Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian..

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
para peserta program MEGA JK 2004...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: TSUNAMI..BUMI..TANDUK LEMBU???


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» TSUNAMI..BUMI..TANDUK LEMBU???

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh TSUNAMI..BUMI..TANDUK LEMBU???

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 11:36


NAma yg cukup cantik di dengar..namun hakikatnya amat menakutkan..
cuba kita fikir kan...betapa besarnya kuasa ALLAH ..dalam sekelip mata sahaja...dulu-dulu..alia ada dgr satu cerita ttg gempa bumi ni..kata org-org tua dulu..gempa bumi ni berlaku sbnarnya sbb bumi ni berada di atas tanduk lembu..,lembu tu dah penat guna tanduk tu..dia nak beralaih g kat tanduk yg satu lagi..tanya la pulak seorg tok guru..past tu lembu tu ddk atas aper lak?dia jawab,lembu tu duk atas batu hampar..,batu hampar plak...?atassss. .kuasa TUHAN..ALLAH SWT..itulah yg sebenarnya..jwb tok guru itu..
_________________


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 11:50



oo cam tu.. sedap nama tuh.. tp mmg mengerunkan


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

intan_z
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 27.12.2004
Ahli No: 4752
Posting: 30
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 21:30




siapa tok guru yg kata begitu? jgn terus percaya, sebaliknya rujuklah pd ustaz/ustazah yg lbh diyakini ilmunya.. kisah bumi atas tanduk lembu ni adalah sbhg drp kisah2 israeliyyat.. jika tak silap ana, menurut ust. ismael kamus ia seakan-akan sama dgn kepercayaan org hindu (atau buddha.. maaf ana dah lupa).. jd hati2 dgn aqidah kita, jgn mudah terperdaya..

Allahua'lam..


Bookmark and Share




  Member Information For intan_zProfil   Hantar PM kepada intan_z   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 28-12-04 20:55


Allahua'lam..

Dlm sekelip mata,abis musnah segala2nye rumah dan segala harta termasuk nyawa.sedeynye bla lihat di berita ada yg ninggal dunia,sian lihat pakcik tue abis anaknye 5 org skali ninggal ada yg 4 org skali mati...al-fatihah..sama2 kita doa spaya jgn dilanda apa2 masalah lg...


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

Ayue
WARGA RASMI
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 4734
Posting: 2
Dari: pasir mas

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 22:57


akum....TSUNAMI...em,mmg 1 nama y cantik. tp kecantikkannya meragut sejumlah bsr pddk dunia. kebesaran Allah...bila Dia nk ambil nyawa m'sia, bkn 1 atau 2 tp berpuluh ribu dlm sekelip mata. MasyaAllah....sbnrnya sy jg trt merasai gegaran tu. w'pun sdkt tp ckp m'gerunkan. sy t'fkr b'mana seandainya sy y berada di situasi mrk? Ya Allah..takutnya. seolah-olah dunia kita semakin hampir dgn hari kiamat. kejadian ni menjadi pengajaran penting buat kita khususnya umat Islam. kejadian pertama kali ini akn menjd 1 tragedi sepjg hayat. kita y bkn mangsa akn terus mengingati tragedi ini apatah lg bg mrk y mengalami....apapun, ucapan takziah saya kpd mrk. Al-Fatihah...


Bookmark and Share




  Member Information For AyueProfil   Hantar PM kepada Ayue   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 10:24




ustaz ana kata, tsunami ni satu bala. serang plak penang yang tengah berpesta. tak pasal2 yang tak salah pon jadi mangsa. minta maaf ye org2 penang. sekadar peringatan. banyakkan bersabar dan ingat Allah.
wallahualam

-----------------
mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...


Bookmark and Share




  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 11:11


Assalamu'alaikum wr wb

MasyaAllah! Setelah lebih tiga hari sejak tsunami melanda rantau asia tenggara dan selatan India hampir 60,000 mangsa yang meninggal dunia termasuk lebih 50 orang di Malaysia (di Pulau Pinang, Kedah dan Perak). Tetapi punca adalah dari gegaran gempa bumi yang kuat (lebihkurang 9 skala richter) di utara Sumatera. Ini menyebabkan tercetusnya fenomena tsunami yang melanda Banda Aceh dan sekitarnya. Umi menyebut mengenai tempat itu kerana anak angkat umi berasal dari Aceh. Beliau menggunakan nick Gurun Sahara berada di sini.

