Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-01-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Lin8402
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13719

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Dari Galeri
... Jika Tuhan tidak ditakuti... Macam-macam boleh terjadi... 
- Mawaddah -

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 3 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: haram cabut bulu di muka untuk cantik


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» haram cabut bulu di muka untuk cantik

Please Mendaftar To Post


Oleh haram cabut bulu di muka untuk cantik

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-04 08:47


Wadah Wanita Islam: Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik
Oleh Prof Madya Dr Anisah Ab Ghani


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya
kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila
berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah
dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan
mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti
celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi
sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam
dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta
kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut
wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.

Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang
dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang
persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua
hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat
Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-
Mukminin, puteri Rasulullah saw.

Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang
membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat
hati suaminya.

Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya
yang kamu mampu."

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang
menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu
muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu
keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya
kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah
kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk
suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti
jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu
di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.
Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut
bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan
alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-
bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-
bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan
halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua
pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik
dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening
sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki
atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah
ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau
terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar
membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan
Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk
bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis
yang cantik adalah tidak dibenarkan.

Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan,
termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah
dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami
atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang
digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak
akan menggadaikan diri sendiri.


Penulis adalah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-07-04 21:14




Terima kasih ummi. Ustazah ana di UM ni. Sekarang ni memang dah jadi trend cukur mencukur ni. Alahai kesiannya pada kening tu. Bukan lawa pun dicukur, tambah buruk aje adalah.

Biasanya masalah ni terjadi apabila nak kahwin. Habis semua bulu dicukur dengan alasan nak meratakan bedak di muka. Kahwin untuk mendapat berkat tapi akhirnya dapat dosa aje. Sayangilah muka2 anda.


wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

qatrunnada
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2160
Posting: 34
Dari: kerian

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-07-04 11:13


assalamualaikum...
macamana pulak kalau sorang perempuan tu bulu keningnya nak bersambung, pastu dia cukur tgh2..haram jugak ke??


Bookmark and Share




  Member Information For qatrunnadaProfil   Hantar PM kepada qatrunnada   Quote dan BalasQuote

nurkamar
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 21:06




sekadar menyelit.. jangan ade yang marah... key..

kalau bab bulu ketiak.. mana yang sebaiknya, cabut atau cukur?. ade kajian terbaru menyatakan mencukur bulu ketiak penyebab kanser. kalau cabut pula penyebab kulit semakin kendur.
tapi mesti kene pilih salah satu. sebab perlu, kan.

-----------------
-cheras-


Bookmark and Share




  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-04 08:45


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah semuanya kembali pada asas iaitu innamal a'malu binniat. Cuma umi ingin tahu ya daripada anakanda dapat berita bahawa mencukur bulu ketiak menyebabkan kanser? Sementara mencabut pula buat kulit kendur? Tetapi kalau menurut hadith salah satu yang patut dicukur ialah bulu ketiak dan juga di kwasan sulit itu. Jadi mungkin ada kaitan dengan barang yang gunakan ke menjadi penyebab penyakit tu? Apapun satu tips atau petua yang pernah umi dengar ialah sekiranya ingin bulu kening cantik maka bila baby baru lahir maka gunakan celak mekah untuk menggariskan kening yang masih belum nampak jelas lagi tu. InsyaAllah. Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

kakngah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 26
Posting: 80
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-04 09:49


syukran ummi..........


Bookmark and Share




  Member Information For kakngahProfil   Hantar PM kepada kakngah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.06098 saat. Lajunya....