Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Salam perkenalan dari saya...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Kehamilan - Penjagaan diri & anak dlm kandungan


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Kehamilan - Penjagaan diri & anak dlm kandungan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kehamilan - Penjagaan diri & anak dlm kandungan

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 14:56


Oleh Profesor Madya Dr. Zaleha Abdullah Mahdy

(Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Ketika mengandung, anda dan bayi berhubung rapat dan kesihatan serta kesejahteraan anda berdua turut berkait. Atas sebab inilah, anda perlu menghadiri pelbagai pemeriksaan antenatal bermula dengan trimester pertama, sebelum minggu ke-12, bagi membantu doktor anda memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

Seperti kebanyakan ibu, anda mungkin keliru dengan ujian-ujian yang anda perlu ambil. Anda mungkin merasa risau terutama jika doktor mengarahkan supaya anda mengambil ujian khas bukan rutin. Berikut adalah penerangan tentang pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian yang dilakukan supaya anda faham kepentingannya.

Pemeriksaan ibu
Pemeriksaan antenatal yang pertama. Doktor anda akan meneliti sejarah perubatan, dengan penekanan kepada tahap kesihatan dan gaya hidup anda sekarang. Anda juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal yang merangkumi ujian tekanan darah, jantung, paru-paru, tiroid, payudara dan gigi.

Ujian darah turut dilakukan bagi mengesan kemungkinan anemia dan status anda berkenaan jangkitan sesetengah penyakit (seperti status imunisasi rubella, Hepatitis B dan status pembawa HIV).

Pemeriksaan rutin selanjutnya. Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan (yang mungkin menyebabkan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap), anda akan berjumpa doktor sekali sebulan sehingga minggu ke-28, setiap dua minggu selepas minggu ke-28 hingga minggu ke-36, dan setiap minggu selepas minggu ke-36 sehingga kelahiran bayi.

Setiap kali, doktor anda akan menimbang berat badan, mengambil tekanan darah dan menganalis air kencing. Prosedur ini membantu beliau mengenal pasti sebarang tanda amaran pre-eklamsia, sejenis kombinasi tekanan darah tinggi, simpanan cecair berlebihan dan protein di dalam air kencing.

Turut dikenali dengan nama pre-eclamptic toxaemia, kejadian ini berlaku ke atas satu atau dua daripada setiap 20 orang ibu, terutama di trimester kedua kandungan mereka. Pre-eklamsia yang tidak teruk boleh dirawat, tetapi jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan eklamsia dan sawan serta koma.

Sampel air kencing anda juga akan diuji untuk mengesan sebarang jangkitan dan gejala diabetes kehamilan. Diabetes jenis ini disebabkan oleh kandungan dan perlu disahkan dengan ujian lanjut. Ubatan-ubatan dan perubahan diet seharian yang diselia oleh doktor mungkin diperlukan bagi mengawal kandungan gula di dalam darah.

Anda juga mungkin diberi suntikan vaksin tetanus, biasanya selepas minggu ke-22, bertujuan untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan kancing gigi selepas lahir. Jika anda mengandung anak sulung, suntikan ini biasanya diulang sebulan kemudian.

Pemeriksaan bayi
- Dengan sentuhan
Dengan tekanan tangan yang lembut ke atas abdomen anda, doktor akan mengesan kedudukan atas rahim bagi menilai tumbesaran janin. Dari minggu 34 atau 36, doktor mungkin meminta anda memantau pergerakan bayi.

Jika bayi mendapat bekalan oksigen yang secukupnya, dia patut bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 12 jam. Bayi mungkin kurang bergerak jika dia mempunyai kembar atau jika si ibu merokok, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi.

- Dengan mendengar
Masuk minggu ke-14, doktor anda akan mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan sonicaid elektronik atau, selepas minggu ke-22, stetoskop janin berbentuk trumpet.

Pada tempoh dua bulan terakhir kandungan dan jika perlu, doktor mungkin menjalankan ujian kardiotokografi yang mengukur degupan jantung bayi dengan monitor elektronik.

Bunyi, rentak degupan dan kadar degupan yang ganjil bermaksud bayi mungkin tidak sihat.

- Dengan imbasan
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan dilakukan seawal mula hamil. Imej janin di skrin boleh menenangkan anda dan mengesan tahap tumbesaran janin.

Imbasan mungkin dilakukan dengan lebih kerap jika anda pernah mengalami keguguran atau mengalami pendarahan atau kesakitan. Begitu juga jika doktor mengesyaki janin tidak membesar seperti sepatutnya.