Tetapi Allah izin petang semalam beliau yang risau akan keselamatan keluarganya telah mendapat berita bahawa abang sulungnya sekeluarga hilang dan anak saudaranya berumur dua tahun dari abang yang seorang lagi meninggal dunia sebab lemas. Syed adalah anak ke empat dari lapan beradik kesemuanya lelaki. Beliau mempunyai seorang adik kembar juga berniaga di Banda Aceh tetapi selamat. Pagi ini beliau sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menaiki pesawat dari sana ke Aceh. Semoga beliau selamat dalam perjalanannya dan mengharap keluarganya tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Sama-sama kita doakan.

Nama sebenarnya ialah Syed Maimun bin Syed Abdullah al Bustain. Ibunya pula sharifah keturunan al-Sagoff. Begitulah umi sememangnya ingin sekali untuk mendekati keluarga Rasulullah saw dan Allah izin rupanya melalui Syed Maimun ini. Sememangnya keluarganya amat menjaga nasab keturunan. Sekedar ingin bercerita umi sekeluarga pernah tertipu melalui mirc dan pernah menziarahi umi sekeluarga yang mengaku dirinya keturunan Rasulullah saw (menggunakan title al-habsyi).

Umi kenal Syed (Gurun Sahara melalui mirc webnet sejak tahun 2000 lagi bila umi mula mengenali alam siber disebabkan umi accident dulu. Syed atau Gurun Sahara belajar di Mesir dan telah meninggalkan Aceh dari tahun 1996 ke Malaysia dan sambung belajar di Matri (Maahad Tarbiyah Islamiyah Tunjung) di Perlis. Beliau mengambil peperiksaan stam di sana dan kemudiannya bertolak ke Universiti Al-Azhar (cawangan Kaherah) sehinggalah tahun 2002 beliau sambung belajar di Madiwa Perak. InsyaAllah beliau telah datang menemui umi di Simpang Rengam ini awal 2003 dan terus membantu di mini market selama lebihkurang tiga bulan. Lepas tu beliau ambil peperiksaan di Madiwa sebelum menyambung pelajarannya lagi ke Mesir tahun depan InsyaAllah.

Allah izin ibunya di Aceh telah memintanya pulang setelah sekian lama (tujuh tahun) tidak pulang ke Aceh untuk berhari raya. Alhamdulillah beliau pulang seminggu sebelum raya ke Aceh dan bertemu dengan semua keluarganya termasuk abang sulungnya skeeluarga yang hilang dalam bencana alam baru-baru ini. Begitulah ketentuan (qadha'qadar) Allah SWT. Syed telah balik semula ke Malaysia dua minggu sebelum berlakunya bencana tersebut kerana urusan di Madiwa dan ziarah umi sekeluarga. Lagipun bapa saudaranya bermastautin di Kulai yang agak berdekatan dengan Simpang Rengam ini. Memandangkan bapa saudaranya ramai anak perempuan jadi Syed lebih selesa tinggal di tingkat dua atas mini market (ada pejabat dan sebuah bilik kosong) dan berulang ke rumah bapa saudaranya.

Menurut Syed sebelum berlakunya gempa bumi dan tsunami di Aceh tu Allah izin pantai dipenuhi ikan-ikan yang besar dan memang jarang didapati begitu mudah. Rupa-rupanya ia seumpama 'umpan' dan akhirnya bila ombak melanda mereka (nelayan) tidak dapat menyelamatkan diri terutama kanak-kanak yang bermain di persisiran pantai mengutip ikan-ikan. Serupa dengan Malaysia dimana berlaku fenomena yang sama sepertimana di petikan akhbar di bawah ini.

