Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
NOTHING WORTHWHILE EVER HAPPENS IN A HURRY - SO BE PATIENT...
-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Dari Galeri
bersama sahabat baik...
salam ukhwah buat semua teman di luar sana

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 8 jam, 28 minit yang lalu
uzmawahida: 8 hari yang lalu
fayyzah: 20 hari yang lalu
bintanghatee: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: KEPERIBADIAN MELALUI WARNA


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» KEPERIBADIAN MELALUI WARNA

Please Mendaftar To Post


Oleh KEPERIBADIAN MELALUI WARNA

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 09:53


Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan
hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang
itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu
berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.
Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali
dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir
kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu
mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember
Merah

*2 hingga 11hb Januari
*Oren

12 hingga 24hb Januari
Kuning

25hb Januari hingga 3hb Februari
Merah jambu

4 hingga 8hb Februari
Biru

9 hingga 18hb Februari
Hijau

19 hingga 28hb Februari
Perang

1hb Februari hingga 10hb Mac
Aqua (Biru kehijauan)

11 hingga 20hb Mac
Lime

21hb Mac
Hitam

22 hingga 31hb Mac
Ungu

1 hingga 10hb April
Biru

11 hingga 20hb April
Perak

21 hingga 30hb April
Putih

*2 hingga 14hb Mei
*Biru

15 hingga 24hb Mei
Emas

25 hingga 3hb Jun
Krim

4 hingga13hb Jun
Kelabu





Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah
yang garang ini seorang yang comel dan disayangi
ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi.
Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun
kadangkala dilanda 'angin satu badan'!
Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang
mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan
mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam
apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin
berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu
juga bersikap suka mendorong orang lain untuk
mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup
takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun
kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang
yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu
boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam
menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh
cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang
yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu
tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan
sayang!


Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki
ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal
kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu.
Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat
ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala
dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup
tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja!
Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.


Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk
membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu
lakukan serta suka menolong orang lain dan
mengambil tahu tentang orang orang di
sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka
buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan
kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.


*Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
*Kawan baik aku (Bob)

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan,
yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang
yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai
masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan,
kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar
kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti
tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali
gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk
kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.


Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.
Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang
yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah
perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang
semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu
dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat
keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni
jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja
berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!


Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu
digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa
yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga
suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!


*Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani
menanggung segala risiko atas tiap perbuatan
yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata
orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
*10 Jan...?

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya.
Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu
kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan
diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood
memainkan peranan penting mempengaruhi
kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari
yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga
sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti
tersendiri yang membuatkan orang ramai
menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya
seorang kekasih yang kuat cemburu yek? Perak
ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi
tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat
dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat
pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap
'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si
dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali
dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi
usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti. 14 hingga 23hb Jun
Maroon

24hb Jun
Kelabu

25 hingga 4hb Julai
Merah

5 hingga 14hb Julai
Oren

15 hingga 25hb Julai
Kuning

26hb Julai hingga 4hb Ogos
Merah jambu

5 hingga 13hb Ogos
Biru

*14 hingga 23hb Ogos
*Hijau

24hb Ogos 2hb September
Perang

3 hingga 12hb September
Aqua (Biru kehijauan)

13 hingga 22hb September
Lime

23hb September
Olive

24hb September hingga 3hb Oktober
Ungu

4 hingga 13 Oktober
Biru

14 hingga 23hb Oktober
Perak

24hb Oktober hingga 11hb November
Putih

12 hingga 21hb November
Emas

22hb November hingga 1hb Disember
Krim

2 hingga 11hb Disember
Kelabu

12 hingga 21hb Disember
Maroon

22hb Disember
Teal Merah






Perak
Ternyata kamu ini seorang yang
berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang
yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya
sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba
sesuatu yang baru mampu
menstabilkan keadaan. Bukan apa,
kamu suka mencabar diri kamu sendiri
untuk melihat sejauhmana kebolehan
diri. Dari segi perhubungan cinta,
kamu lebih suka bersikap 'hard to get'
untuk menduga keikhlasan hati si dia.
Namun hubungan cinta kamu seringkali
dilanda kekeliruan dan tak begitu
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan
menemui cinta sejati juga suatu hari
nanti.


Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak
kesabaran jika inginkan perhubungan
itu berkekalan. Belajarlah untuk
bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini
dikatakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain. Sebab itu
juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri
dengan teman-teman hingga
membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan
tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi
masa lapang. Sebagai seorang teman,
kamu sentiasa menyokong tindakan
positif teman-teman yang lain. Pun
begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?


Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin
diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil
oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang
yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka
meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri.
Namun kamu amat pandai menawan
hati orang lain apatah lagi dengan
sikap humor yang kamu miliki itu.


*Biru
Ternyata kamu seorang yang punya
keyakinan diri yang rendah dan
terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah
macam tu. Itu adalah sikap negatif
yang harus kamu ubah kerana
mendatangkan kerugian pada diri
kamu sendiri. Selain itu, kamu juga
cederung ke arah kesenian dan
sememangnya kamu berbakat dalam
bidang itu hingga mampu menjadikan
kerjaya berkaitan dengan seni
sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana
taknya, orang lain bercinta kamu pun
hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benar menyintai si dia setulus
hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
*aku (tak 100% sama)

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan
kamu sendiri melebihi segala
galanya. Bagi kamu, jika kamu tak
sayangkan diri sendiri kamu siapa
lagi? Kamu juga seorang yang
berpersonaliti menarik hingga sering
menjadi perhatian ramai. Selain itu,
kamu juga berpandangan jauh untuk
masa depan. Tapi berhati hati dengan
sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu
marah pada seseorang, sukar kamu
nak melupakannya. Jadi, belajarlah
memaafkan orang lain. Sebab itu juga
kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!


Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu
orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain.
Perhubungan cinta kamu juga sering
tegang dek kerana sikap cemburu
kamu terhadap si dia. Cemburu itu
memang tanda sayang tapi kalau dah
melampau tu, cemburu buta namanya!


Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini
rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga
kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan
kamu kadangkala lebih suka
menyendiri melayan perasaan tapi
kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 12:10



info yg bagus.. jika ade terkena tuh kebetulan je tuh....

-----------------
Success Through Endeavour ;


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Haizmarkin
WARGA RASMI
Menyertai: 21.01.2005
Ahli No: 4853
Posting: 12
Dari: Kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 11:49


thanks 4 the info..hee,warna krim plak..tp suka warna kuning..anyway,mmg ade kena sket2 tp kebetulan sume 2 tak semestinya benar,wallahualam..~


Bookmark and Share




  Member Information For HaizmarkinProfil   Hantar PM kepada Haizmarkin   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 19:46


Assalamualaikum..
Menarik juga...Kalau ikutkan ana warna putih..boleh percaya ke ni?hehe..

Pada pendapat ana, sebenarnya kita tidak boleh terlalu berpegang kepada perkara2 seperti ini..sebab kita risau sekiranya apabila kita terlalu kerap terdedah kepada tekaan2 seperti ini,secara automatisnya kita akan berfikiran sebegitu..
Seharusnya kitalah yang mencorakkan warna diri kita..
Dan sekiranya kita terbaca mengenai warna dan tarikh lahir yang sebegini, janganlah kita membaca dan mengangguk2 sahaja sambil tersenyum menandakan benar...kita seharusnya mengambil jalan positif iaitu muhasabah diri kita balik..apakah benar saya begini dan begini,sekiranya benar,ubahlah sikap kita yang kurang baik itu kepada yang lebih baik..


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 19:51


Salam semua,kat sini ana juga nak muatkan apa yang telah ana ketahui..

Apa jadi yeh kalau kita baca horoskop ini yeh?~
||DATE : 10/12/2006 ||DAY : Sunday ||MUA'LIM : Al-Fadhil Ustaz Fitri ||VENUE : Madrasah Nurul Muttaqin ||STATUS : Kuliah Subhi

+before ustaz Fitri memeluk Islam, al-fadhil ustaz pernah mendengar kuliah daripada yang Berbhg Ustaz Harun Din.

