Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Segenggam benih akan menghasilkan sekebun pokok

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
Gambar saya semasa berada di atas bukit UTM Skudai

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: Kaunseling via hanan.com.my


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» Kaunseling via hanan.com.my

Please Mendaftar To Post


Oleh Kaunseling via hanan.com.my

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 21:19


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Al Daari, Nabi saw bersabda mafhumnya:

"Agama itu adalah nasihat". Apabila ditanya bagi siapa?, Baginda saw menjawab, "Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya dn bagi imam-imam para Muslimin serta orang ramai mereka."

Penekanan wajib dijuruskan ke arah bimibingan akal (pemikiran) dan kalbu (perasaan), serta langkah-langkah menyuburkan sifat-sifat mahmudah (yang dipuji Allah) dan membasmi sifat-sifat mazmumah (yang dikeji Allah).

Begitulah peringatan yang jelas sebagai asas kepada saling nasihat menasihati demi menjaga kewarasan diri. Kewarasan adalah anugerah Tuhan kepada insan kerana menerusi akal yang sihat dan waras sahajalah manusia dapat membezakan di antara keburukan dan kebaikan.

Umumnya manusia yang waras bukan sahaja dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan tetapi juga wajib menegakkan syariah Allah SWT. Kebolehan melaksanakan hukum-hukum syarak juga menandakan kewarasan seseorang insan yang hakiki.

Manusia yang tinggi akhlaknya adalah mereka yang matang dalam menjalani kehidupan seharian. Manusia yang matang mestilah waras tetapi manusia yang waras tidak semestinya matang.

(rujukan dari Psikologi & Kaunseling oleh Prof Dr Hatta Shaharom)

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ada seseorang hamba (manusia) yang menyebut satu kalimah tanpa dia memikirkan tentang (baik-buruknya) kalimah tersebut, menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat.



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

puspa_kemboja
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 3529
Posting: 35
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 11:24







ummi ape kabo?..lama tak dgr berita....harap-harap ummi sihat selalu...

" Penekanan wajib dijuruskan ke arah bimibingan akal (pemikiran) dan kalbu (perasaan), serta langkah-langkah menyuburkan sifat-sifat mahmudah (yang dipuji Allah) dan membasmi sifat-sifat mazmumah (yang dikeji Allah). "

pemikiran dan perasaan dua benda yg berbeza..kekadang kita ni dikawal oleh akal..kekdg oleh hati dan perasaan...sampai pada satu tahap kite hilang pertimbangan..macam tak waras...kerana tiada kekuatan dalam diri...kita jadi lalai..lupe dan terus hanyut dalam dunia kite sendiri...sehinggalah ade yg menegur....

bagi saye..memang perlu ade yg menegur..sebaik mana pun org tu..kekdg adakalanya dia ingin dinasihati, ditegur...kerana tiada org sempurna...
isk..dah lari dari topik ni...emm..pada pendapat saye..dalam mendidik, menyuburkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kite perlu saling nasihat-menasihati, ingat mengingati...



Bookmark and Share




  Member Information For puspa_kembojaProfil   Hantar PM kepada puspa_kemboja   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 14:57


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi sihat . Semoga anakanda sekeluarga diberi kelapangan lima sebelum lima juga ya.

Ad Deenu Nasihah. Agama itu nasihat. Begitulah mafhum hadis Baginda saw buat panduan kita semua. Lagipun Al Quran dengan Surah Wal Asr mengingatkan kita betapa ingat mengingati ke arah kesabaran dan juga kepada yang haq jelas kesinambungan betapa pentingnya konsep nasihat menasihati.

Walau apapun kita kenalah bil hikmah ya anakanda agar seperti menarik sehelai rambut dari tepung. Tetapi sekiranya kita tak dianugerahkan bil hikmah maka kita usahakan mencari ilmu agar faham apa sebenarnya bil hikmah itu ya. take care daughter .

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 18:59


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi memohon maaf kerana ada beberapa email yang umi tidak dapat melalui email [email protected]. Umi harap anak-anak dapat kirimkan kepada email ini ya - [email protected]. Sebab mungkin ada masalah sedikit hotmail umi ni.

Sekiranya anak-anak tidak keberatan hantar saja melalui hanan.com ini ya.

Umi mohon maaf sekali lagi atas segala kesulitan yang anak-anak lalui. afwan. umi muta'asifah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 22:46


Telah dibetulkan.. mulai sekarang semua kaunseling akan masuk ke e-mel: [email protected]

Teruskan!

Nota: Janganlah oleh kerana PERCUMA tidak dihargai. Sesi kaunseling biasanya memerlukan belanja yang banyak, tetapi di Portal Muslimah, atas keprihatinan, kasih-sayang dan pertolongan UMMI, maka kaunseling ini tidak dikenakan sebarang yuran. Namun nilainya tak ternilai dengan wang.