Nelayan tidak sangka `ikan turun dari langit' petanda tsunami
Oleh: SAHBULAH DARWI

KEPALA BATAS 28 Dis. - Nelayan-nelayan di Kuala Muda di sini menyaksikan fenomena aneh di laut termasuk hasil tangkapan yang luar biasa banyaknya sehingga mencecah RM7,000 sehari beberapa hari sebelum ombak besar tsunami melanda pantai di kawasan berkenaan Ahad lepas.

Fenomena aneh itu yang mendatangkan kesan lebih awal kepada hidupan laut seperti ikan tidak dapat `dihidu' oleh manusia sebagai petanda buruk akan berlaku.

Sebaliknya, nelayan sekadar menyifatkan tangkapan luar biasa itu sebagai `ikan turun dari langit'.

Mereka juga menyaksikan keanehan berlaku di laut iaitu air pasang luar biasa dan surut pun luar biasa.

``Air masuk ke muara dengan banyak dan apabila surut kelihatan seolah-olah menarik semula air ke laut dengan banyaknya,'' kata seorang nelayan Ramli Yahaya, 63 tahun kepada Utusan Malaysia hari ini.

``Kami tidak menyangka bahawa rezeki yang melimpah ruah itu akan disusuli oleh malapetaka yang tak pernah dilihat selama ini.

``Tetapi sejak tsunami melanda tempat itu, ia bukan sahaja lengang malah kelihatan seperti baru dilanggar geroda,'' katanya lagi.

Beliau berkata, mereka tidak menyangka bahawa kesemua fenomena tersebut adalah petanda kemunculan tsunami.

Sebelum kejadian itu, kata Ramli, dia bersama dua rakannya membawa pulang sekurang-kurangnya RM7,000 hasil tangkapan dalam tempoh lapan jam di laut.

``Kalau gunakan bot, kami dapat pergi jauh ke tengah laut dengan mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan, tetapi kebiasaannya hasil tangkapan kami hanya RM700 hingga RM800 sehari,'' katanya.

Kawasan pantai di sekitar Kuala Muda di sini merupakan antara kawasan yang paling teruk dilanda ombak besar tersebut kira-kira 1.30 tengah hari Ahad lepas.

Tsunami itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 43 orang di Pulau Pinang termasuk dua lelaki berusia 53 tahun dan sembilan tahun yang berasal dari Kuala Muda di sini.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

yati
WARGA RASMI
Menyertai: 02.12.2004
Ahli No: 4649
Posting: 15
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-12-04 16:13


askum........tsinumi merupakan bala Allah taala keatas hambanya, kata ustaz saya.ini berlaku krn sikap manusia itu sendiri yang mana mudah lupa untuk bersyukur diatas ni'mat kurniaanNya.mereka tidak sudah-sudah utk melakukan kerisakan demi kerosakan, tetapi tidak pernah nah berfikir tentang kesannya kelak.sedikit shj antara kita yg melakukanya akan membawa kpd keseluruhan mrk di sekitar itu.Bala Allah ada dimana2 shj dan akan turun bila2 masa shj. Na'u zubillah huminzalik


Bookmark and Share




  Member Information For yatiProfil   Hantar PM kepada yati   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 21:33




ana turut bersimpati ngan keluarga anak angkat ummi. ana doakan semua mangsa dan keluarga mangsa diberi kesabaran dan hidayah Allah. moga2 ramai lg yg bermurah hati utk hulur bantuan
wallahualam

-----------------
mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...


Bookmark and Share




  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 09:27


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2004 Masehi. Kita terpaksa iktiraf kalender ini kerana ia sudah menjadi adat dunia. Tetapi sejak ahad lepas sehingga hari ini air mata masih mengalir setiap kali melihat berita tv. Begitu besar kesan tsunami keatas hati umi ini. Kalau nak kata umi gembeng (sikit-sikit menangis) katalah tetapi air mata mengalir dari hati yang sayu, sedih dan merasai akan kebesaran Allah SWT. Bayangkanlah ombak yang melanda pesisiran pantai bukan setakat menghempas dan menyusur macam peluru tetapi mengejar manusia. Jelas kelihatan fenomena ini di kaca tv sepertimana yang dirakamkan oleh pelancong di Sri Lanka dan juga di Pulau Pinang, Phuket dan tempat tempat peranginan lain.

