Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Salam ukhuwah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Dari Bilik Admin
Topik: Pertolongan Diperlukan: Mutiara Muslimah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Bilik Admin
    »» Pertolongan Diperlukan: Mutiara Muslimah

Please Mendaftar To Post


Oleh Pertolongan Diperlukan: Mutiara Muslimah

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 15:26


Sebagai meneruskan siri Mutiara, kita pergi ke Mutiara yang berikutnya iaitu: MUTIARA MUSLIMAH

Mutiara Muslimah adalah sepeti Mutiara Warisan, Mutiara Hikmah, Mutiara Inspirasi -- mengandungi kata-kata hikmat dari bijaksana, al-quran dan hadis.

Sila posting Mutiara yang penah anda ketahui. Kesemuanya akan dikumpulkan dan dibukukan.

Sila posting hanya mutiara kata yang berkaitan dengan muslimah sahaja.

Jaasamu dikenang.


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 16:55


...

Bagus cadangan tu.. tapi nak posting kat mana? kat ruangan ni juga.. atau ada ruangan khusus? saja nak tahu..


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 04:17



Kak Nurani boleh posting di sini sahaja atau PM kak istisafa..
Terima kasih ye kak..

____________

PROJEK MUTIARA


Opsyen 1 :

Memperolehi penaja dari korporat, pertubuhan, masjid dan sebagainya. Pertubuhan tersebut mencetak dengan banyak untuk diedarkan ke masjid-masjid, surau-surau dan sebagainya secara percuma dan amal jariah atau menjual sendiri buku tersebut.


Minimun : 1,000 naskah
Faedah : 1. Iklan berwarna di kulit belakang
2. Profil ringkas pertubuhan di muka 2

Pencari penaja akan mendapat 10% dari nilai penajaan sebagai ganjaran. Bayaran akan dibuat setelah siap buku tersebut diedarkan.


Opsyen 2 :

Memperolehi penajaan dari syarikat-syarikat, korporat, pertubuhan, orang perseorangan dan sebagainya.

Disediakan ruang PENAJA dalam buku Mutiara , dikhaskan untuk penaja dengan kadar seperti berikut :

1. Kulit belakang : Berwarna RM1,000
2. Kulit belakang : Hitam Putih RM800
3. Mukasurat dalam : ½ muka surat RM300
4. Mukasurat dalam : 1 muka surat RM500

Setelah diisi dengan penaja dan dicetak, warga ukhwah.com berhak untuk mengedarkan buku tersebut dengan komisyen RM1.00 untuk senaskah buku. Pencari penaja akan mendapat 10% dari nilai penajaan.



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 20:10




kak hanan... ada tak kertas kerja mutiara muslimah ni? dan surat mohon sponsor? kalau ada... nak akak... insyaallah... fiza cuba cari sponsor... ataupun fiza kena buat sendiri? moga segalanya dipermudahkan allah...

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 21:11




Kami hanya gunakan surat untuk memohon sumbangan ini. Nanti akak emelkan isi surat tersebut. PM akak emel aniisa yang aktif.

InsyaAllah, edisi pertama Mutiara Warisan boleh dapatkan di JK kelantan nanti. Boleh gunakan buku tu sebagai contoh untuk dapatkan penajaan. Tapi doakanlah buku tu dapat disiapkan segera..
wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 11:02




Hanan, nanti hantar kan juga contoh surat untuk memohon sumbangan pada email ana yer... email yg sedia ada, insyaAllah ada rezki kita usahakan bersama.


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-06-04 00:13




InsyaAllah, sama2 lah kite cuba berusaha demi kebaikan bersama juga.... terima kasih buat yg sudi menghulurkan bantuan dan sokongan padu dlm setiap projek dan program... semoga kite berjaya... Amiin....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Pergi ke nur_indah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 22:58



Takde lagi ke yang nak sumbangkan kata2 untuk Muslimah.. Kalau ada boleh posting di sini atau terus pM kak Istisafa..

thanks
wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-04 17:19




ana ada beberapa hadis dan ayat al-quran yg dikumpulkan.. mungkin boleh dimuatkan dlm Mutiara Muslimah ni nanti...

BERKENAAN AURAT WANITA:

1. Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

3. "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

4. "Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

5. "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

6. "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

7. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

8. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

9. "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

10."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

11. "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12."Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

13. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan mata mereka( dari memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak olehnya sahaja, dan hendaklah mereka melabuhkan sehingga ke paras dada dengan kain kelubung mereka….”
(Terjemahan surah An-Nur: 31)

SUMBER RUJUKAN: Tafsir al-Quran dan buku terbitan Darul Nu'man.
wassalam


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-08-04 22:22



mutiara muslimah..
em.. nanti ana posting kata-kata yg ana dapat..
ok.. jom.. muslimah yg lain..
same-same sumbangkan kata-kata..




-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-04 08:45




terima kasih alin.. terima kasih banyak banyak.. pada yang lain, kalau ada, hantarla.. biar pun hanya sepatah cuma.. jasamu dikenang..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-04 17:22


erm..Takpe kak Su, ana memang berniat nak tolong.. memang ada baiknya buat diri ana sendiri.. baru prihatin sikit tentang hadis2 dan ayat2 al-Quran yg berkaitan dgn muslimah.

sambungan..

BERKAITAN WANITA SOLEHAH

14. "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

15. "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim,isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari)

16. Rasulullah bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi
wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." -
(Riwayat Abdullah ibn Humaid).