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 01:43


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT umi dapat mengikuti kuliah Ustazah Dr Fatmah Azzahra (adik kepada Dr Said Ramadhan dan juga anak saudara kepada Imam Hasan Al-Bana) pada malam ini di Taman Ceras Baru, Kuala Lumpur di sebuah rumah seorang kenamaan. Allah izin kakak umi yang sering ikuti kelas tafsirnya sebulan sekali di situ dan umi dapat ikutinya kali ini.

Allah izin pula kuliahnya kali ini adalah mentafsir dari ayat 22 hingga ayat 38 Surah An Nur. MasyaAllah, Subhanallah dan Alhamdulillah. Itu saja yang mampu umi ucapkan sepanjang kuliah yang penuh bermakna buat umi. Bayangkan sebelum ini umi sekedar melihatnya saja di television. Tapi malam 24 Sya'ban 1425H umi berpeluang bersemuka dengannya. Satu hari yang bersejarah buat umi dan umi nak share dengan anak-anak perempuan di sini.

Beliau memang seorang doktor dan kini banyak buat kaunseling. Tapi beliau mampu menyampaikan tafsir dengan begitu telus sekali menusuk ke hati kerana menurutnya bila umi bertanya beliau telah mempelajari 11 tafsir Al Quran. Dan menurut pengalamannya hanya mereka yang berlidah Arab dan banyak mengkaji pelbagai tafsir mampu untuk mentafsirkan Al Quran.

Beliau memberitahu bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menghantar surat kepada gabenor-gabernornya termasuk di kufah dan basrah agar mengajar para wanita dan anak-anak surah an Nuur. Di dalam surah itu banyak pelajaran yang berkaitan dengan perkara-perkara harian terutama bab fitnah, bab zina dan kaedah mengelak dari zina (tak sempat selesai kerana telah lewat malam). Di sini umi nak sentuh tentang tujuh dosa besar yang membawa ke neraka yang disebut oleh beliau.

1. syirik
2. membunuh jiwa yang tidak patut dibunuh
3. sihir
4. makan harta riba
5. makan harta anak yatim
6. tuduhan buruk kepada orang yang lalai imannya
7. lari dari peperangan - contohnya kalau Malaysia perang maka tinggalkan tanahair maka dosa besar.

Umi nak sentuh yang nombor enam itu kerana ia melibatkan wanita hari ini. Contohnya bila kita nampak seorang wanita atau remaja wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat menurut syarak dan kita mengata mereka maka berdosa besar hukumnya kerana kita tidak berhak menghukumnya sebagai itu atau ini dan sebagainya. Jadi bila nampak doakan agar diberi petunjuk dan hidayah ya.

Dan sekiranya anak-anak rajinkan diri maka perhatilah ayat 35 Surah an Nuur di mana ayat tersebut adalah ayat yang boleh membuatkan kita orang yang penuh dengan nur iaitu nur Illahi dan nur Ilmu. Maka itu dia nuur ala nuur. InsyaAllah umi harap anak-anak berusahalah untuk mencari ilmu kerana kita masih diberi peluang bernafas untuk bertaubat dan juga terus mencari ilmu agar kita jadi manusia yang jelas dan faham akan apa yang diamalkannya agar berkat hidup di dunia dan akhirat.

Maka ingatlah akan kisah seorang lelaki yang hanya ke masjid setiap solat Jumuah tetapi Baginda saw akan beritau lihatlah lelaki itu - dia ahli syurga. Maka banyak kali disebut sehingga timbul cemburu di kalangan sahabat dan seorang dari mereka ingin tahu akan amalan apa yang sehingga layak ke syurga itu. Beliau minta izin untuk bermalam di rumah hamba Allah itu sehingga tiga malam berturut dan dilihatnya tidak ada yang istimewa maksudnya sekedar solat fardhu ikut waktu dan tidak nampak yang sunat malam pun. Maka ditanyanya kepada hamba Allah itu dan hamba Allah tersebut beritau bahawa apabila beliau hendak tidur maka dia maafkan semua orang.

Begitulah layaknya seorang ke syurga hanya dengan memaafkan semua orang sebelum tidur dan tidurnya dalah tenang.

Wahai anak-anak umi semoga anak-anak maafkan umi sekiranya ada didikan umi yang tidak syarak dan sebagainya kerana umi pun kekadang lemah maka umi harap teguran juga dari anak-anak ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

naemah
WARGA RASMI
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 3373
Posting: 16

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 17:36


maaf zahir batin juga untuk sumerr kerabat sanak saudara rakan taulan..kekadang mulut kita boleh kawal..tapi apa dalam hati manusia ni ...xda sapa tahu melainkan ALLAH...berhati2lah dengan setiap tingkah laku...


Bookmark and Share




  Member Information For naemahProfil   Hantar PM kepada naemah   Pergi ke naemah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.061627 saat. Lajunya....