Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya
--
maksud Hadis

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
with my friends in DKU

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Please Mendaftar To Post


Oleh TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 26-04-03 01:43


TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-04-03 07:41


cam nie, boleh ker ???

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

ladyberz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 39
Posting: 58
Dari: merah kuning warna kebanggaan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 09:12


erm..trimas fot the info...


Bookmark and Share




  Member Information For ladyberzProfil   Hantar PM kepada ladyberz   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 12:50


"Janganlah engkau terlalu banyak KETAWA, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."
(Wasiat Rasulullah saw kpd Abu Hurairah)

Nabi s.a.w. melarang kita dari banyak ketawa dan lalai berhibur. Satu hari, Rasulullah s.a.w. telah keluar ke masjid dan baginda mendapati sekelompok manusia bersembang dan berketawa.

Baginda bersabda: “Ingatlah kematian. Demi diriku yang berada di dalam genggaman-Nya, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat Ibnu Abid Dunya)

WaLlahu Subhanahu WaTa'ala A'lam....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

jijah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 13:04


Asslamualaikum..sahabiah sekalian semoga diredhai Allah swt selamanya..

Buat sahabiah aisyatul_aini...terima kasih atas satu persoalan yang menarik yang dikupas oleh sahabiah ini..ianya sesuatu yang berinfo dan pastinya sesuatu yang berguna ...

Memang tak dinafikan..kebanyakan ini, kita sering lupa akan adab ketika mahu ketawa...sampai ia didengari oleh lelaki bukan mahram...MasyaAllah!

"Banyak mengingati dunia
Menyebabkan kita banyak tertawa...
Banyak yang kurang menangis...
Kerana lupakan kehidupan akhirat"

Renungkan bersama...!

Tapi janganlah sampai macam ni
Wassalam..bai


Bookmark and Share




  Member Information For jijahProfil   Hantar PM kepada jijah   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 28-04-03 15:59


wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan
mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali
muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut

berniqob mungkin boleh membantu kita dalam hal nie..ketawa pun masih dapat dikawal, dan banin tak laa nampak senyuman kita tu...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 16:41


Tapi kan Ukhti aisyatul_auni, istimewanya muslimah berpurdah nie kan, walaupun kita tak nampak bibir yg menguntum senyuman tue, tapi kita still boleh trace bila dia senyum melalui mata dia yg cantik lagi jernih tue kan..


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-05-03 00:02




bahagian yang tertutup secara zahirnya di dunia akan lebih berseri-seri di akhirat kelak...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055783 saat. Lajunya....