Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang hebat ialah orang yang sederhana dalam kata-katanya tetapi hebat dalam tindakannya

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Dari Galeri
salam ukhuwah dari mencari sinar ilahi nama panjangnyer heheheh... nama singkatnya MencariSinar...bertemu dan berpisah kerna Allah swt.

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 8 jam, 32 minit yang lalu
uzmawahida: 8 hari yang lalu
fayyzah: 20 hari yang lalu
bintanghatee: 27 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: SUKARNYA MEMAHAMI WANITA ( CURAHAN HATI SEORANG SUAMI )


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» SUKARNYA MEMAHAMI WANITA ( CURAHAN HATI SEORANG SUAMI )

Please Mendaftar To Post


Oleh SUKARNYA MEMAHAMI WANITA ( CURAHAN HATI SEORANG SUAMI )

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 13:06


SUKARNYA MEMAHAMI WANITA ( CURAHAN HATI SEORANG SUAMI )

Sukarnya memahami seorang wanita, ternyata bukan mitos semata. Sedangkan
lagi sedang ber "mat tahir" memang sudah terasa sukarnya, saya fikir
setelah menikah lebih mudah memahami wanita. Ternyata, semakin sukar!
Berdasarkan hasil pengamatan saya, ternyata justeru hal-hal kecil dari sisi
kehidupan seorang wanita yang paling sukar difahami.

Semua orang juga tahu kalau wanita itu suka bershopping. Saya juga sering
menemani isteri shopping; boleh juga "mencuci mata" ... he..he..
Kalau saya ( mungkin hampir semua lelaki juga sama ) selalu straight to the
point, niat nak beli kasut, terus ke kedai kasut dan tak sampai tiga puluh
minit sudah dapat sepasang kasut di tangan. Lain pula dengan isteri tercinta
yang pada mulanya dari rumah niatnya cuma nak beli klip rambut memerlukan
waktu lebih dari dua jam! Itupun akhirnya terkadang tak terbeli, malahan
dibelinya mekap, beg dan mainan untuk si kecil.

Pernah juga saya menemani dia ke pekan hanya untuk membeli sandal dan setelah
berpusing dari satu kedai ke satu kedai selama berjam-jam, dengan muka
selambaland mengatakan bahawa modelnya tidak ada yang perkenan dihati dan
meminta diantar ke tempat lain. Oh my, God! Dari sekian banyaknya kedai yang
menjual beraneka fesyen kasut tak satupun model yang berkenan di hatinya .....
iskkkk boringnya rasa dihati, tapi kerana cinta, ya sudah ..... akhirnya
saya turutkan sahaja (meskipun dalam hati saya rasa semacam jerr...)

Masalah pakaianpun sering bikin pusing kepala. Kalau dia pakai baju baru dan
saya buat derk, pasti muncungnya...hermmmmm. Saya dikatakan tak appreciate isteri,
dsb, dsb .... Padahal maksud di hati saya bukan begitu. Dah, bajunya segudang;
mana saya hafal yang mana baru yang mana lama.....ha..ha... saya sering jadi
ketawa sendirian.

Soal penampilanpun demikian. Kalau saya puji dia cantik; dia tak percaya;
rayuan kosong katanya; kalau tak memuji dia mula muncung lagi, katanya dah tak
cinta lagi.... wah... boleh bikin pusing kepala!

Belum lagi seringnya dia mengeluh kegemukan, alias tak vogue. Padahal di mata
saya dia sudah kelihatan perfect. Dengan status sudah menjadi ibu, tubuhnya
masih lagi ramping. Tapi katanya masih kurang malah kepingin diet ketat segala
..... lha... memangnya mahu jadi papan setrika? Katanya pingin punya penampilan
menarik untuk suami, nah wal hasil saya selaku suami sudah merasa fine-fine aja
kok masih tetap tak vogue.

Yang juga sering jadi pemula pertengkaran adalah rasa curiga yang kadang bikin
saya nak tertawa tergolek-golek. Isteri saya itu hobi utamanya menonton telemovie
dan wayang gambar. Kadangkala saya ikut menemani dia menonton, dan kalau saatnya
ada adegan suami yang main kayu tiga, dengan tatapan penuh kecurigaan dia cakap
camnie: "Papa tak macam tu kan?!"

