Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan buat esok, jika boleh dibuat hari ini

-- Abraham Lincoln

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
senyum sokmo

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Relevankah Aku di hatimu (4)?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Relevankah Aku di hatimu (4)?

Please Mendaftar To Post


Oleh Relevankah Aku di hatimu (4)?

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-11-04 21:17


Bab 4


Alhamdulillah! Aku berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjat pada Ilahi. Terima kasih mak, ayah, cikgu-cikgu, dan teman-teman semua. Kalian adalah pencetus kejayaanku ini. Tanpa doa restu dan sokongan kalian, mana mungkin aku mampu melakukannya.

Keputusan PMR yang cemerlang tempoh hari melayakkan aku menjejakkan kaki ke dunia sekolah berasrama penuh yang penuh glamor. Aku sering mengimpikan kehidupan sebagai budak hostel. Akhirnya apa yang aku idamkan menjadi kenyataan. Pernah suatu ketika dahulu aku menangis kerana gagal mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerajaan untuk kemasukan Tingkatan 1. Kali ini nasib menyebelahi aku.

4 Februari 1998 merupakan detik bermulanya kehidupan aku sebagai warga SERATAS. Sejak pagi lagi kami sekeluarga sudah bertolak dari rumah. Perjalanan ke sekolah yang bertentangan dengan Zoo Taiping itu mengambil masa dua setengah jam. Sepanjang perjalanan hati aku berdebar-debar.

Keadaan jalan raya menjadi sesak sebaik saja kami menghampiri kawasan Taman Tasik Taiping. Kereta berbaris panjang di sepanjang Jalan Taman Tasik. Aku rasa mereka juga menuju ke destinasi yang sama.

Tiba-tiba Proton Iswara yang dipandu oleh ayah membelok. Bila terpandang pintu gerbang sekolah yang tertulis "Daulat Tuanku", aku mula tak senang duduk.

Kereta kami mula bergerak masuk ke perkarangan sekolah. Bermula dengan pondok jaga di sebelah kanan di laluan masuk utama, kemudian flat berwarna biru yang sederhana tinggi di sebelah kiri. Mungkin flat biru itu kediaman para guru. Di hadapannya seperti... padang bola jaring! Bestnya! Aku terus tersenyum. Gelanggang bola keranjang pun ada. Di sebelah kananku pula terhampar luas sebuah padang sekolah yang menghijau.

Deretan pokok-pokok menyambut kami di sepanjang kiri dan kanan jalan. Jiwaku rasa tenang melihat persekitaran hijau yang sebegini. Sekolah ini tempat sesuai untuk menuntut ilmu. Sungguh mendamaikan. Mataku meliar memerhati suasana sekolah baruku hingga pada satu saat aku terpegun dan terpesona dek panorama yang sungguh mengasyikkan. Bangunan-bangunan yang berlatarkan Bukit Larut yang tersergam megah, indah bagai dalam lukisan.

Hari pertama pendaftaran yang berlangsung di dewan besar sekolah yang sudahpun dipenuhi dengan pelajar-pelajar baru bersama keluarga masing-masing. Kelihatan kanak-kanak berlarian di sana sini. Suasana hingar-bingar memenuhi dewan tersebut bagaikan suatu pesta keramaian. Mana tidaknya, yang nak mendaftar, nak bersekolah seorang saja tapi yang datang menghantar hampir satu batalion!

Selesai saja pendaftaran, pelajar-pelajar dan ibubapa mendengar taklimat dari tuan pengetua di dewan kuliah yang serba baru. Beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar baru yang datang pada hari ini. Beliau juga meluahkan rasa gembiranya kerana kebanyakan pelajar Tingkatan 4 yang baru ini datangnya dari sekolah agama. Beliau berharap mereka ini dapat menghidupkan suasana Islam di bumi SERATAS.

Selepas itu, aku dan ahli keluarga yang lain bergerak ke asrama puteri untuk melihat suasana dorm dan menyimpan barang-barangku di dalam loker yang tersedia. Kemudian, kami sekeluarga pergi ke bandar taiping untuk makan tengah hari. Kami kembali ke asrama dua jam kemudian. Mak dan adik perempuanku tolong aku berkemas apa yang patut.

Dan akhirnya, tibalah masa untuk kami berpisah. Mak memeluk aku. Terus hati aku menjadi sayu diperlakukan begitu. Aku bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.

Ayah sempat berpesan "Syah! Jangan tinggal sembahyang. Rajin-rajin baca quran. Ingat tu." Aku mengangguk.

Proton Iswara merah ayah mula meninggalkan perkarangan asrama puteri. Semua yang di dalam kereta melambai ke arahku. Aku membalas sehinggalah mereka hilang dari pandangan. Saat itu juga rasa sunyi mencengkam diri.

Ya Allah, berikanlah aku ketenangan dan permudahkanlah aku dalam menuntut ilmu, pintuku dalam hati.

Orentasi pelajar baru bermula pada malam itu di dewan besar. Program yang akan berlangsung selama satu minggu itu dikendalikan oleh Majlis PerWakilan Pelajar SERATAS. Pelbagai aktiviti dijalan antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sukan dan permainan, lawatan ke sekitar sekolah dan bandar Taiping. Di asrama puteri pula, aku dan pelajar baru yang lain dikehendaki mendapatkan tandatangan kesemua pelajar senior perempuan yang merupakan acara tradisi bagi pelajar yang baru masuk. Tujuannya supaya kami dapat kenal muka pelajar-pelajar senior di sini. Kami diberi masa seminggu. Pelajar senior yang aku jumpa kebanyakannya tidak banyak songeh. Mereka sekadar meminta aku menyanyi, dan menari atau berlakon sebelum diturunkan tandatangan. Program orentasi sampai ke penghujungnya. Malam terakhir diserikan dengan persembahan dari setiap kumpulan. Sungguh menghiburkan.

Isnin minggu berikutnya, aku dan yang lain-lain memulakan sesi pembelajaran seperti seperti biasa. Cuma bezanya di sini segala-segalanyanya masih baru bagiku.

"Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah,"bisikku perlahan. Aku menyebutnya berulang kali dalam hati. Pasti bumi SERATAS (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah) ini bakal mencoret 1001 kenangan yang akan mewarnai diari hidupku.





Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-04 21:42


Continue kat sini ek...

Relevankah Aku Di HatiMu (5) dan (6)


Bab 5

Aku bergiat aktif dalam pasukan bola jaring di SERATAS. Namaku sebaris dengan pemain senior yang sedia. Gelaran `pemain terbaik negeri` yang dimiliki mejadikan aku cepat popular di kalangan pemain junior. Ada antara mereka datang minta diajar pelbagai teknik dan skil. Aku melakukannya dengan senang hati. Mungkin itu yang membuatkan pemain senior menjeling tajam apabila ada pemain junior berdampingan denganku.

"Akasyah!"

Apa lagi? Tolong jangan ganggu aku yang tengah tension ni, jeritku dalam hati.

Teringat aku pada suatu hari, semasa bercanda di bawah pohon bambu sambil itu aku mentelaah pelajaran. Dia sedang berlatih hoki di padang astroturf. Mar atau nama penuhnya Mohd Ammar Iskandar, pemain hoki terbaik sekolah yang menjadi idola ramai. Aku salah seorang ahli kelab peminatnya. Tiada yuran tahunan, majalah kelab atau annual dinner bersama ahli-ahli yang lain. Kalian hanya boleh `usya` dia dari jauh. Alim orangnya. Bersandarkan muka yang tampan dan otak yang bergeliga, Mar merupakan antara pelajar lelaki yang paling top dan hot di sini.

Sedang aku asyik memandangnya tak semena-mena dia berjalan ke arahku. Kelenjar tiroid (1) aku mula memainkan peranannya. Alamak! Nak buat apa ni? Aku mula gelisah.

Maintan ayu, Syah! Hatiku berkata-kata. Aku cuba berlagak selamba sedangkan jantungku sudah memecut selaju 300 kilometer sejam. Kalah Ribut Greg di Sabah. Kalah ombak di Selat Melaka. Kalah juga shinkansen di Jepun!

Langkahnya semakin pantas sementara aku di sini seperti glasier yang mencair akibat pancaran ultra ungu. Terasa diri ini mengecil. Honey, I shrunk the kids. Eh! Silap! I`m shrinking. Mar semakin dekat. Fobiaku dalam bahaya!

Dia membongkokkan diri satu meter di hadapanku sambil tangannya mengambil sesuatu. Apa? Dia datang semata-mata hendak mengambil bola hoki yang kebetulan melantun ke arahku. Tak mengapa. Mungkin lain kali kita boleh berkenalan, pujuk hati kecilku. Aku menundukkan muka menahan rasa kecewa yang mula beraja di kalbu.

"Study ke?"Tiba-tiba satu suara menerjah pendengaranku. Aku segera mendongak. Mar!

Luruh bronkial dan bronkus aku tatkala mendengar suaranya itu. Terhenti sebentar ginjalku. Aku buat muka macam Fei Mau (2) . Hodoh rasanya wajah aku saat itu. Adakah aku bermimpi? Betulkah kata-kata itu terlontar dari mulutnya? Apa pula bibir aku yang comel ini nak jawab? Aku bertanya pada diri sendiri. Akasyah, nak buat apa ni? Jawab soalannya atau tidak? Buat selamba saja atau maintain ayu? Apakah kebarangkalian yang bakal kuambil?



Dia masih tercegat di situ menantikan balasan dari aku. Aku masih dalam mood terkejut kerana inilah pertama kali dia menegurku.

"Nurul Akasyah?" sapa Mar lagi. Tak dengarkah gadis ini?

Aku kaget. Dia tahu nama aku. Lantas aku tersenyum malu.

"Study elok-elok ya." Mar mula mengatur langkah setelah dilihatnya aku hanya diam membisu.

Tidak! Jangan pergi! Aku menjerit dalam hati. Istana Taj Mal yang kurancang dalam kepala ini musnah dilenyek oleh bulldozer dalam sekelip mata sebaik sahaja melihat Mar berlalu meninggalkan aku. Sejak kali pertama melihat Mar beraksi di padang, aku sudah mula menyimpan angan-angan untuk bertegur-sapa dengannya. T-square, set square dan french curve aku hampir patah-riuk menjadi korban angan-anganku itu. Projek Taj Mahalku musnah!

Kau kejam Mar! Langsung tak berhati perut. Hatiku merintih hiba. Aku bingkas bangun. Segera kubersihkan baju kurung yang dipakai dari rumput-rumput yang terlekat padanya. Mal yang menyedari perbuatanku segera dia berpaling dan memandangku.

"Ya?"Dia mengangkat kening.

Waduh, lembut benar suaranya menuturkan bicara.

"Kenapa baru hari ni awak nak tegur saya?"luahku. Padahal hampir setiap petang saya di sini. Ayat yang terakhir hanya bermain di hujung bibir. Tidak berani aku menyatakannya.

"Oh!" Dia ketawa kecil. Lesung pipit terbentuk di pipinya yang licin tanpa sekelumit jerawat. Kacak dia saat itu. "Awak tunggu saya tegur ke?"soal Mar setelah tawanya reda.

"Mana ada saya tunggu. Awak jangan nak perasan." Aku menarik muka masam. "Saya cuma tanya saja," sambungku perlahan. Aku melarikan pandangan ke arah lain.

"Saya pun tanya saja," balasnya sambil tersenyum.

Aku mencapai buku Fizik di atas rumput lalu mendakapnya ke dada.

"Saya balik dulu ya."

"Kenapa perlu minta izin dari saya?"

Aku menbeliakkan mata. Bagaikan tidak percaya Mar Iskandar di hadapanku ini yang bertanya sebegitu. Jejaka yang dikatakan sukar beramah mesra dengan pelajar puteri itu pandai juga mengusik. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

"."

"." Mar mengangguk lalu kembali ke tengah astroturf mendapatkan kawannya yang telah lama menanti.

Aku meninggalkan kawasan itu lalu berjalan menuju ke asrama puteri dengan hati riang. Kicauan beburung menyemarakkan lagi suasana bahagia ini. Mereka bagai turut sama gembira dengan peristiwa tadi.

Mungkin ini menjadi titik tolak persahabatan aku dan Mar. Ya... mungkin.




Bab 6


"Bangun!" Ketua kelas 5 Gamma, Qhairul bersuara apabila dilihatnya Mr Yee, guru Fizik melangkah masuk ke dalam kelas.


"Good Morning Sir!" Ucapnya lagi. Yang lain turut sama menyahut.

"Good morning. Kamu semua boleh duduk." Mr Yee memerhatikan wajah anak didiknya satu-persatu. Matanya tertumpu pada dua buah meja di belakang yang kosong tidak berpenghuni.

"Mana dua orang itu pergi?" Dia menyoal Qhairul.

"Saya tak tahu, Sir." Qhairul mengangkat bahu.

Mr Yee berdengus keras apabila mendengar jawapan dari Qhairul tadi. Dia tidak suka pelajar masuk lewat ke kelasnya.

Sementara itu, Akasyah dan Izza terkecoh-kecoh menuruni tangga. Sebentar tadi mereka berjumpa dengan guru penasihat Kelab Fotografi. Mereka ingin meminta jasa baik Cikgu Naim mengambil gambar sewaktu perlawanan kami pada minggu hadapan di S.M.K Convent Taiping.

"Habislah. Dah lewat ni. Mesti Mr Yee dah masuk kelas." Aku meluahkan rasa bimbang. Izza yang di sebelah turut resah. Sampai saja di kelas, kami mendapati Mr Yee sedang berdiri di muka pintu. Lemah sendi-sendi aku waktu itu.

"Kenapa lambat?" Wajah garang Mr Yee menyambut kami di muka pintu. Dia mencekak pinggang.

"Saya pergi jumpa Cikgu Naim tadi, Sir." Bibir aku mengeletar ketakutan. Kecut perutku melihat wajah menyinga guru Fizik tinggi lampai itu.

"Kelas saya pukul 10.30 pagi. Sekarang sudah 10.35 pagi." Dia membelek-belek jam di tangannya.
"Nak jumpa cikgu boleh... tapi 10.30 mesti ada dalam kelas!"Tegas guru berkaca mata itu.

"Sekarang awak berdua berdiri di luar. Jangan masuk selagi saya tak benarkan." Mr Yee mengarahkan kami berdiri di tepi pintu kelas.

Aku dan Izza tergamam. Dalam usia begini masih didenda seperti budak kecil membuatkan wajahku terasa tebal waktu itu. Malunya bukan kepalang. Aku sempat memandang kawan-kawan yang berada di kelas. Ada yang menunjukkan wajah simpati dan tak kurang juga yang tersengih-sengih mengejek. Aku melarikan pandangan ke bangunan tiga tingkat hadapan kami. Kelihatan ada yang menjenguk-jenguk dari tingkap. Sibuk pulak tengok-tengok. Macam tak pernah tengok orang kena denda. Pergi belajarlah!

Aku berharap janganlah si Mar lalu waktu ini. Dan bagaikan mengetahui apa yang tersirat dalam hati, tiba-tiba dua orang pelajar putera datang dari arah kiri dalam keadaan tergesa-gesa. Aku menoleh dan didapati salah seorangnya adalah Mar!

Pandangan kami berlaga. Dia hanya memandang kami sekali imbas. Tersenyum pun tidak, masam pun tidak. Mungkin dia juga mengejar masa dan terlewat seperti aku. Dari raut wajahnya tergambar ketenangan seperti selalu.


Sementara itu Mr Yee ingin memulakan pengajarannnya untuk hari itu tetapi ada sesuatu yang membuatnya terasa tergganggu.

"Awak!" Mr Yee menuding jari pada Azmi yang sejak dari tadi dilihatnya ketawa kecil.

Azmi tersentak apabila namanya tiba-tiba dipanggil. Segera dia menyahut.

"Kenapa awak pandang mereka di luar itu? Kenapa awak ketawa? Awak juga pergi berdiri di luar."Aku dan Izza yang di luar terpinga-pinga kehairanan. Agaknya mood Mr Yee kurang baik hari ini.

Dalam keterpaksaan Azmi melangkah keluar dari kelas. Dia menjeling tajam pada kami berdua. Aku membalas.

"Ini semua kau punya pasal." Azmi menyalahkan aku. Suaranya perlahan tetapi aku dapat merasakan dia tidak berpuas hati dengan tindakan Mr Yee itu.

"Siapa suruh kau gelak. Padan muka!" Aku tersenyum puas. Itu balasan untuk orang yang suka ketawakan orang. Nah, sekarang sama-sama kena denda.

Azmi berdengus kasar. Marah agaknya dengan jawapanku itu. Biarkanlah...


Tidak lama kemudian Mr Loh membenarkan kami bertiga masuk. Aku merungut-rungut dalam hati. Lepas Mar lalu baru nak bagi masuk. Macam saja nak malukan aku depan si Mar hari ini. Si Mar pun satu. Banyak lagi jalan lain dalam sekolah ini. Depan kelas aku juga dia nak lalu tadi. Bengangnya aku!

Masa Fizik tamat juga akhirnya. Bab yang diajar tadi agak payah. Berasap juga kepala dibuatnya. Aku terdengar keluhan dari teman-teman yang lain. Kebanyakannya masih kurang faham. Mr Yee sudah berjanji untuk menjelaskannya sekali lagi minggu hadapan.

Tiba-tiba Azmi dan rakan-rakannya ketawa terkekeh-kekeh. Entah apa lucunya. Aku tidak ambil pusing tetapi apabila terdengar nama aku disebut-sebut telinga aku terasa panas. Pantas aku menoleh dan menghadiahkan renungan tajam kepada mereka. Namun ianya sia-sia malah makin giat mereka memperkatakan peristiwa tadi. Siap melakonkannya semula. Hati aku bertambah berang tapi mengenangkan diri ini sudah dewasa aku cuba bersabar.

Waktu riadah petang itu, aku membawa diri ke Taman Herba yang terletak di hadapan bengkel Kemahiran Hidup. Tangan aku lincah mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di dalam pasu. Peristiwa memalukan pagi tadi menyesakkan kepala aku ditambah pula gelagat Azmi dan konco-konconya yang menyakitkan hati.

Aku memilih cara ini bagi meredakan kemarahan. Pasti ada yang meraasa pelik tapi ianya benar. Tabiat luar biasa ini bermula sewaktu aku dalam Tingkatan Dua. Guru Matematik aku selalu meminta aku dan kawan-kawanku mencabut rumput di taman herba sekolah. Aku memberontak kerana asyik kami saja disuruh membuat kerja-kerja begitu. Aku yang tengah marah-marah pantas mencabut apa saja yang dicapai oleh tangan. Pokok kekacang yang ditanam turut menjadi mangsa kemarahanku. Teman-teman cuba menyabarkan aku tapi aku terus dengan amarahku. Darah muda katakan. Sampai satu ketika aku mendengar suara dari guru Matematikku itu.

"Jangan cabut pokok kacang itu. Cabut rumput saja." Selamba guru berbangsa Tonghua itu menegur aku dalam pelat-pelat cinanya.

Waktu itu aku rasa hendak cabut semua pokok kacang yang ada. Ya Allah! Sabar sajalah!

"." Tiba-tiba ada seseorang memberi salam. Sayup-sayup bunyinya. Aku kembali ke alam nyata. Aku tidak membalas, memandang tuan empunya suara jauh sekali. Mood aku tidak berapa baik saat itu.

"Tak jawab berdosa," sambung orang itu lagi.

Aku mengeluh panjang. Siapa agaknya mahu mengusik aku lagi hari ini. Makin pantas aku mencabut rumput yang cuba mencuri vitamin dan garam galian dari pokok lidah buaya yang ditanam oleh pak cik Ishak, tukang kebun sekolah.

Aku ada terbaca dalam satu laman web. Lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.

Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecedaraan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekal dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.

"." Sekali lagi salam diberi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Salamnya kusambut.

"Mar..." Bibir aku lancar menutur sebaris nama yang makin mendapat tempat di dalam hatiku. Mar tersenyum lebar. Dia memeluk tubuh dan bersandar di tiang laluan beratap yang tidak jauh dari aku.

"Apa awak buat tu?" Mar menyoal.

"Basuh kain." Aku menjawab bodoh. Rabunnya agaknya dia.

Mar tersenyum. "Tadi jadi jaga pintu, sekarang jadi tukang kebun pula?" soalnya lagi dalam nada bergurau.

Darjah kemarahan aku melonjak tiba-tiba. Kata-kata Mar bagaikan cuba menguji kesabaran aku tika itu. Angin puting beliung yang berpusat dalam hatiku mula bergerak menyerang sistem-sistem badan yang lain. Ia cuba memusnahkan deria rasional aku.

"Kalau datang setakat nak perli-perli orang, baik awak pergi dari sini!" Aku meninggikan suara. Ingatkan boleh tenangkan fikiran tapi sebaliknya yang berlaku. Mahu saja aku baling pasu yang ada ke mukanya. Ya Allah! Kenapa aku marah sangat pada dia?


Mar agak terkejut. Wajah Akasyah yang berkerut seribu dipandangnya dalam-dalam. Mungkinkah dia tersinggung dengan kata-kataku tadi?

"Maaf! Saya cuma bergurau saja tadi. Saya tak bermaksud apa-apa. " Seribu kekesalan terpancar di wajah lelaki itu.

"Bergurau kata awak? Sudahlah. Tak payah cakap banyak. Kalau awak tak nak pergi, biar saya yang pergi!" balasku agak kasar. Aku mula mengangkat kaki beredar dari situ. Entah mengapa hati ini mudah benar terguris petang itu.

"Saya minta maaf," tutur Mar lembut. Dia mengikut aku dari belakang. Aku mempercepatkan langkahku.

"Maaf ya?" ulangnya lagi.

