Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-12-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: zahirahruslan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13718

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Salam ukhuwah...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 6 jam, 21 minit yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Pendapat antum perkahwinan jarak jauh?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Pendapat antum perkahwinan jarak jauh?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Pendapat antum perkahwinan jarak jauh?

sygabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 2700
Posting: 3

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 18:04


Assalammualaikum Warahmatullah

Ana ingin meminta pendapat antum mengenai perkahwinan jarak jauh... pantai timur dan selatan. Dalam masa yg sama ana masih study dan bakal zauj telah pun bekerja. Wallahualam.


Bookmark and Share




  Member Information For sygabadiProfil   Hantar PM kepada sygabadi   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 09:17




dizaman yang semakin maju ini, kes - kes begini mulai menjadi perkara biasa kepada pasangan yang masih belajar mahupun yang telah bekerja. Salah satu faktor - faktor pasangan bekerja yang berjauhan antara satu sama lain antaranya :
- tidak dapat ditukarkan ke cawangan lain
- terikat pada kontrak pekerjaan
- masalah tempat tinggal (kurang didengar)

Namun jangan anggap itu satu kekurangan pada pasangan yang berjauhan. Duduk berjauhan tapi hati entah siapa yang tahu. Semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk mengawal. Walaupun kita rasa apa yang kita buat si dia tak tahu, tapi yang pastinya kita tak akan terlepas dari pandangan-Nya..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 11:48


Quote:

On 2004-06-29 18:04, sygabadi wrote:
Ana ingin meminta pendapat antum mengenai perkahwinan jarak jauh... pantai timur dan selatan. Dalam masa yg sama ana masih study dan bakal zauj telah pun bekerja.



ooo.. anti masih study lagi. pada ana itu bukan permasalahan yg berat sebab sebaik sahaja habis study dah tentu anti boleh mencari pekerjaan yg berdekatan dgn tempat tinggal suami sekarang ni.

erm.. macam ana sendiri, ana skrg bekerja di pantai timur.. manakala suami pula bekerja di selatan.. walaupun jarang dapat bertemu tapi sikap persefahaman dan saling percaya-mempercayai itu memang mesti ada. Apabila terdapat sesuatu masalah.. kami cepat2 bawa berbincang. Apabila berjauhan.. pada ana kita tak perlu nak pendam perasaan.. semuanya kena berterus-terang. Demi kebahagian keluarga dan diri sendiri.

Alhamdulillah.. rezeki perkahwinan sememangnya ada, insyaAllah.. dlm masa terdekat nanti dapatlah kami duduk bersama.. ..

p/s: pesan ana buat anti, setiap apa yg hendak dilakukan perlulah diberitahu pada suami kelak. Jangan cuba sembunyikan apa2 dari dirinya kecuali rahsia tu memang terlalu rahsia pada kita. Setiap masalah yg wujud nanti, cepat2lah cari jalan penyelesaian.. selesaikan dgn cara yg berhikmah. Jangan sesekali berniat atau berlaku curang pada suami kelak.. Terimalah suami itu seadanya.. Suami adalah syurga bagi isteri.
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 30-06-04 17:46




kalo ndak citer, saya tak der pengalaman lagi lah.. tp di kalangan kekawan mmg ader..

one couple (husband & wife), lom sampai sethn pon nikah, wife dah dpt offer bekerja kat m'sia and hubby masih lagi menuntut kat oversea..

and another couple, senior saya.. dedua students oversea.. tp sorang kat germany & sorang lagi kat UK.. yg ni lagi haru sbb diorang mmg nikah waktu tgh2 belajar.. so far alhamdulillah diorang boleh bertahan, bahagia lagi tuh..

absence makes the heart grow fonder.. jadi bersabarlah..


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-03-05 09:06


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah ingatkan cuma melanjutkan pelajaran jarak jauh tapi rupanya ada juga perkawinan jarak jauh ya . Yang penting ialah menjalankan sunnah Rasulullah saw iaitu berkawin apabila jodoh dah sampai.

Maksud jodoh dah sampai ialah faktor umur dan juga pihak yang melamar adalah seorang yang beriman dan bertanggung jawab. Biiznillah.

Tugas mempastikan anak-anak beroleh jodoh adalah terpikul pada ibu bapa (Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya - tanggungjawab ibu bapa).

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 10:47


perkahwinan jarak jauh??


