Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
ukhuwwah terjalin..
 mahabbah bertaut..
<aliaakhma>

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Sikap Wanita Yg Tidak Disukai Lelaki


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Sikap Wanita Yg Tidak Disukai Lelaki

Please Mendaftar To Post


Oleh Sikap Wanita Yg Tidak Disukai Lelaki

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 15-04-04 15:53


Salam utk semua...

Ini khas utk wanita especially yg bergelar isteri supaya tahu kelemahan-kelemahan kita dan agar suami kita tambah sayang kat kita... Kadang-kadang banyak kelakuan dan sikap kita ni mereka tidak suka. Tapi tak semua lelaki boleh berterus terang perihal apa yg mereka tidak sukai. So, di sini kita dpt tahu apa yg mereka rasa tidak suka dengan sikap kaum wanita.

1. Berpura-pura Merajuk

Ada sesetengah lelaki yg tidak prihatin akan persoalan ini kerana masih byk lagi hal yg perlu mereka fikirkan. Misalnya soal kerja, kewangan, anak-anak dan juga pelbagai masalah yg timbul. Kalau ada yg sengaja merajuk semata-mata mahu menarik perhatian suami, lupakan saja krn mmg wujud wanita sebegini utk mengambil kesempatan. Banyak lg benda yg harus kita rajukkan dan byk lagi hal penting yg harus kita utamakan drpada bersikap remeh temeh.

2.Berpura-pura tak mampu menyelesaikan masalah

Biasanya wanita melakukan ini utk menarik perhatian suami/pasangan. Mereka sengaja bersikap 'bodoh' atau bertindak hipokrit semata-mata mengharapkan lelaki menyelesaikan masalah yg timbul dgn cara remeh temeh. Seperti keliru memilih makanan yg disukai suami atau cara memasaknya (sedgkan tahu apa citarasa suami) dan sebagainya. Seperti juga meminta tolong membuatkan sesuatu sdgkan dia mampu utk melakukannya sendiri.
Oleh itu agar suami/pasangan tidak bosan dengan kerenah kita, belajarlah berdikari. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu bergantung padanya. Dan kita perlu memikirkan tak selamanya dia boleh berada di sisi kita...
Tetapi jgn sampai mereka mengambil kesempatan melihat wanita berdikari, itulah gunanya tindakan yg matang seperti yg dinyatakan di bawah.

3. Tidak matang dalam berfikir

Perlu kita ingat, lelaki suka wanita yg matang. Bukan matang buat-buat, dengan gaya lemah lembut seorang gadis ayu kononnya. Bukan ini yg dimaksudkan. Maknanya wanita yg mampu berfikir apa yg patut mereka fikirkan. Serta mampu memberi pendapat dlm apa jua kegemaran suami. Seperti berbicara soal sukan, ekonomi, masalah negara, saham dan banyak lagi.
Suami tidak akan melihat kita jauh ketinggalan dan tidak matang serta tidak 'seregu' dengan mereka dalam segala aspek. Kita perlu menjadi seorang yg matang dan bijak mengambil hatinya. Ingat, kita perlu pandai dan matang menentukan corak hidupnya.

4. Bercakap dengan nada mengada-ngada

Ada juga yg suka membuat perihal begini. Cubalah ubah sikap sebegini kerana lelaki akan mudah bosan dgn perangai sebegini. Berdirilah sebagai diri sendiri.


Sebagai rumusannya, jika kita punya sikap di atas, suami akan menganggap kita terlalu keanak-anakan dan tidak matang dlm segala aspek. Ia boleh memberi impak negatif terhadap perhubungan. Kita juga akan dilihat tidak tahu menghargai diri sendiri dan tidak tahu membuat sebarang keputusan krn terlalu bergantung kpd org lain. Perlu di ingatkan selalu, sikap itu mencerminkan diri kita sendiri.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.073151 saat. Lajunya....