Saat itu terbayang wajah-wajah mereka yang mengejekku tadi, Mr Yee yang marah-marah. Kata-kata Mar yang menghiris hatiku. Gelak tawa dan senyuman mengejek mereka bermain di fikaran. Semuanya bersatu menjadi satu. Tanpa kusedari, air mata ini menitis.




Prep malam esoknya sebaik saya aku tiba dari perpustakaan dengan Izza aku dapati ada sesuatu atas mejaku. Aku berasa pelik. Sebelum aku keluar tadi aku telah menyosongkan meja itu. Aku menghampiri meja dengan perasaan curiga. Beg plastik yang tertulis The Store Taiping.

"Siapa punya ni?"Aku menjulang beg plastik itu ke udara sambil memerhati sekeliling.

"Atas meja kau. Mestilah kau yang punya."Sahut Qhairul.

"Siapa pula nak kenakan kita ni." Aku merungut. Bungkusan itu aku letakkan ke meja sebelah.

"Tak baik kau buat macam tu. Penat orang tu pergi beli petang tadi."Qhairul menambah lagi.

Orang tu? Siapa? Perasaan ingin tahu menyerbu fikiran. Dengan pantas aku mengambil semula bungkusan itu dan membukanya perlahan-lahan. Coklat! Aku tersenyum lebar. Memang itu kegemaranku. Mata aku tertumpu pada sekeping kertas biru kecil yang terlipat dua. Segera aku membacanya.


Nurul Akasyah,

Maaf di atas keterlanjuran kata-kata saya petang semalam.
Tak sangka gurauan saya mengundang kemarahan awak.
Percayalah... saya tidak berniat begitu.
Harap awak dapat maafkan saya!

Ikhlas dari,
Mohd Ammar Iskandar


Rasa bersalah menghimpit diriku. Teringat semula waktu Mar berkali-kali pinta dirinya dimaafi . Sedikit pun aku tak endahkan. Terus saja aku kembali ke asrama puteri.

"Soalan yang kau tanya tadi. Saya dah cuba buat. Memang berbelit-belit sikit." Suara itu biasa pada pendengaran aku. Aku segera menoleh. Mar! Dia duduk di sebelah Zaim sambil menerangkan sesuatu. Sejak bila dia berada di situ? Aku sendiri tidak sedar. Cepat-cepat aku masukkan bungkusan plastik itu ke dalam laci mejaku. Dalam pada itu aku membelek-belek coklat `Picnic` bersampul kuning itu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari!

Sekali lagi aku menoleh ke belakang. Kali ini kebetulan Mar juga memandangku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman. Semoga dia mengerti yang aku sudah memaafkannya. Aku juga tak ingin menyimpan dendam terhadap orang yang aku kagumi.

Mar membalas. Sinar matanya menyatakan dia juga mahu peristiwa semalam dilupakan. Aku menarik nafas lega. Pertengkaran kami berakhir malam itu. Kelas menjadi sepi semula. Hanya kedengaran hembusan angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lembut ia membelai wajahku saat itu bagaikan cuba memadamkan api yang marak di hati.

Damainya waktu itu...


Sambil menikmati coklat `Picnic` aku tersenyum. Sepuluh kali kunyah, sepuluh kali senyum. Cikgu sains aku pernah berkata, apabila kita senyum hanya memerlukan 14 otot manakala apabila kita masam 63 otot di bahagian muka terpaksa digerakkan. Kalau berkerut dahi saja sudah melibatkan 40 otot. Bayangkanlah!

Teringat pula sebuah lagu iklan yang agak popular suatu ketika dulu. Lagu ini tersenarai antara lagu favourite aku untuk berkaraoke.

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu... amatlah berharga

Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah... ikatan...


Coklat yang diberi oleh Mar tadi aku kongsi bersama teman-teman rapatku. Mereka ini tahu aku meminati pemain hoki sekolah itu. Masing-masing gembira dapat merasa secubit seorang coklat karamel itu. Memang begitu caraku sejak dulu, segala kegembiraan akan dikongsi bersama. Kesusahan, kepayahan, kesedihan... biarlah aku telan seorang. Tidak sampai hati rasanya menyusahkan orang dengan masalah aku. Ada antara teman-teman yang kurang senang dengan prinsipku itu tapi aku punya alasan tersendiri.

"Makan pun comot. Macam budak-budak." Bahiah mencuit bibirku. Pantas aku mengesat mulut dengan belakang tanganku berkali-kali. Bahiah ketawa melihat aku begitu. Terus aku malu sendiri.

"Tak tidur malamlah cik kak kita ni. Cik abang belanja coklat." Usiknya lagi sambil tersengih-sengih kesukaan.

Aku menjegilkan mata lalu tertawa kecil.

"Tidur tetap tidur." AKu mengenyitkan mata. Baki coklat yang terakhir dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan. Kenangan tadi berputar semula di fikiran.

"Saya minta maaf." Mar muncul di hadapan aku sedang aku dan Izza dalam perjalanan pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak selepas tamat prep malam itu.

Aku mengurut dada. Kus semangat! Dalam gelap-gelap tiba-tiba ada yang menegur. Mahu tercabut jantungku kalau tak kena caranya.

"Lupakanlah pasal hari tu. Kita sama-sama macam budak-budak. Maaf sebab tinggikan suara pada awak."

"Kira 0-0 la ye."

"Lain kali jangan buat macam tu lagi."Aku pura-pura marah.

"Tak berani saya. Garang juga anak pak cik Othman ni. Serik dah saya." Raut wajahnya terpancar keikhlasan.

"Ehem..." Izza mencelah perbualan kami. Aku dan Mar tersipu-sipu malu. Terlupa kehadiran Izza di situ.

"Hah!" Tiba-tiba peha aku ditepuk kuat. Aku tersentak. Bahiah!

"Tersenyum-senyum. Baru dapat coklat sebiji dah angau. Belum lagi Mar hantar rombongan meminang"

"Mana ada. Takkan nak senyum pun tak boleh." Aku mencebik bibir.

"Meh sini aku bagi senyum puas-puas." Pantas Bahiah menggeletek aku. Aku menjerit kegelian. Gelak tawa kami memecah keheningan malam. Akhirnya aku mengangkat tangan tanda mengalah. Air mata turut mengalir kerana terlalu banyak ketawa. Malam itu terus berlalu meninggalkan seribu keceriaan di lubuk kalbuku.






Info:

(1) Kelenjar tiroid merupakan kelenjar kecil, dengan diameter sekitar 5 cm dan terletak di leher, di bawah peti suara (larnyx) dan ia mengawal tahap metabolisme tubuh organisms. la mengeluarkan hormon jenis tiroksina yang menentukan perkembangan otot-otot, keadaan fizikal serta keadaan mental secara am. Andainya terdapat kekurangan pada hormon tiroksina ini, akan berlaku keadaan "gicretinism" iaitu individu akan menjadi lembab, lemah otot-otot dan terencat akal. Tiroksina juga menentukan berat badan individu. Seseorang yang kurus selalunya mempunyai tahap metabolisms yang tinggi dan ini bermakna kelenjar tiroidnya mengeluarkan hormon tiroksina secara berlebihan.Bagi individu yang gemuk, metabolismanya rendah kerana hormon tiroksinanya juga rendah. Lagi...



(2) Fei Mau merupakan watak seorang lelaki gemuk yang terencat akal dalam drama kantonis popular yang berjudul Forrest Cat. Drama ini pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu.


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-04 19:17


Bab 7


Perlawanan persahabatan dengan SMK Convent Taiping semalam berakhir dengan kemenangan di pihak kami. Walaupun kami menang tipis pada pasukan lawan, aku dan pemain lain menarik nafas lega. Namun begitu jurulatih kami, Cikgu Nadya menegur beberapa orang pemain termasuk aku sendiri.

"Saya lihat ada antara kamu seperti hilang tumpuan pada perlawanan hari tadi. Kita nyaris-nyaris tewas pada pasukan lawan dalam separuh masa kedua." Cikgu Nadya memandang wajah kami satu-persatu.

Aku setuju dengan kata-kata jurulatihku itu. Sememangnya aku memikirkan hal lain waktu itu.

Masa terus berlalu. Aku melupakan bola jaring buat seketika untuk memberi laluan kepada ujian penilaian bulan Mac yang bakal menjelma tidak lama lagi. Prinsipku mudah saja. Walaupun aktif bersukan jangan sampai pelajaran tercicir. Lagipun hendak bawa ke mana bola tu kome!

Bila ditanyakan soal pelajaran, ramai yang pelajar form 4 dan form 5 sekolah ini yang menggeleng. 10 subjek hendak dipulun. Silap-silap haribulan boleh berasap kepala macam kepala keretapi. Mujur tak keluar asap betul-betul!

Pada aku, study setakat yang termampu tapi jangan sampai tak study langsung. Kalau stay up sampai subuh sekalipun tidak ada maknanya jika satupun tidak direkodkan dalam kepala. Kalian hanya menyumbang kepada pertambahan bil elektrik sekolah saja.

Jika ada perkara yang tidak difaham, jangan malu jangan segan untuk bertanya. Kalau sudah malu sangat, boleh berjumpa dengan AJK Biro Akademik Majlis Perwakilan Pelajar. Insya-allah masalah itu akan cuba diselesaikan. Pengerusi, naib pengerusi dan AJK biro yang mantap dan berkaliber akan sedia memberi bantuan 24 jam. Mereka sudah berhempas-pulas memikirkan aktiviti biro sampai gugur rambut, pecah serebelum, serebrum dan medula oblongata. Jadi pandai-pandailah memanfaatkannya.

Aku mempunyai study groupku sendiri. Cara ini yang kupraktikkan sejak dulu kerana merasakan ianya lebih efektif dan menjimatkan masa. Selalunya aku akan mengulangkaji subjek elektif bersama temanku yang setia, Carl Duke Adam yang lebih dikenali dengan nama Kaduk. Nasib baik bukan kodok!

"Carl Duke Adam? Mesti mix ni" Aku meneka bila pertama kali mendengar nama yang meniti bibir pelajar puteri. Satu hari aku memberanikan diri berjumpa dengan tuan empunya diri walaupun aku sudah mendengar dari penglipur lara freelance sekolah.

"Papa orang Belanda. Mama Melayu Banjar," jawabnya ringkas bila ditanya tentang asal-usulnya.

Aku menangguk seperti burung belatuk. Sesiapa yang memandangnya pasti menoleh dua, tiga kali. Tangkap leleh wa cakap lu. Renungan matanya seperti Johnny Depp. Tajam menikam. Gaya rambutnya seperti Beckham di awal pembabitannya dalam pasukan MU. Hidungnya mancung seperti siapa ya? Pinocchio? Aku sekadar bergurau.

Walaupun dia memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar, ia tidak sekali membataskan pergaulannya. Sikap ramah-tamah Kaduk membuatkan sesiapa saja berasa seronok apabila disampingnya. Aku bertuah kerana dia sudi berkawan denganku walaupun aku pelajar baru di sekolah menengah sains ini.

Kadangkala Kaduk sibuk dengan latihan bola sepaknya. Kesian betul headboy yang seorang itu. Pagi petang siang malam sibuk 24 jam. Lagaknya tidak ubah seperti Orang Besar-Besar. Apalagi headgirl? Tolonglah headboy kita. Teamwork is important. Takkan aku pula nak tolong. Ishh..

Suatu petang sedang aku sedang khusyuk menyiapkan latihan Matematik Tambahan di dalam kelas, tiba-tiba ada yang datang menyapa.

"Syah, awak sibuk ke sekarang?"

Aku rasa sedikit terganggu. Tak nampakkah buku yang bertimbum macam Gunung Everest atas mejaku waktu ini? Dengan malas-malas aku mengangkat muka.

Oh, jejaka idamanku rupanya. Ingatkan siapakah gerangan yang menegur hamba tadi. Matamu bersilika-silika, Mar. Hebat benar panahan asmaramu itu. Kanta optik mana yang tuan hamba gunakan? Kanta cembung, kecung atau dwi cekung. Aku cuba bersandiwara ala bangsawan dengan diri sendiri. Secara automatik aku membetulkan tudung. Maintain body language, Syah!

"Pukul lapan malam ni kita jumpa kejap boleh? Ada hal penting saya nak cakap."

Cepat saja aku mengangguk. Mar tersenyum. Belum sempat aku menanyakan tujuannya dia sudah berlalu pergi.

Malam itu di dorm F218...

Muka aku yang langsung tiada iras Siti Nurhaliza ini ditouch up dengan bedak alas. Kemudian pemerah pipi dan sebagainya. Pulun aku buat announcement memanggil Mak Andam satu Asrama untuk memastikan kejelitaanku terserlah malam ini. Kalau tak cun, bak balik duit aku! Perfume habis 6 setengah botol.

"Kak Syah, melaram ye,"tegur junior yang rapat denganku.

Aku hanya membalas dengan senyuman saja. Mak Andam yang aku jemput dari merata-rata dorm datang memberikan komen.

"Baju tak padan dengan tudunglah." Mak Andam dari dorm sebelah mengerut dahi.

"Kasut tu tak sesuai."Yang seorang lagi memandang kasut hitamku yang sudah lusuh.

"Keronsang yang kau pakai kecil sangat." Lantas aku memilih keronsang yang besar sedikit.

"Make up tak cukup tebal. Kena tambah lagi ni."Segera aku membelek wajahku. Tak ubah macam pelakon opera Cina. Tak cukup lagikah?

Akhirnya aku naik bosan. Banyak pula komennya. Menyesal aku memanggil mereka datang.

"Siapa yang nak pergi dating sebenarnya? Kita ke korang? Melampau sungguhlah. Dah 16 setengah kali kita tukar baju. Ingat ni model ke? Takkanlah satu pun tak padan."Kataku hampir menjerit. Terus aku berbaring di atas katil kepenatan.

Mak Andam yang dijemput mempamerkan gigi masing-masing. Tidak ubah seperti model iklan ubat gigi.

"Eh, dah jam berapa sekarang?" Aku melihat jam di tangan. Walkie talkie yang baru kupinjam petang tadi dicapai lalu menghubungi kapten pasukan bola keranjang yang bertindak sebagai ketua peninjau.

"Hello! Hello! Calling menara kawalan. Sila beri laporan. Over. Target sudah muncul atau belum?" .

"Target sedang bergerak dengan kadar perubahan jarak teradap masa yang agak perlahan. Masih ada masa untuk meneruskan persiapan. Over." Lampu merah walkie talkie berkelip-kelip. Mata ketua peninjau turut sama berkelip.

"Berita diterima. Roger and out!" Aku mencium walkie talkie di tangan. Sempat lagi nak bersiap, bisik hatiku.

"Mak Andam!"



Tepat jam lapan malam Mar sudah tercegat di perkarangan asrama puteri. Macho betul dengan berbaju Melayu merah macam Mak Ngah. Bahagianya aku...

Aku menuruni tangga asrama puteri. Langkahku diatur satu-persatu supaya tidak sumbang iramanya. Di tepi koridor puluhan mata mengiringi pemergianku. Mereka bakal menjadi saksi pertemuan Mar dan aku malam ini. Aku yang ditemani oleh teman baikku, Izza menghampiri Mar di bawah laluan beratap di hadapan perkarangan asrama puteri. Dia juga membawa seorang teman bersama.

"."

"."

"Maaf sebab terpaksa curi masa awak sekejap."

"Tak apa."Jangankan curi masa. Curi hati pun boleh! Hormon gatalku terbebas dengan sendirinya saat itu.

Dia memerhatikan aku dari atas ke bawah. "Lawa-lawa ni nak jumpa buah hati ke lepas ni?" Soalnya tiba-tiba.

"Tak adalah. Mana ada buah hati pun." Aku tertunduk malu tetapi mataku sempat merenung nakal lelaki di hadapanku ini. Segak dia berbaju melayu teluk belanga, berkain pelekat. Sejak berada sekolah asrama ini aku mula menyukai lelaki yang berkeadaan begitu. Nampak macho. Seperti lelaki melayu terakhir. Kupiah putih di atas kepalanya. Mungkin baru balik dari musolla. Aku pula bendera merah hari ini. Baru aku terperasan tangan kanannya seperti memegang sesuatu yang terlindung di sebalik badannya. Entah apa agaknya yang disoroknya itu. Bungakah? Coklat lagikah? Aku mula tidak sabar menanti tindakannya selepas ini.

Keadaan menjadi hening tiba-tiba.

"Ada hadiah untuk awak."Mar bersuara kembali.

"Hadiah?" Aku pura-pura terkejut.

Mar mengangguk. "Tapi sebelum tu awak kena pejam mata dulu,"sambungnya lagi sambil tersenyum malu-malu kucing.

Aku mengerut dahi. Lain benar perangainya malam ni. Buang tabiat agaknya.

"Baru suprise sikit."Jelasnya seakan tahu persoalan yang berlegar dalam fikiranku. Baru aku mengerti. Lalu aku pejamkan mata seperti diminta. Hati aku berbunga-bunga keriangan. Romantik benar Mar sejak akhir-akhir ini.

"Nah!"

Senyumku lebar sampai ke telinga. Sebaik saja hadiah itu menyentuh telapak tangan terus aku membuka mata.



"Fail biro?!"Mulutku terlopong. Aku cukup kenal fail merah itu. Lain yang dicita, lain yang kudapat. Rasa kecewa menerpa hatiku. Ringan saja tangan aku hendak menumbuk tubuhnya yang sasa itu. Buat ponat eden jo. Sapo nak bayar Mak Andam yang ramai-ramai tu.

"Tolong buat laporan pasal perlawanan dengan Convent hari tu ye. Cikgu Faizal minta."Aku terus tersedar yang Mar ini pengerusi Biro Sukan Majlis Perwakilan Pelajar. Cikgu Faizal pula guru penasihatnya. Alahai...

Aku mengangguk lemah. Mar berpuas hati dengan kesediaanku menyiapkan laporan itu. Kemudian dia dan kawannya meminta diri kembali ke asrama putera. Aku pula sepantas The Flash meluru masuk ke asrama puteri. Waktu itu terasa satu asrama gelakkan aku. Waaa... tragisnya! Buat kedua kalinya Projek Taj Mahal aku musnah! Pekerja-pekerja indonesia semua sudah lari menyelamatkan diri sebelum mati digelek oleh bulldolzer.


Aku berguling-guling di atas katil. Cuba mencari posisi yang paling baik untuk melelapkan mata. Ingin aku lupakan tragedi tadi. Aku membenamkan muka ke bantal. Malu semalu-malunya. Malu dengan sikapku yang mudah sangat perasan. Mungkin aku terlalu banyak menonton televisyen. Inilah akibatnya. Nasib baik Mar tidak tahu. Kalau tidak pasti aku menjadi bahan ketawanya.

Akhirnya aku belayar jauh. Bertemankan mimpi indah bersama-sama Mar.





Bab 8


"Nurul Akasyah!" Tiba-tiba satu suara mengganggu lenaku.

Cukup! Berapa kali perlu aku beri amaran pada korang? Tak reti bahasa ke? Orang tengah tidur ni. Nak aku cakap dalam tulisan pepaku orang Sumeria, Cuneiform? No hal. Nah! Ambil ni...

YYML[if{^`YYML[if{^`YYML[if{^`YYML[if{^`YYML[if{^`YYML[if{^`YYML[if{^`YYML

"Nurul! Hey, bangunlah!" Terasa badanku digoncangkan oleh seseorang. Aku membuka mata perlahan-lahan. Namun pandanganku berpinar-pinar. Aku menggosok mata berkali-kali.

Cikgu Nadya!

"Masya Allah budak ni. Macam mana boleh tertidur." Cikgu Nadya mengucap panjang. Dia meninggalkan aku yang masih terpisat-pisat.

"Okey girls. Get ready. Ada lima minit lagi sebelum masuk masa kedua." Jurulatih beranak dua mengingatkan anak buahnya.

Aku terpukul. Rasa macam seketul meteor jatuh dari langit menimpa kepalaku. Lama betul aku mengelamun. Entah ke planet mana aku pergi. Mungkin ke planet Kripton, kampung halaman Superman! Oh abang Clark Kent hero kesayanganku! Adik Akasyah ini Lois Lane abang.

Jangan nak perasan lagi, Syah!


Sibuk sajalah. CK kepunyaanku. Tengok mulut aku betul-betul. He`s mine!


Fine. Tapi cuba tengok CK kau yang seorang lagi tu.


Mana?


Di bawah pokok sana tu.


Apa?!!

Hatiku kecilku mempersendakan aku. Dan waktu itu di bawah pancaran mentari kelihatan Mar sedang berborak-borak dengan salah seorang pemain pasukan lawan. Mesra semacam. Gelak sana, gelak sini. Melampau sungguh dia. Saja hendak menguji kesabaranku. Dengan budak perempuan sekolah sendiri hendak membuka mulut pun susah.

"Wani! Mari sini!" Macam komando aku memanggil GS pasukan kami. Junior itu datang terkedek-kedek menghampiriku.

"Kau nampak jaring tu?"Wani mengangguk.

"Lepas ni Kak Syah nak kau aim betul-betul. Sumbat seberapa banyak gol selagi boleh. Kita mesti menang hari ini." Mata Ziana Zainku menjeling juling ke arah pasangan yang berbual di bawah pokok rendang yang biasanya menjadi tempat istirehat keluarga Bedah, kucing kesayangan pelajar sekolah ini.

"Ziat! Tolong bawakan gergaji Pak Ishak ke mari. Ada dalam beg aku tu." Jari aku menuding ke arah ploy beg pink yang kubawa ke hulu ke hilir.

Ziat yang sedang minum tersedak. Mengigau agaknya Akasyah ni? Bangun-bangun terus minta gergaji. Haru sungguh!

Pritt...

