Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Dari Galeri
salam ukhwah dari akk shary..semoga Allah berkati hidup umat islam semua

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 6 jam, 16 minit yang lalu


Keluargaku
Topik: MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI

Please Mendaftar To Post


Oleh MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-04 13:23


..

Topik ini dibuka untuk semua, tak kira yang sudah atau belum berumahtangga. Menurut perhatian anda apakah faktor utama yang boleh menjadikan kita isteri yang disayangi suami? Maksudnya faktor2 selain faktor wajib seperti menunaikan Solat, Puasa dsb..

Pada saya yg paling baik sekali ialah memasak untuk suami dan ahli keluarga yang lain..mak saya pesan, kalau memasak yg memerlukan memerah sesuatu, cthnya santan, kita hendaklah alurkan air perahan melalui ibu jari... ('thumbs-down')..sambil berselawat dan sebut nama suami dan doa mudah2an masakan ini disukainya dan mendatangkan kesan kpd keharmonian dan keutuhan rumahtangga..insya Allah suami akan selalu ingat kat kita,walaupun makanan tu tak sesedap yg emaknya masak.

Kawan2 semua ada tak petua2 lain...(yg tak khurafat la..)..semoga kita semua menjadi isteri yg solehah....


Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-04 15:33


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jazakillahu khairon katsiro kepada UmmiLuqman kerana memberi tajuk ini. InsyaAllah sebagai seorang ibu dan isteri sememangnya kita mengharap baiti jannati serta wujud mawaddah wa rahmah - sebuah rumahtangga yang tenang dan gembira bersama .. sering senyum, ikhlas berinteraksi, saling menunjukkan kasih sayang sejati dan tidak lupa saling hormat menghormati. Seorang isteri tidak perlu bertanya ke mana suaminya pergi tetapi sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak dan ke mana mereka pergi. Suami adalah mas'ol (ketua) keluarga dan isteri pula pembantu setianya untuk menjaga rumahtangga semampunya. Sebuah sajak untuk kita semua -

~ One Day at a Time ~

We can't change the past-
But we can gather up
It's lessons and move on,
Stronger and wiser.

We can't control the future-
But we can send our dreams
Ahead of us
To help prepare the way.

We can live each moment-
Heart and soul,
And cherish this day's
Greatest gift-

The gift of now.

May peace with the past
And faith in the future,
Gently guide you through each
Precious moment of Today.

~ Author Unknown ~

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ash hadu an laa ilaha illa anta, astaghfiruka wa atoobu ilayk





Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sitilina
WARGA RASMI
Menyertai: 25.02.2004
Ahli No: 3315
Posting: 9

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-04 14:24


kalo belum kawin bleh ke pakai petua tu tuk tunang kite?


Bookmark and Share




  Member Information For sitilinaProfil   Hantar PM kepada sitilina   Quote dan BalasQuote

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-07-04 22:48




PETUA YANG BAIK, DENGAN NIAT YANG BAIK, TAK JADI MASALAH KALAU NAK APLIKASI KAN KAT SAPA2....WALAUPUN UNTUK TUNANG..YG PENTING NIAT KITA DAN ANGGAP INI SEBAGAI USAHA 'MENGUKUH' IKATAN YG BAKAL DISATUKAN.......



Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

kakngah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 26
Posting: 80
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-04 09:43


syukran


Bookmark and Share




  Member Information For kakngahProfil   Hantar PM kepada kakngah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 11:36


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.




Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

YA ALLAH KURNIAKANKU ISTERI YANG SOLEH..SEBAGAI PENYEJUK MATA....

petikan dari ukhwah.com oleh Syed

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

acik311
WARGA RASMI
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 4257
Posting: 4

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 12:29


...

Terima kasih di atas maklumat yang berguna dari ummimq dan ummiLuqman. Alhamdulillah saya baru saja bergelar isteri 9 bulan yang lalu dan bakal bergelar ummi sebulan lagi. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan harap ummi2 sumer sudi berkongsi ilmu dengan saya dan ahli2 yang lain.

Satu yang ingin saya share di sini, sebagai isteri kita menjadi pendorong utama kepada suami untuk berbuat kebajikan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya kita boleh sama2 ajak suami untuk berpuasa sunat, rajin ke surau, bersedekah, bermasyarakat dan macam-macam lagi. Sekiranya sebelum ini suami jarang berbuat demikian, InsyaAllah kalau kena caranya, dia akan dapat istiqomah dengan amalan yang sama2 dilakukan oleh isteri.


Bookmark and Share




  Member Information For acik311Profil   Hantar PM kepada acik311   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 15:53


Wassalamu'alaikum wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah ya anakanda kerana sudah menjadi seorang isteri dan bakal bergelar seorang ibu tak lama lagi. Semoga anakanda sekeluarga terus di dalam dakapan Rahmat Nya. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Dalam bab 'mendidik' suami ni memang nak kena hikmah sampai suami tidak terasa rendah diri dan juga dipandang rendah oleh isteri. orang lelaki ni ada ego jadi kita kena berhikmah agar ego tidak terguris.

InsyaAllah seorang suami yang soleh akan mampu istiqomah dalam beramal ibadah kepada Allah SWT. Cuma kita sebagai isteri jangan buka ruang bagi syaitan dan juga pengaruh negatif masuk ke dalam rumahtangga kita dengan menjadi seorang isteri yang memahami akan kehendak suaminya.

Contohnya bilik tidur seperti kamar pengantin setiap hari - wangi dan berseri.

kita pula seperti pengantin berhias untuk suami.

menyambut kepulangan suami dengan wajah ceria dan tidak menyoal tapi menyediakan air dan makan minumnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sekedar beri contoh sebab umi ni dah tua dan cuba juga bila sihat dan memang suami akan berbangga dan menghargai usaha kita tu.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.057856 saat. Lajunya....