Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Iman dan Islam tidak dapat dipisahkan dari diri seseorang sepertimana setianya warna merah pada darah dan rasa enak pada buah-buahan...
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
Majlis makan malam...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 476 hari yang lalu


Dari Bilik Admin
Topik: JK Dehearty


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Bilik Admin
    »» JK Dehearty

Please Mendaftar To Post


Oleh JK Dehearty

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-05 15:14




1. Pendahuluan
JK DeHearty dianjurkan atas cetusan hati peminat DeHearty sendiri. Sudah lama terbuku di hati untuk melaksanakannya suatu hari nanti. Kini harapan itu sedang menuju kenyataan. Semoga JK DeHearty ini akan terlaksana dengan meriah dan marilah mencipta sejarah! InsyaAllah. JK DeHearty dianjurkan oleh;
1. Portal Ukhwah, www.ukhwah.com
2. Portal Muslimah, www.hanan.com.my
3. Portal Cyberjawa, www.cyberjawa.com


2. Tema
“Hiburan Islam, Santapan Rohani”

3. Objektif
Program ini adalah bertujuan mendekatkan lagi hubungan dan mengeratkan ukhwah diantara peminat dan DeHearty dalam erti kata sebenar. Disamping itu juga, peminat dapat beramah mesra menerusi acara-acara yang telah disusun seperti “telematch” dan kuiz. Program ini juga dapat menjadi “platform” kepada DeHearty sendiri untuk menghargai jasa-jasa peminat yang selama ini menyokong semenjak kehadiran DeHearty di arena nasyid tanah air. Pendekatan ini lebih bermakna andainya semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang yang jitu.

4. Perlaksaan
JK DeHearty akan digerakkan oleh mereka yang boleh dikatakan peminat setia DeHearty. Mereka inilah yang mencetuskan idea asal program ini, Gathering DeHearty. Tetapi telah ditukar kepada JK DeHearty. Mereka ini dilantik dan menawarkan diri mengikut kebolehan masing-masing. Pada peringkat perancangan, program ini akan diadakan berdasarkan butiran berikut;
Tarikh : 1 Mei 2005
Tempat : Dewan Matrikulasi UIA, PJ
Masa : 9.00 pg hingga 6.00 ptg


5. Jawatankuasa Perlaksana

Penanung;
Razzi Armansur (Kang)
Hanan Alam Faizli (Hanan)

Penasihat;
En. Mohd Izza Zulkifli (Prof_Muslim)
Pn. Suhaily Rozaily (Istisafa)

Pengarah Program;
Mohd Khairool Ngadon (khairoo84)

Timbalan Pengarah Program;
Rashdin Mohd Zahari (Rashdin)

Setiausaha;
Umi Salmah Bt Shaharudin (Naza_Firman)

Bendahari;
(wawa83)

Pengurusan Artis;
In-Team Edutainment Sdn Bhd, zahratul_wardah

Pengurusan Persembahan & Pentas;
Team Ukhwah UIA PJ,

Sistem audio, IT & Multimedia;
Abd Razak Kasolang (Kaze) & Team IT.

Jamuan makan;
belum ada

Pengacara Majlis;
Dj Rizal & Dj Erwan (IKIM.FM)

Buku cenderahati, Persiapan & Tugas khas;
Team Ukhwah UIA PJ, khairoo84

Promosi;
belum ada

Pengangkutan;
belum ada

Gerai dan Jualan;
Huda (indah_hati84)

Artis Utama;
DeHearty

Artis Undangan;
In-Team, Rabbani, Saujana, Devosi & OneFaith.