Wisel dibunyikan memanggil pemain ke tengah padang semula. Aku memakai `bit` dan berlari ke posisiku di bahagian tengah. Aku perlu lebih lincah selepas ini. Kemesraan Mar dengan netballer sekolah lawan tadi membakar semangatku. Aku tidak perlu kepada karbohidrat, lemak dan yang seumpama dengannya. Perisi dan pengawet tambahan juga aku tolak ke tepi.

Siap kau netballer sekolah lawan. Tahulah nanti langit tinggi atau rendah. Akan kujulang piala kemenangan nanti di depan mata Mar. Yang paling penting aku mesti buktikan pada semua yang pasukan kami memang hebat.

"Come on girls. Try our best!" Aku melaungkan kata-kata peransang untuk pemain yang lain termasuk diriku sendiri. Aku harap semangat `Go go power rangers` akan terion dalam diri masing-masing.

Kaduk sudah berjanji akan memberi ais krim Cornerto untuk setiap pemain jika pasukan SERATAS menang. Aku bayangkan taburan badam di atas lapisan coklat. Kecur air liurku. Sudah lama aku mengidam ais krim itu.

Ding.. ding.. ding...

Eh! Macam dalam supermarket pula.

"Kepada semua pemain, anda hanya mempunyai 30 saat sebelum permainan tamat." Pengumaman tersebut tertera pada skrin elektronik.

Wah! Kelas betul sekolah aku! Sempat aku memuji.

PERHATIAN!
Para pembaca diminta memakai tali pinggang keselamatan yang terselit di sisi kerusi masing-masing. Laraskan gear suara anda ke tahap paling maksimum. Sila baca perenggan seterusnya dengan kelajuan tinggi. Start countdown... 5.. 4.. 3.. 2.. 1...

Syah menghantar bola ke GA tetapi berjaya ditepis oleh GD lawan. Syah cuba mencari ruang. Nampaknya pihak lawan cuba bertindak extreme. Syah melompat dan membuat flying over. "Wani, ambil bola ni." wani menyambut. Dengan gaya shoot 6 1/2 darjah Wani membuat jaringan terakhir. Dan akhirnya golllll...... !!!

Berhenti. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Serentak itu pelajar SERATAS bersorak. Aku turut melompat keriangan. Wani dijulang. Dialah penyelamat kami. Keputusannya pasukan SERATAS menang besar pada masa kedua sekaligus melayakkan diri ke kejohanan akhir.

Aku mencari kelibat Mar. Dan bagaikan mengetahui apa yang tersirat dalam hati, tiba-tiba muncul lelaki itu di sebalik celah-celah manusia yang ramai. Dia berjalan ke arahku. Aku membayangkan setiap langkah diiringi rentak lagu Kuch Kuch Hota Hai. Indahnya saat itu...

Sekotak ais krim Cornerto diberikan padaku. Kemudian dia menuding ke arah sesuatu. Aku melihat Kaduk mengenyitkan mata dari jauh. Aku membalas.

Terima kasih Kaduk! Kau memang teman yang paling memahami diri ini.


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-04 12:02


..best tak kwn2 citer ni?mula2 mmg boring..tp lama2 makin best.islamic love story,iALlah..


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-04 15:14


Bab 9



"Nurul Akasyah!"

Lelaki mana pula main jerit-jerit nama aku ni? Masa aku belajar ada saja gangguannya. Segera aku menoleh ke kiri kanan, ke depan dan belakang. Tiada siapa pun. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Cak!"

"Apocot!" Terperanjat dugong aku.


Carl Duke ketawa berdekah-dekah. Gembira agaknya kerana berjaya membuat aku melatah petang-petang begini.

"Teruklah kau ni. Buat orang terkejut je." Aku menarik muka masam. Kaduk pula tersenyum seperti kerang busuk.

"Rajin cik adik kita hari ini." Kaduk mengusik. "Kalau hari-hari macam ni sure result nanti flying colours."sambungnya lagi.

"Kita tak pandai macam kau. Kenalah rajin sikit," ujarku sedikit merajuk. Aku tahu niatnya hanya mahu mengusik. Cepat-cepat aku padamkan rasa negatif yang mula bertunas di dalam hati ini.

Kaduk merupakan salah seorang penghuni kelas 5 Alfa, kelas elit. Mereka yang terpilih memasuki kelas itu adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa tingkatan empat lalu. Pastinya hanya pelajar cemerlang sahaja yang layak. Dan selebihnya akan dibahagikan sama rata antara tiga kelas lain.

"Kau pun pandai juga."Katanya seakan memujuk. Aku termakan pujiannya itu. "Pandai berangan." Kaduk menjelir lidah. Masih mahu mengusik aku.


Aku membeliakkan mata. Kaduk ketawa lagi. Pantas aku mencapai buku dan meneruskan pembacaanku. Malas berlawan kata dengannya lagi. Nanti aku boleh jadi gila!

Kaduk tersengih. Faham benar dengan perangai temannya yang satu ini. Jika dia sudah mengalah, pasti dia akan diam membisu. Buat bodoh saja. Akhirnya Kaduk sendiri yang geram kerana Akasyah tidak memberi respon.


Kaduk menggaru kepala. Kebisuan Akasyah membuatkan dia terasa sunyi rasanya tika itu. Kakinya menguis pasir. Sesekali dia mengerling ke arah Akasyah yang khusyuk membaca hingga tidak menghirau kehadirannya di situ. Akhirnya dia mendapat suatu idea.

Tiba-tiba Kaduk berlari meninggalkan aku dalam keadaan terkecoh-kecoh. Aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku nanti. Kenal benar dengan Kaduk yang kuat mengusik itu.



Sementara itu, Kaduk menghala ke astroturf. Sekumpulan pemain sedang berlatih di situ. Matanya mencari kelibat Mar di antara pemain yang ada.


"Mar! Mar!" laung Kaduk sebaik saja dia tiba di sana. Mar mengangkat tangan lalu berlari mendapat Kaduk.

"Ada apa?" tanya Mar kehairanan melihat Kaduk yang termengah-mengah.

"Syah... Syah..." Nafas Kaduk turun naik. Penat berlari tadi masih belum hilang. Hendak berkata-kata pun dirasakan payah. Tersekat-sekat.

"Kenapa dengan dia?" Mar mula tidak sabar.

"Padang netball." Dia menuding jari ke arah tempat dia bertemu Akasyah tadi. Oleh kerana terlalu letih berlari, Akhirnya Kaduk terduduk.

Mar tersentak. Tanpa membuang masa Mar bergegas ke padang bola jaring. Hatinya diamuk resah. Dia menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Jika tidak masakan Kaduk termengah-mengah begitu. Harap Akasyah tidak apa-apa, pohonnya dalam hati.

"Nurul!"

"Masya-allah." Aku meletakkan buku di atas rumput. Cobaan... Hai.. Mambang tanah, mambang air, mambang segala mambang. Yang mengacau aku pun mambang juga. Mambang tiga suku!

Aku menggenggam pasir. Kali ini aku nekad. Biar hari ini Kaduk makan pasir berulam rumput. Dari tadi asyik mengacau aku saja. Kala itu aku dapat rasakan Kaduk semakin menghampiriku. Dengan putaran di bawah enam setengah darjah dan dimantapkan dengan stail ala Elregina (atlit gimrama negara) aku melemparkan pasir tadi ke arah mambang tiga suku.

"Mar..."Nama itu terpacul dari mulutku. Pasir tadi tepat mengenai jersi hokinya. Maafkan aku, Mar!

"Awak ok ke, Syah?"Soalnya sambil menyapu bahagian yang terkena pasir. Aku cuma mampu mengangguk. Sesal menghantui diriku. Kenapa mesti dia? Mana perginya Kaduk tadi?

"Awak tension ke? Sampai baling-baling pasir. Marah pada siapa?"Bibirnya tidak putus-putus menguntumkan senyuman. Itu yang buat aku makin suka padanya. Senyumannya yang tak pernah lekang di bibir. Sikapnya yang tenang dan pandai memujuk. Bukan macam si Kaduk. Asyik mengenakan orang saja kerjanya. Nama saja headboy. Perangai macam budak tingkatan satu lagi. Macam mana boleh dia terpilih dulu ya?

"Mamat itu datang buat onar tadi."Aku menuding jari ke arah Kaduk yang tersengih-sengih berjalan ke arah kami. Mar ketawa kecil. Dia faham dengan perangai Kaduk. Bila perangai gila-gilanya datang, teruk Akasyah dibuatnya. Nasib baik gadis ini jenis tahan lasak. Kalau dia geram dia akan buat serangan balas seperti tadi. Jika tidak, dia akan jadi patung bernyawa, tiada perasaan. Sikap yang tidak banyak songeh membuatkan dia senang berkawan dengan anak pakcik Othman ini.

"Mengumpat aku ya."Kaduk melemparkan pandangan sinis padaku. Aku sengaja buat-buat tidak nampak.

"Maaflah Syah. Aku bukannya apa. Rindu nak usik kau. Sejak ada Mar ni kau tak layan aku macam dulu lagi," ucapnya lagi dengan nada sedih yang dibuat-buat. Sengaja mahu memancing simpatiku. "Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang." Ada nada lucu bila Kaduk berkata begitu.

Aku yang dari tadi cuba menahan diri daripada tawa akhirnya kalah juga. Mungkin aku melupakan lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Tapi semuanya kerana dia sudah punya kekasih sekarang. Aku tidak mahu keakraban kami menimbulkan rasa tidak senang hati pada orang lain. Jadi biarlah aku menjauhkan diri. Tapi tidak sangka rindu juga lelaki itu pada aku...




Bab 10



Hari ahad merupakan hari rasmi aku mendobi. Sebaldi besar baju kubawa ke bilik dobi di tingkat bawah. Basuh pun ala kadar saja sebab bukannya kotor mana pun. Sekadar menghilangkan bau peluh. Kain yang disiap diberus kemudiannya dibilas dengan air paip.

" dan salam sejahtera. Perhatian kepada semua ahli majlis pelajar dan pengawas sekolah. Anda diminta datang ke bilik gerakan sekarang juga. Sekian, harap maklum." Suara macho Kaduk keluar melalui corong pembesar suara di asrama puteri.

"Hai, cuti-cuti pun ada meeting?" Aku mengomel sendirian. Tanganku ligat menyidai kain di ampaian belakang asrama. Bersyukur aku kerana jadi orang biasa. Tidak punya jawatan besar.

Aku terpandang sepupuku, Azimah yang melangkah penuh lemah-gemalai ke bilik air di tingkat atas. Idea nakalku bermain di fikiran.

"Ima! Ooo... Ima!"Aku melaung Ima yang berada di tingkat satu asrama.

Ima yang masih dalam mood tidur terpinga-pinga. Lalu dia terpandang seorang yang berbungkus kepalanya menjerit-jerit memanggil namanya.

"Kak Ngah rupanya. Ada apa kecoh-kecoh pagi ini?"

"Ada projek sikit. Nak ikut sama tak?"

"Projek?" Ima tersengih. Aku tahu dia pasti berminat. "Tunggu Ima mandi dulu ya." Aku mengangguk lantas tersenyum. Sesuatu yang menarik akan berlaku di pagi ahad ini!




Bilik Gerakan, 11 pagi.

Carl Duke Adam selaku ketua pelajar merangkap pengerusi majlis mesyuarat pada hari itu mula mengatur bicaranya. Anak buahnya khusyuk mendengar setiap butiran kata yang dilontarkan.

"Masalah rokok semakin meluas di kalangan pelajar sekolah ini. Saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebilangan pelajar menjadi pembekalnya. Mereka inilah mastermindnya..."

Tiba-tiba saja suara Carl Duke berubah menjadi garau seperti suara Dark Vader dalam filem Star Wars.

"Ima ! Apa dah jadi ni?" Aku memandang Ima yang terkebil-kebil.

"Bateri lemah agaknya." Ima menggaru kepala.

"Ntah-ntah kau bedal bateri second hand ni. Kata nak jadi SB." Aku mencebik bibir. Otakku mula ligat berputar. Mesti cari sumber lain. Waktu itu aku terpandang suis elektrik yang berdekatan. Mesti boleh jalan ni, aku meyakini diri sendiri.

Ima yang melihat perbuatanku segera menegah. "Jangan Kak Ngah! Nanti over loaded!!" Tapi ternyata dia agak terlewat.

Boom...

"Aaaa!!" Aku dan Ima sama-sama menjerit. Satu letupan kecil berlaku. Nasib baik tidak punah-ranah sekolah ini dikerjakan kami berdua.

"Bunyi apa bising-bising di luar tu?" Beberapa orang pengawas bertanya antara satu sama lain. Masing-masing mengangkat bahu.

"Okey. Kita tangguh dulu majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah wal-asr."ujar Carl Duke.

Aku dan Ima terkecoh-kecoh menyembunyikan diri sebaik sahaja ternampak pintu bilik gerakan terbuka. Aku memerhatikan mereka dari jauh. Pandangan aku tertumpah pada Kaduk yang keluar paling lewat. Wajahnya muram sahaja seperti menanggung masalah dunia.





Bab 11


Lokasi: Aspura (asrama putera)

Tiga lelaki melangkah macho menuju ke Dorm xxx. Sekali pandang macam The Three Musketeers pula. Cuma kostum mereka saja berbeza.

"Betul ke ni, Cikgu? Takkan dia buat benda tu kot."kata Cikgu A yang agak was-was.

"Kita mesti check dulu."Cikgu B cuba meyakini yang lain. Tanpa rasa ragu-ragu, daun pintu Dorm xxx ditolak perlahan-lahan.

Krekk...@Berbunyi seperti sudah berzaman engselnya tidak disentuh gris.

"Cikgu! Itu katilnya." Cikgu C menuding ke arah katil milik pelajar yang dimaksudkan berdasarkan nama yang tertera pada palang katil tersebut.

Mereka bertiga memeriksa katil itu. Loker pelajar itu juga turut diperiksa.

"Cikgu!" Lelaki berkumis lebat menayangkan kotak benda itu ke udara.

Cikgu A menggelengkan kepala. Bagaikan tidak percaya pelajar harapan sekolah melakukan kesalahan begitu. Dia tokoh pelajar.

Dahi masing -masing mula membentuk medan magnet yang tiada taranya. Kronik. Panik.


Seminggu kemudian...

Pagi-pagi lagi seorang pelajar junior menemui Kaduk di kelas 5 Alfa.

"Abang, pengetua nak jumpa di bilik dia sekarang."

"Sekarang?"Soal Kaduk kehairanan. Junior itu mengangguk. Setelah Kaduk mengucapkan terima kasih junior itu berlalu. Selepas meninggalkan pesanan pada teman semejanya, Kaduk menuju ke bilik pengetua dengan perasaan penuh tanda tanya.

Kaduk gelisah. Sebaik sahaja dia masuk tadi, wajah serius tuan pengetua, guru disiplin dan warden menyambutnya. Hatinya rasa kurang enak. Bagai ada perkara buruk akan berlaku sebentar lagi.

"Carl Duke Adam, awak tahu kenapa awak dipanggil ke mari?"Suara tuan pengetua memecah kesunyian. Kaduk menggeleng tidak mengerti.

"Awak didapati menjual rokok di kawasan sekolah."ujar tuan pengetua dengan tegas.

"Apa?" Kaduk tersentak. Bibirnya sendiri tidak pernah menyentuh benda itu, apalagi hendak menjualnya kepada pelajar lain.

"Dan ini bukti."sampuk guru disiplin. Beberapa kotak rokok dilambakkan di depan matanya. "Semua ini dijumpai dalam katil dan loker awak."

"Semua ini fitnah cikgu. Ada orang cuba sabotaj saya."Kaduk cuba membela diri.

"Kami ada bukti yang sah. Oleh itu pihak lembaga disiplin sekolah telah memutuskan supaya awak digantung persekolah selama enam minggu berkuatkuasa esok hari. Kami sudahpun maklumkan kepada keluarga awak. Mereka akan datang petang nanti."jelas tuan pengetua.

"Ya Allah." Kaduk terpempam. Dia yakin dirinya tidak bersalah. Jadi mengapa harus dihukum sebegitu rupa. Buntu fikirannya saat itu. Perkara yang mengaibkan telah menimpa dirinya. Apa kata mama dan papanya nanti? Pasti mereka kecewa. Dan tentu reputasinya sebagai ketua pelajar turut terjejas.

Arghhhhh! Tidakkkkkkkkkkkkk! Hatinya menjerit.



Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 06:44


Bab 12


Kaduk meninggalkan bilik pengetua dengan hati yang sayu. Dia memikirkan pelajarannya yang akan tercicir selama enam minggu yang akan datang. Rugi benar rasanya. Tapi apakan daya. Hukuman sudahpun dijatuhkan. Dia tiada pilihan lain. Kembalinya ke sekolah nanti peperiksaan percubaan SPM akan bermula.

Secara kebetulan Kaduk bertembung dengan Ima yang baru turun dari kelasnya 4 Beta. Ima melemparkan senyuman tetapi dibalas oleh wajah masam mencuka Kaduk.



Pagi-pagi sudah moody? tanya hati Ima. Pelik melihat Kaduk berkeadaan begitu.

Keesokan harinya heboh satu sekolah mengatakan Kaduk dibuang sekolah. Aku tidak percaya pada khabar angin sebegitu. Lantas aku bertanyakan pada teman rapat Kaduk.

"Dia kena gantung sekolah tapi sebabnya aku tak tahu. Dia diam saja bila aku tanya."jelas Sudin dengan wajah yang sugul.

Ini sudah dikira kes berat. Seorang ketua pelajar digantung persekolahannya tanpa sebab. Aku mesti buat sesuatu.


Dar al-Noor
Kawasan perumahan mewah
Lembah Beringin, Selangor

Kring! Kring!

"Hello! Prince Carl Duke Adam, Lord of Buckingham is on the line." Kata Kaduk dengan pelat Bristishnya yang sengaja dibuat-buat.


Aku di asrama ini rasa hendak termuntah. Perasan sungguh! "Tolong ler Kaduk. Kite letak telefon ni karang,"cabar aku.

Kedengaran Kaduk ketawa di hujung talian. "Aku bergurau saja. Sekolah macam mana?"

"Bosan. Sebab kau tak ada."jelasku tanpa berselindung. Sesungguhnya aku merindui lelaki kacukan itu. Kalaulah dia tahu...

Kaduk ketawa kecil. Dia memberitahu yang dia juga agak bosan kerana terpaksa terperap di rumah sewaktu kawan-kawan yang lain belajar. Hanya Tuhan saja tahu perasaanya waktu ini. Nasib baik papanya memanggil seorang guru peribadi datang mengajarnya di rumah.

"Bila kau nak balik?"Soal aku bila menyedari Kaduk menyepi.

"Lama lagi, Syah."tuturnya perlahan. "Tapi Mar kan ada. Dia boleh temankan kau." Tiba-tiba suara bertukar ceria.

Mar? Lelaki itu hanya tahu berkepit dengan buku dan kayu hokinya siang dan malam. Mana dia ada masa hendak memikirkan tentang aku. Entah-entah aku tidak pernah terlintas di fikirannya.

Telefon awam ini sudah menjerit minta ditambah duit. Aku meraba poket mencari duit syiling. Kosong. "Kaduk, kite sembang lain kali ya." Aku terpaksa mengakhiri perbualan kami.

"Terima kasih sebab susah-susah telefon aku. Sampaikan salam aku pada kawan-kawan yang lain." Aku dapat merasakan kesedihannya saat ini. Sabarlah teman! Kebenaran pasti terserlah jua.




Mission Imposible #1

"Awak sudah kumpulkan data-data yang kita perlukan, Ima?"

"Semuanya sudah sedia, bos,"jawab Ima Scully.


"Dengan lafaz bismillah, kita mulakan misi kita sekarang,"kataku sambil menekan punat jam G-Shock biru di pergelangan tangan. Tepat jam 4 pagi.

Dua `women ini black` menyelinap masuk ke aspura. Pintu pagar utama dibuka dengan jayanya. Penghuni aspura masih lena diulit mimpi. Dengkuran hodoh mereka dapat kami dengar dari koridor. Seluar pendek lelaki megah tergantung di palang-palang tingkap. Suatu pandangan yang meloyakan. Kalau nak sidai pun pilihlah tempat sikit. Tak reti nak cover langsung, aku sempat mengomel dalam hati.

"Dah sampai." Ima Scully mencuitku.

Dorm xyz dipercayai menyembunyikan pengkhianat yang dikehendaki. Menurut sumber yang aku perolehi, pelajar lelaki itu telah lama menyimpan dendam terhadap Kaduk kerana pernah ditangkap oleh Kaduk semasa dia dan konco-konconya sedang enak menghisap rokok di dorm mereka.

"Cari lokernya,"arah aku, Syah Mulder pada pembantuku yang setia.

Loker milik pelajar itu telah ditemui. aku meminta Ima mencari bukti-bukti yang relevan dengan kes ini. Bahan bukti yang dijumpai dirakam menggunakan kamera milik Ima.


"Kita dah berjaya."kata Ima Scully sebaik saja kami melangkah keluar dari aspura.




Mission imposible #2

<1100> Projek Mission Imposible 2 bermula. Tapi kenapa malam ini aku rasa tak sedap hati?

<1110> Aku, Syah Mulder dan Ima Scully selamat tiba di dewan besar sekolah.

<1120> Aku rasa kami sedang diekori. Aku ternampak kelibat orang itu tadi. Rupa-rupanya orang itu adalah Mar. Aku terus memberitahu Ima Scully.


<1130> Lampu suluh Mar melilau seperti mencari sesuatu. Mungkin kami yang dicarinya. Kami merapatkan diri ke dinding. Bahagian atas dewan ini sungguh gelap. Namu begitu kami dapat melihat puntung rokok bertaburan di sana sini. Ada lebih kurang 10 minit sebelum kami beredar.

