Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
Assallammualaikum Muslimah Semua..Sayalah Orange..dan nama saya nur fathira...salam ukhuwah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Ukhwah
Topik: pakai tudung dalam rumah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» pakai tudung dalam rumah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh pakai tudung dalam rumah

rohani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 4629
Posting: 38
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 09:24


...
Ana nak tanya, katakanlah ada seorang lelaki dtg rumah kita,waktu tu kita tak mengenakan tudung, so bila nampak jea dia kita lari (ambil tudung) walhal time tu dia dah nampak aurat kita, mengikut pandangan ukhwah semua,adakah tindakan kita itu di anggap biadap ataupun tak sopan?


Bookmark and Share




  Member Information For rohaniProfil   Hantar PM kepada rohani   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 10:35


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah adab mestilah selaras dengan al Quran dan Sunnah. Dari itu apabila mementingkan syarak maka tindakan berlari mencari tudung untuk menutup aurat itu adalah betul dan tindakan yang wajar. Sebab itu digalakkan sebuah rumahtangga muslim dibuat agar tidak memudahkan kaum yang bukan mahram mudah untuk melihat kita di dalam rumah.

Suasana dan juga adab tetamu agar tidak terus masuk rumah walau pintu terbuka demi menjaga maruah dan aurat tuan rumah insyaAllah. Beri salam tiga kali dan kalau tidak bersambut pusing dan baliklah maka itulah yang dianjurkan berdasarkan tafsiran dalam Surah An Nuur.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-04 11:53




Ana setuju dengan pendapat ummi. tindakan ana sama dengan rohani. ana akan berlari untuk mengambil tudung ataupun masuk ke bilik yang berhampiran. tapi sekarang, alhamdulillah, family ana dah faham. Biasanya sebelum tetamu lelaki masuk rumah, mereka akan bagitau ana dulu. takpun, mereka yang akan ambilkan tudung untuk ana. Tapi yang ana sedih, kewajipan tu seolah-olah untuk ana je. Mereka hanya biarkan kepala mereka terdedah untuk tatapan bukan mahram mereka. Bukan ana tak pernah bagitahu, tapi jawapannya tunggula.....

-----------------
“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

rohani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 4629
Posting: 38
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 16:52


Terima kasih kerana sudi meleraikan persoalan di fikiran ana. Sebenarnya ana pernah di tegur kerana tindakan sedemikian.Namun Al-Hamdulillah mereka makin memahami.


Bookmark and Share




  Member Information For rohaniProfil   Hantar PM kepada rohani   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-12-04 10:23


kadang˛ ada juga yg kurang/tidak memahami kewajipan memakai tudung dlm rumah...pada pandangan mereka tudung hanya wajib dipakai ketika keluar dr rumah...

terima kasih ummi kerana penjelasan yg jelas yg telah ummi berikan..


Bookmark and Share




  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-04 16:45




rumah ana rumah apartment.. kalau ada tetamu aje, mula - mula capai tudung dulu, pastu baru buka pintu. Lagi selamat. Kalau abang balik bawak kawan, dia akan sms dulu.

Kadang - kadang perkara kecil ini orang tak perasan. Terima kasih kepada rohani yang bertanyakan soalan ini.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Raihanah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2144
Posting: 47
Dari: singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 12:13



Alhamdulilah..
Rumah ana rumah flat.. Sebelah korner.. Takde tingkap, tetamu tak nampak... Jadi kalau ada org dtg, tgk kat lubang pintu.. Pastu bersiap sedia lah dgn tudung..


Bookmark and Share




  Member Information For RaihanahProfil   Hantar PM kepada Raihanah   Quote dan BalasQuote

yati
WARGA RASMI
Menyertai: 02.12.2004
Ahli No: 4649
Posting: 15
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-12-04 15:41



dulu sayapun pernah mengalami situasi itu,dan saya juga ambil tindakan yg sama,lari ambil tudung.bagi sayala tindakan itu tak lah biadab bg mrk yang memahami kewajipan bertudung.
utk mengelak drpd berulangnya kejadian itu saya sentiasa berhati-hati, latak tudung di tempat yg paling hampir dan mudah utk di ambil.Alhamdulillah krn kebanyakan jiran yg bertandang ke rumah dah faham tentang kewajipan bertudung kat rumahni,mrk tak lg berasa hairan atau pelik bila melihat kelibat orang lari.

