Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian..

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
assalamualaikum....salam ukhwah dari ana untuk sahabat2 semua....

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: Hati-hati berfikir sebelum berkahwin..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Hati-hati berfikir sebelum berkahwin..

Please Mendaftar To Post


Oleh Hati-hati berfikir sebelum berkahwin..

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 12-04-04 14:07




Tentu ada yg merancang nak tamatkan zaman anak daranya dalammasa terdekat ni. Maklum la, sekarang ni ramai sangat yg menamatkan zaman bujangnya sampai satu hari boleh di katakan 2 3 kenduri pun ada dalam satu kawasan.

Bagi yg nak tamatkan zaman bujang atau masih dalam perancangan walaupun belum tiba waktunya, pasti banyak perasaan yg wujud dan mula lah kita mencari-cari logiknya mengapa kita perlu menamatkan zaman solo kita. Jadi banyak nasihat dan motivasi serta pandangan terhadap alam perkahwinan dan tujuan-tujuan yg kita cari yg bersesuaian dengan keadaan diri kita.

Tak semua nya motivasi yg sering kita dengar tu betul ttg sebab-sebab melangkah ke alam perkahwinan ni yg sudah pun terdapat dan terpahat dalam fikiran kita. Jadi untuk itu kita perlu tahu apa tanggapan salah terhadap permasalahan untuk menunaikan perkahwinan.

1. Masalah Usia

Kita selalu memikirkan bahawa kita perlu berkahwin dalam usia tertentu yg kita anggap sebagai usia matang. Tambah-tambah tengok sahabat-sahabat sama usia berkahwin. Perlu kita ingat, bukankah Allah telah mentakdirkan nasib seseorang berbeza-beza, begitu juga dengan jodoh. Jangan terlalu gopoh untuk terus berkahwin hanya kerana kita semakin lanjut usia.
Dan jangan di hakimi dan menghakimi teman-teman yang sering kali di anggap sebagai 'andartu'/bujang terlajak.

2. Rasa Sepi

Setiap manusia memerlukan seseorang dalam hidup. Itu mmg tidak dinafikan. Tetapi, jangan berkahwin sekiranya kita belum 'menang' dari menangani rasa sepi yg ada pada diri.
Ramai yang berkahwin semata-mata nakhilangkan rasa sepi, faktor ini kadang-kadang terjadi pada diri kita tanpa kita sedari. Malah terus sahaja menerima sesiapa sahaja yg hadir dalam diri kita di saat kesepian kita itu tidak dapat di atasi.
Ingat, menerima seseorang utk di jadikan pasangan bukanlah semudah menerima hadiah yg di balut tanpa kita ketahui isinya. Jadi, hati-hati... Jangan lantaran kesepian itu, kita sudah menganggap org yg hadir itu pengubat kesepian, namun, mampukah dia menjadi pembimbing kita tatkala kesepian kita berakhir?

3. Tekanan dari org tua @ teman-teman

Pastikan kita berkahwin apabila kita sudah bersedia zahir dan batin untuk menempuh alam rumah tangga. Bukannya atas desakan org tua mahupun teman-teman. Bukan mereka yang menentukan nasib kita dan kemampuan kita.. semuanya bergantung kepada diri kita.

4. Merasa Sudah Sesuai

Apabila ada 'someone' dalam hidup kita, kita sudah anggap sesuai, maka kita terus menetapkan itulah pasangan kita paling serasi. Jangan terburu-buru, teliti dan selidiki seseorang itu dengan lebih mendlm. Byk caranya, melalui org yg sudah lama kenal dengannya dan pandangan org terdekat yg benar-benar jujur. Waktu bercinta mmg kita rasa itulah yg terbaik, terindah buat diri kita... bukan faktor 'baik' saja yg boleh kita kata sesuai- sebab kadang-kadang org yg baik tapi tak dapat menyesuaikan diri kita...
sedangkan org yg betul2 sesuai, sudah semestinya seorang yg baik sebab masakan kita mencari org yg jahat untuk dijadikan pasangan...

5. Material

Seperti juga warisan, kekayaan yg sifatnay tidak kekal dan menjadikan manusia itu hamba harta, jadi..wajar kita lihat untuk apa kita berkahwin dengan seseorang..

6. Tertarik Secara Fizikal

Tak payah la kita terlalu bergantung pada kecantikan/tampan nye seseorang yg perlu jadi pasangan kita. Semua tu takkan kekal. Allah nak tarik kejap je kan. Dan jgn jadikan kecantikan dan kelebihan fizikal diri kita sebagai satu alasan utama untuk memudahkan kita 'memikat'. Kelak ianya akan memakan diri kita sendiri.... ingat tu...

Itu aja buat tatapan semua untuk dikongsi bersama...... Bagi yg masih ragu-ragu, istikharah tu kan ada jalan terakhir untuk kita mencapai matlamat tujuan kita.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-04-04 15:16




Alhamdulillah... Terima kasih ukhti nuarii atas panduan ini...


