Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang bijak akan sentiasa ingat bahawa kejayaan atau kegagalan bukan pengakhiran

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
kenangan ana bersama seorg sahabat...women's week,multimedia university(mmu)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Review Buku
Topik: Angah Pun Mahu Puasa....


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, istisafa
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Review Buku
    »» Angah Pun Mahu Puasa....

Please Mendaftar To Post


Oleh Angah Pun Mahu Puasa....

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 11:43


NIMOIZ T Y nama pena bagi Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub yang berasal dari Kg. Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Bukunya bersama penulis lain yang sudah diterbitkan ialah ‘Apas’, ‘Sajen’, ‘Selagi Ombak Mengejar Pantai 8’ dan ‘Hostel: Debaran Kedua’ manakala kumpulan puisinya, ‘Jalan Baru’. Antologi cerpennya, ‘Salju Jabal Musa’ bersama Amiza Khusyri Yusof, Fahd Razy, Ghafirah Idris dan Ida Munira Abu Bakar kini dalam proses penerbitan. Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) ini memenangi Anugerah Penyair Alam Siber 2003 dan Puisi Sains Karyanet 2004.




Angah Pun Mahu Puasa

1.

ANGAH memang suka dengar Ayah royat cerita. Di serambi itulah, Angah selalu duduk di riba Ayah. Angah akan ralit mendengar. Angah akan ralit mendengar Ayah royat cerita sambil tangannya cuit-cuit janggut Ayah yang sejemput.

Petang itu, Ayah royat cerita tentang kelebihan bulan Ramadan. Angah seronok. Kata Ayah, kalau hadir Ramadan, anak bulan akan muncul di wajah langit. Angah tanya Ayah, anak bulan itu macam mana? Ayah senyap. Ayah tidak kata apa-apa. Emak di sebelah, yang sedang meriba Adik Usu juga tidak kata apa-apa. Kemudian, Ayah cakap yang anak bulan itu kecil. Wajah anak bulan macam ibu bulan juga. Angah terus menyampuk. Anak bulan tentu akan disayangi oleh ibu bulan. Macam Ayah sayangkan Angah. Macam Emak sayangkan Angah. Macam Ayah sayangkan Adik Usu. Macam Emak sayangkan adik Usu. Ayah diam. Emak diam.

Adik Usu menangis. Angah tahu, tentu Adik Usu laparkan susu. Emak jengket-jengket ke dapur. Mahu buat susu. Emak beri Adik Usu pada Ayah. Ayah ambil Adik Usu. Angah lirik pada Adik Usu. Angah lirik pada Ayah. Ayah kemudian terus sambung royat cerita. Angah terus juga ralit mendengar.

2.

Malam. Seperti kata Ayah, tanda menjelang Ramadan ialah akan nampak anak bulan. Selepas sembahyang Maghrib di madrasah, Angah lekas-lekas pulang ke rumah. Ayah tidak marah Angah pulang seorang diri. Madrasah tidak jauh. Cuma di sebelah rumah Angah sahaja. Ayah tidak perlu risau.

Angah mahu duduk di beranda. Di beranda tempat Ayahnya selalu royat cerita. Angah mahu tunggu anak bulan. Angah mahu tengok comelkah anak bulan. Angah tetap tunggu. Tunggu juga. Angah masuk ke bilik. Angah ambil teropong kecil. Bila Emak tanya: Hendak buat apa dengan teropong itu?, Angah sengih-sengih. Angah sengih-sengih. Kata Angah, mahu tengok anak bulan. Dan kini, giliran Emak pula sengih-sengih.

Belum pun sempat Angah duduk, Emak panggil Angah masuk. Angah tanya: Ada apa? Emak cakap: Mari dengar radio. Angah pelik. Biasanya Ayah marah kalau dengar radio pada waktu begitu. Bila Angah masuk, Angah lihat Ayah sudah terpaku di corong radio. Adik Usu ada sama. Angah dengar betul-betul. Ada pengumuman tarikh mula puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ya, sah, esok mula puasa. Angah lompat-lompat gembira. Adik Usu tidak tahu apa-apa. Angah saut selipar jepun. Angah ke Madrasah. Angah mahu cakap pada jemaah yang esok jadi puasa. Angah mahu dialah orang pertama yang memaklumkannya. Mula-mula Angah beritahu kepada Mak Uda. Kemudian Mak Uda beritahu kepada Pak Imam. Kemudian Pak Imam umum pula guna pembesar suara.

Kemudian, Angah dengar ada bunyi mercun. Angah tahu, itu kerja budak-budak nakal. Angah tidak mahu terlibat. Main mercun bahaya.

