Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang hebat ialah orang yang sederhana dalam kata-katanya tetapi hebat dalam tindakannya

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
Assalamua'laikum wrt dan salam ukhwah tuk sumer warga komuniti muslimah dari kami ahli baru. yana, shiro_grin dan cik sitie..^_^

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: bintang penyembuh... karya t'baru nie!!


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» bintang penyembuh... karya t'baru nie!!

Please Mendaftar To Post


Oleh bintang penyembuh... karya t'baru nie!!

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 11:22


Bintang Penyembuh…
by--myrah a.k.a. qaulah_atrah--


“Semakin kukejar bayangan itu,
Semakin ia lari dari pandangan,
Bisu tanpa kata,
Senyuman tanpa hiasan,
Episod tanpa panahan,

Seteguh soal,
Benarkah dia?
Palsukah cinta?”

Nafas panjang ditarik, seraya dilepaskan perlahan-lahan. Bukit menghijau menghias segi empat jendela kamarnya ditatap, sunyi. Pena biru masih setia dijari pinta ditores biar percikan dakwatnya mengalir mengisi puisi Irfan Hakimi. Istighfar panjang menghiasi bibir Irfan Hakimi, moga keimanannya masih teguh. Debaran dada yang bergocak, degupan jantung yang pantas terasa kini beransur normal seperti biasa. Tambah tenang dengan kesyahduan kalimah azan yang berdesing di osikel telinganya. Langkahnya dipanjangkan, menuju ke bilik air. Kedinginan air kolah, menambah kesegaran wudhu’nya. Kain pelikat berkotak biru disarungkan, tak terlupa ketayap milik arwah bapanya menutupi ruang kepalanya. Kalimah takbir agak kuat dilaungkan memecahkan kelengangan petang itu. Selesai memberi salam kedua, dia berzikir, perlahan. Tubuh tegapnya kelihatan terinjut-injut. Jemari ditadahkan, memohon doa pengharapan moga hidup orang tersayang terus dilimpahkan maghfirah dan rahmah…

“Irfan, yang dah lepas tu lepaslah.. Usah dikenangkan lagi” Terngiang-ngiang omelan Ummi. Sengaja dibisukan bicara. Dibutakan pandangan. Jerit tangis anak kecil yang baru beberapa hari dilahirkan menusuk-nusuk halwa telinganya Ingin dipekakkan telinga, namun tangisan itu seakan bergelombang, semakin kuat kedengaran. Ah! Tangis itulah yang seakan meragut jiwa, kasihnya juga bagai disentap tanpa rela! Aduh, terseksanya ketika itu! “Diam! Diam!” Pekikannya seolah bagai nak gila! Jelas Kak Syirah memaparkan seraut wajah bimbang. Bimbang sungguh! Berlari dia dari dapur, mendapatkan anak kecilnya. Pantas disusukan anak kecilnya. Lentok bayi itu dipeluk mimpi. Suasana sunyi kembali. Irfan Hakimi memicit-micit dahinya. Mindanya berkecamuk, hatinya berbaur kecewa. Terkumat-kamit bibirnya, melafazkan kalimah syahadah. Pinta ketenangan hadir membalut jiwa resah.

“Adik, akak fikir eloklah adik balik Penang. Takkan adik nak terus-terusan macam ni. Betul kata Ummi tu. Hidup perlu diteruskan..kerja-kerja adik tu, takkan nak biarkan terbengkalai. Fikir baik-baik ya dik?” Jelas kata-kata Kak Syirah ada kebenarannya. Tubuhku pantas diheret ke Pulau Mutiara ini.. menuntut kembali waktu-waktu belajar yang telah aku tinggalkan.. memaut kembali persaudaraan bersama rakan seperjuanganku..