.................
buatlah sesuatu pekerjaan dengan niat yang ikhlas keranaNYA.






Bookmark and Share




  Member Information For yatiProfil   Hantar PM kepada yati   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 00:19




Memang wajar. Jangan pedulikan pandangan orang, memang ramai yang belum faham, bagi mereka semua saudara, buat apa2 tudung2..

Kat rumah ana pun selalu gitu, kadang2 mengelabah bila tetamu datang mengejut sebab biasanya derang akan call bitau nak datang, so boleh ready tudung awal2.



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 15:29


wbt...

dah lamer kiter x bukak portal nie... buakan aper, busy coz baru bukak sem... banyak kije n tugasan...

tentang pakai tudung dlm rumah nie, dulu, sebelum kahwin, kiter pernah kena marah ngan mak kiter coz pakai tudung maser sepupu kiter datang... kesudahannya, kiter masuk menangis dlm bilik n tak turun jumpa sepupu... bukan ingin burukkan famili sendiri, tapi itulah hakikatnya...
dan sekarang, alhamdulillah... setelah hampir 7 bulan berkahwin, setiap kali ader tetamu bertandang ke rumah kiter n suami, suami kiter akan membukakan pintu utk melihat sama ada tetamu itu lelaki @ perempuan... jika lelaki, dier akan memberikan isyarat kepada kiter utk menutup aurat... n kini, mak kiter x lagi bising2 biler kiter pakai tudung depan sepupu @ bukan muhrim kerana dia tahu, kiter kini bawah taggungan suami... alhamdulillah...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 21:20



ana pon sama...bila org datang je ana akan cepat2 lari naik atas utk cari tudung. dulu...ramai yang pelik. yelah hubungan kami satu family kembangan sagat rapat... dengan sepupu pon mcm adik beradik. cuma ana je yg pakai tudung bila sesama sepupu. tapi lama2 depa faham sendiri
wallahualam

-----------------
mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...


Bookmark and Share




  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

ummuafeera
WARGA RASMI
Menyertai: 14.01.2005
Ahli No: 4828
Posting: 12
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 15:00


kalau orang dtg kita kena pakai stokin tak? sarung tgn?


Bookmark and Share




  Member Information For ummuafeeraProfil   Hantar PM kepada ummuafeera   Pergi ke ummuafeera's Website   Quote dan BalasQuote

nur_aimann
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 30.06.2003
Ahli No: 1849
Posting: 26
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 16:34


hai semua....

situasi spt lari ketika org dtg umah...
penah terjadi pd ain...
masa tu raya ke3...
dok baring2 dgn akak kat ruang tamu...
pintu pula terbuka...
coz umah ain jauh sikit dr pandangan umum...
tup2 sepupu beri salam...betul2 depan pintu...
apa lagi..ain n' akak terus lari cari tudung....
sepupu yg tak faham...dia tanya kenap lari?
takut ke? kami diam aje...
kalau jawab...takut dia terasa....
kat umah ain memang dititik beratkan
hal2 mcm nie...
so skrg dah get ready tudung awal2...
cthnya letak tempat yg senang nak capai....







Bookmark and Share




  Member Information For nur_aimannProfil   Hantar PM kepada nur_aimann   Quote dan BalasQuote

nilam
WARGA RASMI
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 4995
Posting: 8

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 11:49




ana pun biasa buat camtu..
ader oarang datang mula2 capai tudung dulu.
termasuk kalau abang ipar yang datang, tengah makan pun masing2 lari masuk bilik pi cari tudung..

nak tanyala..
aurat ngan ipar duai yang serumah kene lengkap jugak ker?
stokin?
kalau kita sidai baju ker, mesti sinsing lengan, basuh pinggan..
camner erk?


