Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
analah ni....

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 8 jam, 11 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: Memule minyak...kini tol pulak...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Memule minyak...kini tol pulak...

Please Mendaftar To Post


Oleh Memule minyak...kini tol pulak...

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 03:06




Lame dah tak online, rindunye pd semua ahli2 hanan network.

Okey, seperti tajuk di atas...kini masalah yg sedang melanda rakyat Malaysia ....iaitu kenaikan tol.

1stly....tahniahlah buat kita rakyat malaysia nie kerana mempunyai sebuah kerajaan pemerintah yg sangat2 pandai menjaga kebajikan kita dgn menaikkan harga minyak dan juga tol lebuh raya....bolehlah dikatakan bahawa nie adalah bonus drpd pemerintah kerana mengundi diorg dulu dlm pilihanraya.

Seingat-ingat sayalah...tahun lepas...tak sampai pun sebulan selepas kejayaan pemerintah malaysia mengekalkan kuasa diorg dlm pilihanraya, terus naik harga minyak petrol....Sebagai pertanyaan, kenapa agaknya tidak dinaikkan harga minyak sebelum pilihanraya????

Kini....perkara yg sama berulang...kenaikkan harga tol lebuh raya....dah masuk kali ke berapa ntah naik harga tol nie??....diorg gunakan alasan bahawa kerajaan tak mampu nak tanggung beban RM 38 billion utk bayar kpd PLUS jika tidak dinaikkan harga tol....Sebagai pertanyaan....kalau kerajaan tak mampu bayar, adakah rakyat mampu???....Sebagai jawapan....kalau kerajaan tak mampu, inikan pulak rakyat yg serba kekurangan nie..

Kesan drpd kenaikkan 2 perkara asas bagi rakyat malaysia nie sangat merisaukan ramai pihak....jgn ingat...kenaikkan harga minyak dan tol nie hanya setakat itu sahaja....ia berkait-kait dgn harga2 barangan yg lain.

Kalau belajar economy dan business...surely kite tahu bahawa kos utk minyak akan dimasukkan dlm kos pengangkutan....samalah jugak kos bayaran tol akan jugak dimasukkan ke dlm kos pengangkutan....akhirnye...harga2 barang yg lain turut akan naik jugak disebabkan kos pengangkutan utk barang2 nie telah naik....Sebagai pertanyaan....siapa yg susah???...sebagai jawapan...kita rakyat malaysia yg susah.

Adakah kesan kenaikkan tol dan minyak nie hanya memberi susah kpd rakyat malaysia yg mempunyai kenderaan seperti kereta dan motosikal sahaja???....Sebagai jawapan...rakyat malaysia yg tidak mepunyai kenderaan jugak akan berhadapan dgn kesusahan....buktinya...surely tambang bas express dan pengangkutan awam juga akan turut naik.....sahabat2 semua mesti tahukan ape akan jadi bile tambang bas express naik....sbb ana tahu, kite semua sbg pelajar nie selalu menggunakan bas express utk pulang ke kampung.

Ana lebih berasa sedih dan kesian...kpd org2 yg susah...org2 dikampung yg bekerja sebagai penoreh getah, mengerjakan sawah padi, nelayan....mereka2 nielah yg akan bertambah susah dgn kenaikkan 2 perkara asas nie......Sebagai pertanyaan....adakah kerajaan memikirkan rakyatnye yg hidup susah????....Sebagai jawapan...wallahua'lam....kalau diorg fikir, surely diorg takkan naikkan harga 2 bende nie...so...jawapan yg sesuai maybe....diorg tak pernah fikir tentang org2 yg susah.

Soalan penting dlm isu nie....kenapa harga minyak boleh naik sedangkan malaysia adalah negara pengeluar minyak??....adakah harga minyak depends pd harga pasaran di wall street america???