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 10:51


ana ada kawan yg berkahwin jarak jauh...
isteri di malaysia..suami kat timur tengah....
akad nikah pun sorg kat sana sorg kat sini..cuma buat siaran langsung melalui internet jer....menarik!kenduri dibuat mcm biasa jugak...

ok lah perkahwinan mcm ni pun..coz dapat elak maksiat hati dan perasaan...asyik gayut telefon pun maksiat jugak....

cuma...perkahwinan cara ni perlukan kesabaran yg tinggi......


-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

shafiahwafi
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2005
Ahli No: 5407
Posting: 14
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-06-05 15:25



saya rasa jauh atau dekat itu tak penting .yang penting ialah kepercayaan antara satu sama lain.saperti saya, suami saya orang pahang dan kini masih bekerja di pahang.kami dah berkawin selama hampir 5 tahun dan mempunyai sorang anak.manakala saya plak bekerja di singapura.walaupun sering berjauhan tetapi kami tetap berhubungan dan mesra kerana kami kerap telefon dan beliau akan datang berjumpa saya dan anak sekali dalam dua minggu atau sebulan sekali.memang rasa curiga pasti ada tapi kita mesti cuba kikis dan percaya pada suami kita sebab kita sudah kenal perangai dan tau latabelakangnya.cooperation and trust is really important walaupun kita kawin dgn org jauh atau dekat.kecuali org itu benar2 tidak blh dipercayai...malah saya rasa tinggal berjauhan lebih mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang.memang sebelum kawin ibubapa bimbang kerana asal usul yang jauh tapi kalo da sayang semua pun tak kisah....

[ Posting ini telah di edit oleh: shafiahwafi pada 2005-06-21 15:26 ]


Bookmark and Share




  Member Information For shafiahwafiProfil   Hantar PM kepada shafiahwafi   Quote dan BalasQuote

faqihah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.02.2002
Ahli No: 5474
Posting: 29
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 17:50


Assalamualaikum

Setuju dengan pendapat Shafiahwati. Situasi saya pun lebih kurang sama - suami ore Kltn tapi nasib baik bekerja setakat di JB saja. Kami bertemu seminggu sekali masa hujung minggu. Walau rasa rindu tu??? memang ada, sebab masing-masing kerja jadi rasa masa cepat saja berlalu. Yang penting mesti percaya kepada pasangan dan mesti kerap berhubungan tak kira sms atau talipon.


Bookmark and Share




  Member Information For faqihahProfil   Hantar PM kepada faqihah   Quote dan BalasQuote

nurmujahida
WARGA RASMI
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1037
Posting: 14
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 20:24


asm..
     ana berkahwin masa suami masih study sedangkan ana dah keja..ana di kl dan suami di perak..bila dah kahwin suami dapat keja di kedah dan ana keja di kl..

ana dah ada seorang anak berumur 8 bln..kasihan kat dia sb kurang dapat kasih sayang dan sentuhan dari seorang ayah...ana bersyukur sb masih tinggal dengan parents..

nasihat ana..kalau boleh, cuba cari alternatif tinggal bersama..bukan tak boleh tinggal berasingan tetapi hakikat pernikahan bukankah untuk susah dan senang bersama2..

ana berckp berdasarkan pengalaman ana dan kawan2... :)

bukan apa..kita mgkin boleh bertahan tapi bagaimana dengan suami kita..pakai minum dia? takkan masih nak seperti bujang makan di kedai ye tak? kawan ana sanggup benti belajar sb tak sanggup tinggalkan suami..tapi brgantung juga pada keadaan..sebab kawan ana ini memang susah sangat nak jumpa suami dia...(atas sb tertentu)..kalau enti masih boleh berjumpa (bila dah kahwin) itu tak mengapa...

tentang ana, tak ada sebab ana tak boleh ikut suami keja di utara...walaupun ana sedang kerja..ana sanggup benti keja sb nak jaga suami dan anak..tapi ana cuma bermasalah dengan parents ana...so additional advise, dah kahwin sok usahalah tinggal bedikari dan bukan dok dengan parents...sb sedikit sbnyk keputusan kita terikat dengan parents kita...

semua ini bergantung dengan situasi dan persekitaran kita..buatlah keputusan yang bijak...jangan kerana duit yang tak seberapa, kerana dengar cakap orang lain, kita sendiri yang terseksa. ikutlah naluri kita dan bykkan doa agar Allah beri yang terbaik :)

wallahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For nurmujahidaProfil   Hantar PM kepada nurmujahida   Pergi ke nurmujahida's Website   Quote dan BalasQuote

faqihah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.02.2002
Ahli No: 5474
Posting: 29
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 00:45


!!! QUOTE !!!


bukan apa..kita mgkin boleh bertahan tapi bagaimana dengan suami kita..pakai minum dia? takkan masih nak seperti bujang makan di kedai ye tak? kawan ana sanggup benti belajar sb tak sanggup tinggalkan suami..tapi brgantung juga pada keadaan..sebab kawan ana ini memang susah sangat nak jumpa suami dia...(atas sb tertentu)..kalau enti masih boleh berjumpa (bila dah kahwin) itu tak mengapa...