Bookmark and Share




  Member Information For nilamProfil   Hantar PM kepada nilam   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 4989
Posting: 23

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 02:12




alhamdulillah..selama ni..ana tak pakai tudung pun dalam rumah, mungkin ana akan berubah selepas ini..kalau ada lagi letaklah..boleh ana ambil sebagai iktibar. lagi satu mcm mana kalau dengan abang ipar pula ye..?ana kat london ni..pertama kali pakai 24 jam dalam rumah..sebab kakak ana yang suruh..ana pun tak tahu apa sebabnya..tapi kat malaysia takde pula kalau dalam rumah mcm tu..kenapa ye..

ana baru nak blaja..lambat sikit ..maaf ye..


Bookmark and Share




  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Quote dan BalasQuote

wardah_qlate
WARGA RASMI
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 5216
Posting: 2
Dari: klate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 14:41


oh!ana br mengalami macam rohani...budak tahfiz plk tu.....nak wat camne..tapi lari jgk pakai tudung,,,,malu......


Bookmark and Share




  Member Information For wardah_qlateProfil   Hantar PM kepada wardah_qlate   Quote dan BalasQuote

asrar_86
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2005
Ahli No: 5096
Posting: 10
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 12-05-05 10:50




best gak topik ni..ana pun ada gak pengalaman camtu..berlari masa tetamu datang...rumah ana rumah teres...so, masa tetamu kat pagar lagi, ana dah nampak ikut tingkap tinted..so,lekas2 laa bertudung... and selalunye, ana letak tudung kat tempat yg paling hampir sekali laaa.... lagi2 kalo abg ipar, kekadang tu lama diorang sekeluarga singgah, so..kena laa jaga aurat. kekadang tu, ada orang anggap ,abg ipar ...alaaahhh...takper.... padahal dia pun bukan muhrim kita...tul tak....

bagus gak bangkitkan topik ni, kekadang tu kita ter'lalai' ...



Bookmark and Share




  Member Information For asrar_86Profil   Hantar PM kepada asrar_86   Quote dan BalasQuote

put3balqis
WARGA RASMI
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 5297
Posting: 3
Dari: seri kembangan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 11:35


, ramai yang tak begitu amik berat ttg hal ni .Sebenarnya dengan saudara yang bau bau bacang(saudara jauh2) pun kita kene tutup aurat.Dengan kawan2 bukan islam pun kene tutup aurat meskipun sesama perempuan.Mungkin ada yang ambil ringan ttg aurat dengan perempuan yang bukan Islam ataupun tak tau langsung.Ini terjadi di office ana sndiri,pada suatu hari selepas solat zuhur,salah sorang staff perempuan bukan islam masuk ke bilik solat utk melihat rambut kawan ana.Ana agak terkejut sebab kawan ana ni izinkan kawan bukan islam kami utk lihat rambut dia.Kawan ana ni kat luar pakai stokin tangan dan stokin kaki.Bila ana selidik rupanya bukan dia sorang je yg tak tau bhw aurat perempuan islam dengan yang bukan islam sama macam aurat perempuan islam dengan lelaki ajnabi,malah smua staff muslimah yg sedepartment ana.Jadi selepas ni ana mintak sahabiah yg lain highlight isu ni ye agar takde lagi yg jahil bab aurat ni..wallahualam.


Bookmark and Share




  Member Information For put3balqisProfil   Hantar PM kepada put3balqis   Quote dan BalasQuote

kinobaik
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 02.05.2005
Ahli No: 5251
Posting: 23
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 12:14


yeah!! tindakan yg sebetulnya. Kenala capai tudung @ apa-apa yg boleh tutup aurat. Kino ni, kekadang ngan selimut @ kain tuala pun jadik. EHhehe.. rumah kino double storey. Tangga ke bilik terletak kat ruang depan. Huuu..kekadang tak sempat nak berlari ke atas. Nyorok kat dapur je.

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again


Bookmark and Share




  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-03-09 09:17


Andai ada saja yang memberi salam dari luar rumah..
cepat-cepat saya suruh adik-adik yang lelaki menengok sapa yang datang..
taim tu juga,saya pun capaila tudung yang paling cepat nak pakai.. dan paling dekat nak capai..

kami ni biasanya suka berkumpul diruang dapur..
tv pun duduk kat kawasan situ saja..
kalau ada tetamu..
tak adalah tergopoh gapah nak bangun,cari tudung dan sebagainya..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» pakai tudung dalam rumah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.069986 saat. Lajunya....