Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian..

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
Salam perkenalan dari ana...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 20 jam, 8 minit yang lalu


Ukhwah
Topik: PETUA MENGEKALKAN PERSAHABATAN


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» PETUA MENGEKALKAN PERSAHABATAN

Please Mendaftar To Post


Oleh PETUA MENGEKALKAN PERSAHABATAN

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 10:50


Saling Memberi Kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.



Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...


Saling Memahami
Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.


Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.


Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.
Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.


-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

shemizz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 5152
Posting: 49

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 12:54


err rasanye ini petua utk mengekalkn perhubungan..


Bookmark and Share




  Member Information For shemizzProfil   Hantar PM kepada shemizz   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 13:57


Quote:
err rasanye ini petua utk mengekalkn perhubungan..



mane-mane pun boleh..
kekalkn hubungan dgn pasangan..+ persahabatan..

yg penting both of u.. mesti ade tolak-ansur..
try to fhm..each other..
jgn sakitkn hati..jgn dok ungkit zamn jahiliyah au zamn silam.. ( buang yg keruh amik yg molek )

jujur..dlm hubungan...
make sure..% utk prasangka or dgn kata lain berhati-hati mesti ade.. cz kite xleh percaye dgn org 100%..

w/p rambut same hitam.. tapi hati lain-lain..
kite xtau.. ape maksud t'surat lg tersirat seseorg..
kadangkala dlm p'hubungan.. mcm2 helah..
sabotaj dll..

nthlaa.. akhiran..moge antum pndai menilai yg mana yg baik atau sebaliknye..



-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

shemizz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 5152
Posting: 49

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 09:34


yela sememangnya nk jalinkn persahabatan pun memerlukan perhubungan..


Bookmark and Share




  Member Information For shemizzProfil   Hantar PM kepada shemizz   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 11:10




a'aa betul tuh..


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 02.05.2005
Ahli No: 5251
Posting: 23
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 12:05


tak kisahlah..hubungan ke, persahabatan ke.... a good tips to be applied

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again


Bookmark and Share




  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

cyxaula
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 6488
Posting: 28
Dari: Moscow, Russia

malaysia  


posticon Posting pada: 03-04-07 02:56


thanks.
those tips sangat-sangat membantu.
-maafkan & beralahlah-


Bookmark and Share




  Member Information For cyxaulaProfil   Hantar PM kepada cyxaula   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 08:55


memahami dan memaafkan... itu yang paling penting rasanya. sebab bila kita memahami, kita akan sentiasa memaafkan kesalahan dia. jangan lupa, agama pun penting... :p


Bookmark and Share




  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

ryuki
WARGA RASMI
Menyertai: 01.07.2007
Ahli No: 7714
Posting: 18
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 14:01


syukran jazilan..nasihat yang bagus


Bookmark and Share




  Member Information For ryukiProfil   Hantar PM kepada ryuki   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 12:08


Hmm mana-mana pun boleh ek..
hubungan & persahabatan..

saling percaya mempercayai..

i trust u..u trust me.. :-D
apa yang saya nak sentuh sekarang ni soal kepercayaan..
bila dah mula rasa sedikit tidak percaya tu..
lelama takut akan merebak pulak..

ps: syaitan memang suka main hasut-hasut.. sebab tu dah kerja dia..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

AyaTuL_HusNa
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2009
Ahli No: 9772
Posting: 5
Dari: KeDaH,SeRdanG,SeMenyiH

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 17:50


salam ukhwah..
ana org baru kat sini..
huhu..dah lama nak join..tapi dapat view saja..
alhamdulillah,dapat juga jadi ahli hanan..syukran..(^_^)
hmm,trme ksih d atas info petua mngekalkan persahabatan..betul juga 2..tapi saya nak tanya sajalah,isu kawan ni..memang agak mnyedihkn bagi saya.,.smpikn saya mnangis sendiri bila dfikirkn selalu..selama saya belajar d kmpus..macam-macam gelagat sahabat-sahabat yang saya jumpa..tapi yang paling amat mnyedihkan..semangat assabiah 2 semakin mnjadi2(xpecially 4 clasmate)..saya betul-betul sedih..selama 4sem kat sini..tak tahulah kenapa..smpikn nak mencari kawan untuk assignment group,masing-masing dah booking awal-awal da..terasa selalu dketepikn..sdey juga..=(
tapi,saya fikir positif..mungkin ada hkmah dsebalik apa yang da berlaku..memang agak susah sangat-sangat nak mencari sejati yang boleh menjadi teman kita dkala susah dan senang..macam saya,banyak benda buat seorang-seorang saja..smpikn ada yang mnegur..entahlah..saya da cuba bgaul dengan kawan-kawan..tapi rasa macam kawan-kawan mnyisihkn saya..huhu..sdey sngguh..bntula saya..ya Allah,Ya Tuhanku..berilah kekuatan pada hamba-Mu ini..amiin..


Bookmark and Share




  Member Information For AyaTuL_HusNaProfil   Hantar PM kepada AyaTuL_HusNa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.074401 saat. Lajunya....