Ujian-ujian khas untuk mengesan keganjilan kromosom. Jika anda berusia 35 tahun ke atas, atau terdapat risiko penyakit keturunan atau bayi terdahulu dilahirkan tidak normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani ujian-ujian khas seperti berikut.

- Ujian Darah
Ujian Triple pada minggu 14-16 mengukur tiga jenis komponen kimia darah (AFP, estriol dan hormon kehamilan yang dinamakan hCG) untuk mengesan kemungkinan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) dan sindrom seperti Down.

- Imbasan
Imbasan Nuchal Translucency mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi. Ia dijalankan di minggu 10-12 bagi mengesan pelbagai gejala sindrom Down (sejenis keganjilan kromosom yang membantutkan pertumbuhan) dan Turner (keganjilan kromosom yang membantutkan tumbesaran dan perkembangan kelamin bagi bayi perempuan).

- Ujian Invasif
Amniosentesis, yang boleh dilakukan bila-bila masa selepas minggu ke-13, ialah sejenis ujian di mana jarum dicucuk ke dalam abdomen untuk mengambil sampel cecair di dalam rahim. Cecair ini digunakan untuk mengesan sindrom Down dan keganjilan kromosom yang lain.

Sejenis lagi ujian invasif ialah Persampelan Vilus Korion (Chorionic Villus Sampling) yang boleh dilakukan pada hujung trimester pertama atau lebih lewat dari itu. Jarum digunakan bagi mengambil sedikit sampel tisu dari uri (placenta) bagi mengesan sindrom Down dan penyakit darah seperti talasemia. Ujian-ujian invasif ini sangat penting terutama jika bayi disyaki mempunyai masalah kromosom atau keturunan.

Semua ibu berdoa untuk mendapat bayi yang normal dan sihat. Oleh itu anda perlu bekerjasama dan bersedia untuk menjalani pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian lain yang mungkin anda perlukan. Tidak ada ujian yang sempurna dan kadangkala keputusan yang diperolehi kurang tepat.

Bagaimanapun, adalah penting bagi anda mengetahui status dan perkembangan diri anda serta bayi. Maklumat ini membantu anda menyiapkan diri bagi memelihara kedua-dua ibu dan bayi, dan membolehkan anda mengambil langkah awal jika salah seorang berada di dalam keadaan yang membimbangkan.

Sumber: Utusan Online


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 15-04-04 15:19


salam...

terima kasih atas maklumat tu. saya ni sebenarnya sdh prgnant dah masuk peringkat trimester ke 2. Mmg ada lakukan ujian tu sebulan sekali mengikut appointment di tetapkan. Setakat ni, cuma pertama kali aja jumpe doktor dan itu dimestikan. Masa tu sampel darah di ambil.
Lepas tu saya akan jalani ujian di klinik desa kerajaan berdekatan . Kalau ada masalah baru diorang suruh jmpa dr. Lega jugak tak kena jumpa dr. Itu maknanye kita takde prob, setakat ni ujian air kencing, tekanan darah dan Hb darah (ambil setitis je darah) yg dilakukan setiap kali ok. Cuma berat badan je susah skit nak naik. Maybe sbb alahan saya ni menyebabkan tak smpat makanan tu nak bg vitamin dan khasiat lebih mcm ibu2 mengandung lain.

Cuma setakat ni tak de pulak dia ambil ujian invasif di point terakhir yg saudari engku cakapkan tu. Tatau la pulak kan macam mana nanti...

Wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 15:36




tahniah krn bakal menimang cahaya mata...
tentu seronokkan...
bolehlah kongsi pengalaman disini...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 19:49



Tahniah juga dr Hanan,,
tumpang gembira ajelah,
nak timang anak sendiri calon bapa tak jumpa2
Tahniah.. terima bunga ni utk baby

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Norhamiza
WARGA RASMI
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 3119
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 17:09


Tahniah dari saya.

Kalau perlukan SALINDAH - makanan kesihatan untuk wanita mengandung dari awal kandungan hingga selepas kelahiran hubungi saya 012-9209145.


Bookmark and Share




  Member Information For NorhamizaProfil   Hantar PM kepada Norhamiza   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 16-04-04 22:26


Salam...

Terima kasih. Doakan mudah segalanya ye. Promote pun ade? Sya tak penah makan pun Salindah tu. Boleh terangkan ke Salindah tu macam mana.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 22:47


Quote:

On 2004-04-15 19:49, Hanan wrote:

Tahniah juga dr Hanan,,
tumpang gembira ajelah,
nak timang anak sendiri calon bapa tak jumpa2
Tahniah.. terima bunga ni utk baby

-----------------
senyum selalu...