Kerana sebab-sebab tertentu, terpaksa berjauhan untuk sementara waktu. Kadang-kadang fikirkan suami yang makan luar, basuh pakaian sendiri kasihan jugak - dah kahwin tapi masih buat kerja-kerja begitu sendiri. Moga-moga kejauhan ini merapatkan kasih sayang, dan bila kita dah tinggal bersama dengan pasangan secara permanent, kita akan lebih menghargainya :-)


Bookmark and Share




  Member Information For faqihahProfil   Hantar PM kepada faqihah   Quote dan BalasQuote

shafiahwafi
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2005
Ahli No: 5407
Posting: 14
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 19:09


saya percaya dengan suami saya kerana dia tinggal dengan ibubapanya di kuantan dan saya juga tinggal dengan ibubapa saya di singapura tetapi perasaan risau dan bimbang dengan perihal dirinya pasti ada kerana sebagai seorang isteri kita tak boleh lari dari tanggungjawab kita yang sepatutnya menguruskan diri suami.tapi kerana keadaan memaksa kita terpaksa bersabar. saya pula sekarang tgh mengandung anak ke2 dan hanya dapat jumpa suami sebulan sekali kerana suami sibuk belajar.bila berjumpa tu? rasa gembira melihat suami bermain melepaskan rindu dengan anak dan isteri.bukan setahun 2 tapi dekat 4 tahun kami tinggal berjauhan.bila dapat cuti panjang saya tak lepaskan peluang pulang ke kampung suami.
seperti yang saya katakan sebelum ini, kepercayaan dan sayang yang menjadi penghubung serta penyelamat kepada rumahtangga seseorang.


Bookmark and Share




  Member Information For shafiahwafiProfil   Hantar PM kepada shafiahwafi   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 21:21


assalamualaikum wbt...

saya sebenarnya dah hampir setahun 2 bulan berpengalaman dengan perkahwinan jarak jauh ini... saya blajar kat kedah dan suami saya kerja kat terengganu... saya ada 2 tahun lagi nak habis blajar... selama 4 semester saya hanya pulang berjumpa dengan suami bila ada cuti... bukan tak nak balik, tapi ahad-khamis ada kuliah, dan hari sabtu pula ada kokurikulum... alhamdulillah, mulai semester ini, kegiatan kokurikulum saya dah habis, so bolehla saya pulang pada hujung minggu... perkahwinan jarak jauh ini memerlukan ketabahan, kepercayaan, kesetiaan dan kesabaran yang tinggi... lagipun, sygabadi dan suami boleh berhubung melalui telefon, emel, sms dan surat. saya dan suami sendiri selalu berbalas surat, emel dan sms... cuma suami saya tidaklah menelefon setiap hari kerana kami ingin berjimat... aper2 pun, semuanya terserah kepada sygabadi sendiri... tepuk dada, tanya selera... lagipun, "membina masjid" tu? kan benda yang elok =)


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-05 10:34


salam...

kagum rasanya mendengar pengalaman sahabiah tentang PJJ ni. ana sependapat dengan nurmujahida. usahakanlah untuk tinggal bersama.. ana sendiri kini masih tinggal berjauhan. namun, usia perkahwinan baru setahun jagung. kalau budak kecik tu, tak pandai apa-apa lagi. baru 4 bulan. namun kami sama-sama usaha untuk membolehkan zauj ana berpindah ke JB ni. kasihan kat zauj. terpaksa berulang setiap minggu dari seremban ke JB. walaupun tak ada lah jauh sangat, tapi ana kasihan kat dia sebab penat. tak bagi dia datang tiap minggupun kasihan. almaklumlah... baru belajar bercinta selepas selamat diijabkabulkan. so, terasa rindu sangat kalau tak dapat tatap wajah suami tersayang. jumpa 24 jam seminggupun, alhamdulillah syukur.

ana pernah suarakan untuk berhenti belajar, tapi zauj tak bagi. sayang katanya. tinggal setahun lagi. lagipun ana sekarang sambung study, so for me it'a ok if i stop my study at this stage. walau apapun, doakanlah semoga urusan kami dipermudahkan..

kasihan kat zauj dah 5 tahun makan kat kedai. katanya, ana masak telur kicappun sedap daripada makan kat kedai....

a'lakullihal, HE knows which is the best for us...

tawwakkaltu 'alallah...


