Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal.

-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
Singgah di masjid utk solat zohor (di perkarangan masjid). Dari kiri, maricella, Hanan, suatumasa, afiza_ahmad, Engku_Salina, uhud80, cheque_2000 & nur_indah.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 474 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: GAGAH SEMASA HAMIL...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» GAGAH SEMASA HAMIL...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh GAGAH SEMASA HAMIL...

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-04 16:43


Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.

Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.

Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu.

Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil.

Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...

Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu.

Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek. Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa.

Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja.

Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan.

Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah: 1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut.

Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu. Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya.

Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.

Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.:: Ke Atas ::

Petikan daripada Pa&Ma, Julai 2002


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

an_nurr
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1897
Posting: 33
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-04 10:12



alhamdulillah..sepanjang saya mengandungkan anak sulung saya, ainul mardhiah dan selamat melahirkan pada 21 ogos 2004 tiada masalah serius yang saya hadapi.tambahan pula saya terpaksa berulang alik setiap minggu dari tempat saya mengajar di kota tinggi ke tampin sehingga la saya bersalin.Allah telah memberi kekuatan kepada saya dan alhamdulillah sagala urusan saya dipermudahkan olehNYa..saya terpaksa berulang alik dari awal kehamilan sehingga la waktu hampir bersalin pun saya sempat lagi balik ke tampin!! Dan Alhamdulillah sekali lagi Allah telah mempermudahkan saya bersalin..mungkin saya aktif bergerak semasa mengandung..setiap minggu panjat tangga bas .Saya masuk wad pukul 4.30 ptg dan saya selamat bersalin pukul 7 petang..alhamdulillahh..mudah bersalin walaupun anak sulung dan tiada pengalaman..dan bagi sahabiah2 lain yang bakal melahirkan cahaya mata saya nasihatkan anda banyakkan aktiviti semasa mengandung kerana ini akan membantu anda semasa anda bersalin..selain itu jgn lupa berdoa kepada Allah dan banyakkan melakukan ibadah sepanjang mengandung..jgn dilayan perasaan penat semasa mengandung..wallahua'lamm

ukhtie rose


Bookmark and Share




  Member Information For an_nurrProfil   Hantar PM kepada an_nurr   Pergi ke an_nurr's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-04 00:47


wbt...

alhamdulillah... bestnyer akak ader baby... mesti comel, kan? kiter teringin sangat nak baby, tapi suami kiter tak nak kiter susah sorang2 kat 'u'... so, dier suruh sabar dulu til final sem...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

an_nurr
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1897
Posting: 33
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-04 08:59


assalamualaikum..

aii alin..nama alin cam nama adik ipar akak.. so alin skang still belajar la ek..kat u mana tu..mmg betul kata husband alin tu..kene la sabar sampai hbs belajar..tp kalau nak baby jugak taded masalah..tp alin kene byk sabar dan sanggup menghadapi segala yg mendatang..byk cabarannya kalau mengandung masa belajar..tp masa akak study kat u dulu ada sorang kawan tu mengandung..sepanjang belajar selama 3 thn tu dia dah dpt 2 org anak...mcm tak percaya kan..ehhe..tp itu la hakikatnya..kalau lin sanggup tak kisah la kan..

ukhtie rose


Bookmark and Share




  Member Information For an_nurrProfil   Hantar PM kepada an_nurr   Pergi ke an_nurr's Website   Quote dan BalasQuote

shary
WARGA RASMI
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 2457
Posting: 2
Dari: skudai

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 09:59


ana ader satu citer, masa tu ana mengandung anak kedua, anak dijangka bersalin 2 minggu pas raya, masa raya tu ana balik lah kampong kat n 9. Raya kedua g lah raya kat KL, mak ana kata jangan pergi, awak tu dah sarat, tapi ana kata tak per lambat lagi.
Nak tahu apa yang terjadi, sampai kat KL, malm tu ana sakit perut, dan pagi ray ketiga tu g lah hospital, nak minta izin kat doktor tu nak bersalin kat kampong, apa lagi kena marah lah ngan doktor, awak nak bersalin tengah jalan.
dalam pukul 1.00 anak ana pun lahir,
hari kedua bersalin ana balik kampong, sampai kamapong kena marah lak ngna mak ana. itulah pengalaman ana. anak ana yang kedua ni jadi lah orang kl......


