Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Dari Galeri
Sebahagian muslimah yang hadir JK Aidilfitri 1424H anjuran bersama Komuniti Ukhwah

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Relevankah Aku Di Hatimu (3)?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Relevankah Aku Di Hatimu (3)?

Please Mendaftar To Post


Oleh Relevankah Aku Di Hatimu (3)?

adneen
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3553
Posting: 84
Dari: darr an naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-11-04 16:41


Bab 3


Suatu hari, aku mendapat tahu bahawa pada petang itu ada satu perlawanan bola jaring akan berlangsung di padang sekolah. Nasib baik aku lalu di depan papan kenyataan selepas tamat kelas tambahan hari itu. Hati aku melonjak keriangan tapi hanya untuk seketika.

Apabila mengetahui pasukan kami akan bertembung dengan pasukan yang cukup digeruni dan disegani di negeri Perak, hati aku tersentap. Rasa terkilan, kecewa dan marah menjalar di segenap tubuhku. Sungguh mendukacitakan apabila mendapati nama aku tidak tersenarai langsung. Puas aku meneliti berulang kali untuk kepastian.

Kenapa tiada seorang pun memaklumkannya kepadaku? Hampir sahaja air mata aku tumpah di situ. Masakan Puan Looi melupakan anak buahnya yang seorang ini!

Aku gagahkan diri ke padang bola jaring sekolah. Sudah ramai berkumpul di situ. Aku mengambil tempat bersama penyokong yang lain. Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, hati aku diasak rasa sayu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan saat ini.

Keesokan harinya...

"Maaf Puan. Boleh saya tahu kenapa saya tidak ada dalam senarai pemain untuk perlawanan semalam?" AKu menyuarakan rasa tidak puas hati kepada jurulatihku itu. Bilik komputer yang selalunya dingin terasa berbahang saat ini.

"Saya tahu awak busy sejak akhir-akhir ini. Saya tidak mahu ganggu awak belajar." Sesekali guru yang sarat lima bulan itu mengerling ke arahku. Selebihnya tumpuan beliau difokuskan pada monitor komputer. Jari-jarinya lincah menaip sesuatu di papan kekunci.

Aku terkedu. Memang aku inginkan sedikit kelonggaran daripada mengikuti latihan setiap petang tapi perlawanan dengan Sekolah Convent semalam amat penting bagiku. Setahun aku menantikan saat ini untuk membelasah pasukan itu setelah kami tumpas di tangan mereka dalam kejohanan tahun lalu. Tidak kusangka apabila peluang tersebut datang, nama aku pula tercampak keluar dari senarai pemain. Alahai...

"Tapi puan. Saya tak adalah busy sangat." Aku cuba meraih simpati dengan harapan Puan Looi akan berubah fikiran. Jika ada perlawanan selepas ini, aku akan turut bersama bermain.

"Sebenarnya tuan pengetua baru keluarkan arahan. Minta kurangkan penyertaan pelajar yang menghadapi peperiksaan besar seperti awak ini. Lagipun kita ada ramai pemain muda yang berbakat. Saya rasa tidak salah kalau kita beri mereka peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka. Saya percaya dengan potensi yang mereka pamerkan sepanjang tahun lepas dan sesi latihan awal tahun ini. Awak sendiri lihat bukan. Semalam pasukan kita menang!," terang Puan Looi dengan panjang lebar.

Bersemangat betul Puan Looi ini! Kata-katanya penuh yakin dan disokong dengan hujah yang mantap. Memang ada benarnya. Aku sendiri tahu ada dua, tiga orang pemain baru yang berkebolehan besar. Jika diberi bimbingan yang sewajarnya, mereka mampu pergi lebih jauh lagi.

Masa terus berlalu. Aku menyibukkan diri dengan buku-buku sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Walaupun keputusan percubaan aku agak memberangsangkan, namun aku masih perlu tingkatkan usaha supaya lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Ulangkaji, latih tubi, kelas tambahan dan kelas tuisyen menghiasi jadual harianku.

Di sebalik kesibukan seharian, aku tidak lupa kewajipanku pada yang Maha Esa. Aku cuba melatih diri melakukan solat malam. Sebelum tidur aku berniat untuk bangun malam. Dengan berniat sahaja sudah dikira sebagai kebaikan dan mendapat pahala.

Rasulullah S.A.W sendiri ada mengatakan,"Sesungguhnya setiap orang akan memperoleh apa yang diniatkan." Alangkah beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Pada awalnya, memang liat untuk bangun semula sekitar jam tiga pagi. Kadangkala jam loceng sudah terjerit-jerit hilang anak tekak, aku masih tak terjaga. Selalunya kita boleh bangun semula untuk mengadap buku pelajaran atau menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen. Tapi mengapa begitu payah sekali hendak mengadap Tuhan?

Nabi Sulaiman ibn Daud pernah berkata,"Wahai anakku! Jangan tinggalkan solat malam. Sesungguhnya, meninggalkan solat malam membuat orang menjadi fakir di akhirat kelak."

Aku insaf. Sedar yang selama ini aku terlalu memanjakan diri sendiri. Lalai dan leka mengejar tuntutan duniawi. Astaghaghfirullah hal azim...

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Cuaca agak panas kebelakangan ini. Daun-daun pokok bertukar menjadi kuning dan keperangan. Bila ditiup angin, ada yang jatuh berguguran ke bumi. Kaki aku menguis-nguis daun yang jatuh. Cantik sungguh pemandangan waktu itu. Bagaikan berada dalam musim luruh di luar negara. Mungkin suatu hari nanti aku akan berpeluang melanjutkan pelajaran di negeri orang. Ingin kugenggam salji yang memutih lalu kubentuk menjadi bebola lalu melemparkannya ke arah... Firdaus!

Suatu petang, sedang leka mengulangkaji bersama beberapa orang teman, telinga ini menangkap gelak tawa dari padang bola jaring di hujung sana. Keceriaan mereka menarik perhatianku. Ahh! Rindunya pada bola. Pada tiang gol. Rindu juga pada Puan Looi!

"Syah?"Salah seorang teman sedar yang aku sudah belayar jauh dari tujuan kami berkumpul di situ.

Aku tersentak. Fikiranku kembali ke alam realiti.

"Maaf, " bisikku perlahan. Nasib baik yang lain tak perasan.

Aku perlu meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Hanya tinggal dua minggu saja lagi sebelum tarikh keramat itu. Bak kata pepatah, genggam bara biar sampai jadi api!



Bookmark and Share




  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047497 saat. Lajunya....