Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Dari Galeri
Salam UkhuwwahFillah buat semua muslimah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: tips mencari jodoh


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» tips mencari jodoh

Please Mendaftar To Post


Oleh tips mencari jodoh

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 11:22


Salams

Bab menjodoh-jodoh kan diri dengan orang nih...
Ana nampak beberapa aspek yang kadangkala orang tak banyak perhatikan berdasarkan hadis Nabi SAW...

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Bukan kita dok dengar hadis: dikahwini wanita itu dengan 4 ciri iaitu bla, bla, bla... (al-Hadis)

Tapi lelaki yang nak masuk meminang tu pon kenalah beragama dan berakhlak... ini patut di'highlight'kan terlebh dulu... oleh seseorg wanita...

Kalau bab dia dah berkahwin pun kena tgk jugak.... sebab sekarang ni mereka (si lelaki ini) hanya ikut sunnah dgn poligamni sahaja... yg lain tak nak ikut...

Bagaimana nak pilih lelaki tsbt...?

adakah dgn meliaht beliau keluar masuk masjid sahaja dikatakan beliau seorg yang berakhlak baik dan berAGAMA?

perkara sebegini pernah berlaku di zaman Umar r.anhu bhw ada seorg lelaki ingin mengambil seorg pemuda sbg saksinya ... sbb lelaki tsbt rajin ke masjid, selalu membaca al-Quran dll....

Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.'

Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak, pemarah atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi juga menantu. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya.
cukup dulu buat hari ni... nanti ada lain masa, bagi tips lain pulak... utk mencari jodoh...

wassalam

Ustaz Alamghirie


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-06-04 17:00


Tula kan, maksudnya kita sebagai wanita pun kena juga tau siapa dia bakal jodoh kita tu, especially latar belakngnya. Tambah2 zaman sekarang ni manusia makin pandai bersandiwara, semoga kita tak terjebak dgn org yg berpura2...


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 16:42




Emm betul tu.. nak kawin pun kene perhati semua hal..kadang2 soal hati mmg payah nak dikata dan dingkapkan..ada kalanya kita boleh terleka dan hilang pertimbangan sebenar..maka haruslah diimbang dgn banyak perkara seperti yg telah ummiq nyatakan kat atas.. sama-sama kita manfaatkan buat pedoman hidup..


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 19:39




syukran jazilan ummi... nasihat dr ummi amat anakanda hargai... akan anakanda gunakannya kelak... insyaallah... ummi... fiza rindu ummi la... sejak balik pkn nie tak pernah nampak ummi

-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 01:07




mmm ni boleh guna jugek utk mencari kawan yg sebeno...

tengkiu ummi

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

kakngah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 26
Posting: 80
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-04 09:56


syukran jazilan ummi........


Bookmark and Share




  Member Information For kakngahProfil   Hantar PM kepada kakngah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05321 saat. Lajunya....