3.

Malam itu mula terawih. Angah duduk di saf belakang. Kata Emak, Angah masih budak. Tak boleh duduk depan. Tak boleh duduk depan bersama orang tua. Bila Angah tanya: Mengapa? Emak cakap Angah belum baligh. Angah angguk-angguk. Angah angguk-angguk tanda faham. Sebenarnya Angah masih belum faham. Belum faham apa-apa. Semua budak-budak sebaya Angah juga duduk di saf belakang. Angah tidak kesunyian. Dia ada ramai kawan. Angah mahu sembahyang terawih sama. Angah tahu, bulan Ramadan disunatkan sembahyang terawih. Banyak kelebihan dan ganjaran pahala.

Bila jemaah mula angkat takbir, Angah pun angkat takbir juga. Macam Pak Imam buat. Macam Emak buat. Macam Ayah buat. Macam lain-lain makmum buat. Ketika Pak Imam mula baca fatihah, Angah terperasan ada kawan-kawannya yang tidak sembahyang. Mereka buat bising di belakang. Angah tahu, ketika orang sembahyang, tak boleh buat bising. Tak baik. Kalau Ayah tahu Angah pun buat bising, Angah tahu Ayah akan marah. Angah tidak mahu Ayah marah.

4.

Bangun sahur!: Ayah kejutkan Angah. Sebelum tidur, Angah sudah cakap pada emak supaya kejutkan dia sama. Emak sudah kejutkan Angah. Tapi, Angah rasa macam malas bangun. Angah tahu, emaknya akan bangun awal untuk siapkan makanan dahulu. Kalau Angah bangun selepas emak bangun, Angah rasa rugi. Bila Ayah pula yang kejutkan Angah, Angah cepat-cepat bingkas. Angah pasti, makanan sudah siap.

Angah mahu belajar puasa. Tahun lepas, Angah sudah belajar puasa. Tapi sekerat hari sahaja. Kata emak, sekerat hari tidak mengapa. Sebab Angah masih budak. Sebab Angah belum akil baligh. Tengah harinya, emak suruh Angah berbuka. Angah tidak mahu. Angah nangis-nangis. Kata Angah, dia masih boleh bertahan. Angah dengar, kalau puasa sekerat hari, orang panggil puasa yuk yuk. Tengah hari buka periuk.

Walaupun cepat-cepat bingkas selepas dikejutkan oleh Ayah, Angah masih mamai. Angah tenyeh-tenyeh mata. Matanya kelip pah kelip pah. Emak buat air susu. Kata emak, minum air susu dapat beri tenaga. Buah kurma juga dapat beri tenaga. Makan buah kurma sunnah Nabi. Emak kelih pada Angah yang masih kelip pah kelip pah. Angah kelih pada ayah. Ayah pun bersuara: Cepat makan, nanti habis waktu. Nanti tak sempat. Angah angguk-angguk. Mereka makan sama-sama. Angah yang baca doa.

Esok Angah akan puasa penuh: Kata Angah kepada ayah dan emak. Emak kelih pada Ayah. Ayah kelih pada emak. Emak tersenyum. Ayah tersenyum. Melihat emak dan ayah tersenyum, Angah ikut senyum sama.

5.

Di sekolah, ramai kawan-kawan Angah yang tidak puasa. Ustazah ada tampal kad manila di dinding. Kata Ustazah, siapa yang puasa hari itu, sila tandakan ‘right’. Kalau tidak puasa, sila tandakan pangkah. Siapa puasa penuh, Ustazah akan beri hadiah. Angah tahu, dia boleh tipu. Kalau dia tidak puasa, dia boleh sahaja tanda ‘right’. Tapi, Angah tahu yang Tuhan nampak. Tuhan tahu segala-galanya. Semuanya. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Esa.

Ketika waktu rehat, ada kawan-kawan Angah ke kantin. Angah tahu mereka tidak puasa. Ada juga kawan-kawan Angah yang sengaja makan di depan Angah. Sengaja menunjuk-nunjuk. Mereka buat mulut nyum nyum. Macam sedap. Tapi, Angah buat tidak kisah. Angah buat tidak tahu sahaja. Lagipun, Angah pernah dengar hadis yang berbunyi: Puasa adalah separuh kesabaran. Jadi, Angah perlu sabar. Angah tahu, sabar itu separuh daripada iman. Angah dengar dari mulut ayah. Malah, ustazah pun pernah cakap begitu.