6. Aturcara
Aturcara Perasmian
8.45 pg : Ketibaan tetamu dan jemputan
9.00 pg : Upacara Memotong Riben oleh DeHearty (simbolik JK DeHearty bermula)
Diiringi kompang dari anak-anak yatim Rumah Penyayang K.Langat.
9.10 pg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
9.20 pg : Ucapan Pengarah Program
9.30 pg : Ucapan perasmian oleh;
Hanan Alam Faizli (Presiden Ukhwah.com)

Aturcara Program
9.40 pg : Tazkirah oleh Salafian
10.00 pg : Persembahan IT dari Team IT & Multimedia Ukhwah.com
10.15 pg : Taklimat dan pembahagian kumpulan
10.30 pg : Ramah Mesra bersama DeHearty (telemetch dan kuiz)
12.30 tgh/i : Makan tengahari, Solat Zohor berjemaah & rehat
2.00 ptg : Persembahan sektsa dari OneFaith. (Munsyeed UIA)
2.15 ptg : Persembahan artis undangan
3.00 ptg : “DeHearty Live in Konsert”
4.30 ptg : Solat Asar berjemaah& rehat

Aturcara Penutup
5.00 ptg : Upacara memotong pulut kuning sambutan hari lahir untuk
ahli Kelab Januari, Februari, Mac April, Mei
5.30 ptg : Ucapan Penutupan Oleh;
Mohd Izza Zulkifli (Prof_Muslim, Pengarah Event)
5.45 ptg : Penyampaian hadiah dan cenderahati.
6.00 ptg : Bersurai


7. Kos perlaksanaan
Berdasarkan anggaran kasar, jumlah kos keseluruhan adalah RM 3,500.00.

Sewa Dewan : RM 200.00
Makan : RM 1000.00
Audio : RM 800.00
Bayaran Artis : RM 1000.00
Belanja Runcit : RM 500.00
Jumlah : RM 3,500.00

8. Perbelanjaan
Untuk menampung kos ini, adalah dicadangkan supaya memperhebatkan jualan buku-buku siri Mutiara, cenderahati dan sebagainya. Disamping itu juga, sesiapa sahaja yang ingin menyertai program ini, dikenakan bayaran. RM 10 untuk ahli portal dan komuniti terlibat dan RM 12 untuk bukan ahli.

9. Sampingan
Juga gerai jualan, pameran dan permainan seperti teka kacang turut diadakan. Sesiapa sahaja boleh menyertai gerai jualan ini dengan mengenakan bayaran sewa tapak, RM 10 sehari. Segala urusan jual beli ini adalah mengikut sistem kupon. Komisen akan diambil mengikut jumlah untung bersih.

10. Perolehan
Kesemua hasil kutipan ini akan digunakan untuk menampung kos perlaksaan dan selebihnya akan dimasukkan terus ke dalam dana portal.

11. Penutup
Besarlah harapan kami untuk merealisasikan program ini. Kami berjanji untuk menjadikannya yang terbaik pada tahun ini dan semoga pengisiannya juga akan benar-penar tercapai dan sampai ke benak setiap pesertanya.
Makluman;
1. Senarai AJK diatas masih dibuka, dan sesiapa yang merasakan dirinya layak, silakan.

2. Bayaran RM 10 dikenakan kepada setiap ahli portal terlibat dan akan menerima kupon bernilai RM 10 untuk makan dan membeli belah. Jika kurang boleh beli 2 atau 3. Bukan Ahli portal terlibat, akan dikenakan bayaran RM 12 dan akan menerima kupon bernilai RM10.

3. Gerai jualan akan dibuka dan sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, sila PM kepada indah_hati84 untuk permohonan dan sertkan senarai barangan jualan dan sebutharga. Bayaran RM 10 dikenalan untuk sewa tapak 1 hari. Penganjur akan mengambil komisen berdasarkan jumlah untung bersih. Barang jualan adalah bebas kecuali makanan stall seperti burger, air minuman, nugget dan sebagainya...

4. Kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin mendermakan/menaja Kek untuk sambutan hari lahir bagi yang lahir pada bulan Januari, Februari, Mac, April dan Mei. Berita gembira : Ahli DeHearty juga ada yang menyambut hari lahirnya pada bulan tersebut dan siapa? rahsia...

