Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Membantu orang yang terlanda kesukaran dan menghiburkan orang di dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
Bergambar beramai2 di Majlis Hari Lahir Kelab Oktober yg diadakan di Taman Tasik Perdana, KL pd 19 Okt 2003...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Muslimah Pelajar
Topik: Menangani kejutan budaya di Universiti


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» Menangani kejutan budaya di Universiti

Please Mendaftar To Post


Oleh Menangani kejutan budaya di Universiti

tetamu_senja
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.04.2003
Ahli No: 532
Posting: 29

Perak  


posticon Posting pada: 27-04-03 14:36


TAWARAN melanjutkan pelajaran di menara gading merupakan cita-cita bagi setiap pelajar dari lepasan sekolah menengah. Dalam keadaan begini perasaan sebahagian pelajar bercampur-aduk antara kerisauan dan kegembiraan untuk menempuh satu kehidupan baru. Bagi sebahagian pelajar, saat ini adalah merupakan kali pertama untuk berenggang dengan keluarga dan meninggalkan kampung halaman. Pastinya kehidupan di kampus itu umpama satu mimpi yang mungkin ngeri atau indah.

Bentuk pendidikan di universiti juga merupakan cabaran utama bagi pelajar-pelajar yang akan menjadi penghuni universiti. Sudah tentu gaya pembelajaran di universiti tidak sama dengan pembelajaran di sekolah. Justeru, kekuatan mental dan fizikal untuk mendepani kehidupan di universiti amat penting supaya pelajar-pelajar tidak mengalami satu simptom yang dinamakan "kejutan budaya".

Penyakit ini adalah perkara yang normal bagi setiap pelajar yang baru memasuki kehidupan universiti. Pastinya simptom ini akan memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap pelajar. Tetapi jika kreatif menggunakan daya pemikiran yang ada, simptom ini boleh bertukar dari menjadi negatif kepada positif. Malangnya tidak semua pelajar dapat mengatasi masalah simptom ini kerana mereka asyik berfikiran negatif yang hanya berserah kepada takdir atau berpuas hati dengan segala apa yang ada.

Masalah ini timbul bukanlah kerana bentuk sistem kehidupan yang dicorakkan oleh pihak universiti. Kehidupan yang telah dicorakkan ini kebanyakannya selari dengan falsafah pendidikan negara yang mahu menjadikan pelajar-pelajar sebagai seorang manusia yang unggul dalam pelbagai bidang. Secara umumnya, kejutan budaya ini terjadi adalah berpunca dari diri pelajar itu sendiri.

Pelajar-pelajar kebanyakannya sering mengatakan setiap sesuatu yang baru berlaku adalah mustahil untuk dijuarai atau diterokai. Napoleon pernah mengatakan bahawa "perkataan mustahil itu hanya ada dalam kamus orang yang dungu sahaja". Bagi orang yang ingin cemerlang, sikap sedemikian patut dilontar jauh dan terapkan dalam diri sikap yang percayakan diri sendiri. Manusia sebegini sentiasa percaya dan yakin terhadap kemampuan dirinya yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya.

Sememangnya tidak ada perkara yang mustahil sebelum mencuba melakukannya. Semangat sebeginilah yang ada dalam diri mereka yang percaya kepada diri sendiri. Apabila sikap percaya kepada diri telah ada barulah timbul sikap berdikari. Kedua-dua sikap ini jika digabungkan peranannya boleh menghasilkan seorang pelajar yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi. Tetapi adakah benar sikap ini mampu diterapkan kepada semua pelajar-pelajar baru di universiti?


Bookmark and Share




  Member Information For tetamu_senjaProfil   Hantar PM kepada tetamu_senja   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 10:48


assalamualaikum wb.

kejutan budaya... buakn lagi satu fenomena yang luar bisa dikalangan student2 yang baru saja melangkah masuk ke IPT. boleh dikatakan tiap individu yang pertama kali masuk IPT akan merasainya tidak sbyk pun..sedikit mesti rasa punya

seperti yang dinyatakan oleh tetamu_senja;

Quote:
Penyakit ini adalah perkara yang normal bagi setiap pelajar yang baru memasuki kehidupan universiti. Pastinya simptom ini akan memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap pelajar. Tetapi jika kreatif menggunakan daya pemikiran yang ada, simptom ini boleh bertukar dari menjadi negatif kepada positif. Malangnya tidak semua pelajar dapat mengatasi masalah simptom ini kerana mereka asyik berfikiran negatif yang hanya berserah kepada takdir atau berpuas hati dengan segala apa yang ada.

Masalah ini timbul bukanlah kerana bentuk sistem kehidupan yang dicorakkan oleh pihak universiti. Kehidupan yang telah dicorakkan ini kebanyakannya selari dengan falsafah pendidikan negara yang mahu menjadikan pelajar-pelajar sebagai seorang manusia yang unggul dalam pelbagai bidang. Secara umumnya, kejutan budaya ini terjadi adalah berpunca dari diri pelajar itu sendiri.



begitu juga dengan pendapatnya dalam cara menangani masalah itu.. sesungguhnya cara yang terbaik adalah denagn cara kemabli kepada dia YAng MAha Esa


-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

budakinsaf
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 595
Posting: 122

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-03 16:42


assalamualaikum...
betul tu...saya setuju.

-----------------
CiNTa YaNG ABaDi...CiNTa PaDa ALLaH




Bookmark and Share




  Member Information For budakinsafProfil   Hantar PM kepada budakinsaf   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 00:48


a'kum

ku merasainya..



-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

haha
WARGA RASMI
Menyertai: 04.05.2003
Ahli No: 961
Posting: 6
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 22:07


akum...sememangnyer sy telah lalui proses itu...seperti yg dikatakan.....pemilihan kawan penting.....kawan bnyak mempengaruhi kiter....dan yg pasti jgn mudah mengikut sahaja pekara baru yg dibawa oleh kawan yg baru dikenali... disitu pentingnyer jati diri...


Bookmark and Share




  Member Information For hahaProfil   Hantar PM kepada haha   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 23:15


Assalamu'alaikum wrt wbt

a'a ana setuju ngan respon sahabat sahabiah semua..
kejutan budaya di universiti merupakan suatu perkara yg pastinya berlegar2 dalam minda setiap pelajar yg akan melangkah ke alam menara gading dan universiti ni.

kekadang tu mmg risau ttg ni,ye la for example yg dtg dr skolah agama ,skolah yg disiplin ok or sama waktu dgnnya..biah atau suasana yg akan ditempuhi kelak maybe akan berbeza dr alam sekolah menengah,tak gitu?

jadi ape yg penting,niat mesti dipasakkan betul2 ..nak menuntut ilmuNYA..then pemilihan kawan pun sama penting jgk..sbb takut-takut terpengaruh ngan yg kurang baik..Nauzubillahuminzalik..

ape2 pun semuanya mengharapkan yg terbaik,moga Allah swt sentiasa mempermudahkan bagi kita jln dlm menuntut ilmuNYA ni..insyaALLAH..

# risau jgk nak melangkah ke alam menara gading nii doakan ana ye!


jumpa lg!

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052926 saat. Lajunya....