Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
THE MOST IMPORTANT LESSON YOU CAN LEARN FROM WINNING IS THAT YOU CAN...
-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Inilah saya bersama suami tersayang.Nick saya tu guna nama pendek suami.Kalau ke Batu Pahat Johor dtg lah kerumah saya.Paling mudah dtg ke Batu Pahat cari Masjid Sultan Ismail di bandar Batu Pahat sbb suami saya bertugas sbgi imam di masjid tersebut.ok

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bahaya BBS


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bahaya BBS

Please Mendaftar To Post


Oleh Bahaya BBS

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 15:49


Bahaya Buruk Sangka (BBS)

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka
itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang
di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan
bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah
Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".
AL-HUJURAAT, 49:12.

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu
dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah
bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu
mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan
saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang
bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran,
jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian,
janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan
jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R
al-Bukhari.

Contoh BBS


Islam melarang umatnya bersikap buruk sangka kepada
manusia lain. Sifat negatif yang darinya akan
mengakibatkan bermacam-macam gejala buruk lainya.
Buruk sangka akan mengakibatkan api fitnah memarak.
Buruk sangka akan membuatkan umpat-mengumpat terjadi.
Buruk sangka akan menyebabkan terputus tali
silaturrahim.. Dsbnya...
Dalam kes puan ini, kami tidak melihat bahawa ia
adalah sikap buruk sangka. Kami menganggapnya sebagai
satu kebimbangan dari seorang ibu yang khuatir anaknya
akan lebih menyayangi orang lain. Kebimbangan seperti
ini adalah satu tabiat semulajadi manusia yang
bergelar ibu. Namun jika tidak terkawal ia akan
mengakibat beberapa kesan yang tidak baik terhadap
jiwa puan dan hubungan dengan ibu mertua.

Mengatasi kebimbangan dengan cara positif:
- Memberikan lebih masa berkualiti kepada anak.
- Memberi kasih sayang yang sempurna kepada anak.
- Mendidiknya dengan baik dan bijaksana.
- Berfikir secara kreatif untuk memberikan yang
terbaik untuk anak.

Mengatasi kebimbangan dengan cara negatif:
- Berprasangka yang bukan-bukan terhadap ibu mertua.
- Mengambil tindakan kurang wajar, seperti berhenti
kerja, menampakkan kebimbangan tidak terkawal di depan
ibu mertua dsbnya...
- Memanjakan anak secara berlebihan/tanpa batas.

-> Dalam satu kes lain, seperti masalah yang puan
hadapi. Si ibu mengadu bahawa anak lebih mengasihi
sang pengasuh dari dirinya. Namun apa yang kami lihat
pada hakikatnya ia adalah dari kebimbangan si ibu yang
keterlaluan. Biasanya ia berlaku pada anak pertama.
Berkemungkinan kerana merasa bersalah meninggalkan
anak yang masih kecil di bawah jagaan orang lain.

Dan, ini adalah sebahagian dari masalah ibu muda yang
bekerja.Ia perlu diatasi secara bijaksana. Kawal diri
dan bersederhana dalam berperasaan. Kerana "khairul
umur aushathuha' (sebaik-baik perkara adalah yang
sederhana).

Wallahu a'lam

Rujukan:
Al-Quran
Tarbiyatul Aulad Fil Islam, Abdullah Nashih Ulwan.

Panel aL-AHKAM online


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.131753 saat. Lajunya....