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

Haneen
WARGA RASMI
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 5527
Posting: 3
Dari: putrajaya

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-09-05 12:15


Assalamualikum..wbth...

tertarik dengan tajuk ni sebab pernah ada pengalaman juga perkahwinan jarak jauh ni..tapi tak lama lah...just 3 bulan saja...Alhamdulillah saya dapat bertukar dari JB ke Putrajaya...sebelum tu suami tinggal di Kajang saya di JB...memang rasa sedih sangat masa tu sebab boleh jumpa 2 minggu sekali saja...itupun kalau tak kerja hari ahad...bila dok berjauhan ni ikatan kasih sayang kita sebenarnya makin kuat dengan suami...setiap hujung minggu tak sabar nak jumpa...nak blaja2 jadi isteri lah katakan...tiap2 hari call and sms...yang penting bila berjauhan ni kita mesti saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa menjaga status kita sebagai isteri. jangan lupa kita jugak kena jaga nama baik suami...selain tu...kena lah sabar dan tabah...memang tak dinafikan bukan senang nak dok berjauhan dengan orang tersayang... yang penting doa selalu untuk kebahagiaan bersama..


Bookmark and Share




  Member Information For HaneenProfil   Hantar PM kepada Haneen   Quote dan BalasQuote

ein
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2004
Ahli No: 3180
Posting: 14
Dari: ina

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 19:20


assalamualaikummm...

ana tertarik dengan topik ini....ana pun sebenarnya baru lagi dalam alam berumahtangga ini..... ana pun dalam kategori yang sama iaitu ( PJJ)... nak buat bagaimana dah nasib.... tapi ana tak la begitu jauh sangat...utara - utara.... kedah dengan perak... ana mengajar di perak suami ana bekerja di kedah.....buat masa ini belum rezeki lagi nak dapat pindah follow suami ana....isteri mana yang nak berjauhan dengan suami..tapi keadaan membuatkan kita terpaksa akur dengan dengan apa yang telah di ttpkan.....tapi bagi ana ianya bukan la suatu masalah bagi pasangan.. yang penting kat perlu ada kepercayaan mempercayai antara satu sama lain...its important.....walaupun masa bersama tak lama tapi masa yang ada kat gnkan dengan sebaiknya.....tambahan pula cuti kami berlainan... apapun ana doakan ikhwat ana bahagia duni dan akhirat..... jadi lah zaujah yang taat pada zauj......i.allah jannah sentiasa menanti zaujah2 yang taat pada suami dan perintah allah........sama-sama la kita berdoa untuk kebahagian seluruh umat islam ...semoga di tmptkan di klngn mereka yang beriman.....

assalamualikum......


Bookmark and Share




  Member Information For einProfil   Hantar PM kepada ein   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 12:39


assalamualaikum...
perkahwinan jarak jauh...saya pun antara yang tergolong dalam golongan ni..dah kahwin, tapi terpaksa tinggal berjauhan kerana tuntutan kerja. saya mengajar jauh di pedalaman serawak, dan suami saya di negeri sembilan. mohon akhawat semua doakan moga ALLAH permudahkan urusan perpindahan saya. hati ini tak tenang berjauhan dengan suami..seribu satu kerisauan datang dalam kepala ni.macammana makan minum tanpa isteri disisi.sedihnya cuti sekolah dah nak habis dan saya terpaksa balik ke serawak. antara tuntutan dan tanggunggjawab.
wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

almumtazah
WARGA RASMI
Menyertai: 28.11.2003
Ahli No: 2879
Posting: 2
Dari: di bumi Allah SWT

