanan, ataupun bagi melarutkan ubatan juga untuk membasahkan tanah liat. Pendapat ini berpegang kepada sabda Nabi saw.:

Terjemahan:

Allah S.W.T. tidak menjadikan kesembuhan kamu melalui benda yang telah diharamkan ke atas kamu.

Tariq bin Suwayd pula meriwayatkan, bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang arak, maka Baginda telah melarangnya ataupun membencikannya daripada membuatnya. Lalu Suwayd berkata,

"Saya hanya membuatnya untuk dijadikan ubat,"

maka jawab Baginda,

"Ia bukannya ubat, tetapi ia adalah penyakit.

Walau bagaimanapun para Ulamak Hanafi berpendapat, adalah harus untuk menggunakan benda yang haram sebagai ubat dengan syarat bila ia benda-benda diyakini boleh menyembuhkan penyakit berkenaan, di samping tidak ada lagi bahan lain yang boleh menggantikannya.

Jika hanya berdasarkan kemungkinan yang diagakkan sahaja (zan) maka ia tidak boleh digunakan. Kata-kata bomoh semata-mata tidak boleh memberikan keyakinan ini. Kelonggaran tidak diberikan untuk menggunakan daging babi sebagai ubat, walaupun tidak ada yang lain.

Ulamak Syafi'i pula mengaitkan pengharaman menggunakan arak sebagai ubat ini jika hanya menggunakannya semata-mata, tanpa dibancuh dan dicampurkan dengan sesuatu benda yang lain yang boleh menghapuskan kewujudan arak itu.

Adapun penggunaannya sebagai bahan yang dibancuh untuk menguli bahan lain, sehingga arak itu terlarut dalam bancuhan itu, maka penggunaannya secara hukumnya adalah harus, dengan syarat tidak ada bahan lain yang suci dapat menggantikannya. Kedudukannya adalah sama dengan perubatan yang menggunakan benda najis seperti daging ular dan air kencing.

la juga harus digunakan bagi tujuan untuk supaya lebih cepat sembuh dengan syarat dia diberitahu oleh seorang doktor Islam yang adil, ataupun berdasarkan pengetahuan atau pengalamannya tentang perkara itu, dengan syarat ia juga digunakan dalam kadar yang sedikit dan tidak sampai memabukkan.

Al-Izz bin Abd al-Salam menyatakan, berubat menggunakan benda haram adalah harus dengan syarat tidak ada lagi bahan-bahan halal yang boleh menggantikannya. Alasannya kepentingan kesihatan dan keselamatan adalah lebih utama daripada kepentingan untuk mengelakkan diri daripada perkara najis.

Bagaimanapun mengikut pendapat yang asah tidak harus menggunakan arak sebagai ubat kecuali diyakini betul bahawa ia boleh menyembuhkan penyakit dan tidak ada ubat yang lain menepatinya.

Ibn al-Arabi dan al-Qurtubi daripada kalangan Ulamak Maliki pula menjelaskan harus menggunakan arak atas dasar darurat. Ia bersandarkan firman Allah S.W.T.:

Terjemahan: .

Barang siapa yang menghadapi keadaan darurat dan yang mendesak sedang ia tidak melampau dan tidak melebhi had maka tidak berdosa... Sarah al-Baqarah 2:173

Dalam ayat ini Allah S.W.T. telah mengetepikan dosa dan mengkhususkan dosa dengan sebab darurat. Selain itu, kecuaian untuk menggunakan ubat kadang-kadang boleh menyebabkan kematian.

Rujukan

FIQH DAN PERUNDANGAN ISLAM JILID III .................


ader sesape bley tambah??


Bookmark and Share




  Member Information For tetamu_senjaProfil   Hantar PM kepada tetamu_senja   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-04-03 08:41


assalamu`alaikum

mengikut pendapat ana yang daif nih, memang benda haram memudaratkan kita, macam arak ke, then setengah org cina percaya makan katak, boleh sembuhkan penyakit-itu semua a no-no. sebab ada satu hadis yg lebih kurang bermaksud-tidak ada ubat dlm perkara yg memudaratkan) please correct me if i'm wrong.

tapi bab alkohol, bagi ana ianya bukan memabukkan kecuali dicampur dgn ingredient lain, baru terhasil seperti arak yg memabukkan. sebab itu ana rasa perfume yg mengandungi alkohol tidak ada keraguan pada ana utk dipakai semasa bersolat, sebab bagi ana, ianya bukan najis, tidak memudaratkan (atau memabukkan kita)

tambahan lagi, kalau ana belajar kimia dulu, ikatan alkohol yg dicampur dgn bahan lain (cth penghasilan arak) lain dgn ikatan alkohol biasa.

alkohol lagipun banyak dicampurkan dlm ubatan, malahan kadangkala steroid turut digunakan dlm pil (tapi bukan untuk suntikan dadah yer)

waalahu`alam


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054088 saat. Lajunya....