Bookmark and Share




  Member Information For sharyProfil   Hantar PM kepada shary   Quote dan BalasQuote

an_nurr
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1897
Posting: 33
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 10:18



lahaiii..ciannye shary ekk...nak buat cemana mmg masa tu dia nak kuar kan..ehehe ..tak kisah la mana2 pun asalkan segala2nya selamat..hmm..kg kat n9 tu kat mana ekk

ukhtie rose


Bookmark and Share




  Member Information For an_nurrProfil   Hantar PM kepada an_nurr   Pergi ke an_nurr's Website   Quote dan BalasQuote

Ummu-Rumman
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2004
Ahli No: 4133
Posting: 8
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-11-04 16:12


Subhanallah..seronoknya dah dapat baby..
Naluri ibu dah memanggil-manggil dah..
Tapi kahwin pun belum.. ehek..


Bookmark and Share




  Member Information For Ummu-RummanProfil   Hantar PM kepada Ummu-Rumman   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-04 08:59


wbt...

an_nurr, terima kasih di atas nasihat an_nurr...
dah lamer tak log in portal nie sebab sibuk tolong mak mertua buat persiapan rayer n ke kl, ader sepupu berkhatan...
alin study kat uum, kos pendidikan IT (minor Teaching English as Second Language)...
an_nurr pulak?


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

an_nurr
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1897
Posting: 33
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-04 20:35


Quote:

On 2004-11-24 08:59, alin1605 wrote:
wbt...

an_nurr, terima kasih di atas nasihat an_nurr...
dah lamer tak log in portal nie sebab sibuk tolong mak mertua buat persiapan rayer n ke kl, ader sepupu berkhatan...
alin study kat uum, kos pendidikan IT (minor Teaching English as Second Language)...
an_nurr pulak?



assalamualaikum..
haii alinn...masih study rupanye..akak ex-student ukm..amik kos mikrobiologi..tp skang jd cikgu..ehhe..lari dr kos..anyway happy knowing you..


Bookmark and Share




  Member Information For an_nurrProfil   Hantar PM kepada an_nurr   Pergi ke an_nurr's Website   Quote dan BalasQuote

sali
WARGA RASMI
Menyertai: 04.12.2004
Ahli No: 4662
Posting: 9
Dari: malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-04 10:03


best nyer dapat baby kan.tapi belum kahwin lagi .
tapi dah bertunang dah baru jer 2 hari.
lambat nyer sampai masa tu kan.


Bookmark and Share




  Member Information For saliProfil   Hantar PM kepada sali   Quote dan BalasQuote

acik311
WARGA RASMI
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 4257
Posting: 4

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 12:49


...

Untuk penegtahuan kengkawan semua, akak insyaAllah bakal melahirkan baby sulung pada awal Januari nanti. Sepanjang 8 bulan mengandungkan baby ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Rasa seronok dan tak sabar2 nak tunggu baby keluar.
Akak bekerja di KL dan sepanjang 8 bulan ni akak drive sendiri untuk sebab bertentangan arah dengan tempat kerja suami di Putrajaya. Tapi dah masuk 8 bulan ni, dia dah tak bagi drive sendiri dan dia hantar akak ke pejabat tiap2 hari. Walaupun badan akak ni kecil molek je, tapi alhamdulillah Allah bagi banyak kemudahan dan akak tetap cergas walaupun tak dapat cergas macam orang normal.
Akak harap adik2 dan kawan2 semua sudi doakan semoga akak selamat lahirkan baby yang sempurna dan baby jadi anak yang soleh... Terima kasih...


Bookmark and Share




  Member Information For acik311Profil   Hantar PM kepada acik311   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 13-12-04 07:59



Tumpang gembira untuk semua ibu-ibu....


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

haruman_syurgawi
WARGA RASMI
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2148
Posting: 17
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-05 13:29


Alhamdulillah, ana baru jer bersalin pada hari tsunami yg lepas..insaf sebab pada hari tu ramai yang kehilangan nyawa..tapi Allah beri nyawa baru utk anak ana, Husna.

