Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-01-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
ASSALAMUALAIKUM..
SALAM UKHWAH FILLAH DARI SAYA NUR_ARRISY

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu
Waldor263: 8 hari yang lalu
CrazyWood69: 22 hari yang lalu
Swarig123: 26 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-08-09 10:59


pada saya tiada salah nya jika muslimah educated duduk rumah untuk jadi suri rumah sepenuh masa, jika gaji suami cukup untuk pembelanjaan dalam rumah..

mungkin, dengan ada nya ilmu di dada, kaum ibu sendiri boleh ajar anak anak mereka tusyen dari membayar orang untuk ajar anak mereka tusyen


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-08-09 13:54


bergantung pada suami nanti.. :D

kalau yang kerja nya berhampiran dengan kaw rumah tak apa lah..
kalau yang kerja nya jauh2 tu fikir juga..

lagi satu,kalau yang jenis gaji ciput..
baik jaga anak kat rumah saja..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-08-09 14:03


berangan jugak keh3.. :sopan: :-P ;-)


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-08-09 13:50


Salam

Bukan semua isteri yang berkerjaya sanggup melepaskan jawatan tinggi semata-mata untuk menjadi surirumah sepenuh masa... masing-masing ada pendirian tersendiri.. dan memang tak salah kalau ada kelulusan sekali pun jadi suri sepenuh masa.. anak-anak lebih terurus dan makan pakai suami lebih terbela... (kalau dah suami pun sibuk, tak kan isteri nak sibuk juga...)

isteri yang educated lah lebih diperlukan untuk menguruskan rumahtangga yang bahagia.. anak-anak akan lebih pintar... duit boleh cari tapi masa berharga untuk didik anak-anak membesar dengan sempurna lebih utama bak kata org anak membesar hanya sekali.. nak2 pula membesar di zaman yang penuh pancaroba...


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

hudaahmad
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 8882
Posting: 31
Dari: germany

germany   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 10:40


Saya pun dulu terfikir jugak memang nak kerja walau apa pun...Sekarang ni saya masih belajar tapi dah berkahwin, lama kelamaan niat saya bertukar...Sekiranya kewangan kami kukuh hanya dengan pekerjaan suami saya, saya pun inshaAllah nak jadi suri rumah sepenuh masa..

Walaupon tak bekerja lepas belajar tinggi-tinggi, ada banyak cara nak gunakan ilmu pengetahuan yang dapat masa belajar tu, terutamanya kepada anak-anak nanti inshaAllah.


Bookmark and Share




  Member Information For hudaahmadProfil   Hantar PM kepada hudaahmad   Pergi ke hudaahmad's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 10:39


salam...

saya pun ingin menjadi surirumah jika kewangan dah stabil...
tapi, buat masa sekarang belum mampu lagi...
mungkin 5 tahun lagi... :)


-----------------
Lilypie First Birthday tickers


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 18:17


apa salahnya kalau suami tolong bayarkan PTPTN


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

ibuaishah
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2010
Ahli No: 12289
Posting: 2

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 10:22


salam...

saya dah berbelas tahun dok rumah saja..

anak pergi sekolah, suami pergi kerja...tinggallah saya dengan kucing kucing di rumah ni.

memang timbul kebosanan .

memang hidup terasa rugi...kerana setelah belajar tinggi...cuma dok rumah...berbanding kawan kawan yang berjawatan tinggi.


Bookmark and Share




  Member Information For ibuaishahProfil   Hantar PM kepada ibuaishah   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 13:08


alhamdulillah saya pula rasa seronok jadi surirumah dirantau org, (walaupun terpaksa tolak tawaran kerja dengan gaji yang lumayan disini)rupanya banyak hikmah yang tersembunyi :-)


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 16:22


secara jujurnya saya bercita-cita ingin menjadi surirumah sepenuh masa. saya dapat merasakan betapa bahagianya menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang. pasti terasa nikmat membesarkan anak-anak dari baby hingga memasuki alam remaja, cukup membahagiakan memasak dan menghidangkan makanan kepada suami dan anak-anak setiap hari. biar setinggi mana pun tahap pendidikan yang saya miliki itu semua tidak mampu buat saya lupakan cita-cita utama saya. mungkin sekarang saya perlu bekerja keras untuk bayar PTPTN, untuk membantu persekolahan adik-adik, membantu mak dan ayah, menyediakan keperluan keluarga, untuk simpanan saya apabila tua.

apabila naluri keibuan datang dan menusuk kalbu membuatkan saya menangis terasa dunia kini kejam kerana memperhambakan diri kepada wang ringgit sehingga wanita seperti saya terpaksa keluar bekerja membantu suami untuk menyara kehidupan seharian, taraf hidup yang semakin tinggi membuatkan rumahtangga sekarang seumpama medium perantaraan diantara isteri suami dan anak-anak.

sekiranya suami mampu menyediakan semua keperluan walaupaun dalam keadaan yang sederhana saya mampu untuk tinggalkan kerjaya yang ada sekarang dan sedia menjadi surirumah sepenuh masa kerana itu cita-cita utama saya dari mula.

surirumah adalah jawatan yang mencabar dan tidak mampu dilaksanakan oleh seorang lelaki. wanita harus berbangga menjadi surirumah.

insyaallah...dengan izin Allah pasti kucapai cita-cita ini.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.02.2010
Ahli No: 11901
Posting: 20

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-07-10 22:11


Bismillah

Bahagia jadi suri rumah. Sepenuh masa ditumpu buat anak & suami tercinta. Mungkin ini lebih berharga bagi wanita bergelar isteri.

Tapi memandang...hutang pelajaran perlu dibayar.. habis selesai bayar, InsyaAllah full focus with family. Kerja dirumah pun ada baik..

pendapat saja.
Wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

umihusna
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2011
Ahli No: 12750
Posting: 5
Dari: Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-11 21:21


Assalamualaikum w.b.t..
Salam ukhwah, saya baru sahaja menjadi ahli di sini. Alhamdulillah banyak manfaat yang saya dapat dari pembacaan di sini.

Topik muslimah surirumah menarik perhatian saya. Ini kerana saya juga seorang suri bagi suami dan anak-anak tercinta.

Pada pandangan saya menjadi seorang suri rumahtangga ni lebih besar cabarannya dari wanita yang bekerja. Sebagai pekerja, waktu kerja hanya 8jam sahaja, tetapi suri rumah selagi belum tidur kerjanya tak pernah siap-siap juga, pinggan perlu dicuci, baju dibasuh, dijemur dan dilipat, makanan suami dan anak-anak perlu disedia dan banyak lagi kerja lain.

Tetapi disini bukan itu yang perlu kita ungkitkan sebenarnya, kerana setiap keringat yang kita titiskan demi suami dan anak-anak akan diberi ganjaran di sisi Allah S.W.T.


-----------------
sklin-kristalmutiara.blogspot.com


Bookmark and Share




  Member Information For umihusnaProfil   Hantar PM kepada umihusna   Pergi ke umihusna's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Muslimah Educated Jadi Surirumah Sepenuh Masa

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.070828 saat. Lajunya....