Soalan penting kedua???....kenapa harga tol boleh naik???....adakah lebuh raya di malaysia dibina dgn begitu mahal???....berapakah harga pembinaan asal lebuh raya mengikut iklan tender mase dulu2 kuar???....Apakah yg menyebabkan harga pembinaan lebuh raya mahal???....Sebagai jawapan....maybe nielah yg dikatakan.....kronism....biar rakyat merana, tetapi keluarga dan kawan2 hidup senang lenang


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

anak_perak
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 45
Posting: 186

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 09:39


assalamua'laikum....
ana setuju jer ngan pendapat di atas!!!
kalau ini yg terpaksa kiter lalui....redha jer laa...
sama2 kiter tolong kerajaan lak !
dan doa2 laaa golongan yg benar2 berada support balik kerajaan dgn bayar cukai yg sewajarnya...
wallahu a'lam

-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For anak_perakProfil   Hantar PM kepada anak_perak   Quote dan BalasQuote

PutriKraton
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 4359
Posting: 19
Dari: Putrajaya/Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 12:17


:-o Assalamualaikum
Nak buat lagu mana sebagai rakyat kena lah menurut perintah???? nampaknya lagi jarang2 la akak balik ke P.Buntaqq tu sebab tol mahaiiiii....


Bookmark and Share




  Member Information For PutriKratonProfil   Hantar PM kepada PutriKraton   Quote dan BalasQuote

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 18:15




Quote:
kalau ini yg terpaksa kiter lalui....redha jer laa...



Sometimes....perlunye juga kite sebagai muslim (penganut suatu agama yg suatu ketika dahulu...disegani oleh semua orang di muka bumi nie) berfikir lebih jauh dan kehadapan sedikit...maybe taklah jauh sangat...maybe cukup bagi kite fikir ape yg akan berlaku 3,4 tahun akan datang.

Maybe kite sebilangan besarnye adalah pelajar2...yg kebanyakkannye masih lagi berada di bawah tanggungan ibu ayah kite...sukar bagi kite memikirkan sesuatu yg lebih besar dan jauh....tapi....insyaAllah...ana rase mudah kalau kite berfikir....seperti mana ibu dan ayah kite berfikir.....marilah kite selami cara pemikiran ibu dan ayah kite dlm hal nie....INGAT....KITE JUGAK AKAN MELALUI ZAMAN SEBAGAI SEORANG IBU, ISTERI....so...tidak salah jika kite berfikirnye sekarang.

Diorg penah lelah, letih mencari rezeki setiap hari, keluar pagi dan pulang ke rumah waktu petang...ade yg hanya pulang ke rumah selepas waktu isyak...dgn hanya satu tujuan...utk memberi nafkah utk diberi kepada family, isteri dan anak2....begitulah betapa sukar dan susahnye...jugak betapa besarnye tanggungjawab seorang suami..seorang ayah...dan seorang ibu kpd family mereka.

Sudahlah diorg berhadapan dgn susah dlm mencari rezeki setiap hari, kini timbul pulak problem dgn kenaikkan harga minyak, toll lebuh raya dan harga barangan yg lain....agak2nyelah...ape yg ibu dan ayah kite fikir apabila harga minyak, toll lebuh raya dan barang2 nie naik??...

Maybe...bagi ibu bapa yg kerje makan gaji drpd kerajaan...diorg mungkin terpakse planning balik budget tahunan...maybe perlu banyakkan berjimat cermat....

Bagi yg berniaga...diorg maybe terpakse bekerja lebih mase utk menampung kos hidup yg semakin tinggi dgn kenaikkan harga barang.....begitulah juga bagi yg menoreh getah, yg mengerjakan sawah padi dan nelayan...diorg jugak perlu bekerja lebih keras, lebih mase semata-mata utk mendapatkan hasil yg lebih drpd biase....tapi...camner kalau hasil yg diperolehi tidak cukup???

So...adakah kite perlu redha sahaja apabila kerajaan bertindak dlm menyusahkan kite sebagai rakyat???....adakah kite perlu tunduk sahaja dan akur apabile diwartakan suatu undang2 yg memberi susah kpd kite sebagai rakyat???

Apa yg perlu kite lakukan sekarang??...kalau kite sebagai pelajar, ape perlu kita lakukan???...kalau kita sebagai isteri dan seorang ibu, ape perlu kita lakukan???....dan....kita sebagai rakyat malaysia, ape perlu kita lakukan dlm hal nie???

