memang tak di nafikan fenomena cam ni berlaku.. bukan kat kolej anti jer tapi mana2 jerlah perkara sering kita saksikan..
bila manusia lebih mendahulukan nafsu daripada akal dan iman maka maka tuntutan syariat hanya satu omongan tapi bisikan syaitan lebih diutamakan.
memanglah kalu dibincangkan isu2 furu' camni sampai kiamatpun takkan habis kerana manusia dari hari kehari sentiasa meninmbulkan pelbagai isu dan persoalan sedangkan usulnya kita dan nyata dalam Al-quran..tapi kenapa sibuk nak mempersoalkan lagi?
kalu cakap bab fesyen pulak rasanya dah jenuh masyarakat kita dok bersoal jawab dari golongan bawahan sehinggalah ke gol profesional dalam bab2 agama ni..tapi gitulah keadaanya seolah2 takder penyelesaian sedangkan mereka dah tau apa yang patut dilakukan..
pokok pangkalnya adalah iman...kembalilah kepada Al-quran nescaya tidaklah manusia itu dalam kesesatan...Quran dah jelas mengatakan menutup aurat itu wajib dan islam juga telah menggariskan panduan2 dan ciri2 pakaian muslim yg sebenar tapi ramai mana yg ikut?
dunia semakin tiba dipenghujungnya...manusia sentiasa mencari jalan mudah atau rukhsah dalam menunaikan kewajipan yang dirasakan amat berat kecuali pada orang2 yg bertakwa...
tak payah kita dok pikir jauh...mudahnya tengoklah baru2 ni umat islam banyak digemparkan dengan penulisan seorang yg mengaku diri alim dalam bab agama menulis berkaitan agama...dia mempersoalkan tentang adanya azab kubur, tentang rambut itu bukan aurat bagi wanita dan macam2 lagi shg org awam jadi pening..
penulis ni berani mengenepikan Al-quran yang sememangnya dalil qot'ie yg tak boleh disangkal lagi...tentang perkara yg saya sebutkan diatas..
dengan berpandukan pandangan golongan profesional yg entah dari bidang mana...dia membentangkan hujjjah yang kononnya mantap untuk membuktikan bahawa Al-quran dan hadis itu salah tapi yang betulnya adalah pandangan dia..
manusia seperti inilah yang nabi pernah sebut bahawa diakhir zaman akan muncul dikalangan orang islam sendiri yg mana jahil tentang agama tapi berlagak memperkatakan tentang agama..
lalu orang macam inilah yang sesat lagi menyesatkan...dan kita berdoalah moga kita tak mudah terpengaruh dengan hasutan dan dakyah dajal2 sekarang yang seringkali mengeliru dan mencari jalan untuk menyesatkan umat islam
ingatlah!! apa juapun yg hendak kita lakukan kembalilah kepada Al-quran dan assunnah..kalu tak faham tanyalah orang yg faqih dan alim dalam bab agama bukan pada orang yang mengaku dirinya alim tapi suka mendustai kebenaran..
manusia memang sering mencari sesuatu yang mudah dalam agama...mereka akan menjadi seronok bila ada gol datang membincangkan sesuatu yg mereka rasa nak ambik jalan mudah lantas menghalalkan apa cara sekalipun dalam agama..seperti menghalalkan tidak bertudung bagi wanita.....sungguh keji orang yang mempermain2kan agama...semoga Allah bagi mereka petunjukkk...