Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia , ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi allah dan manusia..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Dari Galeri
rosacanina

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 15 jam, 18 minit yang lalu
nishazainal: 9 hari yang lalu
sarahhanee: 14 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: Ceritakan pengalaman bertemu Ummi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» Ceritakan pengalaman bertemu Ummi

Please Mendaftar To Post


Oleh Ceritakan pengalaman bertemu Ummi

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-09-04 23:27


Kami yakin, ramai yang telah bertemu Ummi secara live.

Boleh ceritakan pengalaman bertemu Ummi?

Selasa lepas, 21 Sept, Presiden (Hanan) dan Timbalan Presiden (istisafa) telah berkesempatan bertemu Ummi di bilik 1108, Quality Hotel, Kuala Lumpur.

Anda boleh menngambarkan sendiri suasananya bila membaca ayat ini: "Tak nak berpisah bila telah bertemu Ummi."

Ceritakan pula pengalaman anda di sini.


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 08:30




seronok bila bertemu ummi, ummi suka bercerita dan tidak lupa memberi tunjuk ajar dan nasihat..
wajah ummi nampak seorang yang mudah dibawa bicara dan kami yang datang dilayan seumpama anaknya sendiri..

yang paling tak boleh lupa, sampai terbawa balik stokin ummi yang sepatutnya dipulangkan lepas solat maghrib bersama hanan.. dan sampai rumah baru perasan..

bila nak balik, terasa sayu sangat, rasa nak tumpah aje air mata ni..mujur ada bulu mata yang berfungsi sebagai empangan yang menahan air mata dari gugur ke bumi..

ummi, kalau datang KL jangan lupa beritahu ya..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 10:40




Alhamdulillah, tak sangka betul dapat peluang jumpa ummi. Sebagaimana indahnya dapat bertemu ummi dalam alam siber ini maka berjuta2 kali lebih indah dapat jumpa di alam nyata.

Ana pun nak ucap terima kasih atas layanan dan nasihat yang diberikan.

Kak su dan stokin akan jadi kisah lagenda lepas ni.. hehe.

Moga berjumpa lagi dengan ummi lepas ni. Mungkin dapat borak lagi lama. Haritu pun kejap sangat.

Jumpa lagi ummi. Lepas ni bawa rombongan Portal Muslimah la plak..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 12:01


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah sekali lagi umi memohon berbanyak maaf di atas ke lewatan CPR - 65 disebabkan umi menemani baba ke KL selama empat hari tiga malam dari isnin lepas. Allah izin umi berpeluang bertaaruf dengan beberapa orang anak dari hanan.com.my dan juga ukhwah.com. Umi juga diizinkan Allah juga mengenal dengan dua orang ukhti di mana seorang itu profesional dan seorang lagi sudah walimah setelah ambil masters dan kini ingin sambung PhDnya insyaAllah. Jazakumullahu khairon katsiro kerana sudi menemui umi. Umi amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diizinkan bersilaturrahim dengan antum semua. Allahuma Ameen.

Menyentuh bab bertaaruf ini izinkan umi meluahkan pandangan di mana umi dapati sememangnya yang patut menjadi asas ialah keikhlasan dan juga ehsan. Sekiranya tiada dua ini maka tidak akan dapat wujud iman dan ukhwah sebenar. Contohnya bila kita baru bertaaruf kekadang kita rasakan seperti sudah kenal lama tapi bila tersentuh satu persoalan sensitif maka akan timbul rasa hati yang tidak terkawal menyebabkan terkeluar kata-kata yang kesat. Tetapi sekiranya seseorang itu jelas ada keikhlasan dan ehsan maka dia tidak akan 'melenting' bila dalam taaruf itu seorang lain tersilap kata atau intonasi yang tak digemarinya. Memanglah kita kena saling hormat menghormati dalam bertaaruf tapi mana ada manusia yang tidak melakukan kesilapan atau terdapat kelemahan di sana sini. Jadi di sini umi ingin mengambil peluang memohon maaf kepada sesiapa yang pernah umi tegur atau nasihat secara langsung atau tidak langsung sedangkan taaruf tidak jelas dan tidak berjalan seperti yang mana sepatutnya. Hanya kepada Allah SWT dipanjatkan segala keampunan agar dosa sesama manusia ini dipermudahkan penyelesaianya.

Sepertimana kata-kata Imam Syafi'e R.A, "Kata-kataku benar, tapi mungkin ada yang salah. Kata-kata dia salah, tapi mungkin ada yang betul."

Begitu juga dengan kata-kata Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a:
"Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik antara kamu.Apabila kamu melihat perbuatan aku benar maka ikutilah aku tapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka betulkanlah" (Ucapan sewaktu perlantikkan khilafah).

