Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
a'kum...salam ukhuwah dr ana...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM...

Please Mendaftar To Post


Oleh CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM...

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 08:00





CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM



Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda, diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan; namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha, sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, "Wahai Tuhan, datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan" atau "Aku bergembira dengan kesusahan hidup yang menimpa". Manusia yang jiwa dan fikiran yang sihat akan berkata, "Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat".

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain. Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai "neraka dunia" dan rumahtangga yang aman damai sebagai "Jannatul Ajilah" iaitu 'syurga dunia' yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku. Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, "Kalau suami kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?" Bisikan-bisikan jahat berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah. Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.

Pak Syeikh Kamunting-Dunia ni ladang untuk menuju keakhirat. Lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah.Walau pun dalam setengah kes tak semua yang mendapat pasangan yang sesuai. Bacalah sejarah Nabi2 untuk jadi iktibar, Aisyah bersuamikan Firaun. Isteri Nabi Noh dan Lut pada akhir riwayat mereka tidak beriman pada Illahi.Yang penting anggaplah pasangan tersebut alat untuk mencapai keredhaan Illahi dan bukan matlamat. Bila mati habis dimamah ulat. Tinggal tulang dan gigi jer. KeEsaan Allah jua yang kekal.





Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048671 saat. Lajunya....