Pakcu…

Ummi mengurut-urut dadanya yang terasa berombak. Keningnya sedikit berkerut, disinar mentari yang seakan menyambar wajah kedutnya. Renik-renik peluh mula meluncur laju, bahang kuat terasa dari dalam menyucuk-nyucuk tulang hitamnya. Tudung periuk dikibas-kibasnya agar api yang baru dinyalakan tidak terpadam. Pemanggang yang diletaknya seekor ikan terubuk diletak pula ke atas api yang menyala-nyala maraknya. Sesekali dia menjenguk ke ruang tamu, memerhati tingkah laku Ahmad Haziq yang asyik bermain bersama patung Ultraman kesayangannya. Televisyen ternganga, memaparkan siaran-siaran iklan. Setia Ahmad Haziq menunggu kartun kegemarannya, Ultraman yang ke udara pada setiap hari Sabtu. “Ajiq nak jadi cam Otromen! Dia baiikkk, Tok Mi!” Sudah lali telinga Ummi mendengar kata-kata yang terpacul keluar dari bibir mungil Ahmad Haziq. Riuh rendah di ruang tamu apabila rancangan tersebut disiarkan. Kedengaran jua suara Ahmad Haziq kuat menyanyikan lagu tema kartun kegemarannya. Ketawa kecil Ummi melihat gelagat anak kecil itu meniru aksi heronya. Sekurang-kurangnya, kehadiran Ahmad Haziq tidaklah membuatkan hidupnya terasa sunyi sepi setelah kematian suami. “Tokkk Miiiii !” Ahmad Haziq menjerit sekuat hati. Kalut-kalut Ummi mengangkat ikan terubuknya yang telah masak lalu diletakkan ke atas para. Sebangatnya, dia melangkah mencari kelibat cucu kesayangannya. “Tok Miii, Ajiq kat sini!” Ummi masih tercari.cari. “Ya Allah, Ajiq ni! Kan Tok Mi dah pesan, jangan sepahkan kusyen ni. Kan dah terrsepit kat sini! Ajiq… Ajiq!” Kaki Ajiq yang tersepit di celah-celah kerusi rotan cuba dikeluarkan perlahan-lahan. “Tok Mi, sakit ni!” keluh Ahmad Haziq.Tubir mata kuyunya mula digenang air mata. “Itulah, Tok Mi dah pesan.. jangan main kat celah-celah tu! Ajiq degil, sebab tulah jadi camni!” “Ala, Ajiq nak terbang cam Otromen..” Tuturnya dengan nada sedih. Ahmad Haziq menggosok-gosok matanya, dia menangis teresak-esak. “Dah, jangan nangis. Kalau nak jadi cam Otromen, takleh nangis. Dia kuat, Ajiq pun kena kuat!” pujuk Ummi, lembut. Ahmad Haziq mengangguk-angguk. Mutiara yang meluncur dari kali matanya segera diseka. Dia tersenyum. Ummi membalas senyumannya. Suka sungguh Ahmad Haziq dengan ikan terubuk bakar. Dua pinggan, licin! Pedas-pedas sambal belacan air perahan Ummi pun sanggup dimakannya!

“Tok Mi, yang pakai baju biru tu.. Ajiq tak penah nampak pun!” Jarinya dituding ke arah seorang lelaki segak memakai baju teluk belanga. Tok Mi terkedu seketika. Sudah agak lama dia tidak bersua lelaki itu. Penangan rindu semakin menebal di dalam jiwanya. Apa tidaknya, sekali dua saja bertemu dalam setahun. Entah apa khabarnya anak lelakinya yang seorang itu. Matanya menumpu tajam pada Ahmad Haziq. “Tu anak Tok Mi jugak. adik mama Ajiq!” Ahmad Haziq mengerutkan dahinya. Kurang faham dengan penjelasan Ummi. “Tu paksu Ajiq” balas Ummi. “Ajiq tak penah nampak pun!” Ditekankan sikit bicaranya. “Waktu dia balik, Ajiq ada kat rumah Tok Yam” gumam Ummi. “Pakcu mesti baik kan Tok Mi?” Ummi mengangguk. “Yey! Yey! Boleh la, Ajiq main dengan paksu ye Tok Mi?” Belum sempat Ummi menjawab, anak kecil seusia 4 tahun lebih itu bercakap-cakap lagi. “Ajiq ada ramai kawanlah, Tok Mi.. campur abah ngan pakcu, dah ada dua.. Tok Mi, mama.. dah empat!” Jemarinya sibuk membilang. Ahmad Hazjq ketawa girang. Seronok sungguh nampaknya..

Bayangan itu lagi..

