Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
Nostalgia MegaJK:
wah.. kak alin.. semanat kesukanannn btull..
caio’caio’…

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Keluarga bahagia miliki akhlak mulia


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Keluarga bahagia miliki akhlak mulia

Please Mendaftar To Post


Oleh Keluarga bahagia miliki akhlak mulia

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 15:16



RUMAH tangga bahagia penting dalam kehidupan berkeluarga. Sebuah keluarga yang baik dan kukuh akan menghasilkan masyarakat baik dan sihat, di samping teguh keimanan mereka.

Sementara keluarga yang kucar-kacir pula akan memberi kesan kepada keruntuhan masyarakat dan negara.

Setiap Muslim dan mukmin tentu menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera dalam melayari kehidupan di dunia dan seterusnya di akhirat.

Oleh hal yang demikian untuk mencapai hasrat dan cita-cita itu sewajarnya kita mengikut garis panduan yang telah ditunjukkan oleh Allah.

Untuk mencapai sebuah keluarga yang bahagia dan aman tenteram kita harus mengikuti peraturan berikut:


Sebuah rumah tangga yang bahagia penghuninya adalah mereka yang menjadikan ajaran agama sebagai tunjang kehidupan.

Penghayatan terhadap ajaran Islam harus menjadi agenda penting dalam kehidupan harian sebuah keluarga.


Anggota keluarga bahagia memiliki sifat terpuji dan akhlak mulia. Setiap ahli keluarga itu saling menghormati antara satu sama lain.

Anak-anak pula diwajibkan menghormati ibu bapa dan ibu bapa pula hendaklah menyayangi anak-anak.


Memiliki perasaan halus, lembut dan harmoni dalam kehidupan rumah tangga.

Perkara ini perlu berjalan atas landasan saling bertolak ansur, tiada kekerasan dilakukan.


Perbelanjaan sara hidup juga patut berjalan dalam suasana berhemah tinggi, sederhana dan tidak boros, walaupun berkemampuan.


Sentiasa menilai diri sendiri, mengenal pasti kekuatan yang ada pada diri, kekurangan, kelemahan, kesalahan, kecuaian, dosa dan sebagainya.


Sentiasa memohon keampunan kepada Allah atas segala kelakuan yang tersalah laku, terlanjur, baik pada waktu senang mahupun susah.

Daripada gambaran itu, jelaslah bahawa kehidupan rumah tangga yang bahagia itu bukan hanya dilihat dan diukur dari sudut kebendaan dan kemajuan hidup semata-mata.

Keluarga bahagia tidak semuanya datang dari keluarga yang mempunyai harta banyak, rumah besar dan lengkap dengan segala kemewahan.

Tetapi keluarga bahagia banyak bergantung kepada sejauh mana penghuni dalam sebuah rumah tangga melaksanakan tuntutan agama.

Rumah tangga bahagia yang berteraskan Islam ditunjangi oleh anggota keluarga yang beriman.

Mereka sering dibasahi oleh air wuduk dan setiap kali masuk waktu solat selalu membiasakan amalan berjemaah; bapa menjadi imam, manakala ibu dan anak-anak pula menjadi makmum.

Selain itu, rumah tangga bahagia selalu terdengar oleh bacaan ayat suci al-Quran.

Penghuninya mempunyai budi pekerti luhur, akhlak mulia, saling menghargai, sayang menyayangi, bercakap dengan bahasa yang sopan, lemah lembut, tiada curiga mencurigai, saling memerlukan dan lengkap melengkapi.

Jika mempunyai kelemahan, kekurangan, kesalahan dan kesilapan tidak dibiarkan berpanjangan. Masing-masing sedia memberi kemaafan, bersedia bertaubat dan berani mengaku segala kesalahan yang dilakukan.

Insya-Allah, mereka yang mengikuti nasihat itu tergolong dalam golongan orang mukmin.

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...



-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 22:12


Aysha
Terima kasih atas info ini. Sememangnya untuk membentuk sebuah keluarga kena bermula dari awal lagi. Untuk mendapat anak solehah juga memerlukan baka dari ibu dan ayah yang soleh. Sebab itu apa jua yang kita lakukan hari ini akan membawa kesan pada anak2 kita kelak. Moga semua kita dapat membina keluarga yang bahagia. Rumahku Syurgaku...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-08-04 08:12




Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-05 08:37


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah bersyukurlah kepada Allah sekiranya anak-anak dikurniakan ibu bapa yang soleh dan solehah. Maksud umi yang amat prihatin akan pendidikan dan hal ehwal anak-anaknya. InsyaAllah walau macam mana sekalipun ibu bapa yang berakhlak mulia akan menjadi tunggak kepada kejayaan anak-anak agar cemerlang bukan setakat di dunia tetapi di akhirat. Mereka amat jaga agar hukum hakam Islam tidak dilanggar oleh anak-anak.

Tetapi bagi mereka yang diuji dengan beribu bapa yang sibuk dan abaikan hukum Islam maka berdoalah kerana doa anak yang soleh adalah amat mujarab.

Maka anak-anak jadilah insan yang bersyukur kerana kita semua dilahirkan beriman dan dalam Islam. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sampaikan salam 'assalamu'alaikum wr' umi kepada kedua ibu bapa anak-anak semua ya.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051337 saat. Lajunya....