Dulu bila baca bencana alam di kawasan lain dan bukan terkena negara kita hati ini sedih juga tetapi kali ini begitu terasa sekali kerana ia melanda negara sendiri. Allah izin umi tinggal di Johor namun bagi umi saudara seIslam di utara dan juga di mana-mana saja umpama cubit peha kanan terasa peha kiri. Begitulah sedihnya. Selain doa bantulah mereka yang dilanda bencana ini kerana ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Ketika turun ayat: Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu (1), kaum muslimin merasa sangat sedih sekali, lalu Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih dan tetaplah berbuat kebaikan karena dalam setiap musibah yang menimpa seorang muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau karena sebuah duri yang menusuknya. (HR MUslim)

(1) [Mafhum Surah AnNisaa : 123] (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.

Bila melihat di tv dan akhbar serta siber mayat bergelimpangan (dikatakan melebihi ratusan ribu) bagaimanakah akhirnya diri ini kelak?

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Jika Allah menghendaki siksaan untuk suatu kaum, maka siksaan tersebut akan menimpa orang-orang yang ada di tengah-tengah mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan amalnya.(HR Muslim)

Kemudian bila diwawancara mereka yang tidak terlibat dengan kes tsunami (cendikiawan, sukarelawan, dermawan dan pelbagai wan lain) mereka kata peristiwa bersejarah ahad lalu telah membuatkan mereka untuk lebih menghargai orang yang tersayang disekeliling mereka seperti keluarga terdekat dan sebagainya. Ini diikuti dengan pembatalan semua perayaan menyambut awal tahun di seluruh negara menimbulkan pelbagai reaksi.

Bagi umi yang memang tidak setuju akan perayaan seumpama itu bersyukur sangat kerana dibatalkan. Hanya adakah setelah dikirim bencana dan musibah baru nak tengadah? Sepertimana negara jiran Thailand yang telah membatalkan sambutan awal tahun lebih dahulu dari Malaysia adalah disebabkan kematian cucu Raja Bumiphol di Phuket dan istihar berkabung.

Umi harap kita yang tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut hendaklah sentiasa waspada dengan 'hantaran' dari Allah SWT bila-bila masa saja. Maka kisah orang yang sedang solat tidak dilanda ombak walau di persisiran pantai jelas menunjukkan betapa kebesaran Illahi. Allahu Akbar walillahil hamd. Semoga Labaikallahumma laka labaik akan datang ini lebih dihayati oleh umat Islam seluruh dunia.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kenapa OIC senyap saja ya berkaitan dengan tsunami ini?



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Ukhti-Mawaddah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.08.2004
Ahli No: 4166
Posting: 11
Dari: Batu Pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 19:19


:
emmm alhamdulillah ana terselamat dari ombak besar itu, Tsunami.... memang sedap di dengari nama itu.... tapi apabila mengenangkan sudah berapa jumlah penduduk di negara kita yang tak bersalah dan tak tahu apa-apa terutamanya kanak-kanak terkorban.... memang sedih apabila dengarnya..... ana teringat akan Allah pernah berfirman dari surah al-zazalah yang bermaksud sesungguhnya perut bumi akan megeluarkan isinya manakala manusia pula berkata apa sudah berlaku pada dunia kita sekarang.. (if silap, betulkanlah)... emmm if semua kita tahu bahawa salah satu tanda hari kiamat itu akan muncul adalah bumi akan mengeluarkan isinya.... nauzubillah...... janganlah dihampirkan kiamat itu Ya Allah.... hamba mu ini belum sanggup menerimanya... amal belum lagi banyak.... baru mencari setitis sinar untuk menerangi laluan ni Ya Allah.... aku tak sanggup..... emmm.... yang peliknya.... ana terbaca dari surat khbar.... anak seorang orang tua... sedang bersolat zuhur diatas batu..... tidak lemas dan tidak ditelan ombak besar..... pelikkan emmmitulah kekuasaan Allah yang tiada tandingannya..... Ya Allah !!!!! Allahhuakbar!!!!!!!