<1135> Ima terus mengambil gambar untuk kes kami. Aku bimbang cahaya dari kamera itu dapat dikesan oleh Mar yang berada di bawah.

"Apa yang kamu berdua buat ni hah?" Mar menyergah kami.

"Kami jalan-jalan." Aku memandang Ima. Saat itu dia mengenyitkan menandakan tugas kami sudahpun selesai.

"Mari saya hantar kamu pulang. Nanti jalan-jalan sampai melencong ke aspura pula."


Aku dan Ima Scully tergelak. Memang kami pernah melencong ke sana!




Gambar yang diambil tempoh hari telah siap dicuci. Segala bahan bukti yang berkaitan dimasukkan ke dalam sampul surat dan diserahkan kepada guru disiplin. Semua itu sebagai bukti yang Kaduk sama sekali tidak terlibat dalam kegiatan penjualan dan pengedaran rokok sekolah ini.


Beberapa hari kemudian, sebuah mercerdes hitam meluncur masuk ke perkarangan aspura. Aku memerhatikannya dari hujung koridor aspuri. Kemudian seseorang yang amat aku kenali keluar dari perut kereta tersebut. Akhirnya dia kembali! cetus hatiku riang. Keceriaan terpancar di wajahnya. Aku menarik nafas lega. Nampaknya usaha aku, Ima dan teman-teman rapat Kaduk membuahkan hasil. Agaknya jika aku ingin menyertai agensi penyiasat persendirian selepas ini diterima atau tidak?




Bab 13



Diam tak diam, persinggahan aku di SERATAS telah tiba ke penghujungnya. Dua minggu pelajar Tingkatan Lima seluruh Malaysia bergelumang dengan peperiksaan SPM. Perjuangan selama dua tahun berakhir semalam dengan kertas terakhir iaitu kertas Matematik Moden. Masing-masing menarik nafas lega. Selepas ini hanya perlu menanti keputusannya yang akan keluar lebih kurang dalam bulan Mac tahun hadapan. Cabaran seterusnya adalah untuk mendapatkan tempat di universiti kerajaan mahupun swasta.


Mereka yang tergolong sebagai bijak pandai sudah awal-awal lagi disambar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Semalam Kaduk, Mar dan dua orang lagi pelajar telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan syarikat minyak gergasi Malaysia iaitu Petronas. Sebagai kawan, aku tumpang gembira dan bangga di atas kejayaan mereka semua. Namun di sebalik itu terselit jua rasa cemburu. Ahh! Rezeki masing-masing. Esok lusa aku pula.

Sebaik sahaja berita itu sampai ke telingaku, aku terus mencari kelibat mereka dari jauh. Keceriaan terpancar di wajah masing-masing. Aku menatap wajah Kaduk dan Mar silih berganti. Sedih rasanya hendak berpisah dengan dua orang lelaki yang cukup istimewa dalam hidupku selama ini. Seorang teman rapat yang menjadi tok guru aku bertanya itu ini. Dan seorang lagi insan yang bertahta di hati aku. Adat pertemuan pasti ada perpisahannya. Aku harus menerima kenyataan itu. Sesungguhnya aku akan merindui mereka bila mereka tiada di tanahair nanti.


Petang semalam Kaduk datang menemuiku dan mengajak aku ke Taman Tasik Taiping keesokan harinya. Hendak bergambar kenang-kenangan katanya.

"Kita berdua saja?" Awal Ramadhan sudah diajaknya ke taman tasik. Kurang manis dipandang orang. Lagipun aku bukan jenis yang begitu.

"Mar dan kau."Jawabnya ringkas. Aku kehairanan. Sandiwara apa yang cuba dia mainkan kali ini? Aku tidak membalas kata-katanya sebaliknya termenung jauh memikirkan apakah motif dia mengajak Mar bersama.

"Bila kau nak luahkan perasaan pada Mar?"tuturnya perlahan.

"Perasaan apa?" Aku mengerut dahi. Pelik. Tiba-tiba Kaduk berbicara soal hati dan perasaan aku. Selalunya hanya berkisar tentang pelajaran. Selama ini jika dia mengenakan aku dengan Mar sekalipun, ianya nampak seperti gurauan semata.

"Tepuk dada, tanya hati."Kaduk memeluk tubuh.

Aku membelakangkan dirinya. Segera menepuk dada. "Sakit!" Aku ketawa dan berpaling padanya semula.

Kaduk menggeleng. "Aku tanya elok-elok kau masih nak buat main-main lagi. Agaknya bila kau nak serius, Syah? "keluhnya perlahan.

"Kite tak pernah serius selama ini?" AKu kurang senang dengan tanggapannya itu. Kadang-kadang aku sedang serius dan cuba untuk serius tetapi orang menganggap aku berjenaka. Mungkin ekspresi muka aku gagal memaparkan perasaaan aku yang sebenar. Lalu menimbulkan salah faham pada orang lain.

Soalan aku dibiarkan begitu saja. Mungkin dia marah kerana jawapan yang kuberi tidak memenuhi skema jawapannya. Biarkanlah... Akhirnya masing-masing menyepi melayan perasaan. Aku bosan dengan keadaan begitu lalu mengangkat punggung untuk beredar.

"Jadi tak esok?" Kaduk bersuara kembali.


AKu memikirkan jawapan yang terbaik yang harus kuberikan. "Malaslah. Kau dengan Mar sajalah pergi. Apapun terima kasih sebab ajak." Aku cuba untuk tersenyum walaupun terasa janggal.

"Kalau aku nak bergambar dengan Mar saja, buat apa aku susah-susah ajak kau sekali. Aku inginkan sesuatu sebagai tanda kenangan kita bertiga,"tegas Kaduk.

Aku mengeluh panjang lalu meraup muka. Degil benar anak uncle Soufi ini. Akhirnya aku mengalah jua pada pendebat terbaik sekolah itu. Aku pun malas bertekak di bulan yang mulia ini. Lagipun sukar juga aku menidakkan permintaan Kaduk yang satu itu. Selama ini dia tidak pernah menolak apabila aku minta ajarkan sesuatu sekalipun aku tahu dia sedang letih tahap maksimum. Dia masih gagahkan diri untuk memberi tunjuk ajar meskipun aku sudah menyatakan ianya boleh dilakukan lain hari sahaja.

"Esok lusa pun boleh."Aku kasihan melihat wajahnya yang kepenatan itu.

"Kalau boleh ajar hari ini, kenapa perlu tangguh esok."Jawapannya itu buat aku terharu.

Selama ini dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang terbuku di hati lebih-lebih lagi masalah berkaitan akademik. Entah mengapa aku mudah percaya padanya. Sedangkan sebelum ini aku kurang rapat dengan pelajar lelaki apatah lagi untuk berkongsi masalah dengan mereka. Mungkin kerana dia sentiasa di sisiku menjadi pendengar paling setia. Dia tidak pernah lokek memberi nasihat demi nasihat dan sentiasa memberi kata-kata semangat agar aku tidak mudah berputus asa. Terima kasih, teman!



Waktu menunjukkan jam 9:30 pagi. Kaduk dan Mar yang berpakaian sukan sudah terpacak di pondok jaga. Aku berlari-lari anak mendapatkan mereka berdua. Terlewatkah aku? Janjinya jam 9.45 pagi. Kebetulan pula masing-masing datang awal.

"Baru balik dari jogging." Jelas Kaduk tanpa dipinta. Aku mengangguk. Patutlah mereka berpakaian sedemikan.

Kaduk mendahului langkah ke Taman Tasik meninggalkan aku dan Mar di belakang. Nampak sangat dia hendak memberi peluang pada aku. Nakal juga teman aku itu. Aku dan Mar membuntutinya dari belakang. Pertama kali aku jalan beriringan dengan lelaki pujaan hati aku ini mengundang debar di hati. Pertemuan kami sebelum ini sering berlaku dalam keadaan yang tidak diduga dan dia datang di waktu aku tidak ingin bertemu dirinya. Kali ini pasti lebih manis!


Sejak dari semalam aku memikirkan tajuk perbualan antara aku dan Mar pagi ini. Nampak sahaja batang hidung dia tadi terus terkunci ideaku. Point yang kurangka semalam terbang dibawa angin. Mungkin aku jadi begini kerana kata-kata Kaduk semalam. Tiba-tiba dia menekankan soal aku dan Mar membuatkan aku berfikir panjang malam tadi. Di manakah kesudahannya hubungan kami selama ini? Adakah cukup dia menjadi teman biasa ataupun teman luar biasa? Aku sendiri tidak pernah memikirkan sejauh itu. Ingatkan cukup sekadar minat-minat sahaja. Pabila sudah cukup dewasa nanti barulah difikirkan soal teman hidup dan yang sewaktu dengannya. Rasanya aku masih mentah untuk membicarakan soal ini. Tunggulah bila sampai waktunya.

Aku memerhatikan Mar yang tenang seperti biasa. Setenang angin semilir yang berhembus pagi ini. Sesiapa yang berjaya memiliki cinta Mar pasti bahagia. Orang memang memenuhi ciri-ciri seorang suami yang soleh. Melihatnya sahaja sudah terpikat tambahan pula dengan ketinggian budi bahasa. Dia juga boleh diajak bergurau. Selama aku mengenali lelaki itu, dia pandai menjaga hati orang. Jika dia hendak memberi teguran sekalipun ianya secara berhemah.

Mar yang terasa dirinya diperhati. Dia memandang ke arahku. "Rajin pagi ni. Awal-awal lagi dah pergi berjogging." Terkeluar juga ayat pertamaku.

"Si Kaduk lah. Pagi-pagi lagi dah datang ke dorm." Kaduk menoleh ke belakang bila namanya disebut tetapi segera memandang semula ke hadapan. "Risau benar saya tak sedar. Biasalah pagi-pagi begini susah nak berpisah dengan selimut."

Wajahku merona kemerahan. Hangat. Kata-katanya tepat mengenai diriku. Meskipun ianya bukan ditujukan kepada aku. Tetapi aku yang tergigit cili dan rasa pedasnya. Keadaan menjadi hening semula. Sesekali kicauan burung yang keluar mencari rezeki menceriakan suasana. Terdengar juga suara binatang dari dalam zoo. Monyet, harimau, gajah... ada belaka.

Aku mencari ayat seterusnya. "Tahniah!" Mar memandang dan menanti bait ayatku yang seterusnya.

"Tahniah sebab berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita dah jangka. Mesti kau orang dapat offer punya," kataku penuh semangat. Kaduk di hadapan turut menoleh dan meleretkan senyuman.

"Alhamdulillah. Rezeki Tuhan nak beri. Bersyukur seadanya," ujar Mar tenang.

"Dah beritahu keluarga di kampung? Mesti mereka gembira," ujarku lagi sambil memerhatikan Kaduk yang dari tadi menyepi. Apalah difikirkannya saat ini.

"Habis saja kertas Matematik semalam terus cari telefon. Dapat bercakap dengan Ummi saja waktu itu. Dia gembira sangat," balas Mar dengan wajah yang ceria. Seorang ibu pasti tersenyum puas apabila anak-anaknya mencapai kejayaan. Segala penat-lelah dirasakan berbalas.

"Dalam keluarga, Mar yang pertama dapat tawaran belajar ke luar negeri?" soalku. Datang juga idea hendak bersembang.

"Kalau dalam keluarga saya, termasuk saya ini dua oranglah jadinya. Saudara-mara yang lain ada juga." Aku mengangguk. Aku baru sahaja ingin membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut tetapi dipintas oleh Kaduk.

"Kita ambil gambar di sini dulu ya." Kaduk yang berjalan di hadapan berhenti. Yang lain turut sama berhenti. Kaduk mengeluarkan kamera dari poketnya.

"Sini pun cantik juga," komen Mar. Aku turut sama menikmati panorama indah di taman tasik ini. Aku cukup suka melihat pokok besar yang memayungi sepanjang jalan di sekitar taman tasik ini. Ia memberikan suatu suasana berbeza, terasa diri dekat dengan alam. Keindahan yang sukar dicari dan ditafsirkan dengan mata kasar. Hanya mereka gemar dan cintakan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan yang merasainya.

Pada fikiranku, usia pokok-pokok tersebut pasti sudah melebihi 50 tahun. Batangnya sahaja sudah sebesar dua pemeluk. Dahan-dahannya yang melunjur ke jalan penuh dengan nilai artistik. Bila dedaunnya gugur, aduh romantiknya! Ditambah pula dengan landskap semulajadi yang berbukit-bukau membuatkan taman tasik ini tampak menarik. Rumput hijau menutupi hampir seluruh kawasan di sini sesuai dijadikan alas aksi guling-guling ala filem hindustan. Tasik buatan kesan tinggalan lombong bijih timah melengkapi tema sebuah taman. Sesiapa yang melihat pasti terpesona. Tempat ini sesuai dijadikan lokasi pengambaran filem atau klip video jika pengarah sinematografinya pandai bermain dengan lensa kamera mengabadikan taman ini dari pelbagai sudut yang menarik. Tentu menjadi suatu karya yang menakjubkan!

Sayang sekali kecantikan yang dimiliki kurang dihargai oleh segelintir pengunjung. Lihat sahaja sampah-sarap boleh dilihat di mana-mana. Masing-masing ingin mengambil jalan mudah. Bukannya tiada tong sampah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Taiping. Sebaliknya tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan setempat. Agaknya di rumah sendiri pun begitu juga lakunya. Ternyata kesedaran masyarakat negara ini berkaitan kebersihan masih di tahap rendah. Berbeza benar dengan negara-negara maju seperti Jepun sebagai contohnya.


Dengar ceritanya, negara matahari terbit itu cukup menitikberatkan soal kebersihan di tempat awan. Agaknya sudah menjadi satu budaya bagi orang Jepun sendiri sejak zaman-berzaman. Mereka telah dididik sejak dari kecil supaya berdisiplin dalam segala hal. Menjaga kebersihan sudah menjadi tanggungjawab bersama. Masing-masing memainkan peranan dan tidak sekadar menunggu pekerja majlis perbandaran melakukannya. Patutlah negara mereka maju. Bila agaknya masyarakat Malaysia akan mencapai tahap itu? Aku menanti saat itu kunjung tiba.

"Syah!" Suara garau Kaduk mengejutkan aku. Terus aku tersipu-sipu malu. Terang-terangan aku mengelamun jauh sebentar tadi.

"Pergi berdiri di sebelah Mar tu," arah Kaduk selamba. Aku yang di sini terpinga-pinga. Mahukah Mar bergambar berduaan denganku? Takut pula timbul fitnah di kemudian hari nanti. Mar bukannya calang-calang orang. Dia dihormati kerana ketinggian pengetahuan agamanya dan akhlaknya. Aku memandang Mar dengan perasaan yang berbelah bahagi.

"Cepatlah, Syah. Berdiri sebelah saya ni," pelawa Mar tanpa segan-silu. Aku bagaikan tidak percaya. Darah gemuruh menyerbu setiap rongga tubuhku.

"Senyumlah sikit, Syah." Aku cuba berbuat demikian tetapi rasa gemuruhku mengatasi segalanya. Ya Allah, hentikan debaran ini!

Silauan flash kamera menyakitkan mataku. Kaduk ligat mengambil gambar kami berdua dari pelbagai sudut dan latar belakang yang berbeza. Sesekali kami bergilir menjadi modelnya. Habis satu taman tasik kami pusing. Hampir segenap penjuru kami jelajahi. Sepanjang perjalanan Kaduk tidak sudah-sudah mengusik aku dan Mar. Ada sahaja akalnya. Mar tidak membalas, lagaknya bersahaja seperti biasa. Jadi tugas akulah melayan gurau-senda Kaduk. Kasihan pula melihat Kaduk cuba daya-upaya menimbulkan suasana ceria antara aku dan Mar.

Dalam perjalanan pulang Kaduk bersaing denganku. Sengaja dia menjarakkan kedudukan kami dengan Mar di hadapan. Dia asyik mengerlingku dengan pandangan yang penuh bermakna.

"Bila nak beritahu dia?" Aku sudah dapat meneka. Hari ini pasti dia akan bertanya lagi. Soalan Kaduk menjerut aku. Terasa sesak nafasku waktu ini. Semalaman aku memikirkannya. Aku pasti dengan perasaan aku. Aku hanya meminati Mar bukannya menyintai dirinya.

"Tak ada apa yang perlu diberitahu," jawabku tegas.

"Bukan menjadi kesalahan jika perempuan yang memulakan. Sedang Siti Khadijah sendiri melamar Nabi. Inikan pula kita. Mungkin agak luar biasa bagi orang kita tapi zaman moden ni segalanya mungkin." Kaduk mengutarakan hujah-hujahnya.

"Itu lain Carl." Aku memandang Mar di hadapan dengan harapan dia tidak mendengar perbualan aku dan Kaduk.

"Sekurang-kurangnya bagi dia hint supaya dia tahu," tambahnya lagi.

"Tak ada apa yang perlu dia tahu. Kita cuma anggap dia kawan dan tak lebih dari itu. Titik. Kita borak pasal lain okey." Aku cuba mengalih topik perbualan, mengelak dari Kaduk terus bertanya.

"Kau malu? Atau takut ditolak mentah-mentah?" Kata-katanya itu meruntuh benteng kesabaran yang kubina.

"Kan kita dah cakap tadi. Mar tu kawan biasa. Tak lebih dari itu. Sekadar admire saja. Faham tak?" Keras nada suaruku kala itu. Kaduk mengangkat tangan tanda mengalah sekaligus meminta maaf kerana terlalu mendesakku. Agaknya dia dapat menghidu kemarahanku. AKu berdengus kasar. Mood yang tadi baik tiba-tiba berubah menjadi puting-beliung. Aku beristighfar beberapa kali. Cuba meredakan amarah yang menakluki hatiku.

"Tapi belum cuba, belum tahu. Mana tahu dia ada simpan..." Belum sempat Kaduk menghabiskan ayatnya aku memintas.

"Carl Duke Adam! Diam!" Aku menyebutnya satu-persatu dengan jelas dan terang. Tak makan saman sungguh mamat ni, aku merungut dalam hati. Kaduk menjuihkan bibirnya dan terus berlari mendapatkan Mar yang berjalan di hadapan.

"Mar, Syah suruh cakap yang dia sukakan kau." Aku terbeliak mendengarnya. Bila masanya aku menyuruh? Pandai sungguh dia mengada-adakan cerita.

"Cakap pada dia semula yang saya pun sukakan dia," balas Mar perlahan tapi cukup jelas pada pendengaran aku. Mar sukakan aku? Suka yang bagaimana? Bermimpikah aku di siang hari? Terbuai aku dek pengakuannya itu

"Dengar tu, Syah." Kaduk tersenyum puas.

"Bongok!" Secara spontan perkataan itu terkeluar dari mulutku. Mar memandang aku dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan. Kaduk pula tersengih seperti kerang busuk. Segera aku menutup mulut. Jatuh imej aku di hadapan jejaka pujaan hati. Sebaik saja mereka memandang hadapan semula, aku menampar-nampar mulutku berkali-kali. Macam mana boleh terbabas? Alahai mulut...




Bab 14



Pagi ini kami semua menduduki peperiksaan kertas matrikulasi yang buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan keputusan peperiksaan itu nanti pelajar yang terpilih akan memasuki pusat martikulasi lebih awal dari biasa. Berkerut pangkal dahiku bila melihat sepuluh soalan biolagi dalam kertas tersebut. Kalau disuruh melukis objek dalam pandangan perspektif atau unjuran otrografik tidak menjadi masalah besar pada kami pelajar aliran teknikal. Maka terpaksalah aku mengaplikasikan kemahiran menembak jawapan untuk kesemua soalan tersebut. Tidak sampai lima minit sudahpun siap. Kemudian aku beralih pula pada soalan yang masih belum berjawab.

Aku bersandar sebentar sambil memerhatikan keaadaan sekeliling. Rasa mengantuk menguasai diri. Aku menguap beberapa kali. Mana tidaknya jam dua pagi baru mataku mahu terlelap. Pandanganku terhenti pada Mar yang sedang khusyuk menjawab soalan. Kebetulan dia duduk di barisan hadapan. Sesekali dia menegakkan badannya kemudian tunduk semula. Ada kalanya dia memicit dahi. Aku teringat kata-katanya tempoh hari langsung aku tersenyum sendiri. Aduh! Berangan lagi. Aku kembali menfokuskan perhatian pada kertas soalan. Terima kasih Mar! Hilang bosanku tadi.

"Baiklah. Masa sudah tamat. Sila letak alat tulis masing-masing di atas meja." Arahan dari pengawas peperiksaan menandakan tamatnya penantian selama dua tahun. Wajah masing-masing sudah menampakkan senyuman lebar. Sambil menanti pengawas mengutip kertas jawapan dan kertas soalan, kami sudah seperti ayam berak kapur. Sudah tidak sabar lagi untuk keluar dari dewan. Ketua pengawas membuat sedikit ucapan sebelum membenarkan kami bersurai. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan. Kemudian, beliau juga mengucapkan selamat bercuti pada semua dan mendoakan supaya kami beroleh keputusan yang cemerlang.

Aku melangkah keluar dari dewan besar dengan perasaan yang lega. Selesai sudah segalanya. Sekarang tiba masanya untuk bersiap-siap pulang ke rumah.

"Syah!" Seseorang menyapa aku dari belakang. Mar!

Aku berhenti betul-betul di hadapan pondok rehat di antara dewan besar dan asrama putera. Kami berdiri bertentangan antara satu sama lain.

"Pasal hari tu...." Dia berhenti sebentar. "Saya tidak bermaksud apa-apa,"sambungnya perlahan.