Bulan mengambang lagi. Cengkerik, unggas bagaikan berpesta. Malam itu, mindanya kusut lagi. Kertas-kertas kosong yang masih belum tercoret bersepah di atas lantai. Pening memikirkan apa yang perlu dimuatkan ke dalam Wadah Dakwah. Malas-malas dia melangkah menuju ke sofa. Korneanya sengaja dilarikan ke arah jam yang menunjukkan setengah jam lagi pukul 9. Remote control ditekan punatnya. Sengaja ditukarkan siaran RTM kepada 8TV. Rancangan yang telah menyentuh perasaannya telah pun bermula. “Stairway To Heaven” sedikit sebanyak menceritakan episod pilunya.. Aduh, aku rindu padamu, ! Tanpa dipaksa-paksa, air mata seorang lelaki gugur! Meresap ke dalam jiwa, dan hatinya kini sedang menangis.. meratapi kisah sendu itu! Kisah hidupnya!!

“Huda?” Wajah gadis yang mencuri hatinya dulu kala menjelma kembali.Hatinya bermuzik, memainkan ritma kasih yang telah lama mati. Cintanya pada Nurul Huda, hidup kembali. Pantas,digerakkan langkahnya mengejar gadis itu! Oh Tuhan, betapa aku rindu padanya. Dia menghilang,sepi. Aku gagau, mencari. Ke manakah kau, Nurul Huda? Irfan Hakimi tertunduk. Rebah di bumi Institut Pengajian Islam, Pulau Pinang. Mimpikah kau Irfan Hakimi?

“Betul Mir, ana tak tipu! Dia Nurul Huda!” teguh, pendiriannya. Matanya bersinar. Amir terpempan. Aduh, apa kena dengan Irfan Hakimi ni. Setelah sekian lama, enta masih di alam mimpi! “Irfan, Huda takkan ada lagi! Mana mungkin dia boleh berdiri, hidup kembali! Enta dah lupakah saat-saat pilu tu? Saat Huda dimasukkan ke liang lahad, ditimbus tanah, dan doa enta yang mengirinya pergi? Dua nisan yang tertegak, kubur siapa tu? Dah lupakah, Irfan?” Laju saja Amir menuturkan kata. Bukan niatnya, ingin mengimbau sejarah hitam itu. Tapi, moga Irfan Hakimi terjaga dari mimpi itu. Disedar hakikat yang kini sudah beberapa tahun lamanya. Irfan Hakimi mencerlung tajam ke arahnya. Dia kini sedar! Ya Allah, betapa berdosanya aku! Meratapi insan yang telah pergi…menolak takdirMu..











Dia, Pelarik Pena..

“Jenuh mata berbicara,
Coretan peluah kata,
Melakar dosa-dosa,
Tercipta di kanvas dunia..
Oh, pencinta manusia..
Mengapa dibazir mutiara?
Bukankah dia hak Pencipta?
Oh pencinta manusia..
Usahlah dirobek kisah duka..
Pencetus air mata..
Oh pencinta manusia..
Tangislah pada jasad hidup..
Yang telah mati hatinya… “

--pelarik pena

Baris-baris puisi itu diamati. Beberapa kali warkah kumal itu dibelek dan dibaca. Singgah korneanya pada baris ”Tangislah pada jasad hidup, yang telah mati hatinya!” Bahasa yang cukup mendalam maksud tersirat. Kata-kata yang tajam menikam lubuk hatinya. Seolah dia banduan, pesalah dan watak kepada puisi sinis itu.. Persoalan sengaja ditimbulkan. Siapakah penulisnya? Dipeningkan serebrumnya yang tak henti-henti mengajukan persoalan… “Mir, siapa yang kirimkan enta puisi ni?” Soalan itu tiba-tiba singgah di bibir Irfan Hakimi. “Kak Yatie, ketua editor Wadah Dakwah. Ouh ya,Kak Yatie pesan.. taip dan masukkan puisi tu sekali!” tukas Amir, selamba. Diselaknya sedikit langsir, menjengah wajahnya dan melempar pandangannya ke arah pepohon Puding yang menghijau di luar kediamannya dan Amir. Suatu hari sepi, di banglo yang telah lama ditinggalkan..

