Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk menjamin kejayaan, bertindaklah seperti tidak akan gagal

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Dari Galeri
My beloved Sisters!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: sedikit artikel utk difikirkan....


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» sedikit artikel utk difikirkan....

Please Mendaftar To Post


Oleh sedikit artikel utk difikirkan....

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 21:48



ni diambil dari satu sumber...

Taksub terlampau dengan maksiat. Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian, wr wb.
Adakah rakyat sudah lali dengan maksiat?

1. Taksub dengan maksiat.

MENJENGUK sebentar di luar sana, kadang-kala terasa dunia ini terlalu asing buat sebuah kehidupan yang lebih bererti.

'Trend' terkini rakyat memuliakan program hiburan dari sehari ke sehari semakin merimaskan.
Sudah banyak episod terlampau yang berlaku, bukan saja 'pra***** terlampau' tetapi sudah ada 'rancangan TV terlampau' yang boleh ditonton umum termasuk kanak-kanak.

Di sana sini, remaja mahupun si tua tetapi berhati muda, heboh menceritakan kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, dan Audition.

Lebih malang lagi, mereka secara terang-terangan taksub dan menangisi peserta yang kalah bertanding dalam program tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, kegilaan membuak-buak dan taksub di kalangan penonton yang menyaksikan persembahan peserta memperlihatkan betapa mereka sudah terlalu jauh leka dengan buaian dunia.

Yang tua sama sahaja, meratapi peserta yang diumumkan kalah. Sementara yang muda, berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim tanpa segan silu.

Yang di atas pentas berpelukan juga tanpa mengenal batasan.
Yang menjadi peliknya, 95 peratus peserta adalah Melayu Islam. Penonton Konsert Sureheboh pun hampir semuanya Melayu. Pelik, dalam kerajaan lantang mengumumkan Islam Hadhari, kerajaan sendiri membenarkan semua akspek yang
menghancurkan melingkari rakyat.

2. Tanya muda-mudi

Cuba kita tanya kepada muda-mudi zaman ini, kenalkah mereka kepada pejuang-pejuang Islam yang telah syahid di medan perang? Kenalkah mereka kepada sahabat Rasulullah s.a.w.? Kenalkah mereka kepada mubaligh Islam?

Tetapi tanyakan pula kepada mereka apakah mereka kenal dengan peserta popular Akademi Fantasia? Atau penyanyi dari Barat?

Jawapannya tentulah kenal. Penyanyi berimej seks seperti Britney Spears telah menjadi mainan di bibir mereka.
Mudahnya orang melayu mengangkat hiburan ke tahap tertinggi sukar difahami.
Inilah natijahnya kalau tidak ada lagi elemen Islam yang boleh diketengahkan oleh media kepada masyarakat.

Kalau ada hanya setengah jam sahaja rancangan agama di TV misalnya, mampukah nilai Islam diterapkan? Jika hendak dibandingkan jumlah jam siaran program taksub hiburan dengan program baik untuk kerohanian, terlalu jauh
perbezaanya.

Mengapa ini semua terjadi? Apakah fungsi pihak pihak seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Agama Islam dalam hal ini?

Adakah menegur secara senyap-senyap? Atau mereka sendiri terpaksa redha dengan tindakan kerajaan hadari membiarkan masyarakat bergelumang dengan program maksiat.

3. Gunung menangis takutkan api neraka.

Di sini sukacita saya menyingkap sejenak satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib berada bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.

Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai daripada hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il:

"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu.

Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis daripada sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Nah, mampukah kita menjadi seperti batu gunung itu.
Atau kita ini lebih keras daripada batu gunung. Keras tidak mampu dikikis dengan roh Islam. Malangnya nasib kita jika terus begini.

4. Remaja tak belajar, tetapi hanya menyanyi untuk kaya.

Memetik kenyataan Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia hiburan seperti 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia','Audition', dan 'Who Will Win' yang disiarkan dalam televisyen
sebenarnya adalah untuk menghalang remaja daripada menuntut ilmu.

Ini menggambarkan remaja tidak perlu lagi belajar tinggi, tetapi dengan hanya menyanyi mereka sudah dapat glamour dan boleh kaya. Inikah dasar penyiaran negara hadari yang mahu menguji bakat menyanyi dan memesong remaja?

Malah rancangan di televisyen pula hanya tangkap muat, dibuat membuta tuli dengan mencedok idea negara Barat.
Buktinya rancangan seperti 'Malaysian Idol' yang mana sebelum ini adalah 'American Idol'.
Rancangan diimport, kemudian meniru rancangan mereka dan tidak fikir apa-apa kesan negatif.
Stesen televisyen di Malaysia langsung tidak mempunyai idea untuk membentuk akhlak murni masyarakat, sebaliknya mahu melalaikan remaja dan mencari keuntungan saja.

Inilah kebimbangan besar kita terhadap remaja, terutamanya yang menggilai dan taksub rancangan hiburan dengan keterlaluan.

Bagaimanapun, lontaran pendapat, kritikan dan teguran kepada pihak kerajaan hadari tidak diendahkan, Semakin hari dilihat masyarakat semakin jauh, dan seakan serasi dengan taksub hiburan, malah taksub terlampau pula
dengan maksiat.

Bila ada orang yang mahu betulkan keadaan, orang itu dicemuh.
Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih, menangis kerana tidak dapat turut serta berjuang di medan perang. Tetapi zaman ini manusia menangis kerana tak dapat menyanyi dan melakukan maksiat.

5. Masyarakat sudah lali dan taksub dengan maksiat?

Sepanjang menjadi wartawan, belum pernah lagi saya melihat mana-mana akhbar lain cuba mengupas isu maksiat secara terperici. Jauh sekali mahu mengkritik dasar kerajaan yang menghalalkan maksiat berleluasa.
Kalau adapun hanyalah sekadar luahan rasa tidak puas hati pembaca yang diselitkan dalam ruangan surat pembaca. Sebagai seorang Islam saya malu dengan sikap acuh tak acuh kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi yang hanya membuta tuli dalam isu ini.

Sampai bila kita mahu melihat keruntuhan akhlak di kalangan belia berterusan. Bukankah belia adalah aset masa depan negara? Ataupun kerajaan BN mahu aset masa depan negara ini tidak lagi mengenal Islam.

Jika demikian, tanggungjawab memperbetulkan keadaan ini sekarang terletak kepada pendukung perjuangan Islam. Ayuhlah bangsa seagamaku kita bertekat membanteras semua ini sebelum Allah menurunkan kepada umatnya
kehancuran.

Ingatlah ALLAH berjanji akan menurunkan kehancuran kepada umatnya yang terlalu banyak membuat kerosakkan di muka bumiNYA ini.

6. Tanda-tanda.

Di sini saya perturunkan tanda-tanda hari kiamat yang pernah saya baca melalui sebuah buku. Antara tanda-tanda itu sudah berlaku, dan ini ternyata amat membimbangkan saya.

Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi
keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki(homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-Nya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Renungkanlah..........



-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.049596 saat. Lajunya....