Ramai kawan-kawan Angah royat yang mulut Angah busuk. Angah tidak mandikah? Angah tidak gosok gigikah? Bukan: Kata Angah. Lalu Angah dengan senang royat yang dia puasa. Angah royat kepada kawan-kawannya yang mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum daripada bau minyak kasturi di sisi Allah. Bila kawan-kawan Angah tanya: Macam mana Angah tahu? Angah seterusnya akan royat yang Ayahnya royat begitu. Bila kawan-kawan Angah tanya, macam mana ayahnya tahu? Angah diam. Kata Angah, dia akan tanya pada Ayah bila pulang nanti.

Seterusnya, Angah dengan senang royat kepada kawan-kawannya bahawa: Orang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, yang satu macam ialah ketika ia berbuka dan yang satu lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhan-Nya. Angah bukan reka. Ini hadis seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Angah baru hafalnya kelmarin. Angah terus hafal selepas mendengar dari mulut Ayah. Walaupun masih budak, Angah sememangnya cekap dalam hafalan.

6.

Tengah hari. Ayah datang jemput Angah di sekolah. Bila mana melihat Ayah, Angah terus lari-lari anak. Cepat-cepat Angah cakap pada Ayah yang dia masih boleh bertahan. Angah cakap yang hanya dia seorang sahaja puasa penuh hari itu. Angah tengok pada kad manila di papan kenyataan, kawan-kawannya semua tandakan pangkah. Hanya Angah seorang sahaja tanda ‘right’. Ustazah puji-puji Angah. Hidung Angah kembang-kempis. Angah lalu cakap pada Ustazah, jangan puji lebih-lebih. Nanti Angah berasa malu. Lagipun, tidak baik kita puji orang lebih-lebih. Itu juga kata Ustazah.

Sesudah mandi dan sembahyang Zohor, Angah buat kerja sekolah. Angah perlu siapkan awal-awal. Selepas itu, Angah mahu tidur sekejap. Selepas itu, Angah mahu bantu emak siapkan juadah buka puasa. Malam pula, Angah mahu sama-sama sembahyang terawih di madrasah. Angah semat azam dalam diri, yang dia tidak akan tinggalkan terawih walau barang sekali. Angah janji pada dirinya. Angah mahu jadi anak yang solehah.

7.

Angah uli-uli tepung. Macam yang Emak buat. Bila teringatkan kuih puteri mandi, Angah telan-telan air liur. Bila teringatkan air sirap, Angah telan-telan air liur. Bila teringatkan sira pisang, Angah telan-telan air liur. Bila teringatkan itu semua, Angah tiba-tiba jadi lapar. Angah tiba-tiba rasa macam mahu makan. Angah tiba-tiba rasa macam mahu berbuka. Bagaimanapun, Angah tiba-tiba teringat yang hari itu memang dia tidak puasa. Dia makan nasi selepas buat kerja sekolah tadi. Angah rasa kesal. Angah rasa bersalah. Angah rasa bersalah pada diri. Angah rasa bersalah pada Emak. Angah rasa bersalah pada Ayah. Angah rasa bersalah pada Ustazah. Angah rasa bersalah pada Allah.

Besok, Angah akan cuba juga puasa penuh. Angah pun mahu puasa. Angah pun mahu puasa macam orang lain, kata Angah dalam hati. Pagi-pagi besok, bila sampai di sekolah nanti, Angah akan betulkan semula apa yang dia tanda di atas kad manila di papan kenyataan. Tapi, bila teringatkan yang Angah sebenarnya mengidap penyakit, yang tidak membolehkan dia berpuasa macam orang lain, Angah tiba-tiba menitiskan air mata. Angah menangis.

Ayah akan cuba ikhtiarkan. Emak akan cuba ikhtiarkan: Kata Ayah memujuk. Kata emak memujuk. Ayah turut menitiskan air mata. Emak turut menitiskan air mata. Adik Usu masih belum faham apa-apa.

Emak, ayah, kalau Angah pergi dulu, harap ampunkan dosa Angah ya. Tolong puasakan untuk Angah ya: Emak jadi sayu. Ayah jadi sayu. Angah, jangan kata begitu. Dua minggu hanya ramalan doktor. Kuasa Tuhan jua yang menentukan: Kata ayah. Angah tarik nafas panjang.

Emak, ayah, Angah pun mahu puasa. Kalau Angah dapat puasa penuh, sehari pun jadilah. Jadilah sebelum Angah pergi.

Angah, jangan cakap begitu lagi: Ayah sedikit sayu. Mata emak masih merah. Mari kita ke beranda. Ayah mahu royat cerita. Angah suka dengar Ayah royat cerita kan? Angah...Angah...Angah...!

8.

Angah pengsan tiba-tiba.


apekah kesudahannye...??

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051295 saat. Lajunya....