“Abang, terima kasih.. “ tutur Huda, lembut. Masih tersenyum, manis. Dua belah tanganku di peluk kemas. Jemari kasarku dijerlus penuh dengan usapan kasih sayang. Aku sengaja meleraikan jemariku. Kakiku tunduk, rebah di hadapan kerusi roda, peneman setia isteriku. “Kenapa ni? Tiba-tiba aje ucap terima kasih?” tanyaku, perlahan. Aku tersenyum, namun hatiku meraung sakit melihat keadaan isteriku yang sarat mengandung. Degil! Doktor tak benarkan, namun nak juga dia melahirkan bayi anugerah Allah itu.. “Sebab abang tak pernah tinggalkan Huda.. Dan jugak, pokok-pokok Puding hijau Huda tu.. subur sebab abang selalu siram.. rajin betul ye!” Hidungku dicuit jemarinya yang lembut. Bahagia!

Tangkas Irfan Hakimi memasuki dunia komunikasi canggih seolah telah dimengerti semuanya. Ikon Internet Explorer memang sudah sebati dengan jarinya. Sesekali, dia menjengah ke ruangan e-melnya yang sudah dua minggu lebih tidak dijenguk. Terkesima Irfan Hakimi merenung inboxnya yang sudah terisi dengan berpuluh-puluh kiriman e-mel. Semuanya terkarang dari minda, dan tercatat sebagai puisi. Kebanyakan daripadanya berkisar tentang hidup, mati, kasih sayang dan keagungan Pencipta. Pelarik Pena??? Setelah sekian lama, dia mencari.. namun tak ketemu juga dengan pengarang berjasa itu. Yang sedikit sebanyak telah mengajar erti asam garam hidup yang sebenar.. “Usah melimpahkan mutiara racun, yang seakan meragut pahala! Limpahkanlah air mata kasih, berbunga harapan di tasik syurga!” ,tercoret di akhir baris, setiap puisinya.

Najmul Asyifa’..

Pertemuan bersama Persatuan Wadah Dakwah, Institut Pengajian Islam hanya menyentuh persoalan berkaitan Wadah Dakwah yang akan diperbaharui. Banyak artikel-artikel menarik cuba disunting bersama untuk dimuatkan ke dalam Wadah Dakwah tersebut. Norhayatie Sulaiman, selaku ketua editor dialah yang banyak mengeluarkan hujah dan pendapat, namun dalam muhadarah seperti ini masih ada jurangnya antara perhubungan lelaki dan wanita.

“Ouh ya, hari ini jemaah kita telah bertambah ahlinya. Dan dia merupakan junior kita semua. Ana lantik Najmul Asyifa’ sebagai editor baru untuk membantu ana menghasilkan artikel-artikel terbaru. “ Kecekapan Norhayatie Sulaiman, salah seorang seniorku membawa dia ke jawatan Ketua Editor. Ingin diberi jawatan yang lebih tinggi, jawapannya: “Tak apalah, Irfan. Irfan lebih sesuai. Takut pula tak dapat amanah nanti. Berat tu! Akak lebih senang dengan jawatan sekarang…” Sifat tawaduknya, membuatkan dia amat dihormati dalam jemaah ini.

“Maaf lambat!” tuturnya. Dia menyeringai, menampakkan sebaris gigi tersusun rapi. Gadis bertudung labuh, berbaju kurung sopan dengan langkah yang diaturnya, lembut. Sebuah buku dan fail dijinjing erat bersama. Irfan Hakimi terkejut seketika. Dia merenung, tajam! Hatinya berkocak, degupan jantung pantas terasa. Denyutan nadinya laju, lebih laju dari yang biasa. Dia beristighfar, pinta dibuang perasaan kacau yang melanda dirinya. Ah,sejenak.. aku kalah dengan panahan syaitan laknatullah!! Rupanya seakan Nurul Huda! Ya Allah, siapakah gadis ini?

Bahagia dengan kasihMu..

Tercipta seni,
Dari keagungan Pencipta,
Karangan akal dan bisu bicara,
Menemukan manusia,
Utuhkan kata,
Kemaafan tercipta,
Leraikan rahsia,
Moga bahagia,
Panjang menutup,
Erti derita..
Bahgia selamanya..


Lafaz bismillah, ana mulakan..
Assalamu’alaikum Akh..

