Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk menjamin kejayaan, bertindaklah seperti tidak akan gagal

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
dari kiri diri sendiri dan sebelah tu best friend ana, ummu

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: “MENCARI MUTIARA DI DASAR LAUTAN”


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» “MENCARI MUTIARA DI DASAR LAUTAN”

Please Mendaftar To Post


Oleh “MENCARI MUTIARA DI DASAR LAUTAN”

raudhatulmardhiah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1193
Posting: 26
Dari: Kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-04 21:53


Mendapatkan solat yang khusyuk umpama mencari mutiara di dasar lautan, sangat sukar dilakukan dan diperolehi tetapi semua muslim amat mengimpikannya dan tidak kurang pula mukmin yang berusaha keras memilikinya.....

Gangguan syaitan tidak boleh dielak tetapi gangguan itu boleh dikurangkan kalau seseorang itu boleh menutup pintu utama daripada dimasuki syaitan. Pintu utama yang dimaksudkan ialah hati. Pintu ini mesti dikawal rapi oleh pengawalnya.

Soalnya siapakah pengawal pintu hati itu? Tiada lain, pengawalnya ialah iman. Iman yang kuat tentu mampu mengawal pemiliknya daripada dicerobohi oleh syaitan. Sebaliknya kalu iman lemah, syaitan boleh membolos masuk dengan mudah sahaja.

Ketahuilah iman yang lemah akan bertambah lemah kalau jalan-jaaln ke arah pintu itu tercemar. Kerana itu, jalan itu juga mesti ditutup. Jalan yang dimaksudkan ialah tabiat kerja gopoh dan sikap ego.

Kalau seseorang itu gopoh dalam tindakan nescaya akan berlaku kegagalan atau ketidaksempurnaan dalam kerjanya. Apabila berlaku semua itu, maka akantimbullah sikap marah dan sebagainya. Marah itu hakikatnya adalah angkara syaitan.

Manakala orang yang ego pula sentiasa memandang orang lain lemah dan hina, hanya dia seorang sahaja yang baik dan elok untuk dicontohi. Apabila ini terjadi, pasti dia tidak akan mengaku kalah walaupun hakikatnya dia sudah kalah. Kalaulah di masa itu dia berjaya dikalahkan oleh pihak lain, nescaya dia akan marah kerana malu. Inilah petanda bahawa syaitan telah melalui jalan itu.

Apabila penyakit ini menguasai diri seseorang, nescaya dia akan terbawa-bawa ke dalam solat. Sebaik sahaja kita mengangkat takbir, datanglah gangguannya. Segala yang berlaku sebelum solat diulangi ingatannya dalam solat.

Sebab itu kita pernah mendengar bahawa ada hamba Allah yang dapat mengetahui kedudukan barangnya yang hilang ketika bersolat. Bahakan menjadi pengalaman semua orang, apabila mula bersolat, maka mulalah mereka teringatkan apa yang dilakukan sebelumnya. Malah ada yang berkhayal sepanjang tempoh solatnya.

Ketahuilah ingatan itu walaupun tidak membatalkan solat tetapi amalan itu dikira oleh Allah sebagai amalan orang yang lalai. Orang yang lalai sebegini, Allah janjikan untuknya neraka Wail. Bayangkan kalau seseorang itu solat dalam keadaan tidak khusyuk dan lalai dalam setiap ibadah solat mereka boleh dicampakkan ke dalam neraka Wail, betapa pula kalau mereka itu melakukan kerja haram hingga meninggalkan solat. Tentu lebih dahsyat hukumannya di sisi Allah!

Akan tetapi kalau seseorang yang berkhayak dan lalai dalam solat hingga terkeluar kata-kata yang dapat didengar oleh telinga sendiri, maka hal itu boleh membatalkan solat. Walaubagaimanapun, kata-kata yang terkeluar itu disyaratkan boleh difahami maknanya. Soal kata-kata yang memberi makna baik atau buruk tidaklah menambah hukum. Ertinya tidak kira sama ada kata-kata itu baik mahupun buruk, ia tetap boleh membatalkan solat.

Justeru itu, hindarilah diri kita daripada gangguan di atas khususnya sebelum menunaikan solat. Tumpukan sepenuh hati dalam mengerjakan solat seperti kita sedang berhadapan dengan Allah s.w.t.


-----------------
http://cikgumardiah.blogspot.com/


Bookmark and Share




  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 17:44


IMAN ADALAH MUTIARA..itulah yg di ungkapkan oleh Raihan..mmg sukar tuk kita cari mutiara tu kalau bkn krn hati kita..sbb semua tu dtgnya dari hati..


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 17:45


IMAN ADALAH MUTIARA..itulah yg di ungkapkan oleh Raihan..mmg sukar tuk kita cari mutiara tu kalau bkn krn hati kita..sbb semua tu dtgnya dari hati..


--------------------------------------------------------------------------------


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.071874 saat. Lajunya....