Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang miskin bukanlah mereka yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka yang tidak ada impian.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
a'kum...salam mesra..salam manis...utk semua....

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Ukhwah
Topik: Ada pengalaman berusrah????


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »»  Ada pengalaman berusrah????

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Ada pengalaman berusrah????

hamasabyana
WARGA RASMI
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 3056
Posting: 6
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 13:30


ASSALAMUALAIKUM...

jika anda pernah mengikuti pentarbiahan melalui usrah
apa kata kita kongsi bersama ,kalau kita tahu metod pertama perkembanagan islam secara tidak sedar ialah melalui usrahh.juga meletusnya revolusi yang mana ramai ummat islam kembali kepada islam juga melalui usrah,yang mana telah dibuktikan oleh ASSYAHID IMAM HASSAN ALBANNA....LETS JOIN ME!!!!


Bookmark and Share




  Member Information For hamasabyanaProfil   Hantar PM kepada hamasabyana   Quote dan BalasQuote

izdihar_insyirah
WARGA RASMI
Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 3383
Posting: 4
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-07-04 22:26




saya pernah mengikuti usrah masa bergelar pelajar dulu.tiap2 minggu dijalankan usrah,diselang-seli dengan usrah umum dan usrah kumpulan.usrah ni memang banyak faedah yang boleh kita manfaatkan disamping dapat muhasabah diri kita.ada juga isu ehwal semasa yang dibincangkan sesama ahli usrah dan naqibah.

wallahu a'lam


Bookmark and Share




  Member Information For izdihar_insyirahProfil   Hantar PM kepada izdihar_insyirah   Pergi ke izdihar_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 07:10


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah di bawah ini umi paparkan satu artikel yang berkaitan dengan konsep usrah. Semoga bermanfaat sebagai panduan insyaAllah.



PRINSIP KEHIDUPAN INSAN

Dalam konteks organisasi CQ (Caring quotient) dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan secara berkesan melalui amalan berikut;

Kenal

Kenal mengenali amat penting dalam kehidupan insan. Bermula dengan kenal diri kemudian kenal Tuhan. Untuk mengenal diri yang zahir mungkin mudah tetapi untuk mengenali diri batin agak susah terutama mengenali hati budi. Apa yang dimaksudkan kenal satu sama lain bukan hanya aspek yang zahir tetapi termasuk batinnya juga.

Justeru itu dalam konsep usrah (keluarga), `taaruf’ (kenal-mengenali) diletakkan sebagai rukun yang pertama. Daripada kenal nama, tempat tinggal dan keluarga serta hati budinya, malah apa-apa yang terlintas pada fikiran seseorang, sehingga apabila melihat wajah seseorang, kita dapat merasakan perasaannya dan tahu apa yang terkandung dalam fikirannya. Ini menimbulkan perasaan sepunya. Membolehkan seseorang dapat tumpang sedih dan gembira dengan apa yang dialami oleh seseorang.

Perhubungan (relationship)
Kenal sahaja tidak mencukupi bagi seseorang tanpa perhubungan dan komunikasi. Dalam aktiviti perhubungan ada adabnya yang disebut sebagai adab perhubungan. Jika tidak mematuhi adab dalam perhubungan ia jadi biadap dan menimbulkan kekusutan, kemarahan dan dendam kesumat atau terasa hati.
Dalam konteks perhubungan, yang penting seseorang itu harus faham bahawa setiap orang ada harga diri atau maruah. Harga diri dan maruah sangat mahal harganya. Oleh itu harga diri dan maruah seseorang perlu dipelihara. Justeru itu elakkan daripada mempersenda dan menjatuhkan maruah orang lain.

Dalam perhubungan seseorang itu ada nama dan kebiasaannya seseorang itu memiliki nama yang indah-indah. Sehinggakan pada nama itu ada maruah, kebanggaan dan keyakinan diri. Dalam Islam pada nama ada identiti, maruah, kebanggaan dan keyakinan. Sungguh pun seolah-olah perhubungan itu suatu yang mudah tetapi ia ada adab yang perlu dipelihara untuk jaga harga diri dan maruah sesama kita.

Kebajikan

Tidak ada manusia di dunia hidup dalam keadaan sempurna. Manusia adalah makhluk yang baharu dan yang sempurna itu hanya Allah swt. Orang yang paling kaya pun tetap merasa tidak kecukupan. Harta mungkin cukup tetapi kasih sayang tidak akan cukup. Manakala orang miskin tidak cukup harta tetapi hati budinya kaya.

