Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga. Kalau ada apa2 masalah keluarga, sila lah mohon si suami membaca dan seterusnyer menghayati artikel ini. Katakanlah pada si suami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Amin.
BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan
perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami
atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka
menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.
Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus
tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang
sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang
suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencarihiburan luar,
semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada yang
bermain kayu tiga kononnya isteri di rumahtidak pandai melayan, hanya suka
marah-marah sahaja.
Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan
masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru
kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan
menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai
suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup
hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.
Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam
keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya
dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah,
dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus
bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :
“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik denganwanita,
kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan
yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu
meluruskannya ia akan patah dan jika kamumembiarkannya ia akan
tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara
sebaik-baik dengan wanita”
Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam
isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil
tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan
sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya.
Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam
ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburuatau di saat sedang
berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi
dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil
memberikan peringatan yang baik.
Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul dikediaman isteri
Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan salingmenyalahkan pelakuan
suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh RasulullahSAW,
baginda tidak terus marah malah tetap bersabar.Bagindabersumpah tidak
akan menghampiri kesemua isterinyaselama sebulan.
Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada
mereka.Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan
kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada
tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat
denganbersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan
Rasulullahyang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.
Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambilsikap sabar
apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena denganisteri mereka.
Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumahKhalifah Umar
Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat
lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara
isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi
Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkankeadaan seperti
itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itusambil berkata
pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah
keadaanku!”
Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi,Khalifah Umar
keluar dan memanggilnya. Umar bertanya, “Apakah tujuankedatnganmu?”
“Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuanisteriku.
Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat
kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku
dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku laluberfikir,
“Kalau isteri Amirul Mukminin pun sepertiitu, apa lagilah isteriku.”
Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu
kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah
yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang
mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal
itu bukan merupakan kewajipan baginya.
“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat
menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku
tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai
diriku!”Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!”
Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara,bersabarlah menghadapi
isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”
Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan
sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan
rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan
pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya.
Hadis Rasulullah SAW :
“Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yangmelakukannya Allah
berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta
memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia
berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia
memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.”
Rasulullah SAW juga bersabda “Siapa yang sabar menghadapi perlakuan
buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala
seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi
cubaandan sikap isterinya, manakala isteri yang sabarmenghadapi perlakuan
buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti
yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.”
Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikapisterinya yang
buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran
pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang
suka mengamukitu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah
moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.