"Saya tahu. Jangan dilayan sangat Kaduk tu. Dia memang kuat mengusik,"balasku seperti seorang teman yang memahami.

"Pagi-pagi lagi aku dah dapat pahala."Kaduk datang mencelah. Aku dan Mar ketawa kecil. Kaduk menepuk bahu Mar. "Macam mana paper tadi?"Kaduk menyoal.

"Boleh tahan juga. Terkejut bila nampak ada soalan bio. Tak tahu nak jawab bagaimana. Main hentam sajalah."

"Kita pun bedal saja jawapan soalan bio tu,"Aku menyampuk.

"Eh! Kita tak tanya dia pun,"ujar Kaduk dengan pelat seperti kanak-kanak. Dia memandangku sinis. Mar tersenyum melihat telatah dua orang temannya itu. Kalau berjumpa ada sahaja adegan usik-mengusik antara mereka berdua. Jika sehari tidak mengusik Akasyah agaknya tidak lengkap hidup Kaduk, fikir Mar.

"Suka hatilah orang nak cakap apa pun. Orang ada mulut." Aku tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba Mar meminta diri untuk pulang ke aspura. Mungkin dia mahu memberi peluang kepada aku dan Kaduk berbual panjang.

"Eh! Kita pun nak baliklah. Insya-allah kalau panjang umur dapat jumpa lagi,"ujarku setelah menyedari hanya kami bertiga sahaja di situ.

"Syah, dalam masa sejam lagi jumpa aku dekat depan dewan makan. Ada hal sikit. Boleh?"

"Hal apa?"

"Adalah..."Kaduk mengenyitkan mata.

Aduh! Apa lagi mahunya? Aku mengangguk. Kami berpisah di situ. Kaduk dan Mar bersaing ke Aspura. Sementara aku meneruskan perjalanan sampai ke Aspuri. Sejam kemudian aku turun ke perkarangan dewan makan yang berdekatan dengan aspura. Kaduk sudah sedia menantiku.

"Selamat hari lahir yang ke-17 Nurul Akasyah!" Kaduk menghulurkan sebuah beg kertas bercorak Garfield yang comel.

Aku terkejut. Aku menjangkakan tiada siapapun mengingati tarikh lahirku yang jatuh pada hari ini. Maklum sajalah masing-masing sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah. Aku menyambut hulurannya itu.

"Terima kasih." Hanya itu yang mampu kuucapkan saat ini. Aku terharu benar dengan pemberiannya itu. Aku mengeluarkan hadiah dari beg kertas itu. Di tanganku kini sebiji botol kaca yang unik ukirannya dan dalamnya terisi bintang-bintang yang diperbuat dari kertas berwarna-warni.

"Cantiknya." Aku memandang wajah Kaduk. Kaduk menghadiahkan aku senyuman yang paling manis.

"Ini buat sendiri atau buat di kedai?" Aku mula mengacahnya.

"Sampai hati kau, Syah. Penat-penat aku buat. Kau kata aku beli pula,"katanya seakan merajuk.

"Hah! Muncung tu dah panjang sedepa. Boleh buat sangkut kain." Kaduk tergelak. "Tapi..."Aku mengusap dagu beraksi seperti orang sedang berfikir. "Lebih mirip muncung tikus mondok lah."

"Apa??" Makin bertambah kuat gelaknya. Aku turut sama ketawa tetapi dalam masa yang sama kesedihan bertamu di hati. Pasti aku akan merindui saat-saat begini lagi bersama lelaki bernama Carl Duke Adam.



Suasana aspura agak lengang ketika ini. Rata-rata penghuninya mengambil peluang ke bandar Taiping bersama teman-teman sebelum kembali ke rumah masing-masing dan selebihnya sibuk berkemas.

Mar melangkah masuk ke dalam bilik gerakan majlis pelajar di tingkat bawah blok A aspura. Dia mencapai akhbar Utusan Malaysia hari ini yang tersadai di atas meja dalam bilik gerakan. Sememangnya itu rutinnya seharian. Sebagai pelajar dia juga harus mengikuti perkembangan yang berlaku di luar sana. Helaian demi helaian diselak. Kebanyakkan isi berita ini menyiarkan hal berkaitanan pilihanraya yang baru saja berlansung minggu lepas.

"Waduh! Asyik benar teman kita membaca." Kaduk mengambil tempat di sisi Mar.

"Kaduk! Maaf tak perasan tadi." Mar mengesot ke kiri sedikit.

"Tak apa," balas Kaduk. Kaduk mencapai senaskah akhabar berbahasa Inggeris dan memulakan pembacaannya.



Suasana menjadi hening semula. Hanya kedengaran alunan nasyid dari corong radio transistor. Sejak akhir-akhir ini irama nasyid mula mendapat tempat di hati masyarakat. Kumpulan nasyid tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekaligus mncetus fenomena baru dalam industri muzik. Jika beberapa tahun ke belakang, irama dangdut pernah memonopoli pasaran kaset dan cakera padat, alhamdulilah kini tiba giliran irama nasyid pula mengambil alih dominasi tersebut. Malah jualannya lebih baik hingga mencapai ratusan ribu unit. Alhamdulillah...

"Lama jumpa Akasyah tadi." Mar bersuara semula.

"Biasalah. Kalau jumpa makcik tu, cerita yang pendek jadi panjang berjela-jela. Habis berborak terus menelefon ke rumah. Tanya bila nak datang ambil. Itu yang jadi lama tu," jelas Kaduk panjang. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Haa.. Syah kirim salam pada kau."

"Walaikumsalam."

"Kau bagi hadiah apa untuk hari jadi dia?" soal Kaduk.

"Hari jadi siapa?"

"Syahlah. Siapa lagi." Kaduk mengerut dahi. Masakan Akasyah tidak memberitahu Mar.

"Bila?" soal Mar lagi.

"Hari ini. Takkan kau tak tahu." Mar menggeleng.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan mengganggu perbualan mereka. Pandangan mereka beralih ke pintu. Kelihatan Sudin, teman baik Kaduk melangkah masuk dan menyertai mereka. Mungkin dia yang mengetuk pintu tadi.

"Abang Mar, ada peminat nak jumpa di luar," ujar Sudin.

"Entah-entah Syah," Kaduk meneka. Mar terdiam dan memandang Kaduk. Dia berfikir sebentar.


"Cepat Mar. Orang dah tunggu tu," kata Sudin sambil tersengih-sengih.

"Terima kasih, Sudin." Mar bingkas bangun. Langkahnya diatur menuju ke pintu. Dalam diam hatinya tertanya-tanya siapakah `peminat` yang dimaksudkan oleh Sudin.




Kakiku sudah tidak boleh diam. Aku menanti dari tadi. Rasa bosan menerpa. Aku mengangkat punggung dari bangku simen pondok rehat dan berjalan mundar-mandir.

"Mana dia ni?" Aku mula merungut.

"Hah! Ada pun... " Aku tersenyum apabila mendapati orang yang dinanti sudah menunjukkan diri. Segera aku mengangkat tangan melambai.




Sebaik sahaja Mar berdiri di pintu pandangannya tertumpu pada seseorang yang sedang melambainya. Segera dia menyarung sandal dan mendekati gadis yang menunggu bawah pondok rehat itu.


"Maaf sebab mengganggu." Gadis manis itu menyapa.

"Tak apa. Ada apa hal jumpa saya?" Mar mula rasa kurang selesa kerana ada mata-mata melemparkan pandangan sinis ke arah mereka berdua.

"Ermm... " Gadis itu nampak sedikit malu-malu. Tangannya menghulurkan sesuatu.

"Apa ini?" Mar memandang bungkusan yang berbalut kertas merah jambu itu.

"Hadiah. Ambillah" Gadis itu menyuakan `hadiah` yang dimaksudkan.

"Untuk apa?" soal Mar.

"Saja." Ringkas jawapan gadis itu.

"Hadiah saja-saja saya tidak boleh terima. Maaf ya." Mar menolak. Bukannya dia bersikap prejudis terhadap pemberian seorang perempuan. Dia sekadar tidak mahu menerima sesuatu tanpa ada sebab musababnya.

"Selama ini awak ada terima hadiah atau surat dari seseorang yang menggelarkan dirinya 'puteri selendang' bukan?" soal gadis itu. Mar berfikir sebentar cuba mengingati sesuatu. Ya! Memang dulu dia sering dikunjungi kiriman dari seseorang yang menggunakan nama samaran seperti yang disebutkan oleh gadis itu. Pengirim itu meluahkan isi hati yang berbaur cinta terhadapnya.

"Sayalah orangnya," ujar gadis itu berani. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap lelaki yang bernama Mar Iskandar ini. Hari ini baru dia berjaya mengakuinya di hadapan Mar sendiri. setelah berfikir panjang malam tadi sehingga hampir ke rembang dua pagi.

Mar terdiam. Dia memandang gadis itu. Ternyata dia serius dengan dengan kata-katanya.

"Dan saya harap kali ini juga awak dapat terima pemberian ikhlas saya ini," tambahnya lagi.




Bibirku menguntumkan senyuman. Sudi juga dia menerimanya. Dia membelek-belek bungkusan berwarna merah jambu itu. Aku tahu dia menyukainya dari sinaran matanya itu. Sengaja aku memilih warna sebegitu walaupun nampak agak fenimin. Tetapi pilihan aku ini berdasarkan pemerhatianku yang dia gemarkan warna berunsur merah.

"Hanya itu dapat diberi sebagai tanda persahabatan kita selama ini. Bukalah..." kataku lagi.

"Buat apa susah-susah. Tak perlu semua ini. Mengenali kau adalah hadiah paling berharga," katanya sedikit terharu.

"Sejak bila pandai bermadah pujangga ni?" usikku.

"Sejak kenal kau." Aku tersenyum malu mendengar jawapannya itu.

"Ada bulu mata jatuh," tegurnya sambil menuding jari hujung mata kananku. Aku menyapu bawah mata dengan hujung jari.

"Yalah!" ujarku riang. Orang kata kalau bulu mata jatuh maknanya ada orang yang merindui kita. Siapakah gerangan yang rindu padaku saat ini?

"Kalau berangan memang nombor satu. Tak payah disuruh," usiknya pula.


"Orang tengah berfikirlah," ujarku malu-malu.

"Ya lah tu," balasnya acuh tidak acuh. "Hah! Dah siap? Kau tu jenis pelupa. Nanti ada yang tertingggal pula."

"Dari tadi kita tunggu kau tau. Jom kita pergi." Aku menarik tangan Izza.

"Itu Mar bukan?" Izza menuding ke arah asrama putera. Aku turut melihatnya. Memang betul Mar yang dimaksudkan. Aku kenal benar dengan susuk tubuhnya walaupun sekadar dari pandangan sisi.

"Dia dengan siapa agaknya?"soalku sambil cuba mengecam perempuan di sebelah Mar itu. Bila kedua membawa haluan masing-maing baru aku dapat melihat wajah perempuan itu.


"Pojie?" Aku agak terkejut. Apa urusan gadis pemalu itu dengan Mar di hari lahirku ini?

"Syah! Tunggu kejap," Pojie memanggilku. Dia lari-lari anak mendekati aku.

"Ada pesanan dari Mar. Dia ucapkan selamat hari jadi pada awak." Wajah Pojie agak kemerahan-merahan bila menyebut nama Mar.

"Terima kasih."

"Kami minta diri. Takut hujan, ribut petir, puting beliung pula nanti. Sekarang ni cuaca tak menentu." Izza memandangku dengan penuh makna.

Aku hanya menurut. Berbagai persoalan bermain di benakku. Yang pasti jawapannya bukan ada pada aku tetapi pada Mohd Ammar Iskandar.




Sewaktu Mar muncul di muka pintu, tiba-tiba Kaduk bertanyakan sesuatu.

"Siapa yang datang jumpa kau tadi, Mar?"

"Erm... adalah,"jawabnya ringkas enggan bercerita lebih lanjut. Biar ia menjadi rahsia peribadinya.

Keadaan di bilik gerakan sunyi kembali. Tiba-tiba Mar bersuara. "Boleh temankan saya ke bandar kejap?"

"Buat apa?" soal Kaduk pula.

"Nak beli hadiah."

"Kau nak balas hadiah yang kau dapat tu?" Kaduk merenung bungkusan berwarna merah jambu yang dipegang oleh Mar.

"Bukan."

Kaduk tidak bertanya lebih lanjut. Dia mengangguk lalu naik ke dorm untuk bersiap.




"Diam saja," tegur Izza apabila didapatinya aku hanya membisu sepanjang perjalanan.

"Bulan puasa tak elok banyak bercakap." Mudah saja jawapanku.

"Ya lah tu. Aku tahu kau tengah fikir pasal tadi bukan?"

"Taklah. Kita tengah fikir nak beli apa nanti." Izza mengerling.

"Lain kali kalau suka bagilah hint."

"Ehh! Kau ni sama saja macam Kaduk." Izza ketawa. Aku turut sama ketawa dengannya.

"Kaduk tu lelaki. Jadi mesti dia tahu macam mana reaksi seorang perempuan yang sukakan seorang lelaki. Aku dapat rasa yang kau bukan mengagumi atau meminati Mar tetapi... kau memang menyukai dia. Sebabnya hari-hari kau cakap pasal dia. Hari ini Mar pakai baju melayu warna merah, esok baju biru, lusa baju hitam. Mar lalu depan kelas, Mar senyum pada kaulah. Macam-macam lagi laporan kau. Itu sudah cukup kuat untuk membuktikan perasaan kau yang sebenarnya. Betul tak cakap aku ni?"

"Kau demam ke?" Aku merasa dahinya. Izza terpinga-pinga dengan perbuatanku. "Biasa saja."

"Syah, aku serius ni, " ujarnya seperti mahu menangis

"Orang serius juga ni," balasku perlahan.

Pin! Pin!

Tiba-tiba bunyi hon menerjah pendengaranku. Aku menoleh ke kiri.

"Nak ke bandar? Marilah naik van saya ni," pelawa Cikgu Fuad. Cik Fuad adalah ketua warden kami.

Aku menjenguk perut van biru metalic itu. Isteri Cikgu Fuad duduk di belah Cikgu Fuad. Pandangan aku beralih ke tempat duduk belakang. Mar dan Kaduk! Ya Allah! Alergik sungguh bila nampak wajah Kaduk. Pakcik berambut perang itu bukannya boleh jumpa aku. Tambahan pula Mar pun ada bersama. Aku memandang Izza. Wajah kasihannya seperti menyuruh aku bersetuju. Aku tiada pilihan. Kami pun masuk ke dalam perut van tersebut dan mengambil tempat di belakang sekali. Kaduk tersengih memandang aku. Mar seperti biasa hanya tersenyum manis. Van yang dipandu bergerak menuju ke bandar Taiping.

"Saya turunkan kamu semua depan The Store boleh? Saya dan Cikgu Fatma nak ke pasar Ramadhan," kata Cikgu Fuad.

"Boleh, Cikgu," jawab Kaduk mewakili kami semua.

"Akasyah dan Izza pun hendak ke sana bukan?" soal Cikgu Fatma pula.

"Ya, Cikgu,"balas Izza.


Tidak lama kemudian kami tiba di hadapan The Store Taiping. Cikgu Fuad memberhentikan vannya dan menurunkan kami semua. Kami mengucapkan terima kasih pada beliau dan isteri kerana sudi menumpangkan kami.

"Syah, balik nanti kita sama-sama nak? Jimat sikit," Kaduk memberi cadangan. Mar melirik ke arahku lalu tersenyum. Aku membalasnya.

Betul juga katanya tadi. Naik teksi berempat lebih berjimat. "Kau orang lama tak? Kami sekadar nak jalan-jalan, beli barang sikit. Lepas Zohor terus balik. Petang nanti keluarga dah nak datang ambil," ujarku panjang lebar. Mataku ini sesekali beralih pada Mar sedangkan yang berbicara dengan aku adalah Kaduk. Alahai mata...

"Kami pun sekejap saja. Jam dua jumpa di sini semula. Boleh?"

.Aku dan Izza bersetuju. Kami berpecah di situ. Kelibat Mar dan Kaduk menghilang di dalam perut kompleks membeli-belah The Store. Manakala aku dan Izza berlegar-legar di deretan bazar berhampiran kedai kain, Nagoya Textile. Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai.

"Kita masuk sekejap," kataku sewaktu melintas kedai yang menjual kelengkapan untuk bersolat. Izza hanya menurut.

"Mahu beli apa?" tanya Izza.

"Adalah..." Aku mengenyitkan mata.




Kaduk dan Mar naik sampai ke tingkat paling atas yang menjual kelengkapan alat tulis. Mar terus ke bahagian kad ucapan. Kaduk mengekori dari belakang. Mar meneliti kad yang ada satu persatu. Akhirnya matanya tertumpu pada sekeping kad comel berwarna biru. Dia mencapai kad itu lalu membukanya. Kata-kata di dalam agak ringkas tetapi sesuai untuk tatapan seorang teman. Dia berpuas hati dengan pilihannya itu tetapi dia ingin meminta pandangan Kaduk kerana lelaki itu pasti lebih mengetahui citarasa Akasyah.

"Cantik tak?" Mar menghulurkan kad tersebut kepada Kaduk. Kaduk mengambil dan membaca isinya. Kemudian dia mengangguk. Mar tersenyum puas. Tanpa berlengah lagi, Mar terus membayar harga kad tersebut.




Selesai saja mengerjakan solat Zohor, aku dan Izza bergerak menuju ke tempat yang dijanjikan. Bayang Mar dan Kaduk masih belum kelihatan. Aku sempat membelek majalah hiburan sementara menanti mereka berdua. Tiada cerita menarik perhatianku. Aku meletakkannya semula. Mamak tuan punya gerai memandang aku sinis. Kemudian dia membetulkan semula kedudukan majalah yang aku letak tadi. Satu bentuk sindiran secara halus.

Aku beredar dari situ dan menyertai Izza yang asyik meneliti kain di bahagian hadapan kedai Nagoya itu. Aku pula membelek kopiah ala penyanyi kumpulan nasyid di dalam plastik yang aku beli tadi.

"Izza yang ini boleh tak?" Kopiah merah bata itu kusua pada Izza.

"Nak bagi Mar?" soalnya seakan tahu isi hatiku.

"Mar dan Kaduk." Aku membetulkan ayatnya. Izza tersenyum penuh makna.

"Merah untuk Mar, biru untuk Kaduk. Set!" Aku berbicara sendiri. Izza hanya menggelengkan kepala melihat telatahku.


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 01:52


Bab 16


Disember 2000




"Auntie, lauk ni dah boleh angkat ke depan?" soalku sambil memandang Auntie Sufiah yang asyik memasak.

"Syah taburkan bawang goreng di atasnya dulu," balas Auntie Sufiah sambil menuding ke arah sepaket bawang goreng di atas meja. "Lepas tu baru boleh bawa ke depan," sambungnya lagi.

Aku menurut tanpa banyak soal. Bau lazat sambal tumis udang galah menyerbu hidungku. Ditambah pula bau daun sup, daun bawang dan bawang goreng yang membangkitkan lagi selera.

"Ain tak datang auntie? Teringin benar jumpa dia lagi. Ramah orangnya. Kali pertama berbual dah rasa macam kenalan lama. Agaknya dia datang tak hari ni?" ujarku panjang lebar.

Malangnya pertanyaan aku dibiarkan begitu sahaja. Mungkin Auntie Sufiah tidak mendengar. Langsung aku menatang mangkuk berisi sambal tumis udang galah ke ruang tamu.

Nur Jannatul Adnain! Nama seindah pemiliknya. Kali pertama bertentang empat mata dengan gadis itu menjalinkan ikatan persahabatan antara kami.

Aku sedang membelek selendang di sebuah toko melayu. Cantik belaka-belaka. Mahu membeli tetapi tudung yang ada masih banyak tidak berpakai.

"! Saudari ni Nurul Akasyah bukan?" Tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. Aku menoleh. Subhanallah, cantiknya dia. Seorang gadis persis wanita arab, berkulit cerah, bertudung labuh dan memakai baju outing MRSM Taiping. Teman di sebelahnya juga berpakaian serupa.

". Ya saya. Saudari ni siapa?" Giliran aku pula menyoal.

"Saya Nur Jannatul Adnain. Di sebelah ni pula teman saya, Nur Hafizah Saya ni kawan kepada Adam. Dia selalu bercerita tentang Nurul. Baru hari ini saya dapat bertentang mata dengan tuan punya diri," terangnya panjang lebar. Seulas bibir merah delimanya mengukir senyuman manis.


"Adam?" soalku kehairanan.


"Lupa pula Ain. Carl Duke Adam. Kalian memanggilnya Kaduk bukan," ujarnya lagi. Terselit nada lucu.

Barulah aku mengerti. Tetapi apa hubungannya gadis cantik ini dengan Ketua Pelajarku itu?

"Jom kita ke sana!" Ain menuding ke arah medan selera yang menjadi antara tumpuan ramai untuk menikmati pelbagai jenis makanan melayu di bandar Taiping.

"Boleh Ain belanja makan. Kemudian kita sembang panjang ya."

"Boleh juga. Orang kata, rezeki jangan ditolak," balasku sambil tersenyum.

Dua gadis manis itu juga turut sama tersenyum. Kami melangkah ke salah satu gerai yang ada di situ. Suara riuh-rendah penjual menggamat suasana. Masing-masing merebut mencari pelanggan, melariskan gerai sendiri. Kami memilih meja yang agak terpencil.

"Nurul nak makan apa?" soal Ain sambil memandang aku.

"Mee goreng basah dan jus tembikai."

Sepuluh minit kemudian makanan yang dipesan pun tiba. Enak makan waktu masih panas begini.