Oleh kerana manusia itu sentiasa tidak sempurna, maka manusia perlukan orang lain untuk menjaga diri, moral dan materialnya. Sebab itu dalam maksud darjah kepenyayangan (CQ), semua manusia perlu bantuan. Ini boleh mendorong kita bersifat pemurah, suka menolong orang dan tidak kedekut atau bakhil.

Kasihan Belas (compassion)

Kesihan belas merujuk kepada perasaan kasihan belas yang mendalam dalam diri seseorang. Apabila mendengar sesuatu kecelakaan atau kesusahan orang lain, ia bukan sekadar simpati tetapi turut merasainya secara mendalam, hati rasa sebak dan sedih. Perasaan yang timbul dari hati nurani yang halus. Natijahnya air mata seseorang boleh menitis hasil hatinya yang menangis. Air yang mengalir di luar adalah lanjutan jiwa yang merintih.

Keprihatinan seumpama ini yang mendorong seseorang tidak boleh lena tidur kerana mengenangkan bencana kelaparan dan mengingatkan dosa yang dilakukan. Ini yang mencetuskan rasa keinsafan, ketulusan dan keinsanan, malah keikhlasan.

Di peringkat ketulusan ini, hati nurani (dhomir) manusia yang berperanan tetapi yang sering menjadikan manusia mudah tergoda adalah peringkat emosi. Di peringkat perasaan biasanya tiada pertimbangan benar atau tidak benar. Tetapi dhomir lahir daripada ketulusan.

oleh - Hj Ahmad Mohd Said


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Srikandi
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3462
Posting: 11

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 22:42




Alhamdulillah sejak mengenali kumpulan usrah sewaktu belajar telah banyak perkara baru yang saya dapat. Pada asalnya masuk kumpulan usrah sekadar nak dapat ilmu tp bila dah join rupa-rupanya kite bukan saje sbg menedengar ttp kite juga akan memberi ilmu yang kite ada. Segala susun atau dalam usrah memang cantik, lihat saja dari segi rukun iaitu:

i. Taaruf (berkenalan)
Di sini kite dapat berkenal-kenalan dengan lebih ramai kawan bukan sekadar nak sembang kosong ttp bersembang ttg keagungan ISLAM itu sendiri.

ii. Tafahum (faham memahami)
Disamping kite kenal kite juga ajar memahami sahabat kite.

iii.Takaful (tolong-menolong)
Dah kenal dan faham sampailah ke tahap kite mampu menolong sahabat kite dalam apa jua keadaan.

Sekiranya semua rukun usarah ini kite fahami insyaALLAH kite akan merasai kemanisan ikatan dalam kumpulan usrah ini.

Bagi sesiapa yg belum pernah ikut usrah saya mengalu-alukan untuk anda cari kumpulan ini.

Wassalam.


Bookmark and Share




  Member Information For SrikandiProfil   Hantar PM kepada Srikandi   Quote dan BalasQuote

safi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.06.2004
Ahli No: 3926
Posting: 39
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-04 14:15


saya pun pernah mengikuti usrah masa study dulu dan pernah menjadi naqibah...sekarang bila dah keje jarang-jarang ada usrah sebab masing2 sibuk...tapi banyak yg kita dpt dengan berusrah...ilmu dan dapat menjalin silaturrahim.


Bookmark and Share




  Member Information For safiProfil   Hantar PM kepada safi   Quote dan BalasQuote

zeikiyya
WARGA RASMI
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 4081
Posting: 8
Dari: serambi mekah

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-08-04 19:37



Alhamdulillah....ana mase kat sekolah dulu ada jugak masuk usrah...masa tu yang jadi naqibah ialah ustazah kat sekolah ana....bagi ana banyak manfaat yang kita dapat bila kita masuk usrah ni...dapat tambah dan berkongsi ilmu...berkenal kenalan sesama ahli usrah...selain tu dapat juga melatih diri kita berkomunikasi dgn orang2 di sekeliling kita...
masa kat matrik dulu pun ana ade masuk usrah....tapi satu sem je...ana harap kat tempat ana blaja skrg ni akan ada di klgn sahabat2 yang nk buat usrah...maklumla...kita manusia ni mudah lupa...dgn adanya usrah ana rasa kita dapat muhasabah diri kita...melalui ilmu2 yang kita dapat...tu je dari ana yang dhaif ni...........wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For zeikiyyaProfil   Hantar PM kepada zeikiyya   Pergi ke zeikiyya's Website   Quote dan BalasQuote

wearzana
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 3069
Posting: 98
Dari: Petaling Jaya

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 11:58




Sewaktu masih bersekolah dan menuntut dipoliteknik dahulu ana ada menyertai usrah.
Di sekolah, ustazah yang sering menjadi naqilah & sewaktu dipoly kami bergilir-gilir menjadi naqilah.
Pelbagai ilmu & info yang dikongsi bersama.....disamping tu banyak membantu ana untuk memberanikan diri untuk berkomunikasi dihadapan orang lain. Disamping itu kita juga dapat menjalinkan silaturrahim.


