Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
Ummimq & Chief Librarians of UKM, UiTM di Dubai

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: hukum bersanding mengikut persektif islam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» hukum bersanding mengikut persektif islam

Please Mendaftar To Post


Oleh hukum bersanding mengikut persektif islam

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 13:01


Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
>
> From: Suara Persatuan Ulama (Malaysia) Online
>
> 1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri
> yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin)
> dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas
> oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai
> atau orang tertentu sahaja.
>
> 2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah
> untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah,
> meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat
> dan budaya nenek moyang.
>
> 3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari
> mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
> Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam
> Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu
> persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan
> raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
>
> Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari
> India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago,
> Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata
> Rakyat, Longman, 197 berpendapat ia adalah
> pengaruh Hindu.
>
> 4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
>
> (a) Penggunaan beras kunyit pada upacara
> persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada
> pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
>
> (b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu
> syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
>
> Hukum Islam Terhadap Persandingan
>
> 1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan
> tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat,
> maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah
> al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine
> aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee
> with hurt, there is none can remove it but He: if He
> do design some benefit for thee, there is none can
> keep back His favour: He causeth it to reach
> whomsoever of His servants He pleaseth. And He is
> the Oft-Forgiving, Most Merciful.
>
> 2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau
> pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat
> memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia
> juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
>
> 3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li
> tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar
> adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis:
> HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah
> melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh
> warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian;
> wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di
> muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya
> supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian
> Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa
> janggut atau misai atau side-burn.)
>
> 4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias
> dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai
> adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
> "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang
> zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
>
> 5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran:
> Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja
> sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin
> walaupun hanya dengan seekor kambing."
>
> Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir
> secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
>
> 6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai
> satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam
> Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang
> melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
>
> 7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah
> sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah
> wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad,
> al-Hakim dan Baihaqi)
>
> Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan
> dengan meletakkan syarat:
>
> 1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan
> muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang
> belum mengerti tentang aurat.
>
> 2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan
> jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai
> kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat
> kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua
> menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
>
> Rujukan
> 1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
> 2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
> 3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram
> fil Islam.
>
> Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam
> Pandangan Islam".
>
>
>
>
> Wallahulam, Wassalam._
> __________________________________________________
> SAMPAIKANLAH KEBENARAN WALAU SEPOTONG AYAT
> Suffy Was Salafiyah Ke Arah Kesatuan Pemikiran Ummah
>

-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

ifti_hanan
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.01.2005
Ahli No: 4866
Posting: 30
Dari: 'sintok' indah permai

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-06-05 12:42


emm..hebat info nie...

bersanding dgn sape ek????????

-----------------
'Dalam Kerendahan Diri
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa....'


Bookmark and Share




  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-05 21:52



Alhamdulillah, sekarang nih dah makin kurang adat bersanding nih. Biasa yang nampak sekarang, pelamin dibuat hanya untuk bergambar2. Tak adalah tepung tawar, renjis2 dan sebagainya..

Ifti hanan -- dah nak dekat ke? hehe

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

n_nadia
WARGA RASMI
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 5464
Posting: 3
Dari: kuala terengganu, melaka, shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 16:01


thu laa pasal .. saya ini Kalau boleh pernikahan sesederhana yang mungkin .. bersanding pun tak perlulah .. tapi kalau dah keluarga sebelah lelaki nak jugak .. saya harap untuk bergambar saja lah ... doakan laah saya dapat mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin, insya allah.


Bookmark and Share




  Member Information For n_nadiaProfil   Hantar PM kepada n_nadia   Pergi ke n_nadia's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050749 saat. Lajunya....