Kalo kira masa pregnant dulu memang gagah jugakla kot...awal pregnant jaga mak mentua yang lumpuh...masa dah masuk 5 bulan balik ke UTM sambung belajar tahun akhir...masa tu, selalu berjalan sejauh 2km kalo nak pi fakulti dari kolej...penat tu ada...tapi Allah bagi kekuatan pada kita yang menuntut ilmu semasa hamil...alhamdulillah...semuanya selamat...Husna pun dah jadi lincah n semangat cam umminyer jgk...


Bookmark and Share




  Member Information For haruman_syurgawiProfil   Hantar PM kepada haruman_syurgawi   Pergi ke haruman_syurgawi's Website   Quote dan BalasQuote

fit
WARGA RASMI
Menyertai: 25.02.2004
Ahli No: 3317
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 11:29


Assalamu'alaikum.

Wah bestnya dengar....
Camne memilih pakaian yg sesuai semasa mengandung... Apa pakaian2 yang sesuai.


Bookmark and Share




  Member Information For fitProfil   Hantar PM kepada fit   Quote dan BalasQuote

shafiahwafi
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2005
Ahli No: 5407
Posting: 14
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 22-06-05 09:55



memang ada wanita yag kuat waktu mengandung dan ada yg agak lemah.saya juga sewaktu mengandung anak pertama boleh lagi berjalan-jalan hingga lewat mlm bersama suami sebelum melahirkan anak keesokkan harinya. dan saya juga kerap ulang alik dari s'pura-kuantan seorang diri menaiki bas ekspres kerana suami orang kuantan. sekarang ni tgh mengandung anak kedua dan saya masih lagi ulang alik ke kuantan dan kerap ke JB untuk berjumpa suami.penat memang penat apatah lagi saya perlu bekerja dan menjaga anak tanpa suami disisi yang jauh dimata.tapi alhamdulillah suami banyak beri dorongan dan nasihat.


Bookmark and Share




  Member Information For shafiahwafiProfil   Hantar PM kepada shafiahwafi   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 19:47


Assalamualaikum semua...wah seronok ana membaca pengalaman iibu2 yang mengandung ini...actually,ana pun tengah sarat juga ini...7 bulan dah...alhamdulillah ini merupakan kandungan sulong ana...dan ana harap segala2 nya akan dipermudahkan oleh Allah masa melahirkan nanti...ana masa prgnant ini jubah dah tak muat dah...so terpaksa la beli pakaian ibu hamil...lawa2 juga la coraknya...heheheh...sempat juga bergaya w'pun hamil...:)


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

sufi109
WARGA RASMI
Menyertai: 21.02.2006
Ahli No: 6332
Posting: 10
Dari: kuala terengganu

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-03-06 16:05


Assalamualaikum...

Tumpang senyum saja baca kisah semua...bahagia nampaknya dapat baby ni kan...ana pun dah tak sabar nak ada baby sendiri...selama ni tumpang manjakan baby orang saja...harap2 nanti dah berumah tangga cepat2 dapat anak...Aminn...


Bookmark and Share




  Member Information For sufi109Profil   Hantar PM kepada sufi109   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 20:46


betul tu sufi109, seronok baca kisah orang nak dapat orang baru nii...em, harap-harap lepas ni giliran kita pulak nak merasai pengalaman macam mereka semua kan...


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 21:49


buat sufi109 dan jiejot ana tetap doakan agar anti semua akan dikurniakan cahaya mata tak lama lagi...harap anti berdua sabar dalam menempuhi segala dugaan Allah ini...ana faham bagaimana perasaan anti...tapi cuba kita lihat pasangan2 lain yang dah 10 -->15 tahun kahwin tapi masih lagi tak dapat baby...harap kita semua ambil iktibar di atas kesusahan orang lain...ana percaya...rezeki anti semua ada...cuma belum tiba masanya lagi...ok??


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

aireen
WARGA RASMI
Menyertai: 27.12.2006
Ahli No: 7168
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 12:12


Wah, bestnya...thniah buat ibu2 yang dah lalui pnglman yang istimwa 2 kan..actually, eila juga tak sabar nak ada baby sendiri tapi tak sampai seru lagi nak khwn..hehe..harp2 dah khwn nanti dapat tengok baby2 yang comel2..AMIN...


Bookmark and Share




  Member Information For aireenProfil   Hantar PM kepada aireen   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» GAGAH SEMASA HAMIL...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.557082 saat. Lajunya....