Bookmark and Share




  Member Information For wearzanaProfil   Hantar PM kepada wearzana   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-04 13:40


andai rukun usrah berjaya kita laksanakan maka akan kuatlah ukhuwah sesama kita bagai sebuah kuarga...ana prnh ikut wak2 kat matrik..tapi lani ana masih ikut dan dlm masa yg sama kena jd naqibah kt u ..


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 16:00


...
maser matrikulasi dulu, tiap2 minggu ader usrah, p sekarang dah masuk universiti nie, x dengar pun benda2 tu ader dibuat kat 'u' kiter =(
suker biler p usrah nie, coz boleh 'share' macam2...
pastu dapat ramai kawan plak..lagi best!!!


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

salam_ukhuwah
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2004
Ahli No: 3420
Posting: 11
Dari: rumah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-04 16:22




pernah jugak berkecimpung dlm usrah ni. dr sekolah lg. tp skrg ni dh tak ikut. bukan tak berkeinginan, nk sgt2 join mane2 usrah, tp takde peluang. kdg2 rase mcm kite ni mencari alasan utk tak involve dlm usrah je. pd hal, usrah tu mmg bagus utk kite. ingatkn, bile dh masuk u ni dpt involve lg. rupe2nye takde peluang. sedih mmg sedih. tp alhamdulillah...ade sahabat lain yg byk bantu kite. kadang2 tu pi lawat sahabat2 usrah mase diploma dulu. mmg payah nk carik sahabat yg sefikrah dgn kite. so, kite think +ve. setiap yg berlaku pasti ade hikmah nye. hopefully, komuniti ni boleh jd sbg satu tempat utk kite berusrah, walaupun secara virtual. InsyaAllah, kite semua pasti ade peluang utk berjupe sbg sebuah suatu keluarga.


Bookmark and Share




  Member Information For salam_ukhuwahProfil   Hantar PM kepada salam_ukhuwah   Quote dan BalasQuote

kinobaik
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 02.05.2005
Ahli No: 5251
Posting: 23
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 12:38


saya pernah, sedang dan akan mengikuti serta mendendalikan usrah...

usrah ni sgt bagus. kat skolah sy x join. sy join masa matrik. even sy dr skolah agama pun, tak semua ilmu agama tu sy hadam betul.usrah bnyk membantu dlm memahami ilmu agama..

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again


Bookmark and Share




  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 23:55


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah usrah ertinya keluarga jadi pentingnya usrah dalam kehidupan umpama udara segar bagi kita menghirup untuk terus hidup di muka bumi ini.

Usrah amat perlu dihadiri demi menjaga hati dan minda kita untuk terus aktif memahami ilmu Islam secara sistematik dan berdisiplin. InsyaAllah sesiapa yang ada usrah tidak akan mudah untuk dipengaruhi dan diganggu serta dicabuli haknya sebagai seorang insan muslim/ muslimah mukmin / mukminah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

GhaizahNorazra
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 5328
Posting: 46

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 14:32


waktu sekolah menengah dulu pernah buat usrah..jadi naqibah...Ustazah akan pantau setiap kumpulan...macam mana kita menyampaikan usrah...dulu usrah dilakukan selang waktu maghrib dan isya'...pastu hari Jumaat sebelum zohor....


Bookmark and Share




  Member Information For GhaizahNorazraProfil   Hantar PM kepada GhaizahNorazra   Quote dan BalasQuote

acu_imah
WARGA RASMI
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 5085
Posting: 3
Dari: satu sudut di bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 15:56


Bismillahirrahmanirrahim...

Acu ada pengalaman berusrah, mula kat U dulu... dan insyaAllah sekarang pun sedang mengikuti usrah juga mengendalikannya.........

