Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal.

-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
Wajah2 muslimah memanah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: cinta menurut sumber hukum kita


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» cinta menurut sumber hukum kita

Please Mendaftar To Post


Oleh cinta menurut sumber hukum kita

tetamu_senja
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.04.2003
Ahli No: 532
Posting: 29

Perak  


posticon Posting pada: 27-04-03 14:59


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan."

Seandainya diteliti pokok ajaran agama samawi, kita akan dapati bahawa kesemuanya mengharamkan zina, sama ada Yahudi, mahu pun Kristian. Bahkan logiknya, penzinaan itu telah dan terus menjurus kepada pengaburan masalah keturunan, kehancuran rumah tangga, meretakkan perhubungan, berleluasanya penyakit dan pelbagai bencana lain.

Islam, apabila mengharamkan sesuatu perkara, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu. Ia juga mengharamkan apa sahaja yang menajdi muqaddimah kepada suatu pekerjaan yang haram itu. "Setiap yang membawa kepada yang haram maka ia juga adalah haram." - Kaedah Feqah

Di antara perkara yang ditegah oleh Islam adalah bersendirian dengan seorang perempuan lain (bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwini untuk yang bukan mahram). Allah yang menjadikan manusia, maka Dia mengetahui fitrah dan kelemahannya. Rasulullah SAW bersabda, "barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersamanya mahram, kerana yang ketiganya adalah syaitan."

Selain soal khalwat, batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga disentuh oleh Islam. Melihat aurat, perhubungan yang lalai tanpa keperluan yang syar'ie, adalah titik-titik yang membawa kepada kerosakan yang lebih besar. Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud,

"Dua mata itu bisa berzina dan zinanya adalah melihat." (Hadith Riwayat Bukhari)

Apakah bezanya pula dengan perbualan telefon, bertemu face to face, bahkan mungkin email dan surat menyurat, seandainya semua itu dibuat tanpa tujuan yang diizinkan syara', apatah lagi untuk bersuka ria seakan Nabi SAW tidak pernah mensabdakan sesuatu mengenainya!!!

Apabila persoalan ini ditimbulkan, maka terbitlah label kolot dan sempit akal. Mungkin batas-batas Tuhan ini dilihat punca kemunduran, atau sekurang-kurangnya menyalahi masyarakat barat yang sudah diterima sebagai kayu pengukur sebagai paradigma kemajuan. Lantas kita lupa kepada jati diri dan prinsip agama, yang sudah pun berjaya membuktikan kebenarannya. Kita terasa agama mengongkong diri sedangkan yang dikekang hanyalah anasir nafsu yang menjanjikan kerugian yang lebih besar. Kita terlupa, kepada siapakah kita telah memperhambakan diri?

Semasa kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, Mustafa Kemal Ataturk menyedari bahawa tabiat umat tidak mungkin berubah selagi wanitanya dijagai oleh Islam. Wanita mesti direnggangkan dari agama dan caranya ialah dengan menggalakkan mereka bermusafir meninggalkan rumah sekonyong diri serta penganjuran pergaulan bebas. Tanyalah kepada sejarah, ia tidak pernah menipu. Apakah selepas perubahan itu, kita sudah menjadi generasi yang lebih maju dari sebelumnya? Bahkan kita masih terpinga-pinga mencari identiti.

Kita sangkakan barat adalah sumber kemajuan, lantas kita menjadi hamba pengikut paling setia. Sedangkan kita lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan manusia di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka hanyalah mengikuti suatu persangkaan dan mereka pada dasarnya berdusta kepada Allah." (Surah Al-An'aam : 116)

Kita juga teralpa dari sabda Nabi SAW,

"Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya: wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW bersabda, "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (Hadith riwayat Muslim)

Dalam keghairahan kita memboloskan diri di dalam lubang biawak yang sempit, gelap, berlumpur dan bengkang bengkok itu, kita butakan mata dan pekakkan telinga daripada keluhan dan rintihan barat. Di sana sini mereka meratapi kehancuran generasi muda, kebinasaan institusi masyarakat sedangkan gereja mereka terlalu lemah untuk bertindak, apatah lagi di lembayung penyelewengan aqidah yang gelap dan menakutkan. Begitulah, oleh kerana alah bisa tegal biasa, kita hilang sensitiviti. Lelaki dan wanita bebas keluar masuk ke kediaman, komunikasi tanpa batasan dan keperluan, dan lain-lain panahan hawa nafsu, sudah dianggap biasa. Namun adakah Islam akan tunduk kepada kebiasaan kita?

Hanya iman di dada yang mampu menjawabnya.

Penyair Iqbal pernah berkata:

"Semua peristiwa asalnya kerana pandangan, kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil. Permulaannya adalah pandangan, kemudian berbalas senyuman lantas diturut oleh salam, kemudian tergerak berbicara lalu berjanji dan akhirnya sesudah itu ia bertemu".



Bookmark and Share




  Member Information For tetamu_senjaProfil   Hantar PM kepada tetamu_senja   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-05-03 20:35


Syukran jazilan jiddan2 buat Ukhti tetamu_senja atas artikel yg cukup mantap dan sarat dengan pengisian ilmiah nie. Moga Allah merahmati usaha anti ini yg cuba berkongsi ilmu dengan sahabiah semua.

" Ya Allah.... jauhkanlah dan peliharalah aku dari cinta dunia, yg bakal menjarakkan aku denganMu. Amien Ya Robb...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048537 saat. Lajunya....