Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
Assalamua'laikum wrt dan salam ukhwah tuk sumer warga komuniti muslimah dari kami ahli baru. yana, shiro_grin dan cik sitie..^_^

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Konsep pemakaian tudung masakini merosakkan imej Islam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Konsep pemakaian tudung masakini merosakkan imej Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Konsep pemakaian tudung masakini merosakkan imej Islam

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 15:08




Monday, August 02 @ 10:23:14 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Pemakaian tudung di kalangan wanita Islam bukan lagi sebagai satu tuntutan agama tetapi ianya sebagai satu 'trend' pada masa kini.

Bekas Pengarah Jakim, Ustaz Ahmad Awang, berkata, seseorang wanita yang memakai tudung secara tidak langsung akan mencerminkan wanita itu patuh kepada Islam.

Tetapi katanya, wanita bertudung pada masa kini telah merosakkan imej Islam apabila mereka melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik dan juga menyanyi.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar perdana memberitahu wanita bertudung menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan di Jakarta dan bercita-cita untuk ke peringkat dunia.

Katanya, apa yang berlaku pada hari ini masyarakat Islam baik di negara ini mahupun luar negara kurang pendidikan akhlak.

"Apabila tudung menjadi trend ia boleh hilang pada bila-bila masa, trend bertudung hilang maka tidak ada lagi wanita yang memakai tudung," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azzamuden, pula berkata, masalah utama masyarakat Islam pada hari ini ialah tidak memahami pemakaian tudung dari segi hukum syarak.

Katanya, masyarakat jangan menghayati tudung itu sebagai fesyen seperti yang difahami oleh sesetengah pihak dan jangan meletakkannya ia sebagai satu budaya sebaliknya ia adalah kewajiban.

Tegasnya, menutup aurat adalah salah satu kewajipan oleh Allah dan melakukannya atau melaksanakannya adalah ibadah.

Jadi dalam hal ini, katanya, muslimat harus memahami bahawa melaksanakan kewajiban adalah sebagai memahami tuntutan Allah kerana itu kewajiban yang dilakukannya itu pula akan didokong oleh akhlak yang cantik.

"Kalau tubuh badan cantik dan tidak dihiasi dengan akhlak yang cantik maka musnahlah kecantikan tubuh badan orang itu," katanya mengulas laporan itu.

Taib berkata, jika bertudung tidak didokong dengan akhlak yang murni ertinya dalam hakikat ibadah sudah tidak bermakna lagi walaupun seseorang dikatakan berbuat baik dan pada masa yang sama ada keburukkan maka hasilnya adalah buruk.

Menyentuh solat hajat yang dilakukan bertujuan untuk sesuatu yang melalaikan katanya, tindakan itu menggambarkan umat Islam menghadapi kecelaruan dalam agama.

"Penghayatan agama untuk perkara yang melalaikan menggambarkan penghayatan Islam yang tidak syumul,"katanya.

Katanya, apabila umat manusia mencampuradukkan perkara halal dan haram maka haram akan mengatasinya.

"Misalnya contoh yang paling senang dilihat, sesebuah kampung yang dicop mempunyai kegiatan dadah yang berleluasa maka pihak berkuasa akan menamakan kampung itu sebagai kawasan 'black area' begitu juga dengan perbuatan manusia," jelasnya. - mks.


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.066104 saat. Lajunya....