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-04-04 15:18




terimakasih atas info tersebut...
mmg berguna...
ramai yg belum bersedia memasuki alam perkahwinan...
ramai remaja yg kahwin utk suka2 shj...
tanpa menyedari tanggungjwb yg bakal dipikul...

nuarii dah mendirikan rumahtangga ya...




Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 12-04-04 15:42


salam...

alhamdulillah sudah sampai jodoh saya..

tapi biasalah, sebelum kawin dulu masalah seperti tu mmg wujud, seolah-olah kita tak tahu apa yg diri kita mahukan, tapi, itulah gunanya kita perlu kawan yg menasihati dan panduan-panduan membaca sebelum melangkah alam rumahtangga.. sekurang-kurangnya walaupun bukan 100% kita bersedia tapi sudah mencapai tahap percent yg tinggi.. semoga semua gembira dengan kehidupan kini dan akan mendatang ... amin!


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

izra80
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3467
Posting: 4
Dari: pasir gudang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 12:38


alhamdulillah dgn apa panduan yg dberikan dapat memberi saya harapan sekarang. Sya sekarang keliru dgn apa yg saya fikirkan..pada umur 24 tahun ni naluri keibuan dan kewanitaan sy terasa ingin menamatkan zaman bujang. Tapi sy takut..maklumlah ayah dan ibu dah berpisah jadi byk pengalaman mereka sy timba..ada yg inginkan saya tapi saya takut..takut kejadian ayah dan ibu berulang..keliru


Bookmark and Share




  Member Information For izra80Profil   Hantar PM kepada izra80   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 14:48


Quote:

On 2004-04-13 12:38, izra80 wrote:
alhamdulillah dgn apa panduan yg dberikan dapat memberi saya harapan sekarang. Sya sekarang keliru dgn apa yg saya fikirkan..pada umur 24 tahun ni naluri keibuan dan kewanitaan sy terasa ingin menamatkan zaman bujang. Tapi sy takut..maklumlah ayah dan ibu dah berpisah jadi byk pengalaman mereka sy timba..ada yg inginkan saya tapi saya takut..takut kejadian ayah dan ibu berulang..keliru




Alhamdulillah, saya doakan kak izra akan bertemu dengan jodoh yang baik. Kalau rasa ragu, solatlah istikharah dan minta diberikan petunjuk.
Semoga berbahagia hendaknya..

Perkahwinan satu permulaan, bukan penamat. Ramai yang fikir bila dah kahwin selesailah semuanya padahal tanggungjawab sebenar akan dipikul di alam perkahwinan.
Sekarang ni dah mula trend kahwin awal balik. Pandai2lah mengurus rumah tangga.. perkahwinan bukan untuk sebulan dua, namun hingga ke akhir hayat.
Apapun semoga semuanya berbahagia.. Semoga semuanya mendapat jodoh yang baik..


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 13-04-04 15:47


Ramai yg menghadapi masalah seperti kak izra ni. Rata-rata akibat daripada pengalaman keluarga sendiri. Insyaallah, kita sentiasa memikirkan bahawa bantuan allah sentiasa bersama kita. Sekurang-kurangnya ada pengalaman sebegitu kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Jangan la sampai tak mahu nak berumah tangga lak, mungkin nasib kita lebih baik kan. Jadikan ia pengajaran dan jalan untuk kita berhati-hati.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 544
Posting: 28
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-04-04 15:58





info yang berguna
thanx

-----------------
ku biarkan kalam berbicara..meluahkan hasrat di jiwa..agar terubat segala keresahan di jiwa..bibir tidak perlu berkata...bila hati sudah mula berbicara...&l


Bookmark and Share




  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 21:17



Hati-hati berfikir sebelum kahwin.


….

Hmmm…..
Memang betul tu.
Perkahwinan ini bukan untuk sehari dua, perkahwinan juga bukan hanya majlis perkahwinan dan akad nikah, pasti dan selidikilah siapa pasangan kita yang sebenar sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Kerana pasangan kita inilah yang akan menjadi teman hidup kita sehingga akhir hayat kita insyaALLAH…

Pasangan kita inilah yang bakal bergelar suami kita, yang akan mendidik dan membimbing kita.
Pasangan kita inilah juga bakal bergelar ayah untuk anak anak yang akan kita lahirkan, yang akan mendidik dan menjaga anak anak.
Pasangan kita ini jugalah yang bakal bergelar menantu untuk ibu dan ayah kita, mampukah dia menjadi seorang menantu yang menghormati dan memahami mertuanya.
Pasangan kita ini juga bakal menjadi ahli baru dalam keluarga kita, mampukah dia menyesuaikan diri dalam kalangan keluarga dan saudara mara kita.

Begitu juga sebaliknya dengan diri kita, tanyalah pada diri kita, apakah kita sudah bersedia untuk memikul dan memahami tanggungjawab sebagai isteri, ibu, menantu, dan akan menjadi salah seorang anggota baru suami kita?

Wallahu’alam……


-----------------
senyum selalu...


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.23072 saat. Lajunya....