Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Saya embunsetitis..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 16 jam, 38 minit yang lalu
nishazainal: 9 hari yang lalu
sarahhanee: 14 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bahaya Phd


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bahaya Phd

Please Mendaftar To Post


Oleh Bahaya Phd

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 15:47


BAHAYA HASAD DAN CARA MENGUBATINYA

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó
ÃóäøóÜåõ ÞóÇáó: áÇó ÊóÈóÇÛóÖõæÇ æóáÇó ÊóÞóÇØóÚõæÇ
æóáÇó ÊóÍóÇÓóÏõæÇ æóáÇó ÊóÏóÇÈóÑõæÇ ¡ ßõæúäõæÇ
ÚöÈóÜÇÏó Çááåö ÅöÎúæóÇäðÜÇ.

(ÑóæóÇ åõ ÇáúÈõÎóÜÇÑöì æóãõÓúáöãñ)

Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling
membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan
silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian
(hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak
berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara.

(H.R Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam
hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian
(hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi
kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan
sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini
jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama
diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang
mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi
Muhammad SAW.

MAKNA HASAD:

Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat
dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua
keadaan:


Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu
kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang)
daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada
kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan
hasad.



Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang
diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia
hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita
menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama
itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri
hati.


HUKUM HASAD:

Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah
pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali
inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:

áÇó ÍóÓóÏó ÅöáÇøó Ýöì ÇËúäóÊóíúäö : ÑóÌõáò ÂÊóÇåõ
Çááåõ ãóÜÇáÇð ÝóÓóáøóØóåõ Úóáóì åóáóßóÊöåö Ýöì
ÇáúÍóÞøö ¡

(æóÑóÌõáò ÂÊóÜÇåõ Çááåõ ÚöáúãðÇ Ýóåõæó íóÚúãóáõ Èöåö
æóíõÚóáøöãõåõ ÇáäøóÜÇÓó ( ãõÊøóÝóÞñ Úóáóíúåö

Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada
dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah
anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada
jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang
dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut
serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari
dan Muslim).

SEBAB-SEBAB HASAD:

Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang
bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting:


'Adaawah (permusuhan).



Takabbur (sombong).



Ta'azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat
mengatasinya)



Bakhil (lokek).



Khubthun Nafsi (busuk hati).



Hubbul Jaah (gila kuasa).


BAHAYA HASAD:

Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati
yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan
dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara
bahayanya:


Hasad adalah sifat Iblis. Sedangkan sifat para Rasul
dan Wali Allah adalah sebaliknya. Mereka akan memberi
tahniah (ucap selamat) kepada orang-orang mendapat
nikmat sambil mengucapkan :


ÈóÜÇÑóßó Çááåõ Ýöíúßó

Semoga Allah memberkati engkau


Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.:


Åöäøó ÇáúÍóÓóÏó íóÃúßõáõ ÇáúÍóÓóäóÇÊö ßóãóÇ ÊóÜÃúßõáõ
ÇáäøóÜÇÑõ ÇáúÍóØóÈó

Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api
makan kayu api. (H.R Ibnu Majah).


Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat
yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah
berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam
Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci
terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada
seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita
benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.


HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.

Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi
sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

HASAD (DENGKI):

Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama
tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama).
Hukumnya adalah haram.

GHIBTHAH (IRI HATI ):

Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang
diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak
pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada
saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).

MUNAAFASAH (KOMPETISI):

Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu
sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama,
atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi
pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya
diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia.
Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya
wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba)
menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan
perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya
sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan
perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat.
Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu
seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti
dalam bidang pertanian, perindustrian,
penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.
Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan
dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.

(l) ILMU:

Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah
kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat
dibawah ini, bahawa:


Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.



Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama
dan dunianya.



Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita
kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi.



Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.



Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.



Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya
sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.


(2) AMAL:

Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad
ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang
bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu.
Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada
orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia
memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya
timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada
orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia
bersikap tawaadhu' (rendah diri). Dan sekiranya timbul
perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka
ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi
daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka
mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau
memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah
kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih
diatas jasa baik mereka itu.

ÃóßúÜóËóÑ Çááåõ ÍõÓøóÜÇÏóßó

Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu

Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab.
Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik
kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita
berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad
kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini
adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia
menjadi orang yang baik.

Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan
menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan
tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa
seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya
bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana
kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana
kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau
kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit
pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana
kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana
ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana
kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana
kerendahannya dan lain lain.

Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang
didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan
pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya.
Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah
justeru lebih baik.

Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan
kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang
segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid'ah. Kita
mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu
yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang
kita bawa.

Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah
dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan
kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan
kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya
adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di
akhirat nanti.






Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054965 saat. Lajunya....