4. Semua hasil kutipan akan digunakan untuk menampung panganjuran dan selebihnya akan disalurkan terus ke dana portal..


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 3258
Posting: 80
Dari: Malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 12:38


hermmm... menarik...
semoga perjalanan jk akan berjalan lancar seperti dirancangkan


Bookmark and Share




  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 14:27



Moga dapat direalisasikan dengan jayanya..
Selamat memantau ye Kaksu.. hhehe
Nampaknya kita dah kena plan jualan untuk gerai ukhwah/muslimah.
Kali ni nak jual apa ye kaksu..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 08:58




tengah fikir juga.. wakil dari portal muslimah ni.. ana akan cuba bertanyakan pada Pusat Rahmat, sambil tu boleh bantu ibu - ibu tunggal disana.. pada ahli yang lain, sesiapa ada ide untuk menjual apa apa silakan beri pendapat...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-03-05 17:13




selamat menyelenggarakan tugas2 di balik tabir buat kaksu n team jk dehearty... all the best of luck.... kaksu bolehhhh!!!

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Pergi ke nur_indah's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 22:52




Quote:
Artis Utama;
DeHearty



bestnye kalu leh join skali ...

-----------------
Success Through Endeavour ;


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 13:51


jk dehearty

insyallah.. jika diberi keizinan dr-NYa..
sampai jua ana & kontijen dr kedah..
wah.. sebut kontijen mcm ramai je..he..he..

moge dpt jumpe lg warga hanan & ukhwah yg lain..


salam perjuangan pd ajk pelaksana..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2003
Ahli No: 1850
Posting: 19
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-05 23:53


...
terima kasih kpd simple_shida diatas sokongan n semangat yg ditunjukkan utk hadir ke program JK Dehearty pd 1mei ni ye...kabonya nak bawak team dari kedah ye..?
oooohhh..mailah ye,,kecik tapak tangan satu dewan pusat islam kami sediakan... pasti meriahkan...
kpd akhwat2 semua,dijempulah hadir brsama sahabat2 brserta keluarga dtg ke majlis "Seinteam Ukhwah Dihati"..show dari artis dehearty&inteam..pd sebelah siangnya JK Deheartylah ye,nilah waktu kalu peminat Dehearty nak mengenali dgn lbh dekat tentang artis nasyid mereka yg popular dgn "PASRAH SEGALANYA" serta "INSPIRASI HATI"..
kalu tak masa ni bila lg ye...di ingatkan bahawa show pd malam itu bertiket...RM10 utk tempat duduk tingkat bwh,RM8 utk tempat duduk tingkat atas n RM5 utk kanak2(7-12thn)...s
utk sebarang prtanyaan lanjut blehlah PM pd sy atau hubungi di talian 0139336145/0132724892/0122409090(AJK PROGRAM)


Bookmark and Share




  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 17:24




Sama2 kita meriahkan JK Dehearty dan Konsert Malam Amal Intim Di Hati..

Jangan terkeliru pula, lokasi yang muktamad adalah di PUSAT ISLAM. Kita jumpa di sana..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 20:58



~MALAM AMAL INTIM DIHATI~
Artis : Inteam & Dehearty
TEMA : "Seinteam Ukhwah Dihati"
Masa : 8.00-11.00 mlm
TEMPAT : Dewan Muktamar Pusat Islam,Kuala Lumpur

TIKET BERHARGA :RM 10 (tmpt duduk bhgn bawah)
RM 8 (tmpt duduk tingkat atas)
RM 5 (KANAK2)

* TIKET2 SHOW BOLEH DIDAPATI PD AJK2 PROGRAM ATAUPUN DI DEPAN PINTU MASUK DEWAN*


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 11:14


al awal.. >tAHnIaH + weLL donE + cOnGrAteSS ila all AJK PELAKSANA & PENERAJU JK DEHEARTY...

dpt jua ketemu sahabat ukhwah+ hanan..
lame xjumpe..
bestt sgt...

rugi bg yg xp konsert..
new song..masih FRESh lg.. baru lps record..
insyalllah.. julai will keluar album baru dehearty* lagu WANITA.. bestt.. moge meletup..!!
( bak kata akhi syam)

akhiran.. tahniah again pd yg telah bertungkus-lumus.. mane yg weak.. bleh dimprove pd next JK..
kite sama-same belajar....

learn from the lesson..

ialliqa' next jk... salam mahabbah...

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.149683 saat. Lajunya....