...
tahniah...
mesti best dapat timang anak ni..baby comel...

eh...hanan...tumpang gembira??? saya pun nak join juga tumpang menumpang ni..
insyaALLAH ...nanti nanti...jumpalah calon bapa tu..


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

Norhamiza
WARGA RASMI
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 3119
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-04-04 00:08


Quote:

On 2004-04-16 22:26, nuarii wrote:
Salam...

Terima kasih. Doakan mudah segalanya ye. Promote pun ade? Sya tak penah makan pun Salindah tu. Boleh terangkan ke Salindah tu macam mana.



Sebagai menunaikan permintaan Pn. Nuarii, saya post kan secara details Produk SALINDAH.

***********************************

Salindah - Makanan Terbaik Utk Wanita Mengandung

Harga Set Lengkap:
Sem. Malaysia RM 370.00
Sabah/Sarawak RM388.00
Brunei BND243.00

Call @ SMS : 012-9209145 Norhamiza bt Din


KHASIAT DAN PENGGUNAAN SALINDAH – SEBELUM BERSALIN

MULAI MINGGU KE 12 KEHAMILAN
B1 - Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

MULAI MINGGU KE 24 KEHAMILAN
B2 - Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

MULAI MINGGU KE 28 KEHAMILAN
B3 - Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

MULAI 4 MINGGU SEBELUM BERSALIN
B4 - Ibu yang menggunakan SALINDAH dari item B1(bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar, cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesar tubuh dan sukar didatangi penyakit-----Insya-Allah.

MULAI 2 MINGGU SEBELUM BERSALIN
B5 - Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot disamping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

MULAI 1 MINGGU SEBELUM BERSALIN
B6 - Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin. Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

KHASIAT DAN PENGGUNAAN SALINDAH – SELEPAS BERSALIN

SELEPAS BERSALIN
L7 - Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.

MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN
L8 - Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

MULAI HARI KE 2 SELEPAS BERSALIN
L9 - Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusunsemula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.

MULAI HARI KE 6 SELEPAS BERSALIN
L10 - Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.

MULAI HARI KE 7 SELEPAS BERSALIN
L11 - Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaikiPenghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.

MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN
L12 - Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.

CATATAN: IBU: Boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain.



Bookmark and Share




  Member Information For NorhamizaProfil   Hantar PM kepada Norhamiza   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-01-10 07:19


Salam,

Alhamdulillah maklumat yang amat berguna untuk ibu yang sedang hamil. Saya juga tengah fikir nak ambik salindah atau prodk lain untuk menjaga kandungan yang ke-11 ini..Mudah-mudahan Selamat walaupun mengandung dalam usia 40-an..Alhamdulillah kelahiran anak-anak sebelum ini semuannya normal, tiada masalah..Anak yang ke-10 dah berumur 1 tahun 7 bulan..

Walaupun kandungan yang ke-11 tapi mabuk loya sama juga macam kandungan sebelum2 ini..cuma dapat tahan daripada muntah2..
mengidam pun ada juga..Itu saja yang dapat dikongsikan buat masa ini..



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-01-10 10:31


salam kak maz...

lama tak jumpa. masya allah..... tahniah untuk penantian yang ke-11 ni. semoga selamat sehingga melahirkan ;)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-02-10 11:27


Pada 31-01-10 07:19 , mazidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Alhamdulillah maklumat yang amat berguna untuk ibu yang sedang hamil. Saya juga tengah fikir nak ambik salindah atau prodk lain untuk menjaga kandungan yang ke-11 ini..Mudah-mudahan Selamat walaupun mengandung dalam usia 40-an..Alhamdulillah kelahiran anak-anak sebelum ini semuannya normal, tiada masalah..Anak yang ke-10 dah berumur 1 tahun 7 bulan..

Walaupun kandungan yang ke-11 tapi mabuk loya sama juga macam kandungan sebelum2 ini..cuma dapat tahan daripada muntah2..
mengidam pun ada juga..Itu saja yang dapat dikongsikan buat masa ini..



Tahniah. Bertambah lagi keluarga akak ye. Moga selamat melahirkan, bila due akak ye


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-02-10 10:54


salam semua

rasa macam tak sabar pula nak dapat baby

tapi saya masih muda

kawin pun belum

:malu:


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-10 18:15


SubhanAllah...Tahniah kak Maz...seronok dengar family besar ni...sure meriahkn...saya dah masuk 30-an baru dapat 2 org... akak doakan saya ikut jejak akak ye... saya doakan semoga urusan kelahiran dipermudahkan Allah...insyaAllah...amiin


-----------------
(,) ----> Buat lah sesuatu dengan niat kerana Allah .... & ....
(,) ----> Setiap masalah pasti ada cara penyelesainya


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.080356 saat. Lajunya....