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 06:03


Assalamualaykum warahmatullah

buat sahabat di hanan . inilah pertama kalinya saya mencoret di sini . dah lama tak berkunjung ke hanan & mungkin hampir 3 tahun . mula mengenali hanan dari tahun satu & kini saya sudah tahun akhir di bumi UK . status juga telah berubah & al hamdu lillah saya kini bakal ibu ( sedang hamil 8 bulan ) .
perkahwinan jarak jauh ? hmm bagi saya ini adalah ujian yang sangat berat untuk saya hadapi terutamanya menghadapi tahun akhir di sini ( menyambung pelajaran ) . saya mengenali zauj hanya selepas kami bernikah & nak di katakan rezeki, saya hamil . hmm mgg sangat sedih sebab masa tu baru 1 ++ bersama suami di malaysia & terpaksa berpisah , masih dalam kira2 baru belajar bercinta :)
nak kata tekanan perasaan ? itu mungkin .
hari2 telefon berjam2 & berbalas sms . memang bil melambung2 . tambahan saya mengalami alahan yang agak teruk ketika hamil . bagi saya inilah ujian yang sangat berat . kasihan zauj, bukan sahaja makan pakainya masih seperti dahulu tapi bahkan tekanannya lebih berat . semakin susut badannya . hanya mampu bersimpati dari jauh .
syukur cuti winter suami dapat datang kesini . saat itu adalah yang paling bahagia bagi saya & dia . walaupun sekadar 3 minggu , namun ianya cukup beerti . keputusan peperiksaan saya juga sangat memberangsangkan . berkat doa dari yang tersayang .
& kini , masih tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk saya menamatkan pengajian & kembali ke malaysia . cuma takut benar kami di uji lagi dengan jarak jauh kerana saya sudahpun mengikat kontrak bekerja . sedangkan zauj kini di shah alam :(
doakanlah ya .. doakan saya selamat melahirkan seorang mujahid. - hari ini terpaksa di kuarantin oleh midwife unt betul2 berehat :)
kasihan zauj yang sangat-sangat risau akan keadaan saya . mudah2an mujahid menunggu kedtgan abi untuk lahir . doakan!


Bookmark and Share




  Member Information For almumtazahProfil   Hantar PM kepada almumtazah   Pergi ke almumtazah's Website   Quote dan BalasQuote

kotaktisu
WARGA RASMI
Menyertai: 09.09.2007
Ahli No: 7862
Posting: 9

singapore   avatar


posticon Posting pada: 10-09-07 18:59


kami duduk pisah sejurus lepas majlis...
rezeki hubby dapat belajar dnegan biasiswa penuh opis...

saya pula kebetulan baru grad sbl nikah....

org kata rezeki sebab nikah...
tapi hanya allah yang tahu perasaan seorang isteri yang baru mengenal suami....sedih woooooo ~~~almost eveliday nagissss... uhu~~:P

saya yakin, kejayaan suami bertitik tolak dengan sokongan kuat isteri.doa sentiasa supaya dia berjaya & selamat kembali ke pangkuan isteri & kerjaya yang ditinggalkan untuk belajar.

namun... biasalah org baru kawin ni tak ada rupa macam dah kawin. dugaan hubby di 'tackle' adik2 MUSLIMAH dah jadi macam biasa.maaf kata untuk adik2 yang masih single mingle kat U, jangan biasakan sangat approach muslimin ye adik2... silap-silap suami org tu....walau nampak macam budak-budak...jenuh laaaa akak ni menapis email2 & sms yang tak berkaitan......sementelah hubby pun jenih berat mulut nak bcakap dengan muslimah...lebih-lebih nak explain status dia

kadnag nak tergelak juga.. bila jalan berpimpin tangan dengan hubby bila sesekali saya pergi ke U dia... adik2 MUSLIMAH ni tunjukla juih muka tak sukanya pada kami ni... err... lain kali bagi salam dulu ek.. kami dah dapat lesen... not kapal karam enimo...:P


Bookmark and Share




  Member Information For kotaktisuProfil   Hantar PM kepada kotaktisu   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-07 22:40


Pada 29-06-04 18:04 , sygabadi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalammualaikum Warahmatullah


jiejot dulu detahun berjauhan dengan suami...
lepas seminggu nikah jie kena balik swak semula, suami jie kat n9, sebab jie mengajar kat swak... memang nak mereng rasa kepala ni, tapi demi tugas, jie pergi, dalam masa yang same, memang berusaha untuk kembali semenanjung.

emm dok berjauhan ni banyak hikmah, bertambah rindu dan cinta bila berjauhan ni.... :-D :-D

lepas setahun alhamdulillah, dah stay same.. sekarang, dah setahun jie stay same dengan asben...alhamdulillah


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Pendapat antum perkahwinan jarak jauh?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.071266 saat. Lajunya....