"Dah lama kenal Kaduk? Ehh... Adam," soalku sambil menghirup jus tembikai. Tergeliat lidah menyebut `Adam`. Rasa geli pun ada. Siap kau Kaduk! Ada bahan mengusik nanti.

"Lamalah juga. Kenal sejak kecil lagi. Ummi Ain berkawan rapat dengan mama Adam, Auntie Sufiah. Kawan seuniversiti," jawabnya jujur.

"Jadi Ain ini pula kawan Adam yang bagaimana?" soalku lagi.

Ain tersenyum lebar. Sepasang lesung pipit jelas kelihatan di pipinya dan ia menambahkan seri wajahnya.

"Kawan sepermainan."

Aku mengangguk. Niat di hati mahu bertanya lebih dari itu. Bila melihat Ain yang alim-alim gitu segan pula aku. Dia sendiri pun seperti tidak mahu hubungannya dengan Kaduk dibicarakan panjang lebar.

"Adam, siapa Ain?"tanyaku pada ketua pelajar yang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci.

Kaduk memandangku dengan wajah terpinga-pinga. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri.

"Kau cakap dengan siapa, Syah?" soalnya kehairanan.

"Dengan kaulah. Takkan kita bercakap dengan cicak tu pula," ujarku sambil menjeling ke arah seekor cicak yang kebetulan berbunyi di atas kepala kami. Kaduk tersengih.

"Yang kau panggil aku Adam tu kenapa? Dah buang tabiat." perlinya sinis.

"Saja," jawabku ringkas.

Kaduk mengangkat kening. Mungkin dia merasa aku cuba mempermainkannya.

"Sabtu lepas, kita terserempak kawan kau. Dia yang tegur dulu. Siap belanja makan lagi tu. Haa... dia kirim salam pada kau."

"Kawan? Kawan yang mana ni?" Giliran dia pula menyoal.

"Budak MRSM, Nur Jannatul Adnain namanya. Kenal?"

"Ohh... " Dia seperti memikir sesuatu. Kemudian bibirnya menyukirkan senyuman.

"Ain tu makwe kau ke?" soalku tanpa berselindung lagi. Cuba memasang perangkap.

Kaduk diam sahaja. Tidak menjawab soalanku.

"Kaduk?" gesaku lagi.

"Akasyah! Buat apa sini. Kacau Adam ya." Tiba-tiba satu suara garau menyergah aku.

"Cikgu Hafiz," ujarku sambil tersengih seperti kerang busuk. Aku menggaru kepala. Mencari idea.

Guru Bahasa Inggeris merangkap guru makmal komputer mendekati kami berdua.

"Saya nak tumpang taip laporan, cikgu," kataku sambil memegang beberapa keping kertas tulisan tangan.

"Ya lah."

"Cikgu, kalau saya nak guna internet boleh?"

"Boleh tapi senyap-senyap saja tau." Guru muda itu mengenyitkan matanya. Aku tersenyum lebar seperti baru memenangi Anugerah Pemain Terbaik Negeri. Nampaknya murah rezeki aku hari ini.

"Datang nak taip laporan ke datang nak guna internet?" sindir Kaduk. Tajam. Matanya masih memandang monitor komputer.

"Sambil menyelam minum air," jawabku selamba.

Kaduk mengerling tajam. Kemudian kembali meneruskan kerjanya.

"Siapakah Ain di hati Adam?" ujarku perlahan sambil mengetuk papan kekunci. Aku menoleh ke arah Kaduk. Dia tersenyum lagi bagaikan merahsiakan sesuatu.

Sejak hari itu aku melancarkan serangan ke atas Kaduk. Aku tidak berpuas hati bila dia mengatakan Ain itu cuma teman biasa. Sedangkan dari air mukanya dapat kubaca mereka punya hubungan yang istimewa. Andaian aku sahaja. Sebenarnya aku hanya mahu mengusik dia kerana dia suka mengusik aku. Adil bukan. Tidak kusangka usikan bertukar menjadi kenyataan. Terbongkar jua rahsia. Rupa-rupanya gadis ayu bertudung labuh itu buah hati pengarang jantung temanku, Cark Duke Adam. Bukannya Siti Nurhaliza pelajar Tingkatan 4 baru seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

"Tak sangka citarasa kau begitu."

"Kenapa? Tak boleh?"

"Bukan tak boleh. Satu kombinasi yang menarik. Dua sifat berbeza. Sorang gila-gila, sorang lagi alim-alim." Terangkat kening Kaduk. Terkagum agaknya mendengar aku berhujah.

"Apapun nampak serasi dan sepadan. Macam orang tua-tua kata bagai pinang dibelah dua," sambungku lagi.

Pipi Kaduk sedikit kemerahan. Mungkin menahan malu. Comelnya dia begitu, hati nakalku berkata-kata.

"Ingat! Rahsia ni antara kita je. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut," ujarnya serius hingga berkerut-kerut dahinya.

"Ok bos!" sahutku sambil memberi tabik hormat padanya berlagak seperti askar yang menerima arahan dari ketua.

Kaduk tergelak melihat keletehku. Akhirnya terburai jua tawa antara kami.


"Lama Adam keluar, auntie," ujarku setelah kembali dari ruang tamu.

Auntie Sufiah yang sedang memasak memandangku lalu tersenyum.

"Katanya nak ambil Mar tadi. Mungkin jemput sama kawan yang lain agaknya."

Mar! Mendengar sahaja nama itu sudah membuahkan senyuman di bibir. Memalu kompang di hati. Lama sudah tidak ketemu sejak masing-masing meninggalkan bumi SERATAS. Agaknya bagaimana dia sekarang? Makin tinggikah dia? Mungkin sudah menyimpan janggut, mengikut sunnah nabi. Tentu comel! Yang comel sahaja aku fikir. Gatal!


Kenangan terakhir bersama lelaki itu bermain di fikiran. Seperti selalu, ia datang kembali...

"Untuk awak." Mar menyuakan sekeping sampul surat berwarna biru. "Selamat Hari Lahir. Semoga bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat."

"Terima kasih." Berbunga-bunga hatiku tatkala menerima ucapan dari mulutnya sendiri. Malu pun ada.

"Yang ini pula untuk awak dan Kaduk," ujarku lalu menyerahkan beg plastik berisi kopiah kepadanya.

"Untuk saya pun ada juga," ujarnya dengan nada ceria. Aku mengangguk.

"Yang merah untuk awak," jelasku lagi.

"Kalau aku nak kopiah merah boleh, Syah?" sampuk Kaduk setelah bosan menjadi pemerhati bisu.

Aku menjegilkan mata. Menyibuk sungguh! gerutuku dalam hati.

"Kau ambil kopiah birulah, yang merah Mar punya," bentakku.

Kaduk menjeling.

"Kau tengok tu, Mar. Si Syah ni dengan aku sikit punya berkira," ujarnya sambil ketawa. Aku menjuih bibir pada Kaduk. Mar ketawa melihat telatah kami yang bagaikan anjing dengan kucing. Bertemu sahaja hendak bercakaran.

"Oklah, nak siap-siap. Kejap lagi keluarga nak datang." kataku pada mereka berdua.

"Jaga diri baik-baik, Syah," ujar Kaduk mula mengatur langkah. Aku mengangguk. Pandanganku jatuh pada Mar. Pasti aku akan merindu seraut wajah tenangnya itu.

Ah! Kenangan itu indah. Andai bisa diputarkan masa ingin kukembali ke sekolah.

Aku rindu padamu, Mohd Ammar Iskandar, bisik hati kecilku. Andainya dia tahu...



Lamunan aku terhenti bila terdengar loceng pintu depan berbunyi. Kemudian suara orang memberi salam menerjah pendengaranku. Mungkin para tetamu sudah mula tiba. Aku sengaja memilih untuk datang lebih awal. Kebetulan aku tidak mempunyai urusan lain hari ini selain memenuhi jemputan Kaduk beraya di rumahnya di Bangsar. Lagipun aku kini berada sedang menuntut di Universiti Malaya yang sememangnya tidak berapa jauh dari Bangsar.

"Mama, kawan Achik dah sampai," jerit Sofea Aleidia, adik bongsu Kaduk dari ruang tamu. Kemudian aku terdengar bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari. Muncul anak dara Uncle Soufi itu di ruang dapur dan hampir-hampir saja melanggar aku. Lalu terus memeluk paha mamanya sedang mengacau lauk di atas dapur.

"Sayang... jangan lari-lari sini. Bahaya!" Si ibu merenung wajah anaknya dengan penuh mesra. Gadis kecil itu pula membalas dengan senyuman.

"Adik! Sini kejap." Aku menggamit adik bongsu Kaduk yang comel itu. Dia datang mendapatkan aku. Aku tunduk dan berbisik padanya. "Kawan Achik yang datang tu... lelaki ke perempuan?"

"Haa... Kak Syah nak mengorat ye..." balasnya dengan suara yang lantang. Terbeliak biji mataku mendengarnya.

"Shhh.." Aku meletakkan jari telunjuk di atas bibir sebagai isyarat menyuruh dia memperlahankan suaranya. Aleida turut meniru gayaku. Aku memerhati sekeliling. Mujur tiada siapa yang mendengar. Aku memandang semula wajah comel itu.

"Kak Syah budak baik. Tak mainlah mengorat-mengorat ni. Tunggu orang datang mengorat adalah," ujarku. Sofea Aleidia tersenyum. Fahamkah budak berumur 11 tahun ini? Aku berasa ragu-ragu.

"Kau ni Syah... budak tu kecil lagi kau dah nak ajar mengorat." Suara Kaduk datang dari arah belakang. Dia terus berdiri di sebelah adiknya. "Rosak adik Achik ni." ujar Kaduk sambil mengusap lembut rambut adiknya. Kepala Kaduk tergeleng-geleng seperti aku sudah melakukan satu kesalahan yang besar.

Mamat ni bab sabotaj ayat-ayat aku memang serah pada dia, aku merungut dalam hati. Aku merenungnya tajam.

"Mar kau dah sampai. Apa lagi? Pergilah ke depan." Kaduk memandangku sambil tersengih-sengih. Aku menjegilkan mata besar-besar. Pandanganku jatuh pada Auntie Sufiah dan Maya, pembantu rumah Indonesia yang menyaksikan gelagat kami berdua. Rasa hangat menyimbah wajahku. Aku malu sendiri.

"Syah... jangan dilayan Adam tu," ujar Auntie Sufiah lalu . Aku tersenyum simpul.

Kaduk merapati mamanya lalu memaut bahu wanita berumur 60an itu. Dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi. Tiba-tiba tangan Auntie Sufiah naik ke telinga Kaduk.

"Tak habis-habis mengusik anak dara orang." Dia memandang Kaduk dengan wajah yang geram.

"Aduh mama.... sakit... sakit... " ujar Kaduk sambil memegang telinga yang dipulas oleh mamanya.

Aku menutup mulut menahan tawa. Mana tidaknya badan sudah besar panjang masih dipiat telinga. Aleidia sudah ketawa terkekek-kekek melihat Achiknya mengaduh kesakitan. Begitu juga kak Maya yang turut sama ketawa.


Rasa bahagia menyelinap dalam diri bila melihat kemesraan mereka anak-beranak. Ingatanku melayang pada keluarga yang nun berada di negeri Perak Darul Ridzuan. Jadual belajar yang ketat menyebab aku hanya dapat pulang ke rumah sebulan sekali ataupun sewaktu cuti panjang sahaja. Hari minggu aku banyak dihabiskan di kolej ataupun pergi keluar membeli-belah bersama teman. Sejak aku merantau di ibu kota Kuala Lumpur, aku sering berkunjung ke banglo milik keluarga Uncle Soufi di Bangsar. Jika Auntie Sufiah berada sana, aku pasti akan dipelawa untuk makan-makan bersama mereka keluarganya. Mereka tak ubah seperti keluarga keduaku. Walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, hubungan kami rapat dan rasa seperti keluarga kandung.

Tepat jam 12 tengah hari majlis pun dimulakan. Para tetamu yang hadir sedang asyik menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan. Dalam ramai-ramai aku terpandang wajah Kaduk. Seperti ada kesedihan yang dipendam. Ada secalit kesayuan yang terpancar.

"Auntie, Adam tu nampak sedih jer. Kenapa ye?" soalku pada Auntie Sufiah yang kebetulan berada di sisiku waktu itu.

"Syah..." Auntie Sufiah menarik nafas dalam-dalam lalu menghelanya perlahan-lahan. "Tadi... masa kat dapur... Syah ada tanya tentang seseorang kan?" Aku merenung wajah Auntie Sufiah. Kurang mengerti apa yang dimaksudkannya.

"Tentang Ain..." ujar Auntie perlahan. Seperti ada yang tidak kena.

"Kenapa dengan dia?" soalku tidak sabar.

"Dia dah tak ada..." tuturnya lambat-lambat.

"Tak ada?" Aku sedikit terkejut. "Maksud Auntie..." Berat bibir aku untuk menuturkan perkataan itu. Auntie Sufiah mengangguk.

"Inalillah hiwainnailahirajiun" Aku menekup mulutku. Cuba menahan sebak di dada.

"Macam mana dia... " Sebelum sempat aku menghabiskan ayatku, Auntie Sufiah terus memintas.

"Auntie rasa... baik Syah tanya sendiri pada Adam," ujar Auntie Sufiah sambil memegang lembut bahuku. Aku mengangguk perlahan.

Aku segera mendapatkan Kaduk yang menyendiri di balkoni. Aku berdiri di sebelahnya. Angin lembut menyapa pipiku. Segar. Aku mengerling ke arah temanku itu.

"Kaduk..." Aku memulakan bicara. Kaduk menoleh dan mengangkat keningnya. Bibirnya cuba untuk tersenyum tetapi nampak seperti dibuat-buat. Dia memandangku tetapi tidak lama. Seluruh pandangannya dihalakan ke hadapan semula. Mengadap panaroma bandaraya Kuala Lumpur dari atas bukit.

"Kenapa kau tak cerita pasal Ain?" Wajahnya sedikit berubah. Makin mendung.

"Mana kau tahu?" Giliran dia pula menyoal.

"Auntie... Dia yang beritahu."

"Kau ada dengar... berita tentang dua orang pelajar Malaysia di Michigan yang meninggal dunia kerana dirempuh trak... lepas balik dari berbuka puasa?" Dia bercakap tanpa memandang wajah dan mataku. Ini kali pertama dia begitu. Sedih benarkah dia?

Aku berfikir sebentar. Ya, aku pernah dengar tetapi tidak secara terperinci. Baru aku teringat, salah seorang daripada mangsa adalah bekas pelajar MRSM Taiping. Ain pernah menuntut di MRSM Taiping dan baru sahaja tahun lepas berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Ann Arbor, Michigan. Ya-Allah...



"Ain...?" Kaduk terkejut mendengar suara lunak yang dirinduinya itu sejak pemergian gadis manis itu ke Amerika Syarikat. Dia memandang telefon bimbit dalam genggamannya dengan mata yang tidak berkelip-kelip. Masih tidak percaya Nur Jannatul Adnain yang sedang bercakap dengannya di hujung talian. Sepanjang perkenalan mereka, Ain tidak pernah menelefonnya. Pada kebiasaannya dia yang akan menghubungi gadis itu.

"Mimpi apa call Adam ni? Dari jauh pula tu. Ni mesti biasiswa baru masuk..." Kaduk mula menggiat.

"Takdalah... Tiba-tiba je teringat kat Adam tadi. Terus Ain call." Ain mengetap bibir. Wajahnya terasa hangat. Andai kata Adam ada di hadapannya saat ini pasti dia akan tersipu-sipu malu.


"Jadi... selama ni Ain tak ingat pada Adamlah ye.. sebab tu tak call," ujar Kaduk seakan merajuk.

"Bukan macam tu!" Ain segera memintas. "Ain ingat je..." Dia berhenti. "Selalu..."

"Ingat pada siapa?" Sengaja Kaduk menyoal sedangkan jawapannya sudah terang tak perlu disuluh lagi.

"Ingat pada Adamlah..." balas Ain perlahan. Wajahnya sudah merona kemerahan. Geram pun ada. Adam memang mahu mempermainkannya.

"Ooo..." Kaduk tersenyum lebar. Kata-kata yang diungkap sendiri dari bibir Ain tadi mengheret dirinya ke dunia yang paling indah. Malam itu menjadi saksi insan yang hanya tahu mencoret warkah atau e-mel bisu, sudah pandai bersuara, berlaku manja mengundang debar di dada seorang lelaki sepertinya.

Astaghifurallah hal `azim..

Kaduk beristghifhar panjang. Hampir saja dia hanyut dibuai nafsu. Syaitan bertepuk gembira, manakala malaikat pasti menggelengkan kepala. Cepat-cepat dia mengembalikan kewarasannya. Dia mahu hubungan mereka berdua sesuci embun pagi dan sentiasa berdiri teguh atas sempadan Islam. Bukannya hanya mengikut tuntutan nafsu semata-mata.

Tetapi siapa menyangka panggilan itu adalah yang pertama dan terakhir daripada Ain...



"Kaduk..." sapaku perlahan. Seraut wajah sayu itu aku renung dalam-dalam. Garis-garis kesedihan jelas kelihatan di wajahnya itu.

"I miss her so much... I miss her, Syah." Kaduk menekup mukanya.

Aku menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan dalam diri agar aku bisa menenangkan jiwanya telah kehilangan insan yang tersayang. Dulu dia yang sering membakar api semangat, menitipkan kalimah peransang di saat aku dirundum kecewa takkan kini aku hanya sekadar mampu mendengar keluhan hatinya.

"Memang sukar nak terima hakikat... orang yang kita sayang... pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya," ujarku lalu berdiri di sisinya. "Lebih-lebih lagi... orang yang dekat di sini," ujarku sambil meletakkan tangan di atas dadaku. "Di hati ni..."

"Tapi kita harus sedar hakikat yang sudah termaktub sejak azali lagi oleh Allah. Setiap yang bermula pasti akan berakhir... dan setiap yang hidup akan mati... kembali pada-Nya," sampuk satu suara dari belakang. Kami berdua menoleh. Mar!

Dia masih seperti dulu, cetus hati kecilku.

Mar melangkah ke arah kami dan mengambil tempat di sebelah Kaduk. "Sabarlah..." sambungnya lagi sambil menepuk bahu Kaduk.

Kaduk tersenyum kelat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu ombak hatinya ini. Ya-Allah.. tempatkanlah dia pada tempat yang sebaik-baiknya.



Telefon bimbit di dalam poket seluarnya sudah bergegar entah untuk kali ke berapa. Konsentrasinya sedikit terganggu. Siapa pula yang menelefonnya waktu begini. Tumpuannya untuk menjawab soalan Kalkulus turut terjejas.

Dia segera mengeluarkan telefon bimbit berwarna biru dari poket seluarnya. Niatnya untuk mematikan terus nyawa telefon itu terbantut apabila nama `papa` tertera pada skrin LCD telefon tersebut. Kaduk teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Gegaran itu berhenti. Kaduk menarik nafas lega. Tidak sampai dua saat ia kembali menggila.

Ini tak boleh jadi, getus hatinya. Lalu dia mengangkat tangan dan meminta izin keluar sebentar dari dewan peperiksaaan.

"Papa... Achik ada exam ni. Boleh call malam sikit?" katanya separuh berbisik.

"Achik..." Ada kelainan pada nada suara papa hari itu.

"Papa?"

"Papa harap Achik dapat bertenang lepas dengar apa yang papa nak cakap nanti."

"Kenapa papa?" Kaduk mula hilang sabar. Hatinya rasa kurang enak.

"Ain... Dia kemalangan," tutur papa lambat-lambat.

Saat itu jantung Kaduk bagaikan berhenti berdegup. Terasa lumpuh seluruh anggota badannya. Gadisku... musibah apakah yang menimpa dirimu?

"Dia takda apa-apa kan?" soal Kaduk yang kerisauan.

Kedengaran nafas papa yang mengeluh panjang membuatkan Kaduk makin diamuk gelisah. Setiap saat menanti jawapan dari papanya makin mendera batinnya.

"Papa.." gesa Kaduk.

"Allah lebih sayangkan dia, nak."

Kaduk rasa nyawanya turut terbang saat itu. Lemah seluruh sendinya. Selepas itu dia sudah tidak mendengar apa-apa kecuali suara Ain. Suaranya itu berada di mana-mana...



Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah Nur Jannatul Adnain. Walaupun berlangsung dalam keadaan serba ringkas, ramai tetamu yang hadir. Ada di kalangan kaum keluarga, sahabat-handai dan ada juga tetamu yang tidak dikenali. Mungkin mereka mengenali arwah melalui berita yang disiarkan di akhabar. Ucapan takziah di atas pemergian arwah tidak putus-putus. Semua yang hadir mendoakan kesejahteraan arwah dan sahabatnya yang turut sama terkorban dalam tragedi berdarah di Michigan itu. Semoga roh mereka tenang di alam `sana`.

Puan Zahratul menghampiri Carl Duke Adam yang duduk berteleku sendirian di kerusi yang ditempatkan di anjung utama. Anak muda itu sedang termenung jauh nampaknya.


"Adam... " sapa Puan Zahratul. Kaduk menoleh.

"Ada sesuatu untuk Adam. Daripada arwah..." ujar ibu arwah Ain, Puan Zahratul sambil menyerahkan satu bungkusan yang elok berbalut.

Kaduk menyambutnya. Bungkusan itu direnung sayu. Perasaannya masih tidak stabil. Kehilangan Ain secara tiba-tiba memberi tamparan hebat kepadanya. Sesungguhnya dia masih memerlukan gadis itu. Kasih sayang, cinta dan perhatiannya. Kenapa begitu cepat dia pergi?

Astaghifirullah... Siapa dia hendak mempertikaikan ketentuan Ilahi. Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang. Yang pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini.