17. "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya,nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)

18. Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al Hakim dan Tirmizi)

19. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." - (Riwayat Al Tausi)

20. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tiada seorang muslim memandang kepada kecantikan seorang wanita kemudian ia segera menahan pandangannya, melainkan ia diganti oleh Allah dengan ibadat, yang ia mendapatkan kelazatannya. ”
Hadith Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya

21. Ibn Abbas menuturkan bahwa dia pernah mendengar Rasulluh saw. berkutbah sebagai berikut:
“Janganlah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika wanita itu disertai seorang mahramnya. Tidak boleh pula seorang wanita melakukan perjalanan kecuali disertai mahramnya. ”Tiba-tiba salah seorang sahabat berdiri dan berkata..”Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya isteriku hendak pergi menunaikan ibadah haji, sedangkan aku merencanakan pergi ke peperangan ini dan peperangan itu. “ Rasulullah saw. menjawab , “pergilah engkau menunaikan ibadah haji beserta isterimu”


BERKAITAN ISTERI SOLEHAH

22. Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia." - Sahih Muslim

23. Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

24. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

25. “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)

26. “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

27. “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)

28. “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)

29. Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
wassalam


-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-08-04 17:58




Kawan yang baik, lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik – Hadis

Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. – Hadis

Empat macam yang akan menimbulkan cinta; muka jernih, suka menolong, suka menghindarkan perselisihan dan menjauhi sifat pendusta. – Hukamak

Wanita-wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah S.W.T dan memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah S.W.T telah memelihara mereka. ( Al Quran )

Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar; yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya. ( Hadis )

Wanita yang tidak tergolong solehah mereka yang membangkang kerana berasa diri berdiri di atas dataran tinggi dan sikap ini merupakan cerminan jiwanya. Membangkang dengan berasa dirinya paling tinggi dan melebihi siapa saja, sehingga dengan sesukanya dia menentang dan derhaka.
( Sayyid Qutub )

Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan perasaan sombong, sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan sampai setingi gunung. ( Al Quran )

Barangsiapa yang berpisah nyawanya dengan tubuhnya dan dia terlepas dari tiga perkara; nescaya dia masuk Syurga; iaitu sombong, hutang dan iri hati.
( Hadis )

Barangsiapa yang membesarkan diri dan angkuh gaya jalannya, nescaya dia menemui Allah S.W.T dan Allah S.W.T murka kepadanya. ( Hadis )

Apabila seorang hamba itu merendahkan diri, nescaya akan diangkat oleh Allah S.W.T ke langit yang ketujuh. ( Hadis )

Kesombongan itu kelihatan pada jalannya, cara berjalannya, berdirinya, duduknya, geraknya dan tenangnya. ( Imam Ghazali )

Amal itu seperti tempat simpanan barang. Apabila baik kesudahannya, nescaya baiklah permulaanya. ( Hadis )

Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itu dekat kepada orang-orang yng berbuat baik. ( Al Quran )

Rasululullah s.a.w bersabda, “ Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaikan maka balasilah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka henaklah kamu doakan kepadanya.”

Rasululullah s.a.w bersabda, “ Orang yang menutup aib orang lain di dunia nescaya Alalh menutup aibnya pula di Hari Kiamat.”

Rasululullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya dan siap yang banyak dagingnya maka tinggilah nafsunya dan siapa yang tinggi nafsunya maka banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya maka menjadi keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam banana dunia serta keindahannya. “

Rasululullah s.a.w bersabda, “ Ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik, nescaya engkau berolah bahagia pada Hari Kiamat. “

Ada 3 kekayaan yang amat sempurna, kehormatan yang bukan pemberian, keharmonian yang tidak perlu dicari-cari dan kesabaran tanpa kehinaan.

Pemurah itu ialah berbuat baik pada teman dan bersifat pemurah dengan harta.



wallahualam'..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Pengurusan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.04.2003
Ahli No: 4
Posting: 56

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-08-04 20:38


Ada 4 kebahagiaan lelaki:
1. Rumah yang lapang
2. Jiran yang baik
3. Kenderaan yang bagus
4. Isteri yang solehah


Bookmark and Share




  Member Information For PengurusanProfil   Hantar PM kepada Pengurusan   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-04 18:50




terima kasih buat adik shida dan juga pihak pengurusan.. kerana sudi mendermakan sepatah dua kata (bukanlah sepatah dua kata, dah nak dekat dua tiga muka surat dah tuu..) untuk dmuatkan dalam mutiara muslimah ini..

Quote:
Ada 4 kebahagiaan lelaki:
1. Rumah yang lapang
2. Jiran yang baik
3. Kenderaan yang bagus
4. Isteri yang solehah



4 perkara aje yang membuatkan sang suami bahagia.. apa lagi, berebut - rebutlah kita menjad isteri yang solehah, amiin..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 08:43


Wassalamu'alaikum wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah semoga ini dapat membantu -

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

Umi dapat ni semasa di mirc - tak tahu pula sumbernya sebab masa umi tanya akhowat tu dia sudah dc. Semoga anakanda hanan atau darul nu'man cek balik ya .... sekedar membantu saja. tidak apa kalau tidak dimasukkan ... cuma sebagai peringatan kepada kaum wanita umumnya.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ila
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 4622
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-12-04 01:56


Quote:


InsyaAllah, edisi pertama Mutiara Warisan boleh dapatkan di JK kelantan nanti. Boleh gunakan buku tu sebagai contoh untuk dapatkan penajaan. Tapi doakanlah buku tu dapat disiapkan segera..
wassalam



JK kelantan?

apa JK tu?


Bookmark and Share




  Member Information For nur_ilaProfil   Hantar PM kepada nur_ila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064356 saat. Lajunya....