Memang betoi kita insan yang kerdil ini sangat2 memerlukan tarbiyah coz dengan tarbiyah sajalah yang membuatkan kita dapat memahami hakikat kejadian diri... sebagai hamba dan khalifah di dunia juga yang memberi kekuatan untuk kita terus bertahan menempuh dugaan hidup dengan redha... (susah tul lah rasanya nak dapat redha tu... emm.. sebabnya dalam kita kata kita dah bersabar tu tapi belum tentu kita telah redha....... tapi kalu kita redha sudah pasti terkandung kesabaran di dalamnya...)

Rukun usrah yang tiga, ta'aruf, tafahum & takaful itu sudah lengkap untuk membantu kita untuk menjadi muslimah mukmin yang sebetul-betulnya... rindu pada sahabat seusrah yang sentiasa menjadi pendorong ke arah kebaikan... mendidik diri akan erti tangggunjawab bila mana kita perlu pula mengendalikan usrah.....

oh ya, bukan setakat menambah ilmu, usrah juga boleh menambahkan kemahiran kita macam berani menyampaikan sesuatu tajuk, macam mana cara komunikasi yang berkesan, psikologi mean how kita handle problem anak buah usrah juga contribution kepada problem sahabat seusrah then leadership coz dalam usrah pun ada organisasi... itu tak masuk lagi kalu kita buat program cam rehlah ke, qiam ke.. etc..

dan sesungguhnya kekuatan untuk membuat perubahan yang membuatkan acu rasa sangat berharga sekali menghadiri dan mengendalikan usrah... semoga acu terus diberikan hidayah oleh-Nya dan meneruskan agenda usrah ini dalam konteks menjana peribadi2 yang mampu bergerak untuk kegemilangan Islam.. Ameen...

so, sahabat jom ar kite cari dan duduk dalam kumpulan usrah ni... sure tak rugi nyer...

Allahu Ta'ala A'lam.

-----------------
Bukan perjuangan tanpa kesulitan, tetapi dalam kesulitan ada ketenangan..


Bookmark and Share




  Member Information For acu_imahProfil   Hantar PM kepada acu_imah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
WARGA RASMI
Menyertai: 03.11.2004
Ahli No: 4547
Posting: 19
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 23:24


usrah banyak membantu saya menjadi siapa saya sekarang... alhamdulillah...


Bookmark and Share




  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

addinul_huda
WARGA RASMI
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 8001
Posting: 11
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 11:48


assalamualaikum..

ana juga ada pengalaman berusrah..seronok sangat..


Bookmark and Share




  Member Information For addinul_hudaProfil   Hantar PM kepada addinul_huda   Quote dan BalasQuote

nayya
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2008
Ahli No: 9213
Posting: 4
Dari: di sini

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 12:45


rata-ratanye usrah di ipt or sek? tak ada ke usrah di ada kan di luar lingkup tu? kalau ada cuba bagi tau!!!
usrah penyemai peribadi muslim memang wajar disemai dalam diri tiap pelapis tapi lebih cantik kalau selalu di baja...
kan baru mawar yang berduri sentiasa "segar"


Bookmark and Share




  Member Information For nayyaProfil   Hantar PM kepada nayya   Quote dan BalasQuote

hazirahaza
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 8374
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 22:39


salam. saya pula pelajar sek. menengah. saya dah mengikuti usrah selama 7tahun. mula-mula, hanya menurut perintah sek. tapi lama2 hati dah terdidik untuk mencintai program usrah ni. Usrah inilah yang banyak menguatkan hati saya selama ini...


Bookmark and Share




  Member Information For hazirahazaProfil   Hantar PM kepada hazirahaza   Quote dan BalasQuote

yuhada
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2006
Ahli No: 6248
Posting: 19
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 08:48


salam. usrah best dapat menjana diri sambil mengeratkan ukhwah...
tapi paling best mukhayyam... ala-ala camping tapi lebih kepada islamic, lagi mencabar diri... pengalaman saya tika mukhayyam tepi sg kelantan...


Bookmark and Share




  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-11-08 00:54


salamun alaik..
ana mula kenal dan ikut usrah ketika ana di kampus dulu..sebelum 2 memang ana jahil..alhamdulillah usrah ini lah jadi titik permulaan ana berhijrah mndalami Islam dengan lebih baik..ana bersyukur sangat-sangat..dengan usrahla ana kenal website macam portal muslimah dan ukhwah..walopun ana da tak berusrah dengan kakak2 naqibah dan sahabat-sahabat,ana ada join usrah online..skrg2nya ada lah ckt tarbiyyah yang ana dapat..kalau nak buat usrah macam dlu2 xdptla sebab semua da berpecah sebab jarak dan masa..hmm..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »»  Ada pengalaman berusrah????

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.072145 saat. Lajunya....