"Achik... telefon!" laung Aledia di balik langsir pintu balkoni.

Kaduk tersedar dari lamuanan. Ya-Allah... aku berangan lagi rupanya, getus hati kecilnya. Kaduk terus meraup wajahnya. Kemudian menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Kesedihan masih bersisa. Ya-Allah... berikanlah aku kekuatan, pohonnya dalam hati.

Kaduk memandang aku dan Mar. "Sebentar ya," katanya meminta diri beredar.

Kami berdua mengangguk. Mataku mengiringi setiap langkahnya. Ternyata temanku itu masih mengingati Ain. Bukan mudah untuk melupakan gadis sebaik Nur Jannatul Adnain. Aku juga turut merasa sedih atas kehilangannya itu.

"Kau apa khabar?" soal Mar tiba-tiba. Dia memeluk tubuh. Matanya merenung mataku. Terus aku melarikan pandanganku.

"Macam inilah..." jawabku ringkas.

"Study macam mana?" Kami menyoal serentak. Terus aku dan dia tersenyum. Wajahku sudah disimbah malu langsung aku tertunduk.

"Alhamdulillah," jawab Mar.

"Samalah... " jawabku sambil mengetam bibir. Masih malu lagi.




Kaduk memandang dua orang temannya itu dari jauh. Kemesraan mereka mengembalikan ingatannya terhadap Ain. Hatinya dihiris pilu. Dadanya terasa sebak. Alangkah bagus jika gadis itu masih ada...

"Ain... Adam rindu... Rindu sangat pada Ain..."



"Pojie sihat?" soalku pada Mar. Dari dulu aku hubungan mereka menjadi tanda tanya kepada aku. Hendak bertanya pada Kaduk aku segan. Nanti makin galak dia mengusik aku.

Dia mengangkat kening. Mungkin kurang selesa dengan pertanyaan aku tadi.

"Kenapa tanya saya?" Dia pula menyoal aku.

"Bukan ke awak rapat dengan dia?" Aku mula memasang perangkap.

"Tak adalah..." jawabnya ringkas.

Aku terdiam. Mahu percaya atau tidak. Akhirnya aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu. Suasana menjadi sepi. Hanya bunyi hingar-bingar dari dalam sesekali menyapa. Masing-masing masih dalam mood berhari raya. Lagu `Dendang Perantau` dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengusik jiwa. Aku mengeluh panjang.

"Bosan?"

Aku menggeleng tanpa memandang wajahnya.

"Maaflah... saya tak pandai buat lawak macam Kaduk," ujarnya.

Aku menoleh. Kali ini kami saling berpandangan. "Saya tak pernah harap awak jadi Kaduk atau jadi sesiapa pun. Saya suka awak begini."

"Suka yang bagaimana tu?" soalnya pantas.

Aku jadi kaget.

"Suka... sebagai seorang kawan," jawabku lambat-lambat.

Dia mengangguk. Entah apa yang dianggukkannya itu.

"Seronok belajar Bahasa Jepun?" Dia mengalih topik perbualan kami.

"Seronok tu seronok.... tapi jadualnya padat sangat. Kelas dari pukul lapan pagi sampai enam petang. Rehat untuk makan tengahari sejam je. Kejam betul... " Becok mulut aku menerangkan jadual belajarku di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya.

"Tahu... Tahu... Kaduk ada cerita," katanya sambil meleretkan senyuman. Manis!

"Kalau dah tahu kenapa tanya lagi?" soalku pura-pura marah.

"Sebab saya nak dengar dari mulut awak sendiri."

Aku tersipu-sipu malu. "Sama je siapa yang cakap pun," ujarku perlahan.

"Tak sama. Awak tu kalau bercerita... penuh perasaan, bersungguh-sungguh. Sampai herot muka."

Tawaku meledak. Terus aku menekup mulut. Rasa bahagia menyelinap dalam diri. Malu pun ada.

"Tapi satu je buat saya rasa pelik. Kenapa awak tak pernah hubungi saya selama saya di KMYS. Awak contact Kaduk seorang je. Kenapa ya?" soalnya lagi. Wajahnya bertukar menjadi serius.

Sekali lagi aku terkasima dengan pertanyaaannya. Adakah selama ini dia menanti perkhabaran dariku? Adakah dia cemburu keakraban aku dan Kaduk? Pasti Kaduk yang memberitahu kami sering berutus surat dan bertanya khabar antara satu sama lain.

"Sebab saya segan..." Lemah sungguh jawapanku.

"Apa yang disegankan? Bukankah selama ini kita kawan rapat? Atau awak tak sudi jadi kawan saya lagi?" Kali ini dia pula bersungguh-sungguh. Mungkinkah dia merasa aku meminggirkan dirinya?

"Bukan macam tu!" balasku. "Awak tetap kawan saya. Tapi... awak sendiri sedia maklum yang Kaduk lebih rapat dengan saya," sambungku lagi.

"Yang itu saya tahu..." Dia seperti mahu meluahkan sesuatu. Kata-kata mati begitu sahaja bila seorang kawannya mengajak dia masuk. Dia pergi mendapatkan temannya aku. Tinggallah aku sendiri di balkoni ini.

Mar, sampai bila kita harus begini? Hatiku menyoal.

Wahai hati... Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ini. Berilah aku petunjuk. Adakah benar dia yang bertakhta di hatiku?




Bab 17


"Lauk dah habis?" ujarku dalam nada kecewa. Sayu mataku melihat bekas aluminium yang kosong. Hanya yang tinggal nasi yang sudah sejuk. Punah harapan hendak merasa ikan sembilang masak cili kegemaranku. Dari kelas tadi terbayangkan nikmatnya meratah ikan sungai itu untuk santapan tengahari ini. Penat sahaja aku berkejar pulang ke kolej yang jaraknya 100 meter. Yang ada cuma nasi sejuk...

"Kejap ya. Makcik gorengkan telur."

Aku memaniskan muka pada makcik Dewan Makan itu. Sejak dahulu aku diajar begitu.

"Syah kena hormat pada orang tua. Tidak kira sama ada dia kerja apa sekalipun. Pakcik yang angkut sampah sekalipun, jangan sekali-kali kita pandang hina pada mereka." Pesan ibuku tersimpan kejap dalam sanubari. Biar kurang dari segi paras rupa asal tinggi budi bahasa!

Mahu sahaja aku bertanyakan kenapa tidak dimasak lebih sedikit. Takkan mereka tidak tahu jumlah pelajar yang akan makan di dewan makan kolej ini. Atau mungkin mereka sudah masak dalam jumlah yang cukup tetapi kesilapan sewaktu memberi lauk pada pelajar. Takkan makcik tak tahu kami juga sudah penat belajar. Bila balik ke kolej kami hendak makan.

Pasti makcik itu akan menjawab, " Kamu asyik fikirkan perut kamu seorang. Makcik kena fikirkan perut untuk 500 orang. Cubalah sabar sikit."

Aku senyum pada makcik yang sedang menggoreng telur ayam. Senyum Akasyah! Tetapi senyumanku berperisa kopi. Pahit! Makcik, saya lapar..., rintih hati kecilku.

Ada antara rakan-rakan sudah angkat kaki. Wajah hampa terpancar di riak masing-masing. Mereka pulang dengan perut kosong. Aku? Terima saja rezeki yang ada. Kena belajar bersyukur. Ada orang lagi susah dari kita. Hendak mendapat sesuap nasi terpaksa memerah seluruh kudrat yang diberi oleh Tuhan. Perlu meredah lautan biru menjala ikan. Atau berkerja di bawah terik mentari. Kerja aku? Belajar di dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin! Itupun masih mahu merungut. Manusia!

Walaupun sekadar telur goreng bukannya lauk ikan sembilang, aku kira cukup untuk bertahan sampai ke lewat petang nanti. Takkan hendak mendera perutku semata-mata ingin menjamah lauk yang satu itu. Hendak makan di kafeteria, poketku nipis. Duit biasiswa belum masuk lagi. Hendak minta pada keluarga, aku malu. Baru sahaja ayah masukkan RM50 ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional untuk belanja bulan ini. Wang itu sudah habis kubelanja membeli stok makanan. Cuma ada baki tak sampai sepuluh ringgit di tanganku. Sabar Akasyah. Adik-beradik kau ramai. Jangan pentingkan diri!

Aku dan beberapa orang teman menanti di meja makan. Menunggu telur mata kerbau siap digoreng. Perutku berbunyi lagi. Aku tahan dengan tangan. Aku mengerling jam Quartz yang kupakai sejak dari Tingkatan 4 di Seratas. Lagi 30 minit sebelum kelas seterusnya bermula. Solat Zohor belum ditunaikan. Bagaimana ini?

"Dah siap!"

Laungan makcik dewan makan mematikan lamunanku. Berkejar kami ke kaunter. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Tray diambil dari tempat simpanannya. Aku mencedok nasi yang sudah sejuk. Makcik meletakkan telur mata kerbau di dalam tray yang kupegang.

"Terima kasih, makcik!" ucapku sambil tersenyum. Makcik itu membalas dengan senyuman juga. Mulutnya berkumat-kamit. Mungkin dia membalas ucapanku tadi.

Aku mencedok kuah kari kosong lalu menyiramkannya di atas nasi. Kemudian aku terus mengambil air minuman dan berlalu mengambil tempat di meja makan.

Dengan lafaz bismillah, aku menyuap nasi berkuahkan kari dan telur mata kerbau ke dalam mulut. Sedap! Terasa nikmatnya makan. Makin laju suapan aku. Pelajar persediaan seperti kami perlu mengejar masa.

Agaknya bagaimana nasib aku bila berada di Jepun nanti. Yang pasti tiada ikan sembilang masak cili. Tiada makcik dewan makan yang akan menyediakan makanan untukku lagi. Semuanya terletak di atas bahuku sendiri. Hidup di rantau orang tidak boleh manja!



Aku menutup buku teks Kagaku IB setebal 300 muka surat itu lalu meletakkannya di hujung meja. Nafas panjang kulepaskan. Berat! Mata dan otakku sudah kepenatan. Selama satu jam aku membuat ulangkaji bab Keterlarutan Pepejal sebagai persediaan hari esok. Seperti biasa sebelum kelas kimia bermula sensei akan adakan ujian ringkas. Otakku mesti menghadam fungsi graf Lengkok Keterlarutan dan formula yang digunakan dalam penyelesaian masalah. Dalam bab ini banyak bermain dengan nombor, harapnya tiada kecuaian dalam pengiraan. Silap sedikit alamatnya aku kena menyalin petikan dari buku teks lagi.

Aku mencapai telefon bimbit nokia pemberian mak bulan dua lepas. Beberapa bulan sebelum tamat pengajian di Universiti Malaya, barulah aku dapat memilikinya. Itupun atas ehsan mak juga. Makin mudahlah mak memdapat laporan aktiviti aku setiap minggu. Hendak harapkan dengan biasiswa yang RM300 lebih per semester itu yang kadang-kadang masuknya tidak ikut masa itu, kempunanlah aku.

Aku membelek-belek telefon bimbit berwarna biru tua itu. Padanlah senyap malam ini. Rupanya aku matikan ia sejak dari pagi tadi. Wah! Banyaknya sms yang kuterima. Kaduk, Kaduk, Kaduk lagi... Mar! Aku tersenyum sampai ke telinga. Dalam banyak-banyak mesej terselit jua mesej dari lelaki itu.

Mar
akum... lama tak dgr cite. sihat? saya ok je. jaga diri, hiasi peribadi.

Beralih pula pada mesej Kaduk. Geli hatiku membacanya.

Kaduk
akum cik adik... tgh buat apa tu?
mesti tgh study kan! study la elok2
syah o syah... jwb le msg aku takkan bz sgt?
mana la makcik ni pegi aku bosan nih



Kasihannya kawanku yang seorang itu. Agaknya dia masih menanti balasan dariku. Terus aku menekan butang reply. Tidak semena-mena telefon aku menjerit. Kus semangat!


"Kaduk!" Nama lelaki itu meniti bibirku lalu membuahkan kuntum senyuman.

"... Boleh saya bercakap dengan Cik Akasyah?"

"Waalaikumussalam. Cik Akasyah di sini. Boleh saya tahu siapakah gerangan di sana tu?" soalku pura-pura tidak tahu.

"Saya Encik Adam. Carl Duke Adam..." Dia memperkenalkan diri.

"Ada apa call saya malam-malam ni Encik Adam? Rindu?"

"Haah. Rindu.... sangat!" jawabnya pantas lalu mengundang tawa di hatiku.

Keadaan menjadi hening seketika. Mungkin masing-masing mencari idea untuk berbual.


"Kenapa tak on handphone malam ni, cik adik?" soalnya tiba-tiba. "Penat cik abang di sini bagi mesej. Tak berbalas pun. Sedih hati cik abang tau," katanya lagi dengan nada romantik.

Cik adik? Cik abang? Aduh teman... Gurauanmu mengundang debar di hati.

"Manalah cik adik tahu cik abang nak mesej cik adik malam ni," balasku. Cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Hai... Kan hari-hari cik abang mesej cik adik. Entah-entah cik adik dah ada cik abang lain kot."

Aku ketawa besar. Dia pun turut sama ketawa. Aku dapat bayangkan wajahnya yang putih itu saat ini. Pasti sudah merona kemerahan. Matanya yang galak akan mengecil. Bibirnya akan kelihatan seperti tersenyum. Tampan! Malah lebih tampan daripada Mar Iskandar!


Pernah teman sebilik aku persoalkan hubungan aku dan Kaduk. Katanya, kami terlalu rapat. "Asalnya kawan-kawan je, entah esok sampai ke jinjang pelamin. Tengok kau berdua pun macam ada chemistry."

"Chemistry?" Aku berfikir sejenak. "Kalau dalam kimia, ada empat jenis ikatan. Ikatan ionik, ikatan kovalen, ikatan datif dan ikatan hidrogen. Aku dengan Kaduk ikatan yang bagaimana pula?" Aku menyoal bodoh. Kebetulan kami baru sahaja belajar bab Ikatan Kimia pagi itu. Temanku itu sudah bulat biji matanya.

"Ikatan antara lelaki dan perempuan lah cik kak oii!" ujar teman sebilik lalu menampar pahaku.

Sakit! Aku terus menggosok-gosok pahaku. Mulutku sudah muncung sedepa. Tidak sah kalau tangannya tidak menyinggah pahaku bila bercakap.

"Kalau berkahwin, namanya ikatan perkahwinan. Ada faham?" Marah sangatkah dia hampir hendak terkeluar biji mata? Geram agaknya dengan aku yang tidak berjiwa romantis ini.

Bukannya aku tidak pernah terfikir. Bagaimana satu hari ditakdirkan aku dan Kaduk punya perasaan lebih dari seorang kawan. Selalu juga layanan istimewanya menjentik naluri kewanitaanku hingga mencetuskan perasaan aneh yang dalam diri ini. Memikirkan dia teman baikku, aku tepis perasaan itu jauh-jauh. Aku tidak mahu kehilangan dia. Aku bimbang jikalau aku menyukai dia lebih dari sepatutnya langsung aku akan berasa janggal untuk berkawan dengannya. Maka hilanglah teman mengadu aku nanti. Macam kes aku dengan Mar Iskandar. Aku tidak boleh berhadapan dengan lelaki itu. Berderu darahku dibuatnya.


Aku memandang cermin sambil itu membayangkan Kaduk berdiri di sebelah aku. Macam langit dengan bumi! Lelaki itu punya segalanya sedangkan aku cuma gadis biasa. Masakan aku adalah pilihan terakhir untuk dijadikan suri hidupnya. Lihat sahaja jantung hatinya dahulu. Bukannya calang-calang orang. Arwah Ain boleh kukatakan punya pakej yang lengkap dan menghampiri ciri-ciri kesempurnaan. Sayang umurnya tidak panjang. Dalam usia yang terlalu muda dia telah menyahut panggilan Yang Maha Esa. Jika tidak, pasti aku dapat melihat mereka berdua duduk bersanding di atas pelamin nan indah.

Itulah yang dinamakan takdir. Dan ia juga takdir andai dua sahabat baik bersatu. Cinta tak semestinya bersatu. Tak cinta semestinya tak bersatu! Sedangkan dalam hati aku memang ada perasaan kasih dan sayang untuk lelaki yang bernama Carl Duke Adam itu. Bila-bila masa sahaja ia boleh bercambah, bertunas lalu tumbuh sebagai pohon kecintaan.

Carl Duke Adam, kiranya kutahu isi hatiku...


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 07:47




Hmm..ade ke org baca citer ni?mcm xde respon je..kl xde,ingt nk stop je..hehehe..


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 00:15


p/s:wpon xde org respon,sy teruskan juga sambungan citer ni..huhuhuhu..


Bab 18


Masa berlalu dirasakan begitu pantas. Di kala kesibukan merantai diri, di waktu seluruh tumpuan difokuskan pada Peperiksaaan Mombukagaksyou yang menjadi titik penentu kemasukan ke universiti negara matahari terbit itu, aku cuba luangkan sedikit masa mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa. Pada hujung minggu, ada kalanya diri terpanggil untuk mengunjungi surau kolej menunaikan solat subuh berjemaah. Biasanya selepas solat ada sedikit takzirah dan bacaan Mathurat. Rasa bersinar kembali hati yang kelam.

Aduhai hati! Maafkan aku kerana terlalu mengejar tuntutan duniawi yang tiada noktahnya, kadang-kadang aku sering terlupa tuntutan akhirat. Nauzubillah... Diri ini masih lemah. Terlalu lemah...

Aku menghitung hari. Rasanya masih segar kenangan Ramadhan yang baru berlalu. Sekali lagi dipanjang umur bertemu dengan bulan penuh barakah itu. Petanda dunia akhir zaman! Ya-Allah... amalanku kalau dihiitung-hitung mungkin ibarat setitis air di lautan-Mu. Ianya terlalu sedikit berbanding dosa yang kulakukan. Layakkah aku masuk ke syurga-Mu?

Menempuh Ramadhan di kolej tidak ubah seperti di SERATAS dahulu. Cuma bezanya waktu berbuka puasa, ambil juadah di Dewan Makan kemudian makan bersama-sama teman rapat di bilik sahaja. Makanan pun lebih mengancam daripada biasa. Rezeki bulan puasa!

"Kau ambil nasi dengan air. Aku ambil lauk," ujarku pada teman sebilik, Asyikin. Membahagikan tugas mengambil juadah berbuka.

"Dessertnya aku ambil juga tau," Dia menambah.

Aku mengangguk setuju. Sesekali Mira yang duduk dua pintu dari bilik kami datang makan bersama. Dia juga pelajar Dasar Pandang ke Timur seperti kami.

Jam 11 malam sudah boleh 'tapau' bekalan untuk sahur di Dewan Makan. Biasanya ambil untuk makan sendiri. Sekali-sekali mahu juga ubah selera. Jadi kami akan ke Pasar Ramadhan Kampung Kerinci selepas tamat kelas. Oh, ya! Bulan Ramadhan kelas tamat awal daripada bulan-bulan biasa. Berkat Ramadhan lagi!

"Kau nak beli apa?" soal Asyikin sambil mencuit lenganku.

Aku menjungkitkan bahu. Kemudian menggelengkan kepala. Melihat makanan yang dijual sudah rambang mata. Asyikin mengerut dahi lalu ketawa.

"Semuanya nampak sedap. Pening kepala nak pilih tau," jelasku.

Mata melilau mencari juadah tambahan untuk berbuka petang itu. Kalau ikutkan nafsu makan, sudah pasti satu pasar hendak diborong.

Seperti biasa bersolat terawih dan moreh di surau kolej. Meriah! Mengembalikan nostalgia zaman sekolah berasrama penuh dulu. Waktu ini terasa ukhuwwah islamiah antara makmum yang hadir. Sambil menikmati juadah moreh yang disediakan oleh pihak Dewan Makan sempat beramah-mesra dengan penghuni kolej yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar fakulti. Bulan-bulan biasa masing-masing sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelajar universiti. Hanya bertukar-tukar senyuman jika bersua muka.

Sebelum pulang ke kampung halaman berhari raya, aku ke Jalan Masjid India. Sempat mencapai kain pelekat untuk Ayah, kain sari untuk Mak dan kain ela untuk jubah Opah. Sejak punya wang sendiri, aku akan pastikan mereka mendapat sesuatu daripada aku setiap kali menjelangnya Syawal. Walaupun masih berstatus seorang pelajar, aku mahu mereka merasa wang biasiswa aku yang tidak seberapa itu.

"Buat apalah susah-susah. Kak Ngah kan tak kerja lagi," ucap mak dalam keterharuan.

Aku mengulum senyuman. Pemberian yang sebesar zarah itu tidak setimpal dengan pengorbanan mereka selama ini. Melihat wajah mereka tatkala aku suakan pemberian sudah cukup buat aku gembira. Insya-Allah selagi nyawa dikandung badan, aku akan berusaha membahagiakan mereka!

Ramadhan dan Syawal terakhir di bumi Malaysia! Mungkin aku tidak sempat menikmati sepenuhnya peluang yang ada kerana berperang dengan persiapan terakhir untuk peperiksaan besar yang akan dihadapi awal Januari nanti. Dua hari sebelum menjelmanya 1 Syawal baru aku pulang ke kampung di Perak. Tidak sampai beberapa hari sudah kembali semula ke Universiti Malaya. Untuk berjaya perlukan pengorbanan ysng bukan sedikit. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan berhari raya bersama keluarga. Dengan izin-Nya aku akan rasa pula menyambut lebaran di perantauan selepas ini. Pasti serba-serbi berbeza.

