Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
Ni tempat anis praktikal...salam ukhwah wa mahabbah fillah buat semua.... ;-)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 476 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: PELAJAR MALASIA DI MESIR DIBUNUH! - al-FATIHAH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» PELAJAR MALASIA DI MESIR DIBUNUH! - al-FATIHAH

Please Mendaftar To Post


Oleh PELAJAR MALASIA DI MESIR DIBUNUH! - al-FATIHAH

ashkura_dani
WARGA RASMI
Menyertai: 12.03.2004
Ahli No: 3412
Posting: 5
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 10:30


Empat beranak dibunuh:
Pangsapuri pelajar kita di Mesir turut dibakar

Empat beranak rakyat Malaysia ditemui mati dalam kebakaran di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, dipercayai dibunuh sebelum kediaman mereka dibakar oleh seorang warga Indonesia, Jumaat lalu.
Mangsa ialah Mohd Zaki Ayub, 27, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan dua anak mereka, Siti Maryam Hafizah, 3, serta Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.

Nurul Hayati, Siti Maryam dan Muhammad Muazz ditemui rentung di bilik tidur, tetapi mayat Mohd Zaki yang ditemui di ruang tamu tidak terbakar.

Mayat Mohd Zaki yang ditemui berhampiran pintu bilik tidur itu mempunyai tiga kesan tikaman di depan dan belakang badannya, selain kesan kelar di leher dengan percikan darah ditemui di ruang tamu pangsapuri berkenaan, termasuk di dinding dan kipas meja.

Al-Fatihah untuk Uztaz Zaki dan keluarga


Bookmark and Share




  Member Information For ashkura_daniProfil   Hantar PM kepada ashkura_dani   Quote dan BalasQuote

ashkura_dani
WARGA RASMI
Menyertai: 12.03.2004
Ahli No: 3412
Posting: 5
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 13:24


ni keratan akhbat Mesir Al-Gomhuria 17/10/2004



Terjemahan keratan akhbar

*****************************************************

Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysia
selepas 12 jam

Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan Nasr
City .... kerana perselisihan kewangan – membunuh dan
membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan
jenayahnya

Pegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan,
Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan
sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas
kejadian.Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd Zaki
Ayob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah
Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayati
bt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak
mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka
dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan
tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasan
Perumahan Swisry Nasr City.Pihak siasatan polis
mengenalpasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut
ialah Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia
pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada
mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan
membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau
selepas berlaku perselisihan diantara keduanya dalam
perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran
wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri
mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada
jiran yang lain.Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang
dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan
kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.
Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon
bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli
keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan
pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri
dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun
menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjaya
menangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan
menceritakan secara terperinci apa yang telah
dilakukannya.

Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hari
Jumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No
51, kawasan Perumahan Swisry,Nasr City menyedari ada
kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa
(mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu
terkejut dan mendapati api sedang marak menyala
daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa
yang begitu pantas dan mereka tidak mampu
memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan
mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.

• Penduduk kawasan perumahan tersebut segera
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba,
dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai di
tempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantas
memadamkan kebakaran disamping menutup mematikan
elektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.
• Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal api
dengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejut
apabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsa
hangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut di
samping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumah
mangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsur
pembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakaran
tersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumah
mangsa untuk menyembunyikan jenayahnya.

Tikaman Pisau

• Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang
bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah
membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan
bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka di
antaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada,
tengkuk dan muka mangsa.Begitu juga yang terdapat di
jasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka
sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang
kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa
mangsa.Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah
seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah
tetamu kepada mangsa.
• Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil
Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan
Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan
penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan
untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap
pembunuh.Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa
daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa
sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa.Pihak
berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut
bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih
kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universiti
al-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan
tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang
cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan
pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah
untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cyber
cafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah
motosikal.

Pembunuh dikenalpasti.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah
melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing
tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33
tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan
Asia di kawasan perumahan yang sama yang telah
bersembunyi selepas kejadian.

• Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian
untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara
Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah
hospital swasta di Mohandesin,Giza yang sedang
mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan
kirinya.
• Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan
tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa
dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.Namun dia
tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan
dengan kecederaan yang dialaminya.Setelah ditekan dan
diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia
mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil
menangis dan menjerit-jerit.Tertuduh berulangkali
mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat
Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah
membakar mangsa di rumah mereka".

Tertuduh mengaku

Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut
tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah
rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk
mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asing
sebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang
lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan
faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi
pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau
dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan
tertuduh.Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil
pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa
kali.Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah di
badannya,tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadian
tersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus
selepas keluar daripada bilik tidur.Lalu tertuduh
memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil
menikamnya dengan pisau.Kemudian tertuduh menarik
kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya
disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis
ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa
dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound
Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam
keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar
rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan
diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan
mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan.Seolah-olah
kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika
mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya
terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian
tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak
dapat tidur dengan lena.Tertuduh menyambung dengan
mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana
membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh
juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya
dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan
jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya
pisau serta kedudukan barang-barang yang
diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk
siasatan lanjut

Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir


Bookmark and Share




  Member Information For ashkura_daniProfil   Hantar PM kepada ashkura_dani   Quote dan BalasQuote

Angel_dust1412
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.10.2004
Ahli No: 4466
Posting: 50
Dari: Kuala Lumpur

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 17:50




Kesiannyer... tak pasal-pasal kene bunuh...
Kejamnyer...

-----------------
- PatAH tUMbuH HilANg bERgaNTi -

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berteguh.



Bookmark and Share




  Member Information For Angel_dust1412Profil   Hantar PM kepada Angel_dust1412   Pergi ke Angel_dust1412's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 18:45



Al Fatihah buat Keluarga tersebut. Kejam betul pembunuhan tersebut. Bila nafsu marah menguasai diri, memang tak sedar apa yang dilakukan..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 08:21


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Inalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ini petikan dari [email protected] -

Al Fadhil Uz Zaki B Ayub (Pengerusi PERKISAS 96),
> isterinya
> Norhayati Bohari (Timb. Pengerusi PERKISAS 96) serta
> anak-anaknya,
> Siti Maryam Hafizah (3 tahun) dan Muhammad Muaz
> Hafiz (11 bulan)
> telah dibunuh dgn kejam pada jam 9 @ 10 pagi waktu
> mesir ( 3 @ 4 ptg
> waktu malaysia), 15 Oktober 2004 @ 1 Ramadan 1425 di
> rumahnya di
> haiyu Asyir, madinet Nasr, Kaherah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - maaf lama tidak online sebab pc rosak dan alhamdulillah ni dah pulih.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-04 17:44


inilah manusia..al-fatihah


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

cahaya_memelihara
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2004
Ahli No: 4472
Posting: 2

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-04 21:10


kejam nyer..sedih betul arr.dah arr 1 ramadhan lak tu..sob..sob...


Bookmark and Share




  Member Information For cahaya_memeliharaProfil   Hantar PM kepada cahaya_memelihara   Quote dan BalasQuote

FatimahNisyampuri
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 16.08.2003
Ahli No: 2214
Posting: 71
Dari: Mafraq, Jordan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 19:53




innalillah....

astagfirullah al azim....
ntah lah tak reti nak komen.. manusia macam ni pun ada... berderau sarah baca ni hah... mesir tak jauhdah dari sini.. kawan kawan pu ramai kat sana..


Bookmark and Share




  Member Information For FatimahNisyampuriProfil   Hantar PM kepada FatimahNisyampuri   Pergi ke FatimahNisyampuri's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-04 11:35


assalamualaikum wbt...

al Fatihah utk mereka sekeluarga...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-11-04 16:07


Innalillahi wainna ilaihi rajiun... bahaya bila amarah menguasai diri... yang mana betul yang mana salah pon dah tak boleh bezakan.. jadik zalim pulak manusia ni... so, bykkanlah bersabar bulan Ramadhan ni... moga kita semua dijauhi dari perkara2 sebegini...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Pergi ke nur_indah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.491752 saat. Lajunya....