Jadi umi berharap sangat kerjasama anak-anak agar perbetulkan umi sekiranya ada kesilapan dan maafkan umi sekiranya umi tak sedar telah menyakitkan hati anak-anak atau tersilap tegur atau nasihat. Sesungguhnya hati ini ikhlas untuk bersilaturrahim tetapi kekadang mungkin cara luahan tidak tepat dan menimbulkan rasa tidak puas hati pada orang lain. Maafkan umi zahir dan batin dan semoga kita lalui baki-baki sya'ban dengan penuh tawadhu' dan bertaubat agar Ramadhan al Mubarak dilalui dengan tenang dan mencapai peningkatan keimanan.

Umi nak ucapkan tahniah kepada anak-anak lelaki yang baru walimah dan kepada anak-anak perempuan jadilah isteri yang solehah kerana umi yakin bahawa suami yang soleh dan isteri yang solehah akan menjadi paksi kepada rumahtangga yang bahagia laksana baiti jannati.

Akhir kata kita teliti kata-kata Kata Saidina Umar al-Khattab r.a:

"Sesuatu hal yang lebih saya kuatirkan atas kamu sekelian atau atas umat ini adalah orang yang membuat penyelewengan lagi pandai berbicara"

"Saidina Umar bertanya kepada Ziyad b. Hadir "Apakah yang engkau tahu perkara yang meruntuhan Islam?Ziyad menjawab:Tidak.Kata saidina Umar "Ia diruntuhkan oleh orang bijak yang jahat,oleh orang munafiq yang mempersoalkan al-kitab dan oleh pemerintah yang sesat".

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
7 Sya'ban 1425H / 22 September 2004M

Nama-nama soleh dan solehah
1. Masduq - yang dipercayai
2. Nazli - pandanganku
3. Suwadi - rahsiaku

1. Ardini - isteri yang menyayangi
2. Miza - berseri-seri
3. Wani - mutiara

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 23:05




jumpa ummi.. hehe.. mcm mimpi je.. tak ingat tarikh bila tapi hari sabtu.. ummi datang rumah.. sembang ngn mak ngan maksu.. ummi datang ngn kak ngah.. seronok sgt dpt jumpa ummi.. ye la.. selama nie asyik berdating kat irc je.. nie jumpa inperson.. pas tue ummi ajak ke seberang, ikutla.. rasa mcm tak nak berpisah je bila tiba petang tue..

ummi seorg yg baik hati.. peramah.. cantik.. wajah ummi tenang.. suka tgk.. pas tue ummi nie cepat mesra..

ummi... fiza sayang ummi.. love u so much.. ada kesempatan nak jumpa ummi lagi.. insyaallah..

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 17:39


..alia nak terus terang..alia ni mmg suka b'taaruf dgn org veteran...alia rasa cam nak berkenalan jer ngan ummi ni..alia ni w/pun dah lama kat c-ni tp alia skrg ni kurang aktif .sibuk..maklumlah masih study..tp alia rasa tak lama lagi lia kan aktif semula ssb alia telah di beri tugas utk jadi pen.ketua lajnah penerbitan dan informasi utk badan dakwah sek,jd kat c-ni la tempat alia cari maklumat..so.kongsi la makulmat kat lia..alia nak berkenalan ngan ummi..kalau boleh ummi bg la bayyinatulsakhsiah sikit..hantar kat lia yer


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 18:42


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jazakillahu khairon katsiro atas silaturrahim dari anakanda ya . Maafkan umi lambat reply sebab masalah pc dan juga waktu yang terbatas semasa menghadap pc ni. InsyaAllah nawaitu umi berada bersama anak-anak hanyalah ingin melihat remaja wanita dan juga lelaki terus di atas jalan yang betul dan benar. Umi akan cuba bantu mana yang termampu insyaAllah. semoga najah cemerlang di dalam bidang yang diceburi.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-04 12:29




Ana x-student utm. tapi sekarangpun masih di UTM. Kerja. InsyaAllah bulan depan jadi student balik.

Sepanjang ana berada di UTM, ana tak pernah nampak ummi pun. Bilik ummi di S45/46 ek? ummi di PPIPS kan??


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

an_nurr
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1897
Posting: 33
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 10:53




Bercerita ttg pengalaman bertemu ummi ni berlaku pd thn lepas..kebetulan masa tu saya ade mesyuarat menguruskan biassiwa sekolah saya kat simpang renggam..so saya amik peluang ni utk bertemu ummi secara live..kalau sebelum ni dah lama kenal ummi kat mirc terutamanya kat channel anak^ummi tp pd hari tu berkesempatan ke rumah ummi lagi...gembira rasa terkata..balik pun ummi bekalkan buah...eheheh..terima kasih banyak2 ummi..di atas pemberian cenderamata dari dubai tu..sampai sekarang ros masih simpan lagi..)..bagi saya ummi adalah role model..begitu juga kata suami saya


ukhtie ros


Bookmark and Share




  Member Information For an_nurrProfil   Hantar PM kepada an_nurr   Pergi ke an_nurr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.062927 saat. Lajunya....