Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
salam ukhwah dari ana...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 7 hari yang lalu
Laurenjoy: 35 hari yang lalu
jackurban: 36 hari yang lalu
porkalwais: 36 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: Sentiasa Bersyukur, Tidak Cerewet atau Merungut


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» Sentiasa Bersyukur, Tidak Cerewet atau Merungut

Please Mendaftar To Post


Oleh Sentiasa Bersyukur, Tidak Cerewet atau Merungut

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 09:43


Isteri Solehah :Sentiasa Bersyukur, Tidak Cerewet atau Merungut


Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, "Ain, apa tandanya isteri solehah?" Saya menjawab, "Wardah, kau tentunya lebih 'arif daripadaku untuk menjawabnya..."

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim :Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim i manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim :Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim :Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu Ya, baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail :Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri ia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail :Apa jawapanmu?
Isteri :Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail :Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri :Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail :Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.


Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim: Dimana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim :Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim :Baguslah kalau begitu.
Menantu :Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim :Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu :Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.


(Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi
Ismail).


Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail :Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri :Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail :Apa katanya?
Isteri ia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail :Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail :Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri :Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail h, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri :Alhamdulillah, syukur.


Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya 'sabar di hati dan syukur pada wajah'. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi
rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih."

(Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

sumber :http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi15/Muslimah.htm

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 12:57


Alhamdulillah, kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim ni wajar dicontohi, tapi mana lah nak cari bapa mertua semulia tu, zaman sekarang ni pak mentua pun dok ngorat menantu....w/bgmnapun terima kasih kerana memberi panduan mjd isteri solehah...mudah2mudahan Presiden HANAN pun bakal bertemu suami yg seperti Nabi Ismail dan menjd wanita penyeri rumahtangga.


Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

littlecutebear
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2003
Ahli No: 1134
Posting: 47
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 15:23


Moga Allah sentiasa mengingatkan hati kita semua supaya mengingatiNya di dalam keadaan susah & lebih2 lagi mensyukuri nikmatNya di kala senang. Amin...


Bookmark and Share




  Member Information For littlecutebearProfil   Hantar PM kepada littlecutebear   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.057898 saat. Lajunya....