Maafkan atas segala keterlanjuran kata yang terbit daripada puisi-puisi hasil minda ana.. Maafkan ana jua kerana telah mengikis rahsia dan kisah hidup silam akh Irfan. Kak Yatie yang ceritakan segalanya, itupun setelah dirayu berkali-kali. Maafkan ana sekali lagi, andai ana dianggap menjaga tepi kain orang lain. Bukan niat begitu, hanya sekadar membantu.. Akhir sekali, ana pinta moga akh berkekalan begini.. dan kisah silam itu, ditempuh dengan keteguhan iman..Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan yang buruk itu daripada ana sendiri yang terjelma di sebalik kata-kata yang tercoret…

“Usah melimpahkan mutiara racun, yang seakan meragut pahala! Limpahkanlah air mata kasih, berbunga harapan di tasik syurga!”

Insan dho’if di sisi Pencipta,
-pelarik pena, Najmul Asyifa’

Kiriman e-mel terbaru diterima Pelarik Pena. Mencipta cinta, mengikis rahsia, mengungkit cerita. Si pelarik pena yang dicari selama ini ialah Najmul Asyifa’! Empunya nama, membawa maksud bintang penyembuh telah menyembuhkan duka lara, derita kecewa dengan bahasa puisinya. Irfan Hakimi tersenyum memandang raut wajah isterinya. Sedikit berbeza dengan Nurul Huda, Najmul Asyifa’ mempunyai lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Namun, kedua-duanya membuatkan aku rasa bahagia.. Betapa agungnya kuasaMu Ilahi, membawa Haryatie Sulaiman lantas menemukan aku bintang penyembuh, pembawa bahagia. Bersama kenangan Nurul Huda yang tercipta, kini aku turut bahagia bersama Najmul Asyifa’.

“Pakcu ni, asyik berkepit dengan makcu je! Cakap nak main dengan Ajiq tadi!” Rengek Ahmad Haziq, manja. Irfan Hakimi menguntum senyuman. Pantas dirangkul anak kecil itu, diciumnya berkali-kali. Jika Nurul Huda dan bayinya masih hidup, tentunya seusia Ahmad Haziq sekarang! Dan atas kelahiran Ahmad Haziqlah, membuatkan hidupku seolah tak menentu. Asyik teringatkan Nurul Huda dan anakku. Aku seolah-olah menyalahkan takdir. Anak kecil tak bersalah itu aku buang jauh-jauh dari hidupku. Betapa berdosanya aku! Badan kecilnya, sengaja aku pusing,laju. Jeritan tawanya jelas dia amat seronok dengan tindakan selamba Irfan Hakimi. Ummi hanya memandang dari jauh. Kak Syirah juga begitu. Sekali-kali, ummi mengerling ke arah Najmul Asyifa’. Tersenyum Ummi sendiri apabila terkenangkan peristiwa dia hampir-hampir pengsan memandang wajah Najmul Asyifa’. Seolah-olah Nurul Huda, kembali!

Namun, tautan syukur ditadahkan kepada Pencipta, kurniaanNya yang begitu bermakna kini mengembalikan anaknya yang dulu, Irfan Hakimi.. moga Irfan Hakimi bahagia bersama Najmul Asyifa’.. selamanya!










-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-02-05 12:52




wah... boleh tahan cite ni ek qaulah... lama quaulah menghilang, tibe2 muncul dgn cerpen baru... Najmu Asy-syifa'... sedap namanye.. sesedap nama qaulah atrah... hehe... tahniah dik....

p/s: teruskan berkarya wahai srikandiku...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Pergi ke nur_indah's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 01:06


ASSALAMU'ALAIKUM..

tq kak kaei..
urmmm, pekaba yer?
qaulah, alhamdulillah.. walafiat..
menghilang? xdelah, bz sket jerk..
kat skolah, byk sgt h/w.. n prog. so, jarang2 la dpt join hanan nie.. urmm, kkdg masuk gak, tp x login.. bacer artikel jek..

k la.. miz u all so much!~

wassalam

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 09:35




hai dik... owh.. ilang2.. muncul ngn cerpen ek.. adik form baper ekk? lupe dh.. so bila lagi nak ceriakan portal dik.. :-p semua org tertanya tanya mana dik qaulah ilang... wish you best of luck...

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051512 saat. Lajunya....