Bookmark and Share




  Member Information For Ukhti-MawaddahProfil   Hantar PM kepada Ukhti-Mawaddah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-05 22:09


Tuhan Terlepas Satu Hari?
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

“All aircraft this is Medan Control. We just had an
earthquake. All systems seems to be normal and Medan
airport is still open.” Demikianlah kata-kata pengawal
lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan
setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu
penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di
ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan
daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara
tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga
esok hari ketika menontot BBC World News di bilik
hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis
adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya
berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan
Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar
“Tsunami” yang menghempas tebing hampir semua negara
di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga
mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai
Timur benua Afrika.

Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga
mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan
kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon
bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia
berbunyi:

Al-Qur’an, surah Mayram, ayat 88-91: “Demi
sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang
besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan
yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah
(Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun
nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa
mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari
Natal 25 Disember).” Sila sebarkan kepada orang ramai.

Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia
seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan
mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari
ayat sebagai “dalil” bagi peristiwa tersebut. Dalam
suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan
harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas
mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan
peristiwa tersebut.

Penulis menjawab balik SMS tersebut:

Tuhan menunggu lebih 1400 tahun untuk melaksanakan
ayat-Nya. Namun apabila dilaksanakan, Tuhan terlepas
satu hari! Sila sebarkan kepada orang ramai agar kita
sama-sama ketawa.

Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang
terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh
di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan
tersebut mereka berkata “padan muka” kepada mana-mana
kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut
seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku
banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar
di antara umat Islam ada yang berkata: “Itulah azab
Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak
betul Islam mereka!” Apabila berlaku gempa bumi di
bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu
nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: “Azab
Allah turun kerana mereka itu orang Syi‘ah yang
sesat!”

Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu
diubati segera. Mencari-cari ayat bagi
menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh
sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan
sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar.
Ini kerana:

1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan
memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur’an
sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin
al-Qur’an agar secocok dengan apa yang mereka
kehendaki.

2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu
keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di
sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah,
mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan
keburukan.

3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah
tanpa ilmu. Apabila mereka berkata “Itulah azab
Allah”, seolah-olah mereka mewakili Allah dalam
menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu
berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan
kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi
dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh
berbeza dengan kehendak manusia.

Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu
diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda
sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di
sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:

1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.

2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu
sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai
sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana
manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara
zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin
sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia
pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi
Allah.

3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan.
Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai
ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh
para mujahidin.

4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka
lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa
mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan
seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa
azab.

5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka
lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka
lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan
sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.

6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu
diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina
jatidiri mereka.

7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada
musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang
mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya.
Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian,
sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.

Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain,
kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh
kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua itu
adalah hak Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kita juga tidak
boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad
kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang
pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita
yang terselamat daripada musibah, sama ada kita
mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.

Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada
Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa dia terselamat
daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan
kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa
jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan
harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh
kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga
menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada
ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada
menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut
memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka
perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada
mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa
tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana
musibah yang menimpa.

Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin
mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca
sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah
kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan
orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana
terselamat daripada musibah? Sudahkah kita
menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan
bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?

Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat
daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita
berkata: “Itulah kaum yang diturunkan azab Allah”,
umat-umat agama lain berkata: “Itulah kaum yang
sangat-sangat memerlukan pertolongan”. Dalam suasana
kita berkata: “Apakah kesalahan yang dilakukan oleh
kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?”, umat-umat
agama lain berkata: “Apakah yang dapat kita lakukan
untuk membantu mereka?” Dalam suasana kita sibuk
mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang
menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari
peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam
misi penyelamat.

Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding
umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita
berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang
menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka.
Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang
dituntut oleh Islam:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang
masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah
kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu
berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua
(berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan);
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[al-Baqarah 2:148]

Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan
kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu),
tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah
jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
[al-Maidah 5:48]




-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nuffaiza
WARGA RASMI
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4094
Posting: 7

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-05 12:30


assalam...bila bercerita pasal tsunami ni, hati rasa tertarik untuk turut berkongsi cerita..
sebenarnya..masih ramai rakyat malaysia yg belum sedar..walaupun bencana yg datang tak jauh daripd kita,hnya sebelah kampung sendiri je..dulu, masa dgr berita bencana di luar negara, kita cuma boleh bayangkan je..tapi skrg..bila dah jadi depan mata...sampai fobia jadinya..fobia dengar bunyi ombak..fobia pg tepi pantai..mcm2 lg..tp kita tgk jer la...sampai bila keinsafan tu akan bertakhta dlm hati kita...manusia kan mudah alpa...bila susah ingt tuhan...bila dapat balik kelazatan dunia...smua taubat jd sia2..bukan mencari keburukan tp untuk ingtn buat diri sendiri...
{ampunkan dosaku}


Bookmark and Share




  Member Information For nuffaizaProfil   Hantar PM kepada nuffaiza   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-01-05 01:34




Sedih dan amat sedih mendengar berita tsunami terutama dari Aceh

Sebenarnya saya graduan IAIN AR-RANIRY BANDA ACEH. Memang seronok belajar di sana walaupun penuh cabaran.

Pelajar2 malaysia yg baru pulang memang saya kenal. Cuma ada dua tiga org je yg dari Apid saya tak kenal. Kalau dari Madiwa mmg saya kenal sbb mereka batch saya. Saya dulu sblm ke Aceh, saya belajar di Madiwa.Tapi saya tak kenal pula anak angkat ummi yg belajar Madiwa tu.

Adik saya pun belajar sana. Baru je pulang bulan 9 lalu. Allah nak selamatkan dia.. Bila mendengar je berita tu, lepas tu tgk paper keadaan aceh.. tersentak hati saya melihat gambar yang tersiar.. Tak sangka begitu dahsyat bencana yang menimpa Banda Aceh. Kawan2 saya yg baru pulang (baru2 ni mereka ditemuramah di MHI) bgtau saya, ada juga pensyarah yang meninggal akibat bencana itu. Kampus kami pun dilanda tsunami, rumah sewa saya bersebelahan kaw. kampus..tak taula ape dah jadi. Kata mereka masih ada cuma pintu pecah dan bersalut lumpur rumah tu.

Masjid baiturrahman yang menjadi tmpat saya selalu berehat alhamdulillah masih utuh walaupun persekitaran yg dulu amat cantik tamannya dah berubah sama sekali.

Saya cuba hubungi teman2 aceh tapi memandangkan talian pun dah terputus, mmg tak dapat nak sms pun. Call apatah lagi...
Kini saya tak tahu dengan nasib kawan aceh yg sekuliah dan sekumpulan masa praktikal di Pulau Sabang dulu.

Alhamdulillah nasib keluarga angkat saya di Pulau Sabang baik kerana lokasi mereka di tempat yg tinggi.



Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-01-05 01:40


Ada juga ye ummi org yg memperolokkan bencana tu?

Kebenarannya cuma..... Kiamat hampir tiba.. dan inilah tanda2 kiamat apabila ada kematian beramai2 dan mengejutkan......


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

SuTeRaSyuHaDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 4717
Posting: 32
Dari: BuMi TuHaN

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-01-05 12:28


Jika ianya bala dari Allah..kenapa kita tidak sedar lagi akan hakikat tsunami..Tepuk dada tanya iman wahai saudaraku sekelian


Bookmark and Share




  Member Information For SuTeRaSyuHaDaProfil   Hantar PM kepada SuTeRaSyuHaDa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-01-05 22:07



MUSIBAH adalah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Begitu pun, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Kemudian Allah jelaskan lagi mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya bermaksud: "(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 156).

muhasabah diri antum.. include ana juge....
wallahualam'.....