Huh, kesal rasanya, niat baik ikut temankan menonton; meski saya sebetulnya
alergik menonton cerita camtu akhirnya saya juga yang dicurigai.

Bila saya nak gi memancing pun tak kurang juga kecurigaan isteri tersayang itu.
Kalau saya melarang dari ikut sama; kerana di luar sana cuaca panas dan kotor
- dia monyok dan menuduh saya yang bukan-bukan, misalnya ada janji ngan awek ...

Ya, sudahnya saya ajak juga. Ehwahhh, bila tiba di lobok pancing mulalah dia
kepanasan dan cakap bau busuklah, kena gigit nyamuklah dan baru sebentar saja
dah merengek minta pulang.

Kalau saya nak duduk kat kedai kopi sama sahabat lama, maka wajib bagi saya
untuk menyerahkan daftar nama. Kalau ada satu saja nama yang tak berkenan di
hati, jangan harap dapat permit keluar rumah..... wah, garangnya mengalahkan
ketua kawad saya dulu... he.. he....

HP........ juga sering juga jadi masalah. Kalau saat dia telfon ke HP dan
>kebetulan HP tak aktif, sudah dapat dipastikan mailbox saya akan penuh dengan omelannya.

Abes tu, di dalam bilik mesyuarat memang tak boleh "ON" HP aperr...
tapi......... saya juga yang salah...... Ha.. ha.. lagi-lagi saya jadi ketawa
sendirian.

Begitulah, bagi saya wanita itu ternyata memang sangat sukar difahami, Cinta saja
tak cukup untuk memahami mereka, diperlukan pula kesabaran yang tinggi. Adakah
perasaan saya ini mewakili para suami yang lain?

Salam.

Seorang suami yang selalu ingin menyenangkan dan lebih memahami isteri yang
tercinta

- Menikah bukanlah untuk menjadi sama tetapi untuk menjadi SATU.




Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 21:14


tapi ana xcerewet...sape dpt ana kira beruntungla ek..cheee perasan la pulak!hehehe...

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

ana_lia
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4093
Posting: 46
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 21:13



tak semuakan yg camtu...tadi tadi ana buka laman ukhwah baca pasal topic ni..ana kurang setuju sbb tak semua bersifat camtu...sesetgh saja....perempuan yg cerewat memang camtu...


Bookmark and Share




  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 15:21



buat ukhtie alin..
dlm alam perkahwinan.. au alam persahabatan pun..toleransi.. & tolak-ansur tu mesti ada..
wajib laa!!

bak pepatah baru yg ana cipta...
seperti main see-saw.. eh ye ke..
papan jongkit tu...2 org.. yg saling turun naik..
kalu sorang tak nak bg jalan pd yg lagi sorang..
how comes?? nak turun atau naik..??

em.. boleh ke?? he..he...
btull.. mmg x semua kaum hawa yg cerewet..
tapi.. kalu yg cerewet tu.. adooii...x dapek laa nak nolong...


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-04 12:08


yup... sokong

tak smua kaum hawa cerewet. ADAM pun ada yang cerewet pe....


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-04 01:32


assalamualaikum wbt ...

buat teman2 semua ... ni adalah sekadar cerita ...
bukannya kiter nak cakap kaum HAWA nie cerewet ... diharap teman2 sekalian jangan salah faham pulak =)


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

Angel_dust1412
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.10.2004
Ahli No: 4466
Posting: 50
Dari: Kuala Lumpur

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-04 13:28




Memang btol pun sesetengah perempuan nie cerewet...
Tapi dah perangai mereka macam tu...
Tak boleh nak buat apa2 lah...

-----------------
- PatAH tUMbuH HilANg bERgaNTi -

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berteguh.



