Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Dari alam siber ke alam nyata. Ukhwah yang indah dan unik!

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 16 jam, 7 minit yang lalu
nishazainal: 9 hari yang lalu
sarahhanee: 14 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: kerana Tak Mandi Hadas...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» kerana Tak Mandi Hadas...

Please Mendaftar To Post


Oleh kerana Tak Mandi Hadas...

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 08:09





Tak Mandi Hadas

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan di sembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya.

Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar)apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya sangat pedih .....

Siapa Kita???

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita??






Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 16:54


...

Hal ini memang bukan hal yg biasa.. tapi inilah realiti.. pernah ana terjumpa satu kes yang lebih kurang sama juga..ada sepasang suami isteri yang berpelajaran juga, tapi sepanjang perkhawinan mereka..mereka tidak tahu untuk mandi hadas selepas jima' sehinggalah beberapa tahun, dan alhamdulillah mereka sudah sedar itu satu kesilapan yang besar, bukan untuk mengaibkan sesiapa cuma untuk mengambil iktibar, sebenarnya masih ramai yang kurang untuk mengambil tahu hal ini, walaupun sudah berumur.. so.. pengetahuan agama dan sebagainya amat penting pada kita.. terutama yang melibatkan fardhu ain.. mulakan dgn yg asas dan wajib dulu.. baru kita seimbangkan dengan fardhu kifayah dan yg sunat.
Moga mendapat iktibar.


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

mazjahada
WARGA RASMI
Menyertai: 01.06.2004
Ahli No: 3826
Posting: 7
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-08-04 12:05


Alhamdulillah kita berkongi kisah dan teladan.

Memang beratnya kesan tak mandi hadas ni kerana darinya tentu tak tertunai ibadah wajib yang lain seperti sembahyang dan puasa. Kalau pergi haji dan umrah pun tak sah masih dalam hadath. Jadi dosanya bertimpa-timpa.

Jadinya tanggungjawab kita semua yang dah jadi isteri dan ibu atau bakal akan jadi.. pastikan partner kita ariff tentang hal ni, dan didiklah generasi kita kelak tentang pentingnya mandi hadas.


Bookmark and Share




  Member Information For mazjahadaProfil   Hantar PM kepada mazjahada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.06046 saat. Lajunya....