+Isu yang dibangkit YAB Ustaz Harun Din:

-Syirik Halus - slh satunya contoh yang biasa ialah MEMBACA HOROSKOP .. -Contoh dialognye :

        S: Awak buat apa tu ?

        J: Baca horoskop

        S:Nak buat apa?

        J: saja saja

        S: percaya ke?

J:tak ada la!mana boleh percaya,Bedose besar..boleh jatuh mensyirikkan ALLAH..saja saja baca...suka-suka..

+Berdasarkan dialog 'saja-saja saja..' 'suka-suka' 'tak percaya pun'...walaupun dalam hati tetap jua hanya percayakan Allah s.w.t...Tak tak apa KESANNYE???? ....There..40 HARI AMALAN KITA TAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T yang MAHA BERKUASA WANAU'ZUBILLAHUMINZALIK..(time ni jantung ana berdegup-degup..kata orang-orang indonesian 'kejantungan')

+contoh situasi dan dialog lain yang turut dikategorikan sebagai syirik halus:

        Seorang lelaki cina sdg menilik nasib..Bdsrkan kepercayaan mereka, tilik nasib juga boleh dignkan dengan gnkan burung, burung pilih kad yang disediakan dan kad itu akan menunjukkan nasib orang yang ditilik.tiba-tiba menyinggah seorang Islam yang ingin melihat 'saja-saja, suka-suka,takpercaye pun'

S : Awak buat apa kat sini?

J:saya saja saja, nak tengok burung tu cabut kad tu

S:Agama awak blg pcaye ke?

J:Tak buley, saya saja saja..saya orang Islam, saja saja tengok..tak pcaye pun..Agama Islam tak boleh pcaye benda-benda macam ni..suka-suka saja tengok..

+Ulasan ana : sebab tu kadang-kadang kita dapat merasakan tak tng dalam hidup kat..Hati resah gelisah dalam satu masa tu secara tiba-tiba...semuanye kerana setiap satu amalan kat tu dipernilaikan oleh ALLAH s.w.t dan dicatit oleh malaikat atid dan raqib..

+Ulasan ana: Berhati2lah bibir kita dalam berbicara..berhati2 minda kita bila berfikir..berhati2lah hati kita bila bersuara..berhati2lah gerak-geri kita bila berkelakuan...entah bila..mungkin esok, mungkin lusa, mungkin hari ini kita akan mim alif ta ya..


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 20:00


Buat makluman..nasihat yang ana bagi kat atas tu sebenarnya untuk diri ana juga^_^


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

acik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.05.2003
Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 15:58


:)


Bookmark and Share




  Member Information For acikProfil   Hantar PM kepada acik   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 28-01-07 22:35


duh!!~ di i p u t s!!!


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 08:13


Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan
tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi
masa lapang. Sebagai seorang teman,
kamu sentiasa menyokong tindakan
positif teman-teman yang lain. Pun
begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?


emmm..ye ke?.


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

nur_malam
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.06.2003
Ahli No: 1816
Posting: 71
Dari: Kulim

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 13:56


lahir 28hb mei... warna krim lah begitu ek...


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malamProfil   Hantar PM kepada nur_malam   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 3118
Posting: 74
Dari: bumi allah

senegal   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 20:44


salam...

ana kale krim la ek..??
hrmm.... boleh buat kajian seskit ini...


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 28.03.2007
Ahli No: 7461
Posting: 30

blank  


posticon Posting pada: 28-03-07 01:57


merah..
sweet 4 ever..

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah
yang garang ini seorang yang comel dan disayangi
ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi.
Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun
kadangkala dilanda 'angin satu badan'!
Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang
mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan
mereka.


Bookmark and Share




  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

cyxaula
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 6488
Posting: 28
Dari: Moscow, Russia

malaysia  


posticon Posting pada: 29-03-07 00:36


Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
-some are true dan some not.


Bookmark and Share




  Member Information For cyxaulaProfil   Hantar PM kepada cyxaula   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068265 saat. Lajunya....