Perlu diingat....kerajaan adalah kuli kpd rakyat....itulah yg dinamakan pilihanraya....itulah motif sebenar pilihanraya...rakyat mengundi calon diorg supaya calon2 ini dpt menjaga kebajikan rakyat....bukannye rakyat menjadi kuli kpd pemerintah


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

syukriah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 4475
Posting: 12
Dari: macquarie road

australia   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 08:11




Quote:
Nak buat lagu mana sebagai rakyat kena lah menurut perintah???? nampaknya lagi jarang2 la akak balik ke P.Buntaqq tu sebab tol mahaiiiii....
-----------------




senang ja kak putri, jangan la naik tol, lalu ikut jalan lama, jimat belanja apa



Bookmark and Share




  Member Information For syukriahProfil   Hantar PM kepada syukriah   Quote dan BalasQuote

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 22:33


Belum pun habis cerite panas tentang kenaikan tambang toll lebuh raya utara-selatan...kini timbul pulak kenaikkan harga kenderaan jugak mulai 1 Januari minggu depan....sila lihat akhbar berita harian hari nie 24 Disember 2004.

Syabas....syabas diucapkan kepada pemerintah Malaysia hari nie yg terlalulah bijak dan pandai dlm menguruskan ekonomi negara dgn menaikkan harga toll, harga minyak, harga kenderaan...jugak perancangan menswastakan perkhidmatan pharmacy di hospital2 kerajaan...bile berada di luar negara, pemimpin2 negara kita nie asyik berbangga, riak dan sombong dgn mengatakan bahawa mereka bijak mentadbir negara, tapi yg sebetulnye adalah hampeh.....syabas diucapkan....jom tepuk tangan....kpd yg telah memangkah parti pemerintah dlm pilihanraya tahun lepas, marilah sama2 tepuk tangan utk diri sendiri kerana telah berjaya menjadi salah seorang pengkhianat kpd rakyat malaysia yg lain dgn mengundi diorg yg tak berguna nie.

Rakyat seenteronye mengharapkan kehidupan yg semakin senangdan selesa....dpt memiliki rumah sendiri, kenderaan yg selamat, tapi sebaliknye yg berlaku.

Kenaikkan harga kenderaan yg dimaklum dlm berite hari nie jelas menunjukkan kerajaan ingin melindungi kepentingan kenderaan nasional yg teruk drpd segi kualiti dan mutunye jika dibuat comparison dgn kenderaan yg lain....malah, kerajaan sanggup menaikkan harga barang2 basic kenderaan selepas diorg gagal utk menaikan harga kenderaan bulat2 seperti yg terkandung dlm perjanjian AFTA (Asean Free Trade Area) ataupun Zon perdagangan bebas asia.

Dah lah kenderaan proton mahal, pulak tue kualiti dan mutu serta ciri2 keselamatan kereta proton boleh dipertikai dan dipersoalkan...kat UK and Australia, kereta proton jauh lebih murah drpd kat malaysia....di sana mutu, kualiti dan ciri2 keselamatan jauh adalah sama berbanding kerata yg lain...bahkan pihak proton menawarkan lagi pelbagai insentif serta tawaran 6 tahun jaminan kenderaan proton supaya penduduk di negara berkenaan membeli kereta proton....tapi di malaysia, adakah ada tempoh 6 tahun tersebut???

Fikir2kan lah wahai kite rakyat malaysia....


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

shemizz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 5152
Posting: 49

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 10:08


skrgni bukan minyak je dh naik,semua benda dh naik..ayam,sayur dan burger jual tepi jln pon turut naik..dan sy xtau samada gaji pekerja turut sama d naikkan..sbb yg sy tau gaji org politik naik pulak..ishk!!
ye sbg pelajar sy plg rasa efek dia bila tiket bus dh naik..woo byk naik dia..dulu kl-trgnu rm25+ skrg jd rm30+..ishk sedih2..klu bus express blh bukak tingkap xpela jugak sbb bus yg harga mcm dulu(rm25+) ialah bus yg xde aircond..


Bookmark and Share




  Member Information For shemizzProfil   Hantar PM kepada shemizz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.072306 saat. Lajunya....