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

mumtahanah85
WARGA RASMI
Menyertai: 05.01.2005
Ahli No: 4798
Posting: 2

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-01-05 15:32


apa2 pun segalanya telah berlaku dan yamg paling penting sekarang adalah kita koreksi diri.moga2 pa yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua.kalau kita teliti betu2,sebenarnya kiamat itu sangat hampir dgn kita.dan ana sendiri takut andainya Allah hijabkan hati kita semua untuk melihat perkara tu.sbb itulah masih ada lagi manusia yang tak sedar walaupun dah diberi peringatan yang begitu jelas sekali.nauzubillah..moga2 Allah pimpin jalan kita..amin


Bookmark and Share




  Member Information For mumtahanah85Profil   Hantar PM kepada mumtahanah85   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-05 16:35


manusia di jadikan oleh Allah drp 4 unsur kejadian..api tanah angin dan air..dan akan mematikan manusia itu dgn 4 kejadian itu juga..


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 14-01-05 23:34


Kisah dari seorang pelajar malaysia yg menghadapi tsunami di Aceh


Ini adalah paparan dari abang pelajar tersebut dalam forum Bicarasufi.com


Berikut saya paparkan sebahagian kronologi serta secarik pengalaman adik saya,yang senang saya panggil Nini itu pada tarikh 26/12/2004 Ahad semasa beliau menghadapi,berdepan,melihat dan mengalami sendiri detik².saat²malapataka,bencana bumi yang Allah qadakkan dan nyatakan di wilayah Banda Aceh sebagai tatapan netters² BSc di bawah tajuk posting ini.

Saya cuba olah dan garap kembali perbualan saya dengan nya semasa dia menceritakan sendiri kepada saya dengan susunan ayat saya sendiri.
*****************************************

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yg terselamat.




Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca Alquran,berwirid,mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai.
Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya pulak lagu “Balik Kampung” dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni pun memang tak balik kampung.
Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri,terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu.
Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa berayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.
Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau….?
Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.
Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!



Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluar dan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu.
Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.
Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung.
Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya.
Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni.
Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada.
Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat..keluar..keluar dari rumahhh!!
Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.
Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid seribu tiang tu.
Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi tu..”goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribu nya.

###############################

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan kawan dan orang yang aku kenal…
Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada.
Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi.
Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya
semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.
Datang kekuatan berdoa..”Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini..”-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu.

Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku serumah dan pelajar pelajar satu negara.
Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap.
Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar “ratus dah tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak””.

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni?? Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

################################

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan orang ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak imam mula..

mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah… Lailah haillaLah… Lailah haillaLah… Lailah haillaLah…..Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
AstaghafirulLahala’zim… AstaghafirulLahala’zim… AstaghafirulLahala’zim…..SubhanalLah… SubhanalLah… SubhanalLah…


Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.””Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu.”

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu.
Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain.
Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini
Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mata orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.
Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati pada waktu tu.
################################

Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.
Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik.
Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar…tak sampai hati kecilku…

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawah runtuhan² batu bangunan.
Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini.
Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah.
Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!


#################################


Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.
Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,”dah nak mati aku ni kut”…-kata nya seorang diri pada masa tu.
Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.
Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda Aceh.
Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.
Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami…
Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu,bertapa bertuah nya kami.
Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.
Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2 ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu pelajaran,sejuta makna guru kepada ku.
Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila…
Salam rindu tanah Aceh…



P/s:Kejadian sewaktu adik saya menghantar mesej cara ruhaniah itu rupanya sampai dengan cara tak saya sedari sangat.
Memang nampak wajah nya datang seperti imbasan imej video di depan antara 2 kening,seakan-akan memberitahu yang dia selamat dan pesan kepada mak abah,Nini tak ada apa-apa,minta doakan keselamatannya”.
Cuma saya sahaja yang tak ambil endah tak endah akan keadaan itu
Pelajaran berharga bagi saya,sememang nya pertalian ruhani cukup kuat atas pancang tauhid yang teguh.


Sekian,hanya itu yang sesuai dan dapat diberitakan untuk tatapan kita bersama keluarga BSc ini

http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?mode=viewtopic&topic=9484&forum=4&start=75


[ Posting ini telah di edit oleh: nuarii pada 2005-01-14 23:36 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» TSUNAMI..BUMI..TANDUK LEMBU???

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 1.236693 saat. Lajunya....