Aku menghirup angin petang di Tasik Varsiti. Suasana sunyi ini mendamaikan. Mataku beralih pada orang yang berkayak di tengah tasik. Seronoknya mereka. Hampir dua tahun di sini tidak pernah sekalipun aku mencuba. Risau kayak yang aku naiki terbalik. Aku bukannya pandai berenang. Aku terus menggelengkan kepala.

Dari jauh kelihatan Menara Telekom serba biru berdiri megah. Binaanya yang unik dan punya unsur futuristik. Sejak dari dulu aku suka melihat bangunan dan pemandangan. Bila terlihat sesuatu yang cantik terus aku jatuh cinta lalu mengabadikannya dengan lensa kamera.

Dan siapa sangka petang itu juga aku bertemu dengan seseorang. Seseorang dari kenangan zaman silam.


Tiba-tiba ada satu suara menyapa. Segera aku memandang tuan empunya diri. Dia! Macam mana dia boleh berada di sini? Pertemuan yang tidak sangka. Aku sedikit kaget dengan kahadirannya itu. Salam yang diberi kusahut. Mungkin dia juga menuntut universiti tertua di Malaysia ini, aku bermonolog sendiri.

Dia masih seperti dulu. Senyuman tidak pernah lekang di bibir. Manis! Sedikit berisi jika dibandingkan dengan zaman sekolah dahulu. Bahagia agaknya! Kala ini dia mengenakan t-shirt berwarna hijau lumut tanpa kolar, seluar jeans hitam dan kasut sukan Nike. Rambutnya terlindung oleh cap Nike hitam yang dipakai. Kedua-dua tangannya memegang handle basikal mountain warna perak.

"Masih ingat pada aku?" Dia menyoal.

"Mana boleh tak ingat. Orang popularlah katakan. Satu sekolah kenal. Lainlah aku ni," jawabku merendah diri.

Pandangan aku beralih ke tengah tasik. Cemburu melihat orang berkayak tetapi untuk mencubanya sendiri masih tidak punya keberanian. Aku selalu begitu. Kadang-kadang cemburu dengan orang yang banyak ilmu agamanya. Boleh bercakap tentang Islam, agama Ar-Rahiim. Bicaranya bagai air yang mengalir. Lancar. Masya-Allah. Tetapi cukupkah sekadar cemburu tanpa ada usaha? Perlu banyak lagi belajar, Akasyah!

"Yalah tu," ujarnya sambil ketawa kecil. "Haa... dengar cerita nak ke Jepun. Jadi sekarang ni di Pusat Asasi Sains kan."

Aku mengiyakan kata-katanya. "Kau pula?" Aku pula menyoal.

"Fakluti kejuruteraan mekanikal... tahun 3. Firdaus pun ada sini. Dia ambil medic," jawabnya sambil memandang aku penuh makna.

Firdaus... Lama tidak mendengar nama itu semenjak aku memasuki SERATAS. Bagaimana agaknya dia sekarang? Pasti punya ramai peminat. Orang kacak katakan. Masih ingat lagi zaman di sekolah dahulu, waktu 'Dedikasi Lagu' Hari Kantin Sekolah, lelaki itu paling banyak mendapat ucapan. Pembesar suara berdekatan dengan gerai kelas kami. Nama dia saja yang naik. Begitu juga sewaktu Kelab Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan 'Dedikasi' di mana pelajar berpeluang memberi hadiah kepada sesiapa sahaja yang disukai. Secara kebetulan aku adalah salah seorang ajk yang terlibat. Dari situlah aku tahu yang dia penerima hadiah paling banyak. Jumlah orang yang membuat dedikasi meningkat tiga kali ganda daripada tahun lepas. Untung kami! Tetapi kerja kami pun bertambah tiga kali ganda juga. Semuanya kerana Mohd Firdaus Mohd Alif!

"UM ni besar sangat. Baru hari ni dapat jumpa kau." Satu suara datang dari belakang. Aku dan Aidid menoleh.

Firdaus! Memang ada tokoh doktor dengan cermin mata tanpa bingkainya itu. Nampak makin matang. Bagaimana dia juga boleh berada di sini? Agaknya berkomplot dengan Aidid.

"Macam mana kau... ?"

"Aidid call aku sebelum dia tegur kau ni. Tak sangka dapat jumpa kau semula. Lama betul kita tak jumpa kan."

Aku mengangguk.

"Bila periksa besar tu?" Dia menyoal.

"Inysa-Allah... Dua minggu lagi. Doakan aku ya."

"Insya-Allah... Moga-moga kau dapat ke sana. Nanti boleh hadiahkan cenderahati dari Jepun!"

"Bisa diatur."

Pandangan aku sekali lagi jatuh pada orang berkayak. Entah mengapa hati aku teringin sangat hendak berkayak petang itu.

"Jom..." kata Firdaus mula mengatur langkah.


Aku terpinga-pinga. "Jom? Ke mana?" soalku.

"Itu..." ujarnya sambil menuding ke tengah tasik, ke arah orang yang sedang berkayak. Aku memandang dia tidak berkelip-kelip. Bagaimana dia tahu?


Bagaikan tidak percaya yang aku akan berada di sini sekarang. Di tengah Tasik Varsiti. Yang sedang mendayung di hadapanku sekarang ialah orang yang pernah mencetuskan debaran di hatiku dahulu. Dia menoleh ke arahku menghadiahkan sekuntum senyuman. Aku membalas.

Aku memerhatikan sekeliling. Subhanallah... cantiknya! Ada satu kelainan bila berada di sini. Kedamaian. Ketenangan. Indahnya saat ini. Semoga ia semat terpahat dalam memori. Kenangan, jangan kau pergi...


Sedang asyik aku memerhati keindahan alam ciptaan Tuhan, tiba-tiba...

Dushhh!

Kayak yang kami naik terbalik! Ya-Allah! Apa yang ditakuti terjadi jua. Aku benar-benar cemas. Seluruh badanku kini berada di dalam air. Aku tidak tahu berenang! Aku tidak tahu cara pernafasan dalam air! Bagaimana ini?

"Tolooooooooonggg!" Aku cuma tahu menjerit dan menjerit. Mungkinkah ada yang mendengar?

Mana Firdaus? Cepatlah datang selamatkan aku!

Setiap rongga tubuhku telah dimasuki air. Aku tidak mendengar apa-apa lagi. Pandanganku menjadi kelam. Yang terlintas di benak fikiranku hanya imbasan demi imbasan memori masa lampau. Mungkinkah segalanya akan berakhir di sini? Hari ini?



"Syah tak nak makan! Syah nak raket tu juga! Mak dah janji!"

Aku tarik muka masam lalu berjalan sambil menghentak kaki masuk ke dalam bilik. Pintu kuhempaskan kuat-kuat menunjukkan tanda protesku. Aku melancarkan mogok lapar semata-mata mak tidak mahu menghadiahkan raket badminton apabila aku mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.

Mak! Anak mak yang satu ini selalu mengusahkan mak, menguris hati mak. Ampunkan dosa Syah, ya!



"Apasal kau tolak kita tadi? Kita tak mahu kawan dengan kau lagi," ujarku lalu mengangkat kaki beredar.

"Maaflah.. Kita tak sengaja."

Aku tidak mempedulikan kata-katanya lagi. Jauh sekali memberi kemaafan. Langsung kami tidak bertegur-sapa lebih dari tiga hari dan ianya berlanjutan sehinggalah dia berpindah ke Pahang. Alangkah berdosanya aku kerana memutus tali persaudaraan hanya kerana dia tertolak aku sewaktu kami sama-sama didenda berdiri di atas kerusi di Sekolah Agama Rakyat. Aku jatuh seperti nangka busuk. Seisi kelas ketawa. Aku malu.

Waktu itu usiaku baru sembilan tahun tetapi keegoanku melebihi orang dewasa. Kerana sifat keanak-anakan itu, aku kehilangan teman yang telah kukenali sejak dari tadika lagi. Tiga tahun kemudian barulah kami berbaik semula. Itupun setelah dia melayangkan kad hari raya memohon kemaafan. Egonya aku! Agaknya terlalu mahal harga sebuah kemaafan pada masa itu. Meskipun kami sudah berkawan semula tetapi sampai ke saat ini aku tidak pernah menatap wajah temanku itu melainkan melalui gambar yang dikirimnya sahaja.

Teman, aku menyesal kerana mengambil masa begitu lama untuk memaafkan dirimu. Sungguh aku menyesal. Maafkan aku! Aku rindukan kemesraan kita yang lalu. Andainya bisa diputarkan masa, aku akan memaafkan dirimu saat itu juga. Tetapi aku cuma insan biasa sepertimu yang tidak punya kuasa. Dan hari ini, saat ini aku sedang bertarung nyawa. Doakan aku di sini!



Satu-persatu memori dilayarkan bagaikan dalam sebuah cerita. Pahit, manis... semuanya ada. Aku sudah penat melawan. Mungkin sudah tiba masanya menutup kamus kehidupan di dunia yang fana ini.

Maafkan Syah, semua. Nampaknya Syah terpaksa 'pergi' dulu, bisik hati kecilku.

Aku mengucap dua kalimah syahadah. Segalanya sudah sunyi sepi dan gelap-gelita. Aku sudah tidak sedarkan diri lagi. Dan akhirnya, aku tenggelam ke dasar perut Tasik Varsiti...



Bab 19


Prangg!!

Kaduk tergamam. Tanpa sengaja balang kaca yang dihadiahkan oleh Akasyah sempena hari lahirnya yang ke-19 tertepis lalu jatuh ke bawah. Serpihan kaca bertaburan di sana-sini.

"Masya-Allah... Kalau Syah tahu, teruk aku kena bebel," gumamnya sambil mencapai penyapu di tepi pintu.

Lalu dikemasnya semula lantai yang dipenuhi bintang-bintang comel yang berwarna-warni. Matanya hinggap pada sekeping kertas berwarna ungu yang dilipat elok. Dia teringat kata-kata gadis itu sewaktu menyerahkan hadiah tersebut beberapa bulan yang lepas.

"Dalam ni ada mesej untuk kau. Tapi tak boleh baca sekarang."

"Habis tu?"

"Lima tahun akan datang."

"Amboi! Lamanya kena tunggu..."

Entah mengapa hatinya meronta-ronta supaya isi kertas itu dibaca. Segera dia mencapai kertas biru itu dan dibuka perlahan-lahan.

Maafkan aku kerana mungkir janji, bisiknya.

Dia meneliti setiap baris kata yang dicoretkan oleh temannya itu.


Carl Duke Adam yang baik,


Hadirmu bagai mentari yang membakar semangat diri.

Mengenalimu adalah satu anugerah yang tiada tandingan.
Berpisah darimu... takkan ada dalam kamus hidupku.

Friendship Forever (^-^)v
Nurul Akasyah yang manis


Dia terkasima. Pandangannya beralih pada gambar dia dan Akasyah di sudut meja. Wajah Akasyah direnungnya dalam-dalam.

"Nurul Akasyah yang manis..." ujarnya sambil mengulumkan senyuman.

Memang manis pun. Pandai juga dia bermain bahasa, getus hatinya.

Dia mencapai bingkai gambar tersebut. Tiba-tiba dirinya dihimpit rasa rindu. Sejak dua, tiga bulan kebelakangan ini gadis itu semakin menyepikan diri. Hanya sesekali kiriman mel elektronik yang bertandang menjadi pengganti diri. Hendak berbual panjang di corong telefon jauh sekali.

Dia cukup masak dengan perangai Akasyah. Jika sudah leka dengan dunia belajarnya, dia akan jadi orang yang paling serius. Ditegur tidak dilayan, diusik hendak tersenyum pun payah. Hanya memandang si pengacau dengan dahi yang berkerut seribu dan wajah masam mencuka. Kaduk tersenyum sendiri apabila terkenangkan Akasyah yang sering melemparkan jelingan tajam setiap kali dia cuba mengusik.


Rindunya pada gadis itu, keluh hatinya.

Selain dari Jannatul Adnain, hanya Akasyah teman perempuan yang paling akrab dan memahami dirinya. Walaupun dia sering mendapat lamaran cinta ramai gadis-gadis yang berhajat mahu menjalinkan hubungan sebagai teman istimewa, semuanya dia tolak ke tepi. Hatinya masih tidak terbuka untuk sesiapa. Masih terpahat nama Ain di hatinya. Dan sehingga ke saat ini, hanya seorang sahaja yang berjaya mengundang kembali getaran di dada.

Gadis yang manis itu! Bila bersama mengundang bahagia, bila berjauhan menggamit rindu!

Kaduk segera mencapai telefon bimbitnya. Ingin diluahkan kerinduan yang terbuku jauh di sudut kalbu. Mahu diusiknya gadis itu seperti selalu supaya kedengaran gelak tawanya. Dan juga tidak lupa juga dititipkan kata-kata semangat buat bekalan menghadapi peperiksaan kelak.

Puas dia mendail nombor Akasyah namun tiada sebarang jawapan. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya mula rasa tidak senang. Lalu dia mengambil keputusan untuk menghubungi teman sebilik Akasyah.

"Asyikin, Syah ada?"

"Kaduk ke tu?"

"Haah. Kaduk ni."

"Kaduk... Syah... dia kat ICU sekarang."

Kata-kata itu umpama betali tajam yang menikam jantungnya. Sesak nafasnya saat itu. Kolam matanya sudah berkaca. Dia masih setia mendengar penerangan dari Asyikin walaupun hatinya sudah berlumur rasa pilu yang tidak bertepi.



Pesawat MAS berlepas meninggalkan kota London. Para pramugari dan pramugara mula sibuk menghidangkan jus oren kepada para penumpang. Carl Duke Adam melontarkan pandangan ke luar tingkap sambil menarik nafas panjang. Rasa sebak menyerbu masuk ke segenap tubuhnya. Dia memejam matanya rapat-rapat.

Ya-Allah, kau berikanlah aku kekuatan, pohonnya dalam hati.

Dia menatap kembali Kalamullah. Tangannya memegang erat naskah Al-Quran mini itu lalu meneruskan bacaan Yaasinnya. Kenangan terakhir bersama gadis itu kembali menerpa ingatannya. Dan air matanya menitis dan terus menitis.



September 2001


"Dah sampai kat sana nanti, jangan lupa kirim berita tau," pesan Akasyah bersungguh-sungguh.

"Insya-Allah... Kau pun jangan lupa beritahu bila nak terbang ke Jepun nanti." Giliran Carl Duke Adam pula mengingatkan temannya itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada malam tersebut dibanjiri oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Yayasan Satu, Lembah Beringin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Dan pastinya kaum keluarga turut sama datang menghantar mereka.

"Kenapa? Kau nak balik semata-mata nak hantar aku ke Jepun ke?" soal gadis itu lagi.

"Kalau masa tu aku cuti, tak ada masalah."balasnya sambil mengenyit mata kiri.

Gadis itu sudah melebar senyumannya. Manis! Wajahnya terpancar sinar keceriaan.

"Kau tak bergambar lagi dengan aku hari ni. Mari..." pelawanya sambil mengarahkan Akasyah berdiri di sebelahnya. Gadis itu menurut.

"Ok tak?" Carl Duke sempat membetulkan tali leher yang dipakainya.

Gadis itu mengangguk. "Tak ubah macam waktu kau jadi Ketua Pelajar dulu."

"Handsomelah tu..."

"Bolehlah..." balas gadis itu acuh tak acuh.

"Yalah... Mar Iskandar saja yang handsome. Siapalah aku kan?" ujarnya sedikit merajuk.

Gadis itu lagaknya biasa, akan berpura-pura tidak mendengar apabila nama Mar Iskandar disebut-sebut.

"Kau ada nampak Mar?" soalnya sambil memerhati sekeliling mencari jejaka idaman malayanya yang satu itu.

Carl Duke menggeleng lalu tersenyum penuh makna. Lelaki itu juga yang dicari! Masih tidak mahu mengaku lagi, cetus hati kecilnya.

"Haa... Sebelum aku terlupa, ada hadiah istimewa khas untuk kau..."

"Terima kasih," ucap Carl Duke sambil menatap Al-Quraan mini yang baru diterimanya itu. Pandanganya beralih pada gadis di hadapannya.

Tiba-tiba dia mendapati senyuman Akasyah menyirna. Bebola mata gadis itu tertumpu pada sesuatu yang berada di hadapannya. Carl Duke Adam pun segera menoleh ke belakang.

Kelihatan dari jauh Mar Iskandar berdiri di samping seorang gadis bertudung labuh dan bersama-sama mereka adalah ahli keluarga masing-masing. Carl Duke cukup kenal gadis itu. Dia adalah ketua muslimat yang juga merupakan penolong kepada Mar Iskandar, ketua Badan Dakwah Dan Rohani di kampus dahulu.

"Tak mahu jumpa dia?" soal Carl Duke Adam.

Akasyah menggelengkan kepala. Dia cuba tersenyum tetapi nampak sangat seperti dipaksa. Agaknya kecewa melihat jejaka idamannya di samping gadis lain.

Mohd Ammar Iskandar... terlalu istimewakah dia pada kaca mata gadis bernama Nurul Akasyah? soal hati kecil Carl Duke Adam.



"Mama! Papa!" Laung Carl Duke Adam sebaik sahaja melihat kelibat kedua orang tuanya di hadapan Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

"Adam?" Auntie Sufiah terkejut apabila melihat kehadiran anak lelaki tunggalnya itu. Siapa pula mengkhabarkan berita tersebut pada Adam? soalnya dalam hati.

Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik Unit Rawatan Rapi lalu menghampiri kaum keluarga dan sahabat-handai yang berkumpul di ruang legar luar bilik tersebut.

"Kami dah lakukan post-mortem. Harap wakil keluarga arwah dapat ikut saya ke bilik sekarang."

"Post-mortem? Arwah?" Carl Duke memandang wajah papa dan mamanya mencari kepastian.

Pantas mama memeluk tubuhnya lalu menangis seperti anak kecil. Papa pula memahut dan menepuk perlahan bahunya.

"Ya-Allah..."

Carl Duke sudah tidak dapat menahan sebaknya. Air mata lelakinya tumpah jua. Setahun lepas dia baru kehilangan Nur Jannatul Adnain, jelmaan Ainul Mardhiah idamannya. Wanita yang telah dia persiapkan segala-galanya untuk disunting selepas tamat pengajian kelak. Tetapi takdir menentukan gadis itu harus pergi dahulu sebelum sempat dia memetrai janjinya.

Dan saat itu Allah Ta'ala mengurniakan dia seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit. Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala luka, lalu dia jadi doktor yang menyembuhkannya. Dan, kala-kala gembira, dia menyimbahkan ketenangannya. Ya, dia kejora hidupku!

Akan tetapi, hari ini kejora hidupnya juga telah sirna cahaya. Gadis manis bernama Nurul Akasyah itu juga pergi buat selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi.

Kata-kata Akasyah terngiang-ngiang di telinganya. "Berpisah darimu... takkan ada dalam kamus hidupku." Dan buat sekian kalinya, air matanya gugur tanpa henti.




Glosari

Ar-Rahiim Maha Pengasih (nama Allah)
Kagaku kimia
sensei cikgu
Ainul Mardhiah ketua bidadari syurga yang dijanjikan Allah untuk para syuhada atas jalan-jalan perjuangan agamaNya.



Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

cODa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 3720
Posting: 26
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 19:20


wah² ni dah dpt permit penulis ke paste kat sini nih...

::Relevankah Aku Di Hatimu::


Bookmark and Share




  Member Information For cODaProfil   Hantar PM kepada cODa   Quote dan BalasQuote

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 22:47




Ana akui xdpt permit pn..sbb niat di hati nk menyenangkan sahabat2 baca cerpen ni sambil2 bukak portal muslimah ni..tp xpe la,blh baca terus dr link yg c0Da bagi tu..kire ana stop kat cni je lah..mohon maaf kpd sumea..salamm..


Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-01-05 20:38




Fiza rasa kalau ukhtie adneen nak paste mungkin leh mintak permission.. Dh tgk dah blog tue.. Hehe.. Nice blog.. Lagipun fiza mmg suke baca novel..

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

aieza_amira
WARGA RASMI
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 4731
Posting: 2
Dari: network of lipton

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 17:52


maaf la baru berkesempatan membaca...cerita ni mmg best...tapi, nape ending sedih sangat...


Bookmark and Share




  Member Information For aieza_amiraProfil   Hantar PM kepada aieza_amira   Pergi ke aieza_amira's Website   Quote dan BalasQuote

mulan03
WARGA RASMI
Menyertai: 02.06.2003
Ahli No: 1585
Posting: 5

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 00:17


wah...ni kisah benar ke rekaan semata?sadisnye citer


Bookmark and Share




  Member Information For mulan03Profil   Hantar PM kepada mulan03   Quote dan BalasQuote

laura_ashley
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2005
Ahli No: 5044
Posting: 3
Dari: newcastle

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 05:16


cerita nya panjang..tapi tak fahammm...apa kesudahan..terlalu byk watak dan karektor dan sesetgh part tak clear..,,..kesimpulannya mmg saya takleh compute ape kesimpulan cerita ini..ade yg mcm based on true story??author any comments?


Bookmark and Share




  Member Information For laura_ashleyProfil   Hantar PM kepada laura_ashley   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6673
Posting: 31
Dari: bumi Allah di Dungun terangganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-06 19:26


:):):)


Bookmark and Share




  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

hazzi
WARGA RASMI
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6670
Posting: 2
Dari: Sebuah bilik

Perak  


posticon Posting pada: 27-06-06 01:15


assalamualaikum...
cerita awak menarik tetapi ending story so sad...
jarang jumpa penulis yang buat ending story yang sedih
cubaan yang baik..(^_^)
saya nak tanya...
awak ni sekolah SERATAS ke dulu
batch berapa?


Bookmark and Share




  Member Information For hazziProfil   Hantar PM kepada hazzi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.072145 saat. Lajunya....