Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
Inilah Kek APRIL GENIUS

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: Pesanan untuk orang cantik


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Pesanan untuk orang cantik

Please Mendaftar To Post


Oleh Pesanan untuk orang cantik

SuTeRaSyuHaDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 4717
Posting: 32
Dari: BuMi TuHaN

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 20:32


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat > dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak > terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH! Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160) " Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"


Bookmark and Share




  Member Information For SuTeRaSyuHaDaProfil   Hantar PM kepada SuTeRaSyuHaDa   Quote dan BalasQuote

raihanahdaniah
WARGA RASMI
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4092
Posting: 14
Dari: kusza terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-01-05 17:11



yer..itulah hakikatnya...cantik atau buruk sememangnya ketentuan Tuhan...

yang bezanya adalah iman dan takwa...so buat wanita yang cantik syukurilah nikmat dan bimbangilah fitnah kerana..

boleh jadi kecantikan itu merupakan ujian buat diri anda...dan yang kurang cantik..syukurilah nikmat kerana..

boleh jadi kekurangan anda merupakan merupakan motivasi untuk terus memikir kebesaran dan kehebatan ciptaanNya...

pokok pangkalnya ialah TAKWA...right..dunia makin tiba dipenghujung so berlumba-lumbalah mengejar maghfirah Tuhan...

bukan berlumba-lumba nak membuktikan saper yang lebih cantik atau menawan..karana semua tue hanya pinjaman semata-mata..

saper yang terus leka dibuai kecantikan maka akan terus hanyut dalam kelekaan..ingatlah ALLAH..kembalilah mengejar cintaNYA yang hakiki.. wassalammmm..


Bookmark and Share




  Member Information For raihanahdaniahProfil   Hantar PM kepada raihanahdaniah   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 10:39


kecantikan pd wajah akan pudar pabila melewati usia senja....
namun kecantikan akhlak dan peribadi akan kekal d hati manusia selamanya..dan membawa ke akhirat nanti....

-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

PuteriBongsu
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 4899
Posting: 4
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 16:12



Manusia tidak bleh mngubah rupa paras mereka..
Tapi jika mahu mereka bleh mempercantikkan akhlak mereka....


Bookmark and Share




  Member Information For PuteriBongsuProfil   Hantar PM kepada PuteriBongsu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.109594 saat. Lajunya....