Bookmark and Share




  Member Information For Angel_dust1412Profil   Hantar PM kepada Angel_dust1412   Pergi ke Angel_dust1412's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 09:07


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah yang penting ialah Allah melihat jiwa yang bertaqwa. Sekiranya orang itu menjaga iman dan Islamnya maka beliau akan cuba sentiasa membuat pasangannya tersenyum dan cerita walau apa saja ujian yang melanda - tenang dan tabah. Namun wanita adalah wanita dan lelaki adalah lelaki. Perangai yang berbeza ini yang membuatkan hidup penuh warna warni dan indahkan lagi dengan bertolak ansur dan elak dari sebarang pergeseran. InsyaAllah mohon pada Allah SWT dan Allah itu Maha Pemberi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

PutriKraton
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 4359
Posting: 19
Dari: Putrajaya/Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 15:14


Assalamualaikum
Sakit la kalau dapat isteri macam tu. Bagi akak Jangan cerewet sgt. janji boleh pakai sudahlah... coz akak dan suami sama2 org. susahhh jadi tak kisah sangat.......


Bookmark and Share




  Member Information For PutriKratonProfil   Hantar PM kepada PutriKraton   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 07:59


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah solehah anakanda putrikraton ni . Semoga kehidupan anakanda sekeluarga dirahmati dan diberkati Nya.

Hati suami ni sekeping juga macam kita orang perempuan dan ia perlu dijaga agar tidak bertompok hitam disebabkan kesilapan dan kelemhan kita kaum wanita yang jelas disebut dalam hadis soheh mafhumnya - ramai wanita di neraka. sebab apa kerana mereka tidak mensyukuri nikmat suami. Maksudnya tidak pernah puas hati akan apa pemberian dan seadanya suami itu.

Umi harap anak-anak perempuan yang sudah walimah akan sedar diri - ya sedar diri bahawa kita ni beruntung menjadi isteri dan ikhlaskan hati terhadap suami masin-masing. Berikan mereka ruang untuk menjadi suami yang soleh dan bertanggung jawab kerana kuncinya pada kita sebagai seorang isteri yang sememangnya permaisuri rumahtangga.

InsyaAllah umi yakin sekiranya anak-anak perempuan teruskan menimba ilmu maka rumahtangga akan menuju ke arah baiti jannati.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman ikhlas yang anda berikan. Perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan.


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mashunah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 4435
Posting: 29
Dari: Kajang, Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 15:12


,

Bila baca curahan hati si suami tu, rasa nak tergelak. Bukannya apa, manusia ni kan ada macam2 ragam. Sifat cerewet selalu dikaitkan dgn wanita. Dan jodoh seseorang tu pulak.. Allah Maha bijaksana menentukannya. Ada hikmahnya kenapa kita dipertemukan jodoh dgn pasangan kita yg mungkin bersifat berbeza dgn kita.

Yang buat saya tergelak tadi bukannya apa, sbb teringatkan suami saya sendiri. Mana tak nya, apa yg saya lalui sepanjang hidup br/tangga, saya kira suami saya yg cerewet. Kalau nak cakap pasal membeli-belah, pernah saya temankan suami utk beli kasut baru (utk kerja)... turun naik dekat 5 shopping complex, sudahnya, tak de satu pun yg berkenan.

Saya pulak jenis yg simple, kalau nak beli sesuatu, asal harga murah, nampak ok je.. terus beli.. mmg saya ni tak reti nak memilih.. termasuk lah byk lagi perkara lain mmg saya tak cerewet, sebaliknya suami yg cerewet..

B/gaimana pun, saya tak pernah anggap itu suatu yg menyusahkan.. sebaliknya sifat yg bertentangan itu memberi kepuasan pd diri saya. Kita akan lebih disenangi oleh pasangan kita. Kita tahu bila kita sabar menghadapi insan yg cerewet, lambat laun insan itu akan menghargai kita... mmg ada hikmahnya. Allah mempertemukan jodoh kita dgn insan yg bertentangan sifat dgn kita pun, mungkin utk menjadi pelengkap, bg mencapai kesempurnaan dlm hidup, asal saja kita tahu mensyukurinya.

Akhir kata, saya tuliskan satu madah,

"Andainya dikau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu.."

Wallahua'lam- mashunah.


Bookmark and Share




  Member Information For mashunahProfil   Hantar PM kepada mashunah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 08:56


“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada ‘sayap kiri’ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara ‘protes’ tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu ‘penyempurnaan’. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. “Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.”

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"

"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar"
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.075102 saat. Lajunya....